Harapan...

Sabtu, Januari 29, 2011

KURSUS PENGIMARAHAN MASJID

Peserta mendengar ceramah
Tuan Pegawai Agama Daerah menyampaikan syarahan
AJK Masjid Pasir Gajah
Menerima sijil....
Menerima sijil
Pada 29 jan 2011,Sabtu,Pejabat Agama Daerah Kemaman telah mengadakan Kursus Pengimarahan masjid kepada JK Masjid seluruh daerah Kemaman.Seramai 103 orang AJK Masjid Daerah Kemaman telah hadir berkursus di Pejabat Agama Daerah Kemaman.

Majlis yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Agama Daerah Kemaman,Tn Hj Zulkifli bin Othman bermula jam 845 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.Pelbagai isu diperbincangkan dalam kursus tersebut terutama berkaitan dengan masalah perpaduan orang melayu.

Pasir gajah diwakili oleh En.Mustafa Muda,En.mat zaik bin Mohd Yusof dan En.Ahmad bin Jaafar.

Khamis, Januari 27, 2011

BERITA YANG MENGGEMPARKAN PASIR GAJAH 2010


KUALA TERENGGANU – Pada 14/6/2010 telah berlaku satu kejadian bunuh yang melibatkan mangsa seorang lelaki Melayu. Tiga individu yang menjadi suspek utama masih menghilangkan diri. Kata, K Manoharan Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu.

Hasil daripada siasatan, pada 14/6/2010 jam Lebih kurang 2.00 pagi, mangsa mendapat panggilan telefon daripada seorang perempuan (Intan Nazridah Binti Abdul Rahman) yang baru di kenalinya meminta mangsa supaya datang untuk mengambilnya di sebuah pondok di kebun buah-buahan Batu 10, Jalan Air putih, Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu dipercayai perempuan tersebut telah bergaduh dengan teman lelakinya (Nik Mustapfa Bin nik Hasan).

Mangsa tidak mengetahui lokasi sebenar pondok tersebut. Kemudian adik kepada perempuan tersebut (Mohd Redzuan Hafiz Bin Abdul Rahman) telah membawa mangsa untuk menunjukkan lokasi pondok tersebut. Apabila mangsa telah pergi ke pondok tersebut didapati mangsa tidak lagi pulang ke rumahnya sehinggalah usaha mencari mangsa dijalankan dan mana mangsa dijumpai mati di bunuh di Pondok tersebut. Dalam masa yang sama, perempuan, teman lelakinya dan adik perempuan itu telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut sehingga ke hari ini.

Memandangkan mereka bertiga adalah orang terakhir yang bertemu dengan mangsa, pihak polis mengharapkan kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan ketiga-tiga individu tersebut bagi membantu siasatan pihak polis

POLIS DAN PENUBUHAN R.A.J

Wanita Pasir Gajah turut menjadi RAJ
SETIA....mendengar ucapan Timbalan OCPD Kemaman
Tuan Timb OCPD Kemaman memberi ucapan
En.Azmi RELA Paman bersalaman dgn Ketua Kampung dan Tuan OCPD
Sesi Pendaftaran RAJ diuruskan oleh En.Badrulhisham Jusoh

Pada 24 Jan 2011,Isnin malam Selasa,Polis Pasir Gajah di bawah kelolaan OCS Sarjan Mohd Shakri telah mengadakan majlis penubuhan RAJ {Rakan Anti Jenayah} bersama RELA bagi membantu menjaga keselamatan kampung.Turut serta ialah JKKK Pasir Gajah dalam program murni ini.

Hadir sama dalam majlis penubuhan ini ialah Tuan Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman,Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,s/u JKKK En Mat Zaik,Timnbalan Ketua UMNO Caw.Pasir Gajah En.Badrulhisham bin Jusoh,ahli JKKK,Ketua RELA Pasir Gajah,En Mohd Jati bersama anggota RELA,Ketua RELA Paman,En.Azmi dan para remaja yang memohon menjadi RAJ Pasir Gajah.

