Harapan...

Ahad, September 27, 2009

Agihan KURma dAn AIr ZAMzam

Iniah bentuk bungkusan kurma dan air zamzam
hampir 400 keluarga menerima bungkusan ini

Semuanya untukpenduduk


Pada 14 Ramadhan (4 Sept 2009,Jumaat,jam 5.00 ptg} baru-baru ini,ahli JKKK telah mngagihkan hampir 400 bungkusan air zamzam dan kurma sumbangan kerajaan negeri Terengganu untuk penduduk beragama islam di Pasir Gajah.Agihan yang diketuai oleh pengerusi JKKK Tuan Hj Mohd Nor bin Jusoh melipui Kg Tanah Lot,Kg Hulu,Kg Laut,Kg Bt 10,Kg Tengah,Kg Hilir,dan Rumah Murah.

UCApan Selamat Hari RAya Dari NGO

Kain rentang KRT
Komuniti Bestari
Pert.Belia Pasir Gajah


SEmpena kedatangan syawal tahun 2009 ini,beberapa NGO di Pasir Gajah telah mengadakan kain rentang bagi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada penduduk muslimin dan muslimat di Pasir Gajah.


Antara NGO yang menyediakan kain rentang tahun ini ialah Komuniti Bestari,Pertubuhan Belia dan KRT.SElain it Jawatan kuasa Masjid turut menyedakan kain rentang ramadhan dan UMNO Bahagian Kemaman juga menyediakan kain rentang Pulanglah perantau di Pasir Gajah.TErima kasih semua NGO.

JKKK Dan GDW BerBUka PUasa

Antara hidangan yang disediakan
AJK yang hadir

Rani dan Fauzi......
Suasana di Restoren itu



Pada 12 Sept 2009,SAbtu,JKKK dan GDW Pasir Gajah telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk 30 orang AJKnya di Restoren Kak Zah Nasi Air.Turut hadir dalam majlis itu ialah semua AJK bersama dengan Pengerusi JKKK iaitu Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan Tuan OCS Balai Pasir Gajah,Sjn Omar bin Othman.

Antara hidangan yang dijamukan ialah ikan masak tiga rasa,tom yam campur,daging masak merah,telur dadar,sayur kailam sambal belacan,kurma dan air buah.

Sabtu, September 12, 2009

Jemputan Hadir Di Majlis Berbuka Puasa

Orang kampung yang hadir
Barisan penduduk kampung sedang tahlil
Tuan imam mengetuai tahlil
Lauk yang di hidangkan di dalam tenung

AJK bertugas menanti waktu berbuka




Seramai hampir 200 orang telah hadir ke majlis berbuka puasa di Masjid Pasir Gajah.Lauk-pauk telah disediakan oleh penduduk kampung sebanyak 64 bekas yang mana ini adalah merupakan amalan tradisi masyarakat kampung ini.Lauk-pauk ini diletakkan di dalam tenung atau dulang dan dihantar ke masjid bermula jam 5.00 petang hinggalah jam 6.30 petang.



Turut diadakan ialah majlis tahlil yang diketuai oleh Imam Hj Yusof bin Kamaruddin bersama Ketua kampung Tn Hj MOhd Nor in Jusoh.Selain itu Pengerusi dan AJK masjid turut hadir.

PErsiapan MajliS BERbuka Puasa DI Masjid

Jaafar,Mat Zin dan Baharom membasuh beras
Jaafar menjirus air
AJK membasuh gelas
Baharon memasak nasi

Jaafar dan Mat Roni

Pada 11 Sept 2009,Jumaat,Masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis berbuka puasa sempena berpuasa di bulan ramadhan.Persiapan AJK masjid bermula jam 3 petang ialah memasak nasi dan merebus air.Sebanyak 4 beg beras iaitu 40 kilo telah disumbangkan oleh hamba Allah dan digunakan untuk masakan.Selain itu AJK juga telah memasak air untuk dibuat air teh dan air bandung.