Harapan...

Ahad, Julai 31, 2011

KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAD

WAJAH PEMANAH NEGARA
YANG MENGHARUMKAN
NAMA PASIR GAJAH


Khairul Anuar bin Mohamad memulakan persekolahan di SK Pasir Gajah,Kemaman.Kemudian melanjutkan pelajaran di SM Ayer Puteh Kemaman.Semasa bersekolah di SMK Ayer Puteh,Khairul Anuar telah dilihat bakatnya oleh Cikgu Mohd Kamro bin Abdul Aziz yang pada masa itu gigih mengajar sukan memamah.Melalui usaha gigih Cikgu Mohd Kamro dan dengan kesungguhan bekas Pengetua SKM Ayer Puteh iaitu Pn Hjh Nik Akiah yang telah berusaha membeli peralatan memamah,bakat Kairul Anuar terus digilap sehinggalah beliau dapat bersekolah di Tingkatanan Empat di SMK Bukit Nenas.

Pn Hjh Nik Akiah

Bakat Khairul Anuar kemudiannya telah dicungkil bakatnya oleh memulakan latihan pada 2006 di Sekolah Mengambang Telipot dibawah program Cemerlang 2010 anjuran Bahagian Pembangunan MSN. Bakat beliau di kesan oleh jurulatih Akademi Serantau Zon Selatan (ASZS) Cik. Lim Goek Pong dan ditawarkan memasuki program Pelapis Serantau pada Julai 2008. Beliau pada awalnya menghadapi masalah menyesuaikan diri di Akademi Serantau telah berjaya didik dan di asuh oleh Cik Lim untuk menjadi seorang pemanah yang cemerlang. Beliau telah berjaya memperbaiki catatan peribadi terbaik dari 1189 kepada 1227 di Kejohanan Memanah Kebangsaan Dan Terbuka Atm 2008, 2hb – 6hb Disember 2008. Usaha beliau ini telah membolehkan beliau ditawarkan ke program Pelapis Kebangsaan dibawah kendalian Othman Wahab. Di bawah program PK ini beliau telah berjaya menunjukan disiplin dan kemampuan untuk di pilih ke program elit pada Mac 2011. Beliau juga telah berjaya memperbaiki catatan terbaik peribadi apabila mendapat 1274 Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 3/2010.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemanah pasukan negara kerana telah melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik 2012.



ANAK PAK MAT BT 10 HARUMKAN NAMA PASIR GAJAH

Atlet layak ke Olimpik dapat elaun khas


Trio memanah (dari kiri) Khairul Anuar Mohamad, Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin antara penerima Skim Insentif Sukan Olimpik setelah menjadi kumpulan atlet pertama negara yang layak ke temasya sukan di London tahun depan.


KEMAMAN - Lima atlet Sukan Olimpik negara menerima elaun bulanan khas di bawah Skim Insentif Sukan Olimpik.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mereka yang menyertai acara individu layak menerima RM2,000 berbanding RM1,600 sebelum ini, manakala mereka yang menyertai acara berkumpulan akan menerima sebanyak RM1,600 berbanding RM1,000 sebelum ini.

"Mereka akan menerima elaun bulanan itu dari tarikh kelayakan mereka menyertai Sukan Olimpik sehingga sukan itu diadakan," katanya.

Ahmad Shabery hadir pada Penyampaian Skim Insentif Sukan kepada pasukan memanah negara di tapak acara Karnival Dadong, di Kampung Dadong di sini, semalam.

Trio memanah kebangsaan yang dianggotai Chen Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad muncul sebagai kumpulan pertama atlet Malaysia yang layak ke London selepas meraih tempat kesembilan acara berpasukan pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali pada 8 Julai lepas.

Turut layak menerima elaun bulanan khas itu ialah dua penerjun, Pandelela Rinong dan Bryan Nickson Lomas yang turut menempah tiket ke London selepas melepasi tahap kelayakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata kenaikan elaun bulanan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil yang dipengerusikan beliau pada Mac lepas.

Sementara itu pemanah negara Khairul Anuar yang ditemui berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan menyediakan elaun bulanan tersebut.

"Elaun tidak begitu penting, yang penting sekali ialah semangat juang untuk memastikan negara mampu memperoleh pingat dalam sukan itu nanti," katanya.

