Harapan...

Ahad, November 29, 2009

MBSB meraikan kejayaan mrid UPSR

Kakitangan MBSB bersama AJK Kampung sama-sama memasak
Pengurus Cawangan Timur MBSB pun turut mengambil gambar

Hadirin menikmati hidangan
Bergambar kenangan kakitangan MBSB bersama AJK Kampung

En.Aminuddin menyampaikan ucapan

Selain menganjurkan korban,MBSB turut menyampaikan sumbangan kepada 5 orang murid yang berjaya dalam UPSR 2009 yang mana sumbangan sebanyak RM200 dimasukkan ke dalam akaun murid di MBSB.

Selain itu kakitangan MBSB juga turut terlibat dengan melapah daging serta mengambil bahagian dalam program masak memasak yang mana ianya menggambarkan kerjasama antara JK Masjid,JKKK,Penduduk kampung serta MBSB sendiri.


Terakhirnya,majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Besar Caw Timur iaitu En.Amiruddin Yusof.

Program Korban MBSB bersama AJK Masjid dan JKKK

Kambing sedangKain disembelih
Kain rentang program

Pengerusi JKKK dan Pengerusi JK Masjid berbual dengan kakitangan MBSB


Sedang menghiris daging



Lembu dikorbankan


Pada 29 Nov 2009,Ahad,MBSB Kemaman bersama AJK Masjid dan JKKK Pasir Gajah telah mengadakan majlis korban sempena Aidil Adha,Sebanyak 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk kampung.Selain diagihkan,seekor lembu dijamukan dalam pr0gram makan tengahari.










Menurut pengerusi JKKK Pasir Gajah,Program ini adalah julung kali diadakan bersama dengan AJK Masjid Pasir Gajah dan MBSB.Turut serta melapah daging k0rban ialah Pengurus Besar Cawangan Timur MBSB iaitu En,Aminudin Yusof dan Pengurus MBSB Caw.Kemaman iaitu En.Khairul Amilin b Ab Halim.

Jumaat, November 27, 2009

SEminar KEpenggunaan di Pasir Gajah

Penceramah pertama
Penceramah kedua En.Zukey

Kalangan peserta wanita
Warga emas dan anggota polis turut hadir



YB bersama dif jemputan




Kalangan peserta





Peserta menikmati hidangan



Pada Selasa,24 NOV 2009Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi dengan kerjasama JKKK Pasir Gajah telah mengadakan SEminar Kepenggunaan kepada penduduk Pasir Gajah.Program yang bermula jam 830 pagi ini dihadiri oleh hampir 200 orang peserta.Dalam seminar tersebut,penduduk didedahkan tentang tanggungjawab pengguna dan tentang perlunya kesedaran penduduk terhadap produk yang digunakan.






Majlis yang berakhir jam 1.00 tgh itu dirasmikan penutupannya oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim,ADUN Air Puteh.

BAnjir TAhun 2009

Banjir di jalan Tanah Lot..1 meter
Banjr di Jalan Binjai Tanah Lot...rumah Ibrahim Ahmad dinaiki air

Aku di hadapan jalan Kg Tengah
Banjir di jalan Pintasan

Pemandangan air di hadapan rumah aku di Jalan Teratai


Pada Ahad,22 NOV 2009....banjir gelombang pertama telah melanda kampung Pasir Gajah..cuma banjir kali ini tidak menyebabkan perpindahan.Kawasan yang teruk di tenggelami air ialah kawasan yang sama sahaja...jalanraya terputus di Sungai Pinang,di Paman dan di Batu 12.


Jalan Kg Laut terputus ,Jalan Pintasan Tanah Lot terputus hubungan,jalan sekolah dan jalan Kg Hilir di naiki air selain di Bt 10.










Banjir bertahan selama 3 hari dan pada selasa 24 Nov 2009,kebanyakan kawasan yang ditenggelami air telah surut.

Rabu, Oktober 21, 2009

GDW Pasir GAJah Kg TERbaik GDw KETENGAH 2009

Gambar AJK GDW bersama YB Ahli Parlimen Dungun
Berita tentang GDW Pasir Gajah

Pada 14 Sept 2009,bertempat di BALORA,Kg GDW Pasir Gajah sekali lagi dinobatkan oleh KETENGAH sebagai Kampung Terbaik GDW buat kedua kalinya setelah memenanginya pada tahun 2008.Kampung Pasir Gajah telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5000 yang disampaikan oleh ahli Parlimen Dungun,YB Tuan Hj Matulidi bin Jusoh.




GDW/JKKK Pasir Gajah yang diwakili oleh Tn Hj Mohd Nor telah menerima hadiah bersama beberapa orang AJK JKKK/GDW pada majlis tersebut.

Sabtu, Oktober 17, 2009

FOrum PERdana BICAra ILMU

Poster Pgogram Bicara ilmu
Penceramah,Tn Hj Abd Rahman Welang bersama Ustaz Azli Hasri

Peserta yang hadir
Peserta mendaftar

AJK brsama tetamu menikmati makan malam




Pada 16 Oktober 2009,Jumaat malam Sabtu,bertempat di Masjid Pasir Gajah,telah diadakan satu program Bicara Ilmu anjuran KLBDW bersama KETENGAH dan JK Masjid Pasir Gajah.Srmaia 250 orang peserta telah hadir dan mendaftarkan diri yang mana peserta ini disediakan makan malam dan sedikit cenderahati.
Forum di hoskan oleh Ustaz Azli dan penyampainya ialah Tn Hj Abd Rahman Welang.Majlis yang bermula jam 830 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.