Dalam ucapan perasmian pada malam itu,Tuan Timbalan OCPD Kemaman berharap RAJ akan menjadi mata dan telinga bagi menjaga keselamatan kampung Pasir Gajah.Penubuhan ini bertepatan kerana ianya dapat mendidik dan memberi pemahaman kepada RAJ untuk menjadi sebahagian dari jentera penting menjaga keselamatan kampung selain dari Polis dan RELA.Majlis bermula jam 915 malam berahir pada jam 11.00 malam.

Sabtu, Januari 22, 2011

BAGI BORANG DANA PAKAIAN SEKOLAH

AJK JKK menguruskan pembahagian borang
Sedang mengisi borang
Membantu satu sama lain isi borang
S/U JKKK memerhati borang yang diisi
Kaum ibu mewakili keluarga mengambil borang

Pada 19 Jan 2011,Rabu malam Khamis,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan majlis penyerahan borang Dana pakaian Sekolah untuk ahli UMNO Pasir Gajah serta pengundi di Terengganu.Sebanyak 120 helai borang telah disediakan untuk diisi oleh pemohon yang layak pada malam itu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh serta AJK JKKK.Dalam majlis tersebut turut disentuh ialah harapan kepada pengisi borang agar terus menyokong barisan nasional dalam pengundian yang akan datang kerana dengan sokongan yang berterusanlah maka bantuan sebegini dapat diberikan oleh kerajaan pilihan rakyat yang ternyata berwibawa,sentiasa mengambil cakna keperluan rakyat dan bertanggungjawab melaksanakan janji.

Majlis yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1045 malam dengan penelitian yang rapi agar semua borang yang dihantar dapat di key inkan pada 20 Jan 2011.

PERBINCANGAN MENJAGA TUNTUNG

Sedang berbincang
Cadangan kawasan penetasan:Rumah Wazir
Kawasan Pasir Pak Yok
Telur tuntung
Ibu tuntung betina

Pada 21 Januari 2011,Jumaat jam 330 petang di Dewan Orang Ramai,satu perbincangan telah diadakan diantara Pertubuhan Penjagaan Tuntung Terengganu yang diwakili oleh Pn Chan dan Cik Chen dengan beberapa orang penduduk yang sentiasa mencari tuntung serta Setiausaha JKKK Pasir Gajah dan beberapa AJk JKKK.

Kata sepakat yang diambil ialah persetujuan untuk menggezetkan Pasir Pok Yok sebagai tempat larangan pengambilan telur oleh mana-mana individu kecuali untuk penetasan.Manakala tempat penetasan ialah di hadapan rumah En.Wazir bin Mahat di Kg Hulu Pasir Gajah.

RELA 0247 PASIR GAJAH PILIH KETUA

Ahli RELA dari Seberang Tayor memberi sokongan
Kehadiran ahli
En.Mat jati memberi ucapan selepas perlantikan
Tn.Kamarulzaman menyampaikan ucapan
Ahli RELA menikmati jamuan selepas majlis

Pada 21 Jan 2011,Pasukan Rela Platun 0247 telah mengadakan mesyuarat pemilihan ketua platun bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Dalam majlis tersebut,antara yang turut hadir ialah rakan-rakan RELA dari Platun Seberang Tayor,Tn Kamaruzaman,Pegawai RELA Daerah Kemaman,Tuan Hanapi Tuan Yusof,PKRM II Mukim Pasir Semut dan ahli-ahli RELA dari Paman,serta Pasir Gajah.

Dalam Majlis tersebut,En.Mat Jati telah dipilih sebagai Ketua Platon 0247 Pasir Gajah manakala penolongnya ialah En.Othman bin Hitam.Majlis yang bermula jam 930 malam berakhir jam 1030 malam.

Ahad, Januari 09, 2011

FORUM PERDANA KETENGAH

PETIKAN......baca


Pada 10 Nov 2010,Pasir Gajah telah dipilih oleh KETENGAH untuk mengadakan Forum Perdana 2010.Terima kasih kepada pihak KETENGAH kerana telah memilih masjid Pasir Gajah menjadi tempat untuk program yang murni dan berfaedah ini.