Beliau yang merupakan anak jati Kemaman berkata, pasukannya kini sedang giat berlatih termasuk dalam bulan Ramadan nanti sebagai persiapan menghadapi sukan itu. - Bernama

Ahad, Julai 24, 2011

SYABAS S/U UMNO BAHAGIAN.....INI YG KITA MAHU

Bencana Ribut Di Felda Neram


21 Julai 2011(Khamis). Felda Neram 1, lebih 30 buah rumah telah rosak teruk dilanda ribut kuat pada petang tadi. Walaubagaimanapun, tiada kecedaraan yang berlaku dan semua mangsa selamat didalam kejadian itu, menurut penduduk setempat ribut atau kepala angin yang melanda setelah hujan renyai-renyai pada petang tadi. Lawatan mengejut Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, En. Rosli Bin Ahmad telah memaklumkan bantuan segera oleh Pejabat Yang Behormat DUN Air Putih, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta beberapa Agensi yang berkaitan akan diberikan.{dipetik dari Blog UMNO Bhg Kemaman}

RKT ANJUR PERTANDINGAN KARAOKE 2011

Orang ramai yang hadir
Penyanyi karaoke

Peserta menyampaikan lagu

Pemenang hadiah Karaoke saguhati

Juara Karaoke KRT 2011


Pada 24 Julai 2011,Sabtu malam Ahad,KRT {Kawasan Rukun Tetangga} Pasir Gajah telah mengadakan pertandingan Juara Karaoke yang berlangsung di Dewan Pasir Gajah.Seramai 18 orang peserta telah memasuki acara saringan dan 11 orang sahaja terpilih untuk pertandingan akhir yang diadakan di sebelah malam.



Orang ramai yang hadir juga turut berpeluang mendapat hadiah melalui jualan tiket bertuah serta menyaksikan persembahan Dikir barat.Majlis yang dihoskan oleh En.Badrulhisyam Jusoh serta En Ezam Ghazali bermula jam 930 malam dan berakhir jam 1230 malam.Program yang diuruskan oleh En.Afzalizam selaku Pengerusi KRT bersama En Mohd Salim Abd Hamid selaku bendahari dan dibantu oleh AJK KRT ini berjaya menarik minat golongan muda.

USTAZ MAT BERCERAMAH GUNA LCD

Ustaz Mat dari Pejabat Agama Kemaman
sekelompok jemaah yang hadir

LCD digunakan


Pada 23 Julai 2011,malam sabtu,Penceramah Jemputan Ustaz mat dari Pejabat agama Kemaman tyelah hadir untuk menyampaikan Ceramna berkaitan Kemuliaan bulan ramadhan di masjid Pasir Gajah.Ceramah ini yang merupakan ceramah bulanan anjuran Pejabat agama Kemaman telah dihadiri oleh seramai 60 orang ahli jemaah.




Inilah pertama kalinya cara ceramah yang menarik minat jemaah yang hadir apabila Ustaz mat menggunakan LCD untuk menerangkan isi ceramah yang disampaikan.Penulis lihat,jemaah yang hadir begitui berminat terutama apabila Ustaz Mat menayangkan gelagat manusia di dalam videonya.

GOTONG ROYOG BERSIH MASJID

En.Yono membasuh koloh
En.Mustafa Muda {kiri} bersama AJK Masjid


Kamum wanita turut serta

Membersih kipas

Suasana dalam masjid


Pada Jumaat 23 Julai 2011,sempena kehadiran Bulan Ramadhan,JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan gotong royong membersihkan masjid terutama di bahagian dalam masjid.Program murni ini turut dihadiri oleh Pengerusi JK Masjid,En Mustafa Muda dan Ketua Kampung serta JK masjid dan jemaah.



Antara kerja yang dilakukan ialah membersihkan tingkap,membersihkan karpet,mencuci kipas dari habuk ,mengemaskini papan kenyataan dan membersihkan koloh air serta tandas.Seramai hampir 40 orang telah hadir menjayakan gotong royong ini serta ianya turut disertakan oleh jemaah wanita.Program yang bermula jam 800 pagi ini berakhir jam 10.oo pagi.Jemaah yang hadir dihidangkan minum ringkas iaitu mee goring dan kerepok serta karipap.

