Harapan...

Sabtu, Ogos 29, 2009

PRojek BAiki RUmah DAn JAlan di Tanah LOt

Jalan yang sedang diturap
Jentera menurap jalan

Keadaan jalan bertambah baik


Rumah Tijah sedang dibaiki

Tukang membaiki rumah




Pada 30 Ogos 2009,dua projek telah djalankan di kampung ini iaitu :

1. Pn Tijah bt Mahmud telah mendapat peruntukan dan bantuan dari Pejabat Risda untuk membaiki rumah PPRTnya.Kerjakerja pembaikian ini dijalankan oleh tukang rumah dari kalangan anak-anak Pasir Gajah sendiri.


2. Jalan Penghulu dan jalan Tanah Lot serta jalan rantingnya telah dibaikpulih dengan penurapan semula jalan tersebut.Kerja-kerja penurapan sedang giat dijalankan.

Menikmati MOrel selepas Solat TARAwikh

Yang veteranpun turut menikmati morel
Jemaah wanita
Maka apa saja yang ada


Sudah menjadi kelaziman,setelah selesai solat tarawikh,jemaah masjid Pasir Gajah ini tak kira lelaki atau wanita akan bersama menikmati morel kuih muih yang dibawa oleh jemaah secara bersama.Makanan ini dihidangkan di hadapan masjid di bawah kanopi yang dipasangkan khas untuk para jemaah meletakkan juadah yang dibawa.Dianggarkan ak kurang 150 orang jemaah setiap kali solat tarawikh.Suasana penuh kegembiraan ini membangkitkan semangat 1kampung 1 masjid.

AJK MASjid BerbukA Puasa Di MASjid PAsir GAjah

Bersedia dengan hidangan masing-masing
Ketua Kampung,Timbalan dan Pengerusi Masjid

Menanti azan di laungkan
Hidangan sudah tersedia
Entah apa yang dbualkan

Pada 28 Ogos 2009,Jumaat,Seramai 10 orang AJK Masjid Pasir Gajah dan 14 orang jemaah telah hadir dalam majlis berbuka puasa di Masjid yang mana ianya bertujuan untuk mempereratkan lagi tali siratul rahim antara AJK dengan jemaah.Program ini diadakan stiap hari Jumaat dalam bulan ramadhan .


Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Kampung,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.Pengerusi Masjid,En.Mustafa Muda,Timbalan Pengerusi Masjid Cikgu Zaik,Setiausaha JK Masjid,YM Eng Fauzi dan Imam Masjid,En.Abbas Taib

Isnin, Ogos 24, 2009

AKtiviti BErbuka Di Masjid setiap hari

Sedang menikmati juadah ringan
Timbalan Pengerusi JK Masjid,En.Mat Zaik bersama imam Abas Taib..
Setia menanti waktu untuk berbuka
Antara jemaah yang hadir.


JK Masjid Pasir Gajah telah mengambil inisiatif bagi memastikan sembahyang jemaah Maghrib dapat diadakan dengan mengadakan aktiviti berbuka secara makanan ringan setiap hari.Hal ini dilakukan dengan menjemput 10 hingga 16 orang jemaah masjid berbuka puasa .

BAzaar RAmadHan 1430 JKKK Pasir GAjah

Gerai Ana HarunGerai Kak None
Gerai Afza dan isteri
Gerai Ana Khalid
Gerai Umi dan Mek Na




Bermula1 ramadhan ,JKKK Pasir Gajah elah menyediakan 3 buah kanopi untuk kegunaan bazaar ramadhan bagi memberi peluang penduduk Pasir Gajah menjual kuih-muih untuk berbuka puasa.
Sebanyak 8 buah gerai diperutukkan kepada penduduk dengan kadar bayaran RM2.00 sehari.Sambutan pembeli amat menggalakkan.Antara yang menyewa gerai jkkk ini ialah Umi dan Mek Na,Ana Harun,Ana Khalid.Afza bersama isteri,Kak None,Miah dan Kak Mah.

Lokasai Sejarah:RUmah JAMbi dAN MASjid JAMBi

Bacalah petikan ini....
Masjid JAmbi Pasir Gajah
Pandangan hadapan Masjid Jambi


Pelancong yang melawat Rumah Jambi


Rumah Jambi


Rumah Jambi dan Masjid Jambi merupakan bangunan bersejarah yang masih tinggal di kampung Pasir Gajah.Rumah Jambi yang dibina ada tahun 1928 dan masjid jambi yang dibina pada tahun 1932 adalah merupakan bangunan yang dibina oleh pengasas kampung ini yang berketurunan Jambi.Kedua-dua bangunan ini telah dijaga dengan eloknya dan dapat dilawati oleh pengunjung.





