Harapan...

Ahad, November 29, 2009

MBSB meraikan kejayaan mrid UPSR

Kakitangan MBSB bersama AJK Kampung sama-sama memasak
Pengurus Cawangan Timur MBSB pun turut mengambil gambar

Hadirin menikmati hidangan
Bergambar kenangan kakitangan MBSB bersama AJK Kampung

En.Aminuddin menyampaikan ucapan

Selain menganjurkan korban,MBSB turut menyampaikan sumbangan kepada 5 orang murid yang berjaya dalam UPSR 2009 yang mana sumbangan sebanyak RM200 dimasukkan ke dalam akaun murid di MBSB.

Selain itu kakitangan MBSB juga turut terlibat dengan melapah daging serta mengambil bahagian dalam program masak memasak yang mana ianya menggambarkan kerjasama antara JK Masjid,JKKK,Penduduk kampung serta MBSB sendiri.


Terakhirnya,majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Besar Caw Timur iaitu En.Amiruddin Yusof.

Program Korban MBSB bersama AJK Masjid dan JKKK

Kambing sedangKain disembelih
Kain rentang program

Pengerusi JKKK dan Pengerusi JK Masjid berbual dengan kakitangan MBSB


Sedang menghiris daging



Lembu dikorbankan


Pada 29 Nov 2009,Ahad,MBSB Kemaman bersama AJK Masjid dan JKKK Pasir Gajah telah mengadakan majlis korban sempena Aidil Adha,Sebanyak 2 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk kampung.Selain diagihkan,seekor lembu dijamukan dalam pr0gram makan tengahari.










Menurut pengerusi JKKK Pasir Gajah,Program ini adalah julung kali diadakan bersama dengan AJK Masjid Pasir Gajah dan MBSB.Turut serta melapah daging k0rban ialah Pengurus Besar Cawangan Timur MBSB iaitu En,Aminudin Yusof dan Pengurus MBSB Caw.Kemaman iaitu En.Khairul Amilin b Ab Halim.

Jumaat, November 27, 2009

SEminar KEpenggunaan di Pasir Gajah

Penceramah pertama
Penceramah kedua En.Zukey

Kalangan peserta wanita
Warga emas dan anggota polis turut hadir



YB bersama dif jemputan




Kalangan peserta





Peserta menikmati hidangan



Pada Selasa,24 NOV 2009Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi dengan kerjasama JKKK Pasir Gajah telah mengadakan SEminar Kepenggunaan kepada penduduk Pasir Gajah.Program yang bermula jam 830 pagi ini dihadiri oleh hampir 200 orang peserta.Dalam seminar tersebut,penduduk didedahkan tentang tanggungjawab pengguna dan tentang perlunya kesedaran penduduk terhadap produk yang digunakan.






Majlis yang berakhir jam 1.00 tgh itu dirasmikan penutupannya oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim,ADUN Air Puteh.

BAnjir TAhun 2009

Banjir di jalan Tanah Lot..1 meter
Banjr di Jalan Binjai Tanah Lot...rumah Ibrahim Ahmad dinaiki air

Aku di hadapan jalan Kg Tengah
Banjir di jalan Pintasan

Pemandangan air di hadapan rumah aku di Jalan Teratai


Pada Ahad,22 NOV 2009....banjir gelombang pertama telah melanda kampung Pasir Gajah..cuma banjir kali ini tidak menyebabkan perpindahan.Kawasan yang teruk di tenggelami air ialah kawasan yang sama sahaja...jalanraya terputus di Sungai Pinang,di Paman dan di Batu 12.


Jalan Kg Laut terputus ,Jalan Pintasan Tanah Lot terputus hubungan,jalan sekolah dan jalan Kg Hilir di naiki air selain di Bt 10.










Banjir bertahan selama 3 hari dan pada selasa 24 Nov 2009,kebanyakan kawasan yang ditenggelami air telah surut.