Harapan...

Sabtu, Ogos 21, 2010

AGIH KOTAK KURMA SUMBANGAN MB

Kotak kurma dimasukkan ke dalam kenderaan sebelum diagihkan
En.Ibrahim memerhati kotak kurma
Memastikan kurma yang hendak diagihkan cukup
Pengerusi penyampiakan kotak kurma
WAkil APMT turut serta


Pada Jumaat 20 Ogos 2010,JKKK bersama UMNO dan Pertubuhan Belia Pasir Gajah telah bersama mengagihkan kotak kurma sumbangan YAB MB Terengganu kepada hampir 400 buah rumah.


Pengagihan dibuat mengikut zon aitu zon Kg Hulu,zon Tanah Lot,zon Kg Laut,Zon Kg Hilir batu 1o dan zon Balai Polis.Antara yang turut serta ialah Pengerusi JKKK dan Timbalan pengerusi JKKK Pasir Gajah serta wakil balai polis Pasir Gajah iaitu Koperal Edris Atan.Majlis bermula jam 5.00 petang berakhir pada jam 615 petang.

PASANG BENDERA SEMPENA MERDEKA 53

Memasang bendera
En.Salim sedang mengikat bendera
Deretan bendera yang telah siap

S/U JKKK turut sama memasang bendera


Pada 18 Ogos 2010,sempena kemerdekaan Malaysia ke 53,kempen memasang bendera telah mula dijalankan oleh JKKK Pasir Gajah.Sebanyak 100 helai bendera telah diperuntukkan untuk di pasang di tempat yang stategik di Pasir Gajah bagi menggambarkan suasana kemerdekaan iaitu di Bangunan GDW,Balairaya dan persimpangan jalan serta bangunan UMNo Pasir Gajah.Kerja pemasangan bendera dibuat secara gotong royong antara JKKK dan ahli pemuda.

Rabu, Ogos 18, 2010

HADIR MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KETENGAH

Bersalam dengan YB Parlimen Dungun
Menerima bendera
Menuruni tangga bersama bendera....
Bersama menyanyi lagu Jalur Gemilang


Pada 16 Ogos 2010,Isnin,Pengerusi JKKK Pasir Gajah bersama Tim Pengerusi ,S/U dan AJK telah hadir dalam majlis penerimaan bendera oleh KETENGAH.Majlis yang dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Dungun turut dihadiri oleh semua Pengerusi JKKK dalam wilayah KETENGAH.

Jumaat, Ogos 13, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA KRT UNTUK WARGA EMA

Timbalan Pengerusi KRT hadir sama
Menanti waktu berbuka
Mengatur hidangan

Kaum wanita yang hadir
Menanti waktu berbuka

Pada 13 Ogs 2010,Jumaat 3 Ramadhan 1431,Kawasan Rukun Tetangga Pasir Gajah {KRT} telah mengadakan majlis berbuka puasa meraikan warga emas,ibu tunggal dan warga miskin di Masjid Pasir Gajah.Seramai lebih kurang 80 orang telah diraikan bersama dengan AJK KRT,AJK JKKK dan AJK Masjid.

SOLAT TARAWIKH SEMPENA RAMADHAN

Imam Abbas memaklumkan tentang solat tarawikh
Bersedia untuk solat
Rakaat pertama.......ramadhan 2010
Selesai solat 11 rakaat
Jamuan moorey




Bermula 1 Ramadhan 1431,11 Ogos 2010,bulan ramadhan ini,Masjib Pasir Gajah telah dipenuhi oleh para Jemaah untuk turut serta mengerjakan solat Tarawikh.Pada tahun ini,JK Masjid telah menggunakan khidmat dua orang Imam Tahfis dari Pusat Pengajian Islam Kuala Selangor.

Solat Tarawikh ini biasanya dilakukan sebanyak 8 rakaat dan 20 rakaat pada malam Jumaat.Seramai hampir 200 orang hadir untuk bersama menunaikan solat jemaah solat Tarawikh.Selepas solat,biasanya jemaah dijamu dengan jamuan moorey yang dibawa oleh jemaah.

BAZAR RAMADHAN JKKK 2010

Pengunjung mula membeli di bazar JKKK
Melihat apa yang ada
Ada yang belum dubuka lagi gerainya...


Bermula pada 1 Ramadhan Rabu,11 Ogos 2010,JKKK Pasir Gajah telah membuka 5 kanopi bagi membolehkan penjual makanan dan kuih muih menjual makanan mereka sempena bulan ramadhan ini.Sebanyak 14 gerai telah diperuntukkan kepada orang kampung untuk menjual makanan atau kuih-mueh mereka .


JKKK menyediakan khemah dan meja serta kerusi dengan bayaran sebanyak RM40.00 sepanjang bulan ramadhan ini.Antara yang dijual alah kueh,martabak,lauk pauk.air tebu dan lain lain lagi.Bazar mula dibuka jam 230 petang dan berakhir jam 7.00 malam.

GOTONG ROYONG BERSIH MASJID

Penasihat dan Timbalan Pengerusi Masjid hadir sama
Membersihkan kipas
Membersihkan karpet
Membuah sarang labah-labah

Hari Jumaat 6 Ogos 2010,Seminggu sebelum puasa,JK Masjd Pasir Gajah telah mengadakan kerja-kerja membersihkan kipas masjid serta membersihkan kotoran,habuk dan sarang labah-labah di kawasan dalam masjid.Gotong-royong yang bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 10 pagi.

Seramai 10 orang AJk telah hadir dalam membuat kerja-kerja pembersihan tersebut.Kerja-kerja pembersihan ini bertujuan untuk menyambut kehadiran bulan ramadhan pada ari Rabu nanti.

Isnin, Ogos 02, 2010

lagi gambar adc ketengah 2010

Pengerusi menjawab soalan
Pengerusi Panel Hakim menyatakan sesuatau

Jamuan teh
Para hakim mendapat maklumat selepas pembentangan

Panel yang hadir




PERTANDINGAN ADC KETENGAH FINAL 2010

Taklimat sedang disampaikan
Para hakim dalam majlis perasmian

Jamuan teh para hakim dan ajk
Penyampaian cenderahati kepada para panel hakim
Para panel hakim disambut oleh Pengerusi GDW




Pada 2 Ogos 2010,Pasir Gajah sekali lagi dinilai oleh para Panel Penilai Dari KETENGAH yang melibatkan hakim dari pelbagai agensi.SEsi soaljawab dan pembentangan dijalankan dan disampaikan oleh S/U En.Mat Zaik bin Mohd Yusof.Majlis tamat pada jam 1250 tgh.