Harapan...

Sabtu, Disember 27, 2008

INFRASTRUKTUR BARU

Wakaf baru yang siap dibina pada 25 Disember 2008

KEMUDAHAN UNTUK PENDUDUK PASIR GAJAH

Walaupun tahun 2008 hampir berlabuh dipenghujung tahun,namun JKKK Pasir Gajah masih lagi gigih untuk memastikan prasarana yang diperlukan dapat dibina di Pasir Gajah.Antaranya ialah pembinaan sebuah balai memasak berharga RM20,000.00 di Dewan Orang Ramai dari projek JPP dan sebuah bangunan dua pintu dengan keluasan 20 x 60 kaki hasil dari kemenangan JKKK dalam pertandingan Desa Cemerlang 2007 peringkat kebangsaan yang lalu.

Pembinaan dua buah infrastruktur ini cukup melambangkan yang kerajaan Barisan Nasional begitu prihatin terhadap pembangunan di kampung dan ini menjadi kebanggaan seluruh penduduk di Pasir Gajah.

Menurut Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn.Hj Mohd Nor bin Jusoh,selain dari dua bangunan ini,peruntukan sebanyak RM9,000.00 juga diluluskan untuk pembinaan sebuah wakaf untuk kemudahan penduduk menunggu bas di hadapan Jalan Penghulu,Pasir Gajah.JKKK merakamkan berbanyak terima kasih kepada YB ADUN Air Puteh,Tn Hj Wan Abul Hakim bin Tan Sri Dato Hj Wan Mokhtar kerana cakna terhadap kepentingan rakyat.

Khamis, Disember 25, 2008

TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN KAMPUNG 2009

Setiausaha JKKK,En.Mat Zaik Mohd Yusof bersama peserta lain di MID Cheneh


TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN UNTUK SETIAUSAHA DAN PENGERUSI JKKK


Setiausaha dan Pengerusi JKKK telah menghadiri taklimat pelan tindakan kampung anjuran KETENGAH pada 21 DIS 2008 di MID Cheneh Baru,Kemaman.Dalam taklimat tersebut,semua kampung diminta membuat pelan tindakan berupa projek,program dan projek fizikal untuk kemajuan kampung.


JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI

SAMBUTAN MERIAH JAMUAN AIDIL FITRI 2009

Dalam menyambut suasana hari raya,JKKK Pasir Gajah setiap tahun mengadakan Jamuan Hari Raya.Tahun ini,jamuan tersebut diadakan pada 25 OKTOBER 2008 bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Pelbagai hidangan kuih hari raya seperti lemang,ketupat,nasi dagang,mee goreng,kerepok,satay, nasi himpit disediakan untuk juadah orang kampung.Seramai 450 orang penduduk kampung telah hadir di majlis tersebut yang diadakan antara pukul 2.00 petang hingga 5.30 petang.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar,ADUN Air Puteh.Dalam majlis tersebut,JKKK turut menyampaikan sumbangan kepada 4 orang bakal haji dari kampung ini iaitu Saudara Jantan Mohamad,Pn.Salina bt Abdullah,Tn Hj Yusoff bin Latif dan Pn.Siti Fatimah bt Yahya.

GOTONG ROYONG

Selesai gotong royong

Sebahagian jemaah sedang menjamu selera

Pengerusi JKKKtinjau anak buah buat kerja


GOTONG ROYONG BERSIH KAWASAN MASJID

Sempena kedatangan Aidil Adha,JKKK Pasir Gajah bersama JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan gotong royong bersih kawasan masjid ada 27 Nov 2008.Seramai hampir 100 orang hadir dalam kerja amal tersebut yang bertujuan membersihkan kawasan masjid disamping mengeratkan persaudaraan sesama jemaah masjid.


Dalam majlis tersebut,jemaah yang hadir dihidangkan dengan jamuan Nasi Lemak Pak Abas yang berlaukkan ikan bilis dan Ikan Aya.Ini adalah merupakan gotong royong pertama selepas masjid ini dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun yang lalu.



RISDA DAN JKKK

Ceramah Kesihatan

Atara yang hadir

YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bersama Timbalan Pengarah Risda


RISDA ANJUR PROGRAM MASYARAKAT BERSAMA JKKK PASIR GAJAH


RISDA Kemaman bersama Hospital Kemaman dan JKKK Pasir Gajah telah menganjurkan Program Masyakarat Sihat Bersama RISDA di Pasir Gajah pada 3 Disember 2008.Program ini telah diadakan di Kampung ini memandangkan kemudahan seperti dewan,siaraya dan penyediaan makanan serta kerjasama yang diberikan oleh JKKK Pasr Gajah amatlah memuaskan.


