Harapan...

Jumaat, Mei 28, 2010

BACAAN YASSIN SEMPENA 64 TAHUN UMNO

Saudara Hisyam Zubir bersama Ketua Kampung Pasir Gajah
Kain Rentang Program
Imam masjid mendahului bacaan Yassin
Antara yang hadir
Tuan imam menyampaikan tazkirah

Pada 27 Mei 2010,Khamis malam Jumaat,Pemuda UMNO Bahagian Kemaman bersama Pemuda UMNO Caw Pasir Gajah telah mengadakan Program Bacaan Yassin sempena 64 tahun UMNO.
Seramai hampir 100 orang telah hadir dalam majlis yang turut disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman Saudara Mohd Hisyam Zubir,YB ADUN Air Puteh,Setiausaha UMNO Bahagian dan JK Pemuda UMNO Bahagian.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib,kemudian tazkirah dan bacaan Yassin diikuti dengan tahlil dan solat hajat.Tetamu yang hadir dihidangkan dengan juadah Nasi Dagang Terengganu.

Rabu, Mei 19, 2010

PROGRAM SANTAI PEMUDA/PUTERI BERSAMA YB

YB bersama menikmati hidangan
Pemuda yang hadir

YB bersama ketua kampung
Ketua Kampung bersama s/u JKKK dan AJK JKKK
Sembang menanti kehadiran YB
Nyanyian karaoke

Pemuda...bpertandingan dart
Pemuda .....bakar ayam dan ikan




Pada 18 Mei 2010,Selasa malam Rabu,Pemuda dan Puteri UMNO Pasir Gajah telah mengadakan Program Santai Bersama YB yang mana dalam program ini,YB Tn Hj Wan Abdul Hakim turut hadir meraikan majlis.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan dart,persembahan karaoke dan makan-makan sambil bersantai dan berbincang bersama YB.Dianggarkan seramai 100 orang lebih dikalangan PEMUDA dan PUTERI yang hadir.
Ketua PemudaUMNO Pasir Gajah,En.Samsul Hamid menjadi penyambut tetamu hadirin yang hadir pada malam tersebut.

Sabtu, Mei 15, 2010

MESYUARAT TAHUNAN UMNO CAWANGAN 2010

Majlis sedang bersidang
Barisan Wanita UMNO Cawangan
Poster
Tuan Hj Mohd Nor berucap dalam penggulungan
Barisan Kepimpinan UMNO Cawangan
Ahli yang hadir
Tuan Hj Yahaya menyampaikan ucapan
Kehadiran ahli


Pada 14 Me 2010 Jumaat malam Sabtu,UMNO Cawangan Pasir Gajah telah berjaya mengadakan persidangannya yang ke 22.Turut hadir ialah Tn Hj yahaya bin Mamat,AJK UMNO Bahagian Kemaman.

Seramai 197 orang telah hadir pada malam tersebut yang turut disertai oleh barisan keahlian Putri,Pemuda,Wanita dan Cawangan sendiri.Majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah telah sepakat memberi peluang kepada ahli veteran mewakili UMNO Pasir Gajah ke perhimpunan bahagian iaitu Tn Hj Yusof Kamaruddin,En.Ismail Ibrahim,En.Othman Yusof,En.Othman Isa dan Hj Abd Rani Mat Yunus.

Majlis bermula jam 945 malam dan berakhir jam 1125 malam.

Isnin, Mei 10, 2010

PROGRAM SYARAHAN AGAMA

Antara yang hadir


Ustaz Mat sedang menyampaikan syarahannya


Pada 9 Mei 2010,Ahad malam Isnin bertempat di Masjid Pasir Gajah,seramai hampir 100 orang telah hadir untuk mendengar syarahan agama oleh pnceramah jemutan terseohor iaitu Ybhg Tn Hj Ustaz Mat dari Kemasek,Kemaman.


Majlis yang dianjurkan oleh JK Masjid Pasir Gajah di bawah peruntukan Pejabat Daerah Kemaman.Turut hadir ialah Wakil Pejabat Daerah Kemaman,Tuan Penghulu Mukim,Pengerusi JKKK dan para jemaah.

KELAS QURAN DAN FARDHU AIN

Guru bersama murid
Murid sedang mendengar pengajaran guru

Membuat latihan


Kelas Quran dan Fardhu Ain di bawah Yayasan Islam Terengganu turut juga diadakan di Kampung Pasir Gajah,Kelas yang bermula jam 3.0 petang dan berakhir jam 5 petang di adakan di bekas Surau Tanah Lot Pasir Gajah.


Kelas ini dibahagikan kepada 2 orang guru untuk murid tahun 2,3,4 dan 5 bemula ari ahad hingga Khamis.

Sabtu, Mei 01, 2010

PERTANDINGAN NGAIL KRT 2010

Gadis Joran bersama AJK lain
Ramai juga yang hadir
AJK berbincang atas jambatan

Deretan kenderaan yang diparking di kawasan pertandingan
Mencari kawasan nak ngail

Suasana atas jambatan

Pengail sedang menunggu joran

Urusetia pendaftaran

Ikan yang ditangkap

Poster pertandingan

Pada 1 Mei 2010,Sabtu jam 830 pagi,KRT Pasir Gajah telah mengadakan Pertandingan Ngail Tertutup Pasir Gajah yang mana ianya disertai oleh lebih dari 50 orang penggemar gail.Sebanyak 70 batang jorang telah didaftarkan sepanjang pertandingan itu yang berakhir jam 12.00 tgh di jambatan Kg Laut Pasir Gajah,Kemaman.


Hadiah disampaikan oleh Pengerusi JKKK,Tn Hj Mod Nor bin Jusoh bersama Pengerusi KRT iaitu En.Hanapi bin Ali.Ikan yang paling besar dapat dinaikkan ialah ikan tangkapan Jorang Tok Ki Hem iaitu ikan Tilang seberat 200 g.Ikan haruan milik peserta dari Binjai seberat 190 g jatuh di tempat kedua dan ikan Baung milik Anuar Mohd Nong di tempat ke tiga.




















a
n