Harapan...

Khamis, Februari 18, 2010

KEMBALI KE RAHMATULLAH

DAri kiri,Bilal Masjid,En.Ahmad Jaafar,AJK GDW,Mohamad b. Said dan Allahyarham di sebelah kanan.


AL- Fatihah,JKKK Pasir Gajah kehilangan seorang insan yang berjiwa gigih,tidak kedekut kudrat,rajin membantu dan sentiasa memberkan kerjasama.Allahyarham Engku Fauzi bin Engku Ibrahim telah kembali ke rahmatullah pada hari Selasa,16 Februari 2010 jam 7.25 pagi setelah berjuang dengan penyakit Kanser hati hampir selama tujuh bulan pada usia 53 tahun.Allahyarham telah mendapat rawatan di Hospital Ampuan Afzan Kuantan selama hampir 2 minggu.

Rakan-rakan Allahyarham sentiasa peka tentang kesihatan beliau yang sudah nampak susuk tubuh allahyarham mula menurun sejak tujuh bulan kebelakangan ini,dan sesungguhnya,hanya Allahyarham saja tahu tentang penyakit yang dialami Allahyarham.

Sesungguhnya JKKK dan UMNO Pasir Gajah terasa kehilangan Allahyarham.Semuga roh beliau dicucuri rahmat.AMIN.