Seramai hampir 300 orang peserta telah menjayakan program ini ,antaranya pemeriksaan kesihatan percuma,tayangan slide,cemarah kesihatan dan kuiz kesihatan.Selain itu pengunjung juga dapat melihat pameran kesihatan yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Kemaman.


Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Wan Abd Hakim Wan MokhtarADUN Air Puteh.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman,Pegawai Risda Daerah Kemaman dan Timbalan Pengarah Risda Negeri Terengganu.

PERJUMPAAN MUHIBAH JKKK DAN KETENGAH

Tn Hj Mohd Nor dan En.Mustafa Muda mewakili JKKK.


Suasana semasa perbincangan diadakan

Tn Hj Wan Abd Rahman Ahmad dari KETENGAH mempengerusikan perbincangan


PERBINCANGAN KETENGAH MENJAYAKAN HOMESTAY DI PASIR GAJAH

JKKK Pasir Gajah telah mengambil langkah pro aktif untuk memperkenalkan Pasir Gajah kepada dunia luar dengan menjadikan kampung ini sebagai kampung Homestay.Untuk itu,satu perbincangan untuk menjayakan program ini telah diadakan pada 27 Nov 2008 diantara KETENGAH dan JKKK.

Dalam perbincangan itu,JKKK Pasir Gajah telah mendapat peruntukan sebanyak RM330,000.00 bagi membina beberapa infrastuktur untuk program Homestay seperti 2 buah rumah penginapan,satu dataran kejat bersama satu astaka,dua buah tandas,sebuah wakaf ,dua buah lampu limpah dan sebuah pintu gerbang bersama beberapa papan tanda homestay dan landskap.


KETENGAH yang diketuai oleh Tn.Hj Wan Abdul Rahman bin Ahmad manakala JKKK di sertai oleh beberapa orang AJK termasuk Pengerusi JKKK,Bendahar,Timbalan PengerusI dan Setiausaha.

BANJIR TAHUN 2008

Air di Jalan Kg Laut Pasir Gajah....banyok jugalahhh

Main air di Jalan Batu 12......horey...

Sebuah rumah yang dinaiki air...


BANJIR TURUT MELANDA PASIR GAJAH


Hujan yang turun dengan lebatnya selama 3 hari turut mengakibatkan banjir berlaku di Pasir Gajah pada 8 Disember 2008,iaitu pagi hari raya aidil adha.Beberapa kawasan rendah di Pasir Gajah turut ditenggelami air terutama jalan ke Kg Laut,Jalan Sekolah,Kg Hilir dan Jalan Binjai Tanah Lot.


Turut ditenggelami air ialah jalan utama Batu 14 dan Sungai Pinang serta Jalan dekat Kilang Papan Pasir Gajah.Walaubagamanapun,tiada perpindahan yang melibatkan penduduk kampung.Banjir ini telah bertahan selama dua hari dan air kembali surut pada hari Rabu,10 Disember 2008.


Menurut Pengerusi JKKK,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,JKKK telah menyediakan dua tempat perpindahan iaitu di Dewan Orang Ramai dan Masjid Kg Laut.Bantuan banjir turut disediakan oleh JKM dan diletakkan di Dewan Orang Ramai.

MAJLIS SEMBELIHAN KORBAN

Jaga....pisau tu tajam .....

Setiausaha JKKK {bertopi} turut sama potong daging

Tn.Hj Mohd Nor Jusoh,Pengerusi JKKK sedang melapoh daging korban.


SEMBELIHAN KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA 2009


JKKK Pasir Gajah telah mengadakan majlis sembelihan korban pada hari raya Aidil Adha 2009 yang lalu,yang jatuh pada hari Isnin,8 Disember 2008.4 ekor lembu telah dikorbankan pada pagi hari raya pertama ini,yang mana daging sembelihan ini diagihkan kepada hampir 250 buah rumah penduduk Pasir Gajah.

Majlis korban ini dilakukan di Masjid Jamek Pasir Gajah yang mana pada tahun ini,sembelihan disempurnakan oleh En.Wahab bin Awang atau lebih dikenali sebagai Pak Wahab Tok Dekor .Kerja-kerja memproses daging korban telah dilakukan secara gotong royong yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.oo petang.

Menurut Setiausaha JKKK Pasir Gajah iaitu En.Mat Zaik bin Mohd Yusof,seramai 28 orang telah mengambil bahagian masing-masing dengan kadar sebahagian RM300.00 bagi menjayakan program yang dijalankan setiap tahun bermula tahun 2005 lagi.

Rabu, Disember 24, 2008

KEJAYAAN KAMPUNG PASIR GAJAH

Wakil Pasir Gajah semasa bersama PM di Kundang menerima hadiah ADC 2006
AJK JKKK bersama YB Tn Hj Wan Abdul Hakim ,ADUN Air Puteh semasa menerima Hadiah Johan Kg Terbaik Wilayah KETENGAH 2008.



