Harapan...

Sabtu, Jun 27, 2009

MAJliS PerasMian KOmuniti Bestari Daerah 2009

Pn Hajjah Halimaton sedan berucap
Plak Komunit Bestari yang disampaikan oleh Toh Puan

Peserta Kompang Pasir Gajah menunggu YAB MB tiba
Komuniti Bestari Pasir Gajah telah menghantar 38 orang peserta untuk hadir dalam majlis makan malam bersama MB di dalam program Komuniti Bestari Sepakat 2009 anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kemaman pada 26 Jun 2009 Jumaat malam Sabtu.Antara yang hadir ialah Timbalan Pegerusi Komuniti Bestari Pasir Gajah,EnAazhar bin Abd Rahman,Setiausaha En.Mat Zaik bin Mohd Yusof,Bendaharai En.Ahmad bin Jaafar bersama 35 orang AJk yang lain.Majlis tamat pada pukul 11.00 malam.

Jumaat, Jun 26, 2009

PEmBahagian Borang DANA REMaja

PEMUDA yang hadir
AJK Pemuda dan Puteri

Sedang mendengar taklimat

Puteri pun ada sama

Mengambil borang


PEMUDA UMNO Pasir Gajah bersama Puteri dan JKKK telah mengadakan hari isi borang Dana Remaja pada 21 JUN 2009 Sabu ,bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Seramai 126 orang yang terdiri dari golongan 21 hingga 40 tahun yang belum kahwin datang untuk isi borangSelain itu ,mereka juga mengisi borang menjadi ahli UMNO Pasir Gajah.Turut hadir ialah Tn.Hj Mohd Nor Jusoh,Ketua UMNO Cawangan dan En.Mohd Nazri Othman,Penyelaras PEMUDA UMNO DUN Air Puteh. Dalam majlis tersebut,Setiausaha UMNo En.Mat Zaik telah menyampaikan taklimat berkaitan perlunya UMNO diperkukuhkan.

PERtanDingan SepaktaKraw DUN 2009

Makan tengahari untuk urusetia
Antara pegunjung yang datang ...relax seketika

YAng berehat....menanti perlawanan


Pasukan Pasir Gajah sedang beraksi

Barisan urusetia menjalankan tugas



Kelab Sukan Komuniti DUN Air Puteh telah memilih Pasir Gajah menjadi tuan rumah untuk pertandingan sepaktakraw DUN Air Puteh pada 26 dan 27 JUN 2009.Pemuda UMNO Pasir Gajah dipertanggungjawab menguruskan pertandingan ini.Sebanyak 22 pasukan sepaktakraw dari setiap kampung di DUN Air Puteh telah menyertainya.Ketua Pemuda UMNO Pasir Gajah,En.Samsul Hamid memaklumkan,hadiah bakal disampaikan olehYB DUN Air Puteh pada petang Sabtu,27 Jun 2009.

Khamis, Jun 25, 2009

PerJumpaAN KETENGAh DengaN GDw

En.Mustafa Muda,Pak Awang dan Pak Loh berbincang.
Pengerusi kampung yang hadir

Pn.Roslina dan En.Ramali sedang memberikan taklimat


En.Mat Zaik bersama En.Mustafa dalam taklimat tersebut.



En.Mustafa mencatat maklumat yang disampaikan.

Bahagian Kemiskinan KETENGAH telah mengadakan perjumpaan dengan 8 buah kampung pada 24 JUN 2009 Rabu di Dewan Batu 14 untuk memaklumkan tentang pertandingan kampung terbaik KETENGAH 2009.KETENGAH yang diwakili oleh Pn Roslina bersama En.Ramali manakala kampung yang hadir ialah Kg Pasir Gajah,Kg Ibok,Kg Seri Bandi,Kg Lubuk Lesung,Kg Batu 14,Kg Air Puteh,Kampung Teladas dan Kg Dadong serta Kg Seberang Tayor Hilir dan Seberang Tayor Hulu.Kg Pasir Gajah diwakili oleh Timbalan Pengerusi GDW iaitu En.Mustafa bin Muda dan Setiausaha GDw En.Mat Zaik Mohd Yusof.Pertandingan akan bermula 4 Julai 2009 hingga 22 Julai 2009.




8 BUah Rumah SEdang Dibaiki Untuk 2009

Himpunan kayu depan rumah Zaiton
Sedang baiki bilik

Menukar papan lantai


Sedang menyusun kayu depan rumah Zaiton

Sebanyak 8 buah rumah telah diluluskan untuk proses pembaikian di Pasir Gajah di bawah peruntukan pihak KETENGAH 2009.Antara rumah yang terlibat ialah Rumah Abdullah Zawawi bin Buas,Zaiton bt A Rahman,Shukur bin Mohamad,Mohamad bin Awang,Wan Mek bt Abdullah,Abd Rani bin Mohd Yunus,Jalil bin Tambun dan Pak Ngah Zali {Ghazali bin Arshad}.KOs pembaikian ialah RM13,000 meliputi barangan,upah tukang dan lain-lain,










SeSI BAGi Borang DANa RAyA 2009

AJK Yang Bertugas
Setiausaha bersama bendahari JKK dan petugas

Kalangan warga yang datang mengisi borang


Menyemak borang yang siap di isi

Beratur untuk mendapatkan borang dana.

JKKK Pasir Gajah telah mengadakan hari mengisi borang dana raya yang melibatkan warga miskin,warna emas,OKU dan ibu dan bapa tunggal.Majlis tersebut diadakan di dewan orang ramai Pasir Gajah.Seramai hampir 200 orang hadir untuk menjayakan majlis tersebut.Inilah berkat menyokong kerajaan BARISAN Nasional.