Harapan...

Selasa, Mac 29, 2011

PETIKAN TULISAN ZABIDI HJ SAIDI







Nampaknya pilihanraya umum semakin hampir. Ke mana sahaja kita pergi, orang ramai bercakap tentang pilihanraya umum. Ramai yang berpendapat bahawa jika BN menang cemerlang dalam pilihanraya umum negeri Sarawak pada April ini, parlimen akan dibubar pada bulan Julai ini.

Di sana sini orang yang melobi jadi calon sedang memasang pelbagai strategi untuk dipilih sebagai calon. Saya hari ini berada di Kuala Terengganu menemui beberapa rakan yang mahu jadi calon. Kebetulan saya sempat menemui Setiausaha PKR Terengganu, Fazli Haji Endut yang merupakan orang Bukit Tumboh, Kuala Terengganu.

Dia meramalkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di parlimen Kemaman menentang calon BN, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Baru-baru ini Rafizi menunjukkan kemampuannya berhujah di RTM1 dengan ahli parlimen BN Hulu Selangor, Kamalanathan dan ternyata beliau seorang yang hebat mematahkan hujah lawan. Saya tak sangka dia orang Kemaman. Manakala di Dungun pula, ahli parlimen Indera Mahkota, YB Azam yang kini Pengerusi PKR Terengganu akan bertanding di situ.

Oleh kerana PKR sudah menyenaraikan siapa calon yang akan bertanding di Kemaman maka saya ingin fokus sedikit calon BN di empat DUN di Kemaman. Di DUN Kijal sudah tentu Mneteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kekal bertanding di situ. Walaupun ada yang berkata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Sabery Cheek akan bertukar kerusi dengan Ahmad Said, tetapi tidak mungkin akan berlaku. Dari dahulu pernah Tan Sri Wan Mokhtar menawarkan Ahmad Said bertanding kerusi parlimen, tetapi Ahmad lebih selesa bertanding di kerusi DUN Kijal.

Di DUN Chukai, jika Datuk Mohamed Awang Tera tidak bertanding, dia bakal diganti oleh Setiausaha Politik MB, Wan Ahmad Nizam Wan Hamid atau seorang peguam Ahmad Shahul Hamid atau Mat Bawal yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kemaman.

Di DUN Air Putih, jika Wan Hakim Wan Mokhtar yang dikatakan orang Datuk Seri Idris Jusoh digugurkan sebagai calon, maka dua nama amat popular di sini sama ada Setiausaha Bahagian, Rosli Ahmad atau Tuan Kecil Tuan Tengah, seorang ahli jawatankuasa bahagian yang paling lama.

Nama Wan Ahmad Nizam yang pernah jadi ADUN Air Putih turut disebut-sebut sebagai calon. Memang nasib orang Air Putih yang selalu mendapat orang luar menjadi calon kerana semua anak tempatan tak layak sedangkan anak bekas YB Harun Hassan yang merupakan pengurus kanan Amanah Raya Berhad, Khairuddin Harun boleh ditonjolkan sebagai calon di sini.

Di DUN kemasik, nama IR Rosli Othman yang terlibat dengan kes SPRM sudah pasti digugurkan sebagai calon. Dua nama yang popular di sini ialah ahli jawatankuasa bahagian, Haji Mustafa Abdul rahman atau Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustapha Khalid.


Di parlimen pula, jika Ahmad Shabery yang jarang balik kawasan digugurkan sebagai calon kemungkinan besar Wan Hakim yang akan bertanding di parlimen kemaman. Ramai yang kecewa dengan Shabery yang tidak menolong orang kemaman. Bila orang Kemaman minta tolong dia dengan tender KBS, dia jawab dia tak campur urusan tender sedangkan sebagai menteri dia boleh arah KSU beri tender itu kepada orang kemaman jika harganya bersesuaian. Nampak sangat ada juga menteri yang tak tolong pengundinya.

Dalam perasmian mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Kemaman tahun lepas, Ahmad said selaku Ketua Bahagian telah menyelar sikap wakil rakyat yang tidak balik kawasan yang hanya nampak muka menjelang pilihanraya. ramai yang menafsirkan ucapan Menteri Besar itu ditujukan kepada Ahmad Shabery Cheek.