SUKAN KOMUNITI MUKIM PASIR SEMUT 2011

Perlawanan bolajaring
Perlawanan FUTSAL Lelaki
Perlawanan sepaktakraw

YB ADUNAir Puteh menyampaiakan hadiah pemenang FUTSAL


Hadiah pemenang sepaktakraw




Pada 23 Julai 2011,Jumaat telah berlangsung Temasya Sukan Komuniti Peringkat Mukim Pasir Semut yang melibatkan Kg Paman dan Kg Pasir Gajah, yang berlangsung di Padang Pasir Gajah.Bermula jam 830 pagi,YB Tn Hj Wan Abdul hakim ADUN Air Puteh telah singgah sekejap untuk bersama dan melihat perlawanan tersebut.Sebanyak 10 pasukan FUTSAL Lelaki telah menyertai pertandingan ini manakala sepaktakraw pula ialah 6 pasukan.Bolajaring pula ialah 6 pasukan juga.



Bagi FUTSAL Lelaki,ianya diuruskan oleh En.Badrulhisyam Jusoh bersama En Jalil Daud,Sepaktakraw diuruskan oleh En.Mohd Salim Abd Hamid bersama En Afzalizam dan bolajaring pula oleh Pn Asmida A Rahman bersama Pn Habshah dan Pn Nora.



Pertandingan yang bermula dari pagi itu berakhir jam 630 petang,manakala sepaktakraw pula disambung perlawanannya di dalam dewan sehingga pukul 10 malam.Pada malamnya pula YB Tuan Hj Wan Abdul Hakim telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenangnya.

MAJLIS NISPU SYAABAN DI MASJID PASIR GAJAH

Memulakan solat maghrib
Jamuan selepas selesai majlis


Bersedia untuk bacaan Yaasin


Pengerusi JKKK bersama AJK Masjid


Memulakan bacaan Yaasin pimpinan Imam Abbas


Pada 16 Julai 2011,Ahad malam Isnin,telah diadakan Program Bacaan Yaasin sempena Nispu Syaaban yang menandakan hampirnya bulan Ramadhan.Program yang diadakan setiap tahun di masjid ini dimulakan dengan Solat Maghrib dan diikuti degan bacaan Yaasin sebanyak 3 kali yang dikelolakan oleh Tuam Iman ke2,Imam Abbas bin Hj Mohd Taib.Iman yang hadir ialah Iman Hj Zawawi bin Tahir,Bilal Ahmad bin Jaafar,Bilal Hj Yusoff bin Latif dan Bilal Hj Mohamad bin Ibrahim.



Seramai 130 orang telah hadir dalam majlis ini yang terdiri dari kalangan penduduk termasuk wanita.Program turut dihadiri oleh Tuan Ketua Kg iaitu Tn Hj Mohd Nor b Jusoh,Setiausaha JKKK En Mat Zaik dan AJK Masjid. Majlis juga turut menyediakan jamuan kueh-mueh yang dibawa oleh jemaah yang hadir.Program selesai jam 9.30 malam.

Khamis, Julai 14, 2011

SEKOLAH AGAMA KAFA BERWAJAH BARU

Papan tanda
Bangunan yang siap dicat

Wajah bangunan yang sudah dibaiki


Pada Julai 2001,Sekolah Agama KAFA Yayasan Islam Pasir Gajah yang selama ini menumpang di bekas surau Kg Tanah Lot telah dibaiki untuk memberi keselesaan kepada anak-anak Pasir Gajah menambahkan ilmu agama.Berkat usaha JKKK Pasir Gajah yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh untuk menaik taraf bangunan sekolah ini dengan kerjasama dan sokongan YB ADUN Air Puteh,Tn Hj Wan Abd Hakim serta Pejabat Daerah telah membolehkan sekolah ini berwajah baru.

Usaha kerajaan BN UMNO untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak Pasir Gajah dalam mempelajari ilmu agama diharap menjadi kebanggaan seluruh penduduk.Usaha KEBAJIKAN ini sudah lama diterapkan oleh kerajaan BN UMNO di Terengganu dan Pasir Gajah turut mendapat manfaatnya.Semoga ALLAH terus mengekalkan pemerintahan BN UMNO di Terengganu buat selama-lamanya demi kebaikan penduduknya.

