Harapan...

Khamis, Disember 30, 2010

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN






Pada 30 Dis 2010,berita kegiatan JK Masjid dan JKKK Pasir Gajah telah disiarkan oleh Sinar harian yang mana ianya adalah berkaitan dengan temuramah Pengerusi Masjid,En Mustafa Muda yang menyentuh tentang kegiatan ekonomi penduduk iaitu menoreh getah serta kegiatan membuat bubur Assyura.Terima kasih kepada Cik Raiham dari Sinar Harian atas kelapangan masa menulis kegiatan tentang kampung ini.Baca sendiri.....

YB UMNO ZIARAH PENDUDUK

YbKECAKNAAN....YB bertanya khabar Pengerusi KRT yang sakit barah
Pemuda UMNO mengiringi YB ziarah rumah
Bertanya khabar
Kegembiraan jelas terpancar di wajah Pak Malim
Pak Ali menerima sumbangan YB

Pada hari program Rapat 1Malaysia,YB Tn Hj Wan Abdul Hakim ,YB UMNO telah meluangkan masa menziarah 6 buah rumah penduduk kampung bersama JK UMNO Cawangan ,JK Pemuda UMNo cawangan dan puteri.

Dalam ziarah tersebut,YB telah bertanya khabar dan menyelesaikan masalah serta menghulurkan sedikit sumbangan kepada penduduk kampung.Program ini bertujuan mendekatkan penduduk dengan YB sesuai dengan slogan 1Mlaysia,Rakyat didahulukan.

PROGRAM MASAK BUBUR SYURA

ADA GAYA.....SU dan Pengurusi JKKK kacau syura
,Kaum ibu di dapur memproses bahan buat syura
BERGAYA....kacau syura
KERJASAMA....wakil Balai Polis turut menagacau kelapa inti syura
SEronok.......dengar celoteh sambil buat syura

Pada hari Ahad,26 Dis 2010,JK Masjid bersama JKKK pasir Gajah telah mengadakan Program Memasak Bubur Assyura secara bergotong royong di perkarangan Masjid Pasir Gajah.Hamir 40 orang bagi berbagai NGO Pasir Gajah telah bersama bergotong royong mengacau syura.


Antara yang hadir ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor,Pengerusi JK Masjid,En.Mustafa Muda,Ketuan Polis Balai Sjn Mohd Shakri,SU JKKK En Mat Zaik,Ketua Wanita UMNo Pn Habsah Ali dan penduduk kampung.

Sebanyak 15 kilo beras digunakan untuk membuat 2 kawah syura yang bakal di agihkan kepada hampir 200 orang kampung.Kerja mengacau syura bermula jam 730 pagi dan berakhir jam 200 petang,manakala syura diagihkan kepada penduduk pada pukul 5.00 ptg oleh AJK JKKK.

Jumaat, Disember 24, 2010

GOTONG ROYONG DI MASJID

CANTIK.......bakal diletakkan di atas tempat yang dibina
INI DIA......pokok yang bakal di jadikan hiasan
BERSAMA......memulakan buat tapak
Mencakung..........memasang bata
Mengukur.......untuk pastikan tapak tidak belok

Pada Jumaat 24 Dis 2010.beberapa orang ajk masjid tekah mengadakan gotong royong membina temat meletak bunga di luar kawasan masjid bagi menceriakan masjid.Tempat letak bunga tersebut yang dibeli bersama pokoknya akan dipasang di atas tapak yang dibina .

Antara yang hadir ialah Pengerusi JK Masjid ,En.Mustafa Muda bersama Timbalan En.Zaik serta AJK seperti Harun,Salim,Ibrahim,Jaafar,Hj Othman dan Mat Jin dan tuan imam iaitu Imam Abbas.Kerja yang dimulakan jam 830 pagi selesai dengan jayanya pada pukul 10.30 pagi.

Jumaat, Disember 10, 2010

YAB MENTERI BESAR RASMI RAPAT 1MALAYSIA

Keratan akhbar...Rapat 1Malaysia
Ketibaan YAB Menteri Besar di Pasir Gajah
Gadis pembawa bunga manggar dan pulut kuning
YAB MB bersama VIP di atas pentas utama
YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan
YAB menaiki motosikal pemenang cabutan bertuah
YAB MB bersama VIP makan tengahari

Pada Jumaat 10 Disember 2010,YAB Menteri Besar Terengganu Dato Seri Hj Ahmad bin Said telah hadir di Kampung Pasir Gajah bagi merasmikan Program Rapat 1Malaysia.Program yang bermula jam 8.00 pagi dimulakan dengan jamuan pagi lempeng nyior Veteran UMNO DUN Ayer Puteh bersama YAB MB.

Majlis yang diringin dengan paluan kompang dan arakan 14 bunga manggar dan 14 nasi semangat dihadiri lebih dari 1000 orang penduduk.Kemesraan YAB beramah mesra dengan penduduk tempatan terserlah apabila YAB mengambil sedikit masa bersalaman dengan hadirin.

Dalam majlis ini juga YAB merasmikan bangunan Astaka,Rumah chalet dan bangunan kedai.Majlis berakhir jam 12.30 tgh.

CANDIT ...ONE TWO THREE...RAPAT 1MALAYSIA

Anok kampung aku.....harap UMNO belakalah....
Buat mende tu weeee ramai-ramai.....