SENARAI PENCAPAIAN KAMPUNG


(sebagai sebuah organisasi)
Peringkat Antarabangsa


2008
MELAKUKAN LAWATAN KE CHINA KERANA BERJAYA DALAM ADC PERINGKAT NEGERI
2000
N/JOHAN
KONVENSYEN GDW ZON TIMUR
KPLB


2006
JOHAN KATEGORI
KEPIMPINAN
ADC PERINGKAT KEBANGSAAN
KPLBW


2007
HADIAH KATEGORI
PERTANDINGAN MEDAN INFO DESA PERINGKAT KEBANGSAAN
KPLBW


2002
PENGHARGAAN
ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI
KPLB


2003
NAIB JOHAN
ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
KPLB


2006
JOHAN
ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
KPLB


1981
KETIGA
PERTANDINGAN KEBERSIHAN JKKK DAERAH KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


1994
PENGHARGAAN
PERTANDINGAN KEBERSIHAN JKKK DAERAH KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


1994
JOHAN
AKTIVITI MASYARAKAT PERTANDINGAN KEBERSIHAN JKKK DAERAH KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


1995
JOHAN
JKKK TERBAIK KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


1996
N/JOHAN
PERTANDINGAN KEBERSIHAN JKKK DAERAH KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


1998
PENGHARGAAN
PERTANDINGAN KEBERSIHAN JKKK DAERAH KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


1998
JOHAN
PERTANIAN DAN KEPIMPINAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN JKKK DAERAH KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


1998
JOHAN
PERTANDINGAN KEBERSIHAN JKKK DAERAH KEMAMAN
PEJABAT DAERAH


2001
JOHAN
ANUGERAH DESA CEMERLANG DAERAH KEMAMAN
KPLB


2003
JOHAN
ANUGERAH DESA CEMERLANG DAERAH KEMAMAN
KPLB


2004
NAIB JOHAN
PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN 2004
KPLB


2005
NAIB JOHAN
PERTANDINGAN BULAN KEMERDEKAAN 2005
KPLB


2005
JOHAN
A D C DAERAH KEMAMAN
PEJ DAERAH

SEJARAH KAMPUNG PASIR GAJAH

Hanya Papan Tanda Menggambarkan anda sudah tiba di kampung ini
Pengasas kampung Pasir Gajah YM Engku Hj Mahmud b Engku Abu Bakar

Antara peneraju JKKK yang berusaha menaikkan imej Pasir Gajah





Sejarah Kampung Pasir Gajah

Kampung Pasir Gajah begitulah nama kampung bertuah ini.Asal ceritanya kampung ini mendapat nama dari penemuan sekumpulan gajah yang sering bermain di pasir sungai.Melihat kepada situasi itu,maka menjadi berkenan pula untuk menamakan kampung ini kampung Pasir Gajah iaitu gabungan suatu benda yang halus dan binatang yang paling besar.

Dari lagenda penduduk setempat,kampung ini mula dibuka pada tahun 1921 oleh seorang berketurunan Jambi,Sumatera,Indonesia iaitu Engku Haji Mahmud bin Engku Abu Bakar bersama dengan pengikut-pengikutnya .

Kampung ini dikategorikan sebagai sebuah kampung tradisional yang meliputi kawasan seluas 1,387 hektar di dalam kawasan Mukim Pasir Semut, Kemaman di dalam Wilayah Ketengah. Jaraknya dari Bandar Cukai ialah lebih kurang 15.5 kilometer. Kampung ini terdiri dari 5 gugusan kampung lain iaitu Kampung Tanah Lot,Kampung Hilir,Kampung Hulu,Kampung Laut dan kampung Batu 10.

Berdasarkan data bancian sosioekonomi 2007,jumlah penduduk kampung ini ialah seramai 1571 orang yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat iaitu dari petani hinggalah kepada kakitangan kerajaan dan juga swasta.

Di kampung ini juga turut disediakan berbagai kemudahan awam seperti balairaya,masjid, surau, sekolah kebangsaan,klinik desa,balai polis, perpustakaan desa,dewan orang ramai,pusat E-komuniti ,pondok telefon,padang permainan kanak-kanak,kedai perniagaan JKKK serta jalinan sistem jalanraya yang baik.

Hari ini,kampung Pasir Gajah yang dipimpin oleh Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,telah mula bertukar wajah di mana penekanan dalam aspek pembangunan,sosial dan ekonomi diberi perhatian oleh GDW dan JKKK sejak tahun 2000 lagi. Kampung ini kini mempunyai tambahan rumah murah sebanyak 150 unit ,4 unit kedai baru,sebuah masjid yang baru yang mana ianya bakal menyaksikan pertumbuhan pembangunan Pasir Gajah.