PERSIDANGAN AGONG UMNO CAW PASIR GAJAH 2011

En.Ali,Veteran UMNO Pasir Gajah
AJK UMNO Bahagian
Kalangan wanita..sebelum majlis bermula
AJK dan ahli yang hadir
YB sedang berucap

Pada 19 Mac 2011.Sabtu malam Ahad,UMNO cawangan Pasir Gajah telah berjaya mengadakan Persidangan Agongnya di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Majlis yang turut dihadiri oleh Saudara Wan Nordin Wan Omar,AJK UMNO Bahagian telah berlangsung dengan suasana yang penuh harmoni.

Majlis yang bermula jam 920 malam turut dihadiri oleh seramai 139 ahli UMNO Pasir Gajah yang terdiri dari Pemuda,Puteri,Wanita dan Cawangan.Dalam majlis tersebut,hadirin turut diberi peluang untuk turut serta mengenengahkan pendapat dalam usaha memperkukuhkan UMNO di Pasir Gajah.Turut berucap ialah Timb Ketua Saudara Badrulhisyam Jusoh,Ketua Penerangan En Mustafa Muda dan Veteran UMNO En Ali b Ismail selain dari Ketua UMNO iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.

Perbagai isu semasa diperluahkan oleh beberapa pengucap untuk memberikan kesedaran kepentingan bersatu dan memantapkan UMNO.Hadirin yang hadir juga turut disediakan 20 cabutan bertuah untuk dibawa pulang.

Turut hadir ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim,ADUN Ayer Puteh dan sempat menjelaskan beberapa isu semasa untuk tatapan hadirin yang hadir.Hadirin yang hadir dijamukan dengan nasi dagang.Majlis selesai pada jam 1120 malam.

Ahad, Mac 20, 2011

NOORHAYATI MENGELUARKAN ANEKA KARIPAP UNTUK JUALAN

Pn. Noor hayati Mohd Soud bersama suaminya En.Jalil bin Daud kini boleh berbangga dengan usaha yang mereka lakukan dalam penjualan karipap beraneka jenis perasa.Antara perasanya ialah karipap perasa kari,perasa ikan dan perasa kentang.Selain dari karipap,mereka juga menyediakan kuih Roti Kramat yang sedia digoreng .

Kini karipap Noor hayati sudah berada di kedai-kedai di Pasir Gajah.Untuk mendapatkan karipap segera ini,ianya boleh dibeli di Kedai Azza Enterprise {Kedai pak Ayub} Kedai Mini Dinnar {Kedai Sarinah} atau Kedai PG mart {Kedai Samsul}.

                                           Karipap segera......enak rasanya
                                           Banyak lagi kuih segera tuuuuu............
Harganya cukup murah..... boleh dibeli jika ada rakan taulan bertandang ke rumah....atau beli sendiri di tempat pembuatannya iaitu di Bengkel IKS Jabatan Pertanian di Kg Tengah Pasir Gajah.Hubungi sendiri melalui no HP ini 0109051358 {En Jalil} atau HP 0148112732 {Yati}.

PERSIDANGAN AGONG WANITA UMNO PASIR GAJAH 2011

Barisan Kepimpinan Wanita bersama pemerhati

Pada 18 Mac 2011,Jumaat jam 450 petang,Wanita UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan Mesyuarat Agongnya dengan kehadiran seramai 40 orang ahli.Turut hadir ialah Pn Hjh Maimunah Mohamad,AJk UMNo Wanita Bahagian Kemaman.

Majlis diadakan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah disertai oleh pemerhati dari UMNo Cawangan iaitu En.Mustafa Muda dan En.Mohd Salim bin Abd Hamid.Majlis berakhir jam 600 petang.Majlid dipengerusikan oleh Pengerusi Tetapnya iaitu Pn Maimunah @ Badariah A Rahman.Turut memberi ucapan ialah Setiausaha UMNO Cawangan iaitu Cikgu Zaik bagi mewakili UMNO Cawangan.

MESYUARAT AGUNG PUTERI UMNO CAW.2011

Antara yang hadir...
Ketua PUTERI,Pn Asmida {No 3} bersama Pn Norzihan dan Cik Noralina

Pada Jumaat,jam 400 petang 18 Mac 2011,Puteri UMNO Cawangan Gasir Gajah telah mengadakan Mesyuarat Agong tahunannya di Pusat Ekomuniti dengan kehadiran seramai 15 orang ahli,yang melepasi korum cukup membolehkan mesyuarat diadakan.

Turut hadir ialah pemerhati dari UMNO cawangan iaitu En.Ibrahim A Rahman dan En Mohamad bin Said.Tahniah Puteri.Majlis murni untuk kepentingan Parti Keramat Melayu ini tamat jam 5.00 petang.