Turut hadir pada malam tersebut ialah Pegawai KETENGAH,En.Remali bin Abd Rahman bersama 15 orang kakitangan.

Sabtu, Oktober 10, 2009

JAMUAN HARI RAYA JKKK 2009

Ajk Yang BERtugas
Bekas Penghulu..Hj Rosdi.......hadir juga

AJK bersama Pengerusi
Tuan Hj Fakaruddin,Pengurus Unit Pembasmian Kemiskinan KETENGAH
YB Tn Hj Wan Abd Hakim...turut hadir
Pada 10 OKtober 2009 Sabtu jam 3.00 ptg hingga 5 oo petang,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan majlis Jamuan Terbuka Hari Raya yang dihadiri oleh beberapa orang VIP dan hampir 300 orang penduduk kampung.
Antara yang turut hadir ialah YB Tuan Hj Wan Abdul Hakim,ADUN Ayer Puteh,Tn Hj Fakaruddin,wakil KETENGAH,Tuan Penghulu Mukim En.Abdul Ghafar Mohamad,Pengerusi JKKK Kampung Paman dan Bekas Penghulu Pasir Gajah,Tn Hj Rosdi.
Majlis yang meriah ini disertai oleh dendangan lagu Hari Raya dan jamuan Nasi Minyak,Ketupat,Lemang,Tapey,satey dan beranika jenis ayer.
Selamat menjamu selera semua....





Ahad, September 27, 2009

Agihan KURma dAn AIr ZAMzam

Iniah bentuk bungkusan kurma dan air zamzam
hampir 400 keluarga menerima bungkusan ini

Semuanya untukpenduduk


Pada 14 Ramadhan (4 Sept 2009,Jumaat,jam 5.00 ptg} baru-baru ini,ahli JKKK telah mngagihkan hampir 400 bungkusan air zamzam dan kurma sumbangan kerajaan negeri Terengganu untuk penduduk beragama islam di Pasir Gajah.Agihan yang diketuai oleh pengerusi JKKK Tuan Hj Mohd Nor bin Jusoh melipui Kg Tanah Lot,Kg Hulu,Kg Laut,Kg Bt 10,Kg Tengah,Kg Hilir,dan Rumah Murah.

UCApan Selamat Hari RAya Dari NGO

Kain rentang KRT
Komuniti Bestari
Pert.Belia Pasir Gajah


SEmpena kedatangan syawal tahun 2009 ini,beberapa NGO di Pasir Gajah telah mengadakan kain rentang bagi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada penduduk muslimin dan muslimat di Pasir Gajah.


Antara NGO yang menyediakan kain rentang tahun ini ialah Komuniti Bestari,Pertubuhan Belia dan KRT.SElain it Jawatan kuasa Masjid turut menyedakan kain rentang ramadhan dan UMNO Bahagian Kemaman juga menyediakan kain rentang Pulanglah perantau di Pasir Gajah.TErima kasih semua NGO.

JKKK Dan GDW BerBUka PUasa

Antara hidangan yang disediakan
AJK yang hadir

Rani dan Fauzi......
Suasana di Restoren itu



Pada 12 Sept 2009,SAbtu,JKKK dan GDW Pasir Gajah telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk 30 orang AJKnya di Restoren Kak Zah Nasi Air.Turut hadir dalam majlis itu ialah semua AJK bersama dengan Pengerusi JKKK iaitu Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan Tuan OCS Balai Pasir Gajah,Sjn Omar bin Othman.

Antara hidangan yang dijamukan ialah ikan masak tiga rasa,tom yam campur,daging masak merah,telur dadar,sayur kailam sambal belacan,kurma dan air buah.

Sabtu, September 12, 2009

Jemputan Hadir Di Majlis Berbuka Puasa

Orang kampung yang hadir
Barisan penduduk kampung sedang tahlil
Tuan imam mengetuai tahlil
Lauk yang di hidangkan di dalam tenung

AJK bertugas menanti waktu berbuka




Seramai hampir 200 orang telah hadir ke majlis berbuka puasa di Masjid Pasir Gajah.Lauk-pauk telah disediakan oleh penduduk kampung sebanyak 64 bekas yang mana ini adalah merupakan amalan tradisi masyarakat kampung ini.Lauk-pauk ini diletakkan di dalam tenung atau dulang dan dihantar ke masjid bermula jam 5.00 petang hinggalah jam 6.30 petang.



Turut diadakan ialah majlis tahlil yang diketuai oleh Imam Hj Yusof bin Kamaruddin bersama Ketua kampung Tn Hj MOhd Nor in Jusoh.Selain itu Pengerusi dan AJK masjid turut hadir.

PErsiapan MajliS BERbuka Puasa DI Masjid

Jaafar,Mat Zin dan Baharom membasuh beras
Jaafar menjirus air
AJK membasuh gelas
Baharon memasak nasi

Jaafar dan Mat Roni

Pada 11 Sept 2009,Jumaat,Masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis berbuka puasa sempena berpuasa di bulan ramadhan.Persiapan AJK masjid bermula jam 3 petang ialah memasak nasi dan merebus air.Sebanyak 4 beg beras iaitu 40 kilo telah disumbangkan oleh hamba Allah dan digunakan untuk masakan.Selain itu AJK juga telah memasak air untuk dibuat air teh dan air bandung.