Selasa, Disember 23, 2008

KEJAYAAN PEK PASIR GAJAH

Pengerusi bersama penyelia dan Pegawai KETENGAH semasa mengambil hadiah

Replika Cek yang dimenangi

NAIB JOHAN MID MUKIN PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

Pada tahun 2007,Pusat E-Komuniti Pasir Gajah telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam pertandingan MID Mukim Peringkat Kebangsaan dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM2000.00 .Ini adalah kejayaan kedua selepas memenangi sebagai Naib Johan pertandingan Konvensyen Zon Timur yang mengutarakan projek ICT Pasir Gajah pada tahun 2000 yang lalu.

KURSUS ICT

Peserta Kursus
Tekun mempelajari intipati kursus

KURSUS YANG DIANJURKAN





Pusat E-komuniti Pasir Gajah turut serta menganjurkan kursus ICT kepada penduduk tempatan,Pada tahun 2007,sebanyak 3 sesi kursus dijalankan dan pada tahun 2008 sebanyak 6 sesi kursus diadakan.Seramai 90 orang penduduk terlibat menjayakan kursus tersebut.

PENUBUHAN JAWATANKUASA

Carta Organisasi PEK Pasir Gajah,Kemaman

JAWATANKUASA PUSAT E-KOMUNITI

PASIR GAJAH


Penasihat : Penghulu Mukim
Pengerusi : Tn.Hj.Mohd Nor bin Jusoh
Timb.Pengerusi : Eng Fauzi bin Ibrahim
Setiausaha : En.Mat Zaik Mohd Yusof
Bendahari : En.Moh Salim bin Abd Hamid
AJK
En.Abbas bin Taib
En.Abdullah Omar
Pn.Marini bt Maliki
Pn.Asmida bt Abd Rahman
Pn.Fatimah Pandak
Pn.Habsah bt Ali
En.Ibrahim bin A Rahman

OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT E-KOMUNITI


ANTARA OBJEKTIF PENUBUHAN PUSAT INI IALAH:

üMendidik dan menyediakan maklumat kepada komuniti ke arah menjadikan komuniti yang bermaklumat dan peka terhadap kegunaan / kecanggihan teknologi maklumat semasa.

üMembantu komuniti di dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara optima lagi berkesan dalam aktiviti kehidupan seharian mereka.

üPerluasan interaksi komuniti menerusi ICT.

üMembantu mengimbangi pembangunan insan dan infrastruktur dari sudut kepentingan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi antara bandar dan luar bandar serta dapat membantu ke arah merialisasikan hasrat untuk mewujudkan sebuah Masyarakat Madani di kawasan KETENGAH.

PERALATAN YANG ADA


PERALATAN KOMPUTER DI PUSAT E-KOMUNITI

ØKemudahan yang disediakan di puat ini adalah terdiri daripada ;
ü 15 Unit DELL DIMENSION 3100 DESKTOP
ü 15 Unit 17” FLAT PANEL LCD MONITOR
ü 1 Unit DELL OPTIPLEX GX620 MINITOWER
ü 1 Unit 19” FLAT PANEL LCD MONITOR
ü 16 Unit A215 STEREO SPEAKER
ü 1 Unit CANON S200SPx PRINTER
ü Talian Internet
ü 1 Unit Mesin Photostat
ü Kemudahan Menjual Alat – Alat Tulis

KERATAN AKHBAR

Keratan akhbar......baca elok-elok
PUSAT E-KOMUNITI PERTAMA

Pusat E-komuniti ini dikatakan adalah pusat e-komuniti yang pertama di lancarkan dan diujudkan di Malaysia.Ianya dinyatakan dalam ketaran akhbar Berita Haian pada 10 Julai 2000.

PERASMIAN PEMBUKAAN PEK PASIR GAJAH

YB Dato Azmi Khalid menyampaikan ucapan dala majlis tersebut.


MAJLIS PEMBUKAAN PUSAT E-KOMUNITI PASIR GAJAH.


Pusat ini mula dibuka pada bulan 08 Julai 2000 oleh YB Dato Azmi bin Khalid,Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.Pusat ini dikenali sebagai PUSAT E-KOMUNITI dan di katakan sebagai pusat yang pertama di Malaysia.

PUSAT E-KOMUNITI PASIR GAJAH

BANGUNAN PUSAT E-KOMUNITI
PENGENALAN


Pusat E-Komuniti ini ditempatkan di Rumah Kedai KETENGAH Kampung Pasir Gajah berhampiran dengan Klinik Desa.Pusat ini mula dibuka pada bulan 08 Julai 2000 oleh YB Dato Azmi bin Khalid,Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.Pusat ini dikenali sebagai PUSAT E-KOMUNITI dan di katakan sebagai pusat yang pertama di Malaysia.