Sabtu, Mac 19, 2011

ABDULLAH OMAR,AJK JKKK MASUK WAD DI HOSPITAL KEMAMAN

En.Abdullah Omar..{Hadapan kiri}AJK JKKK peramah dan bertanggungjawab.

Pada 18 Mac 2011,Jumaat,Pengerusi JKKK menerima maklumat seorang AJK JKKK Pasir Gajah telah dimasukkan ke wad di Hospital Daerah Kemaman kerana serangan jantung.Berpandukan kepada makluman ini,Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama 10 orang AJK telah mengadakan kunjungan melawat sahabat kita di hospital pada jam 6.00 petang setelah selesai menghabiskan Persidangan Wanita dan Puteri UMNO di Pasir Gajah.

Dalam kunjungan ini,Ahli JKKK yang menerima rawatan iaitu En Abdullah Omar atau nama manjanya Mat Roni dilihat begitu ceria menerima kunjungan yang terdiri daripada En.Mustafa Muda,Timb Pengerusi JKKK,En.Mat Zaik Mohd Yusof Setiausaha JKKK,En.Ibrahim A Rahman,Bendahari JKKK,En Mohd Salim Abdul Hamid,Pn Habshah bt Ali Ketua Wanita UMNO Cawangan,Pn Asmida A Rahman,Ketua PUTERI UMNO Cawangan,Cik Pn Norzihan dan Cik Norazlina Abdullah dari Puteri UMNo Cawangan.

En.Abdullah Omar telah menceritakan bahawa serangan jantung perlahan telah dirasainya pada jam 9.00 malam dan meminta anaknya membawa beliau ke hospital.Setelah diperiksa,beliau telah dibawa ke wad jam 2.00 pagi.JKKK Pasir Gajah mendoakan agar En Abdullah Omar sihat seperti biasa dan dapat berkhidmat untuk mencurahkan bakti di Pasir Gajah sebagai seorang AJK JKKK yang aktif.

Jumaat, Mac 18, 2011

PETIKAN BERITA SINAR HARIAN TENTANG JAMBATAN

Logo SH

Terpaksa berperahu ke seberang - 17 MAC 2011 KHAMIS

KAMPUNG PASIR GAJAH – Musibah banjir luar biasa yang melanda Kampung Sungai Mas pada 10 Mac lalu bukan sahaja memaksa penduduk di kampung pedalaman itu berpindah, bahkan penduduk di Kampung Pasir Gajah juga menerima tempias apabila jambatan di kampung mereka musnah sekelip mata.

Gara-gara jambatan besi berlantaikan kayu sepanjang kira-kira 500 meter itu yang menghubungkan kampung terbabit ke kawasan Seberang Pasir Gajah hancur dan runtuh, seramai 200 penduduk kampung berhadapan masalah menyeberangi sungai untuk ke kebun getah dan kebun kelapa sawit masing-masing.

Penduduk yang juga pesara kerajaan, Ismail Ibrahim, 74, berkata, berikutan masalah itu, ada penduduk terpaksa kembali kepada cara tradisional iaitu menggunakan perahu untuk menyeberang sungai sebagaimana cara digunakan pada 1890 ketika perkampungan itu baru dibuka.

Menurutnya, bagi penduduk yang tidak memiliki kemudahan perahu pula, mereka terpaksa ke kebun dengan menempuh perjalanan sejauh sembilan kilometer melalui Kampung Seberang Tayor dan ia menyulitkan penduduk terutama bagi warga emas.

“Berikutan hujan lebat berterusan tiga hari sebelum kejadian banjir itu, air Sungai Kemaman penuh dan melimpah serta menenggelamkan jambatan sekali gus memaksa penduduk tidak ke kebun.

“Keesokannya, selepas banjir reda saya bersama beberapa penduduk terkejut melihat jambatan yang terletak berdekatan Masjid Jambi itu hancur sama sekali,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Ismail, jambatan itu yang dibina pada pemerintahan kerajaan Pas pada 2001 kerap rosak setiap kali kampung mereka dilanda banjir.

“Jambatan asal yang diperbuat daripada besi senget setelah dua kali dilanda banjir. Bila terjadi perkara itu, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan :Keselamatan Kampung (JKKK) memohon peruntukan daripada Pejabat Daerah untuk membina jambatan konkrit di sebelah jambatan sedia ada.

“Bagaimanapun pada Januari 2008, jambatan baru runtuh dan rosak setelah dilanda banjir besar menyebabkan kami penduduk kampung bergotong-royong memperbaiki jambatan asal,” katanya.