GURU MENGAJAR DI PASIR GAJAH 1960AN

Duduk dari kiri,Cikgu Ismail,Cikgu GB Hashim,Cikgu Halimah dan Cikgu Ali
Berdiri dari kiri Pak We,tak kenal,tak kenal,Cikgu Othman dan Cikgu Hashim



Pada 10 Julai 2011,Penulis telah berkesempatan berkunjung ke Kedai Pak We di Kg Hulu pasir Gajah untuk menikmati minuman pagi.Penulis telah melihat gambar lama guru-guru yang pernah mengajar di SK Pasir Gajah pada tahun 60 an atau awal 70 an.Oleh yang demikian,penulis telah meminta kebenaran dari anak Pak We iaitu Pn azizah untuk mengambil gambar guru tersebut.

DIGI SUMBANG LAPTOP UNTUK PENDUDUK KAMPUNG

Pusat DIGI Pasir Gajah
En.Abbas Taib menerima laptip bagi pihak JK Masjid
Pn Marinirma Maliki menerima laptop mewakili penduduk kampung
En.Mohd Salim bersama menerima laptop
Cikgu Zaik menerima sumbangan tersebut

Pada 13 Julai 2011,Rabu,DIGI pusat Jalur Lebar di Pasir Gajah telah bermurah hati menyumbangkan hampi 70 buah Laptop HP kepada penduduk kampung dan beberapa pertubuhan serta institusi sebagai sumbangan sempena majlis pembukaan Pusat Jalur Lebar DIGI di Pasir Gajah.

Majlis ringkas penyerahan itu dilakukan oleh Pegawai DIGI dan penerimaan Laptop tersebut untuk JKKK diterima oleh Pengerusi JKKK Pasir Gajah .Dalam majlis tersebut Setiausaha JKKK,En Mat Zaik bin Mohd Yusof turut hadir untuk menerima sumbangan bersama 70 orang lain.Penduduk cuma dikehendaki menyediakan RM105.00 sebagai penerimaan laptop tersebut bersama broadband.

Sekolah yang menerima sumbangan Laptop ini ialah Sk Pasir Gajah yang diterima sendiri leh Pn Guru Besarnya,SKRKT Seberang Tayor dan Sk Seberang Tayor yang diterima oleh Pn Norhayati Ngah,PK HEM.JKKK Pasir Gajah menyucapkan berbanyak terima kasih kepada DIGI Jalur Lebar Pasir Gajah atas sumbangan yang besar ertinya.

Rabu, Julai 06, 2011

MAJLIS 1INFO KOMUNITI 1 MALAYSIA PASIR GAJAH

Pegawai Penerangan Daerah menyampaikan ucapan
Antara yang hadir


AJK yang hadir



Pn Rozana,Pn Zehan dan En Jalil....AJK yang hadir



Tn Hj Awang Ismail bersama isteri dan Pengerusi JKKK



Pada 22 Jun 2011,Komuniti 1Malaysaia Pasir Gajah telah mengadakan Program 1INFO Komuniti 1Malaysai di Restoren Bangkok Kitchen Geliga Kemaman.majlis yang dihadiri oleh 10 orang kakitangan Pejabat Penerangan dan 30 orang AJK Komuniti 1Malaysai ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi perhubungan JK peringkat Mukim bersama Pegawai Penerangan Daerah Kemaman dan pegawai-pegawai dari pejabat tersebut.





Dalam majlis tersebut,Pegawai Penerangan Daerah iaitu Tn Hj Awang Ismail bin Awang Lumbur telah menyampaikan banyak info yang mendapat perhatian AJK dalam menggerakkan Komuniti 1Malaysia ini.Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengerusi Komuniti 1Mlaysia Mukim Pasir semut iaitu En.Mustafa bin Muda,Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Ketua Kg Paman iaitu Pn Siti Normawatini dan AJKnya.


Majlis dipengerusikan oleh Pn Aneta bt Ahmad.Majlis yang bermula jam 915 mnlam berakhir jam 1015 malam.