Seramai 300 orang telah hadir dalam program tersebut yang memperlihatkan gabungan kehadiran penduduk Pasir Gajah dan kampung berdekatan .

BANJIR PADA 7 DAN 8 JANUARI 2011

AIR.....dekat Sg Pinang
BARU NAK NAIK.....kereta masih lepas
PETANG KHAMIS.......boleh lalu lagi


Pada 7 dan 8 Januari,Jumaat dan Sabtu,hujan yang turun dengan lebatnya pada hari Khamis telah menyebabkan berlakunya banjir yang tidaklah sebesar mana di Sungai Pinang yang memutuskan hubungan di antara Cukai dan Pasir Gajah.

Selama tiga hari Penduduk Pasir Gajah terpaksa menggunakan jalan MARDI untuk ke Cukai.Suasana banjir ini walaubagaimanapun tidak melibatkan kampung Pasir Gajah kerana kawasan yang biasanya dinaiki air,tidak ada airpun.

MAJLIS RAMAHMESRA BERSAMA AJK UMNO KEMAMAN

Ketua UMNO Tn Hj Mohd Nor sedang berucap
Ketua UMNO bersama APMT menyemak pendaftaran
KEHADIRAN.....tahniah penerima DANA...ramai yg datang
JAMUAN...walaupun ringkas,seronok makan ramai-ramai
En.Fauzi menyampaikan syarahan dalam majlis tersebut
Pn Hjh Rohani mengupas segala isu berkaitan UMNO

Pada 8 Januari 2011,Sabtu bermula jam 9.00 malam Peti Undi Pasir Semut telah mengadakan M ajlis Ramahmesra Penerima Dana bersama AJK UMNO Bahagian Kemaman.Majlis yang diuntukkan kepada penerima dana dan ahli umno Pasir Gajah dan Paman ini diadakan bagi memberi penerangan isu semasa dan mengeratkan perhubungan antara AJK UMNO Bahagian Kemaman bersama penduduk Pasir Gajah.

Antara penceramah yang hadir ialah Pn Hjh Rohani bt Abdullah,Ketua Wanita UMNo Bahagian Kemaman,Pn Semek Pen.Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Kemaman,Saudara Mohd Fauzi Mat Adam,AJK Pemuda UMNO Bahagian Kemaman,Cik Hidayah AJK Puteri UMNO Bhg.Seramai 200 orang telah hadir dalam program terse but yang berakhir jam 11.00 malam.

Turut bersama ialah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Ketua UMNO Pasir Gajah,Setiausaha UMNO Pasir Gajah,En.Mat Zaik Mohd Yusof dan seluruh AJK Peti Undi Pasir Semut.

Sabtu, Januari 01, 2011

IMEJ BARU PASIR GAJAH 2011


Magic...ini ada eksosori....

Bunga penyeri papantanda
SELAMAT DATANG......kiranya gitulah bunyinya

KIRA JADI....papan tanda Homestay

Tahun 2011,Pasir Gajah bakal membawa imej baru apabila terpacaknya identititi global Kg Pasir Gajah sebagai Kampung Homestay.Sebagai sebuah kampung yang bersiap untuk dikenali sebagai sebuah kampung HOMESTAY,,,,dua buah chalet telah dibina bagi memberi penginapan kepada pengunjung....ah,sewanya tak mahallah...sekitar RM60 untuk satu malam......

Dalam chalet ni,disediakan TV dan aircornd....katil besar dan satu katil kecil....bilik air ada....kerusi makan dan kerusi rehat.....nak makan-makan....kat depan chalet tu ada kedai makan...masakan panas ada,masakan sarapan pagi ada...pendekata tak laparlah....

Chalet Homestay Pasir Gajah

Yang lain-lain tu......nanti diceritakan kemudian....kalau nak sewa,contact 0199844890....Tn Hj Mohd Noor Jusoh.....