KENali JK Yang MEngendali Kampung Pasir GAjaH

Ketua Kampung 1 : YM Engku Hj Mahmud {1923-1965}
Ketua Kampung ke 2 : YM Engku Kahar {1965 - 1978}
Ketua Kampung ke 3 : En.Mohamad bin Yahaya {1978-2003}


Ketua Kampung ke4 : Tn Hj Mohd @ Mohd Nor b Jusoh {2003 - sekarang}
JKKK 2008
Dari kiri Hjh Timah,Mustafa,Ismail,Eng Fauzi,Hj Mohd Nor,Salim,
Zaik,Abdullah,Othman,Hj Ngah,Asmida
Pada April 2009,Perlantikan JK JKKK baru telah dibuat iaitu pertambahan ahli yang terdiri dari Ibrahim,Habshah,Nora dan Badrulhisham.Ahli yang dikeluarkan ialah En.Ali,En.Ismail,Pn None dan Hj Ngah.
Beriku ialah senarai baru:
Pengerusi : Tn.Hj Mohd Nor b Jusoh
Tim Peng : En.Mustafa bin Muda
Setiausaha : En.Mat Zaik bin Mohd Yusof
Bendahari : YM Engku Fauzi b Engku Ibrahim
AJK :
Pn.Habshah Ali,Pn.Nora Jusoh,Pn.Asmida Ab Rahman,Pn Hjh Timah Pandak,
En.Abdulah Omar,En.Ibrahim A Rahman,En Othman Hitam,En Abbas Taib,
En.Samsul Hamid,En.Badrul Hisham Jusoh,En.Mohd Salim b Abd Hamid






Sabtu, Ogos 22, 2009

SOlat Tarawikh ImaM Dari Mekah

Bersama barisan AJK Masjid Pasir Gajah Bersama Imam dan JK Masjid
Imam dan Mekah sedang membaca doa
Mengimamkan solat tarawikh
Memperkatakan sesuatu sebelum solat

Pada 22 Ogos 2009,Sabtu malam Ahad,malam kedua ramadhan,Masjid Pasir Gajah telah dikunjungi oleh Imam dari Mekah untuk mengimamkan solat Tarawikh.Seramai hampir 200 orang jemah lelaki dan wanita telah hadir pada malam tersebut.Kehadiran ramai jemaah membuktikan bahawa jemaah Masjid Pasir Gajah sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti berbentuk agama terutama pada bulan ramadhan ini.Turut bersama menyambut kehadiran imam ini ialah Pengerusi Masjid,En.Mustafa Muda,Timbalan Pengerusi Masjid,En.Mat Zaik,Ketua imam masjid,Tn Hj Yusof bin Kamaruddin,Imam Abbas bin Taib,Imam Hj Zawawi Tahir bersama ketua kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.

Tilawah Al-Quran KRT 2009

Peserta membaca al Quran
Johan Tilawah 2009,Pn Norzihan Abdullah
Urusetia ,En.Mat Zaik,En.Rosli dan Pn Norzihan
Ibubapa yang hadir
Persembahan kumpulan nasyid
Pada 17 Ogos 2009,Isnin malam selasa ,KRT Pasir Gajah telah mengadakan pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Mukim Pasir Semut yang melibatkan 30 orang peserta yang bersaing untuk mendapat 12 tempat di peringkat akhir.
Pertandingan diadili oleh hakim dari Pejabat Agama yang terdiri dari Ustaz Zulkifli,Ustaz Somad dan Ustaz Solahuddin.Turut menyampaikan hadiah ialah Pengerusi KRT,En.Hanapi Ai,Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor dan En.Mustafa Muda Timbalan Pengerusi JKKK. Majlis bermula jam 900 malam dan berakhir jam 1230 malam.





JAMuan PERpisahan JKKK Baru daN LAma 2009

Bersedia untuk menikmati jamuan
Dah Kenyang!!!.
Tambah air lagi....
Masih banyak lagi tuuu....



16 Ogos 2009,Ahad jam 830 malam,JKKK telah mengadakan jamuan perpisahan antara JKKK lama dan JKKK baru.Jamuan ini dihadiri oleh Semua JKKK baru dan bekas JKKK iaitu En.Ali bin Ismail,Tn Hj Ngah bin Ibrahim dan Pn None bt Abdullah.Jamuan diadakan di Restoren Pak Nang.








Turut hadir ialah Pengerusi JKKK,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Timbalan Pengerusi,En.Mustafa Muda beserta Setiausaha JKKK En.Mat Zaik bin Mohd Yusof.AJK lain ialah En Mohd Salim,En.Othman Hitam,En.Samsul Hamid,En.Badrulhisham,Eng Fauzi,En.Ibrahim @ Harun,Pn Nora,Pn Asmida,Pn Habshah,Hjh Timah Pandak serta bendaharai En.Abas binMohd Taib.

Jumaat, Ogos 14, 2009

SUKaneka KOMUniti BESTAri 2009

Acara rakit darat wanita
Kelek kelapa campuran dewasa
Tarik guni berpasangan
Ciuman kasih
Guni hikmat

Pada 14 Ogos 2009,Jumaat,Komuniti Bestari telah mengadakan Sukaneka Komuniti Bestari bertempat di Padang Taman Permainan Kanak-kanak bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 630 petang.


Sebanyak 40 acara dipermainkan dalam sukaneka ini yang meliatkan hampir 200 orang penduduk berbagai kategori.Hadiah disampaikan oleh Pengerusi JKKK Pasir Gajah iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama Timbalan pegerusi Komuniti Bestari En.Mustafa bin Muda.