TAHLIL SEMPENA 65 TAHUN UMNO

Program baru nak mula
Antara yang hadir bertahlil


Bersedia untuk solat hajat


Jamuan ringkas



Pak Ali,Abang Nong dan Saudara Rosli


Pada 24 JUN 2011,JK UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan majlis Solat Hajat dan Tahlil sempena 65 tahun UMNO di Rumah UMNO Pasir Gajah.Majlis murni ini diadakan adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah s.w.t agar UMNO terus dipelihara kerana ianya merupakan parti yang berjasa kepada rakyat serta memastikan UMNo sentiasa dihati seluruh penduduk Pasir gajah dan malaysia amnya.Majlis ini dijayakan bersama JK UMNO Cawangan serta Wanita,Pemuda dan Puteri Cawangan.



Dalam majlis ini,dianggarkan hampir 100 orang kalangan ahli UMNO telah hadir.Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman Saudara Rosli bin Ahmad yang disambut oleh Ketua UMNO cawangan iaitu Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan Timbalan Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah iaitu Saudara Badrulhisyam bin Jusoh.Majlis bermula jam 915 malam dengan solat hajat yang diimamkan oleh Tn Hj Yusoff bin Latiff dan diikuti dengan majlis tahlil.




Selepas majlis tersebut,para hadirin telah dijamukan dengan hidangan nasi minyak yang diuruskan oleh Wanita dan Puteri UMNO Cawangan pasir Gajah.Majlis berakhir jam 10.15 malam.

MERCU TANDA 1MALAYSIA DI PASIR GAJAH

MERCU TANDA 1MALAYSIA
Hampir siap


Di tempat yang strategik...



1Malaysai...mercu dalam pembinaan


Pada 22 JUN 2011,JKKK Pasir Gajah telah membina sebuah mercu tanda 1Malaysia yang di tempatkan di Kg Tengah Pasir Gajah sebagai satu arca mercu tanda yang bakal menjadi daya penarik kepada kampung ini.



Pembinaan mercu tanda ini yang diuruskan oleh Timbalan Pengerusi JKKK,En.Mustafa Muda telah diputuskan dalam mesyuarat JKKK Pasir Gajah adalah merupakan satu tanda sokongan berterusan penduduk kampung ini yang dizahirkan melalui kepimpinan JKKK terhadap pentadbiran BN UMNO menerajui pemerintahan Malaysia di bawah kepimpinam YAB Dato Seri Mohd Najib.

Konsep 1Malaysia yang telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat di Pasir Gajah ini telah diadaptasikan melalui mercutanda ini yang mana akhirnya diharapkan seluruh masyarakat dapat memahaminya melalui mercutanda ini. Kos pembinaan ini ditanggung sepenuhnya oleh JKKK Pasir Gajah.

Mercu tanda setinggi 12 kaki ini dan lebar 3 kaki ini adalah yang terbesar di DUN Ayer Puteh setakat ini.JKKK bercadang akan mengadakan sedikit majlis perasmian mercu tanda ini dalam masa yang terdekat.





















Selasa, Julai 05, 2011

JKKK TERBAIK DUN AYER PUTEH 2010/2011

ANUGERAH JKKK TERBAIK
YAB MB menyampaikan hadiah

AJK yang hadir

Sijil anugerah

AJK JKKK bersama hdaih dan sijil


Pada 10 JUN 2011,Sabtu,JKKK Pasir Gajah telah dianugerahkan sebagai salah satu dari 5 jkkk terbaik DUN Ayer Puteh dalam pertandingan JKKK terbaik daerah Kemaman.Selain itu,setiap DUN dipilih 5 jkkk terbaik.

Dalam pertandingan ini,Pasir Gajah telah dianugerahkan sebagai salah satu JKKK terbaik dan membawa pulang hadiah berupa satu orang lawatan ke Bangkok Thailand,300 buah kerusi dan sebuah kanopi.Hadiah yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu diterima oleh Pengerusi JKKK Pasir Gajah iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.Anata yang hadir pada malam tersebut ialah Timbalan Pengerusi En Mustafa Muda,S/U En.mat zaik,Bendahari En Ibrahim @ harun,AJK En.badrulhisyam,En.Mohd Salim,En.Abbas,En.Samsul,En Jalil,Pn Nor Zaidah,Pn Habshah dan En Othman .Majlis berakhir jam 11.30 malam.