Makan nasi tengahari beeeeeb....... s/u bersama timbalan pengerusi JKKK PG

CERAMAH PERDANA PARAT 1MALAYSIA

Ybhg ahli panel bersama YB Adun Ayer Puteh
Makan malam sebelum program dimulakan
Ceramah sedang bermula
Hadirin yang hadir
Barisan panel

Pada malam Jumaat,9 Disember 2010,bertempat di Dataran astaka Pasir Gajah telah berlangsung Ceramah Perdana Rapat 1Malaysia yang disampaikan oleh 3 ahli Panel iaitu Ybhg Ustaz Nor Azrai dari JASA,Ybhg Ustaz Ruslan Kassim dari PERKASA dan Ybhg Ustaz Mejar {B}
Abdullah dari Kelantan yang mengupas isu orang Melayu yang diperlekehkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan peribadi.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YB ADUN Ayer Puteh,Ybhg Tuan Pegawai Daerah,Pengerusi-pengerusi JKKK DUN Air Puteh sereta penduduk sekitar dan tempatan.Dianggarkan seramai 200 orang hadir dalam majlis tersebut.

Majlis bermula jam 930 malam berakhir jam 1145 malam.

Khamis, Disember 09, 2010

RAPAT 1MALAYSIA DI PASIR GAJAH

pOSTER rAPAT 1MALAYSIA

YB bersama menikmati jamuan tengahari Rapat 1Malaysia
Ruang Pameran JASA

Soccer StreatTarian Suffer
Lembu yang disembelih

Pada 9 Disember 2010,Program Parat 1Mlaysia Peringkat DUN Ayer Puteh hari pertama telah diadakan di Dataran Astaka Pasir Gajah.Antara program pertama hari ini ialah Pertunjukkan Suffer Dance dan Nyanyian Karaoke yang diadakan bermula jam 9.00 ,pagi hingga 12.00 tgh.

Selain itu,seekor lembu turut ditumbangkan untuk makan sup malam ini sempena Program Ceramah Perdana Islam.Tutut diadakan ialah pertandingan Streat Soccer dan
pertandingan melukis dan mewarna serta persembahan dikir barat.

Selain itu turut disediakan ialah peameran yang terdiri dari pameran Polis,Pameran Proton,Pameran APMT,Pameran KETENGAH,JASA dan Kesihatan termasuk dari Pejabat DAERah Kemaman.

Turut serta dalam program ini ialah YB Dun Ayer Puteh,Tn Hj Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar bersama Tuan Pegawai Daerah Kemaman.

Selasa, Disember 07, 2010

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU HIJRAH 1432

Pengerusi JKKK bersama imam Abbas

Mengaminkan bacaan doa ahkhir tahun
Berdoa selepas solat hajat


Pada 6 Disember 2010,Isnin bermula jam 630 petang,Masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis bacaan doa penutup tahun Hijrah dengan kehadiran hampir 60 orang jemaah.Majlis diimamkan oleh Imam Abbas bin Hj Taib kemudian disusuli dengan solat maghrib,bacaan doa awal tahun,bacaan yassin dan solat hajat serta solat isyak dan jamuan ringan.

Hadir sama ialah Tn Hj Mhd Nor,Pengerusi JKKK,Timbalan Pengerusiu Masjid iaitu Cikgu Zaik,AJK masjid,ajk JKKK serta jemaah.

Sabtu, Disember 04, 2010

PROGRAM KRT PERINGKAT DAERAH

Zaik,Salim dan Zehan menikmati hidangan jamuan
Suasana dalam dewan sewaktu majlis bermula
Afzalizam,Zaik,Salim,Ziehan,Lina dan Izam...AJK KRT yang hadir
Pentas hadapan

Pada 3 Disember 2010,Jumaat malam Sabtu,seramai 12 orang AJK dan ahli KRT Pasir Gajah telah hadir dalam program makan malam anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kemaman dan KRT daerah Kemaman bagi mengenang jasa pengerusi-pengerusi KRT yang telah berkhidmat selama lebih 10 tahun di Dewan Berlian MPK Kemaman.

Antara AJK yang hadir dalam majlis tersebut ialah,Cik Pn Norzihan Abdullah,Setiausaha KRT Pasir Gajah,En.Mat Zaik,En.Mohd Salim,En Afzalizam selaku AJK dan 7 orang ahli KRT.Majlis yang bermula jam 9.00 malam dirasmikan oleh Ybhg Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Terengganu.

Jumaat, Disember 03, 2010

FUTSAL NETBALL RAPAT 1MALAYSIA

Pasukan Netball sedang beraksi
Pertandingan Futsall baru bermula


Pada 3 Disember 2010,Jumaat,UMNO DUN Ayer Puteh telah mengadakan pertandingan Futsal dan Netball sempena Rapat 1Malaysia yang bakal diadakan di Kampung Pasir Gajah.Pertandingan yang diuruskan oleh APMT DUN Ayer Puteh berlangsung di padang mini Tanah Lot bagi FUTSALL dan di Dataran Astaka bagi Netball.

Pertandingan ini turut diuruskan oleh Pemuda UMNO dan Belia Pasir Gajah.Sebanyak 15 pasukan FUTSALL dan 14 Pasukan Netball telah turut serta dalam pertandingan sempena Rapat 1Malaysia ini.