Menurutnya, lebih menyedihkan jambatan itu sekali lagi musnah biarpun pada Januari lalu penduduk baru sahaja membaiki kepala jambatan itu yang peruntukannya disumbangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Seorang lagi penduduk yang juga pemaju di Risda, Che Wan Muda Che Wan Su, 74, berkata, kemusnahan kemudahan jambatan itu menyulitkan 200 penduduk kampung termasuk 18 peserta Risda untuk ke tanah seberang yang dijadikan sebagai projek tanam semula getah yang dimulakan sejak 2003 membabitkan kawasan seluas 404 hektar.

“Jadi diharap jambatan yang musnah dapat dibina semula dengan segera sebagaimana kata Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika merasmikan Koperasi Pasir Gajah pada 17 Julai tahun lalu yang menjanjikan mahu membina jambatan baru di kampung ini.

“Kita harap janji itu ditunaikan kerana pada tahun lalu, penduduk menerima jawapan jambatan baru tidak dapat dibina kerana tiada peruntukan, jadi harap penantian kami tahun ini tidak sia-sia,” katanya

Rabu, Mac 16, 2011

NOTIS PERSIDANGAN AGONG UMNO CAWANGAN

Banner Persidangan Agong UMNO

Pada 16 Mac 2011,UMNO Cawangan telah mengeluarkan notis persidangan agong dengan menghantar surat jemputan kepada 415 orang ahli UMNO serta menampalkan poster Persidangan Agong UMNO untuk hebahan orang ramai.

Persidangan ini akan diadakan pada 19 mac 2011 sabtu malam ahad jam 9.00 malam di Dewan Orang Ramai yang mana ianya akan dihadiri oleh wakil AJK UMNO Bahagian iaitu En.Mohamad bin Shahul Hameed.

Ahli UMNO yang terdiri dari UMNO Cawangan,Wanita ,Pemuda danPuteri dijemput hadir.
Selain itu Persidangan Agong Wanita ialah pada Jumaat 18 Mac 2011 jam 4.00 petang di Dewan Orang Ramai.PEMUDA dan PUTERI masih belum diketahui lagi.

PADANG BOLA....DIGUNAKAN JUGA AKHIRNYA.

Orang kampung yang bertandang melihat latihan
Menyaksikan latihan
Bermain bola di padang
Latihan setiap petang bermula jam 6.00
Keadaan padang memang tidak selesa

Pada 15 Mac 2011, Selasa,JKKK telah meninjau suasana Padang Bolasepak Pasir Gajah yang telah dizingunakan untuk golongan belia bermain bola sepak di waktu petang.Kelihatan kaum belia begitu bersemangat bermain bola walaupun hari hari itu baru lepas hujan.

Kedaan padang yang sememangnya amatlah menyakitkan mata ,namun ianya bukalah halangan untuk para belia Pasir Gajah beriadah di padang ini.Difahamkan,ianya mula digunakan seminggu yang lalu.Sejak kehadiran pasukan bolasepak dari kalangan blia ini,ramai yang bertandang melihat mereka berlatih.

Walaupun dalam keadaan yang masih serba kekurangan,namun ianya sudah memadai untuk golongan belia menghabiskan masa pada waktu petang.JKKK akan sentiasa memantau keperluan golongan muda ini seperti memastikan padang tersebut mempunyai jaring di belakang gol,mempunyai astaka dan hadangan pagar besi.InsyaAllah hal ini akan sentiasa diambil cakna oleh JKKK melalui Biro Belia iaitu saudara Samsul Hamid ataupun Biro Kebajikan iaitu Saudara Badrulhisham Jusoh.

ANGGOTA RELA PASIR GAJAH TERIMA KAD KUASA

Setiausaha JKKK,Tmb REla,Ketua kampung dan Ketua RELA
Ketua Kampung menyampaikan kad kuasa RELA
RELA yang hadir
Ketua kampung menyampaikan ucapan
Kad Kuasa yang diagihkan

Pada 1 Mac 2011,satu majlis penyerahan kad kuasa kepada 20 orang ahli RELA baru telah diadakan di Dewan Pasir Gajah.Majlis yang disempurnakan oleh Ketua Kampung turut dihadiri oleh Setiausaha RELA MUKIM Pasir Semut saudara Rosli Yusof.

Dalam majlis tersebut,Saudara Mohd Jati Mat Zin ,Ketua RELA Pasir Gajah dan Saudara Osman Hitam Timbalan Ketua RELA Pasir Gajah turut hadir.Seramai 20 orang ahli RELA Pasir Gajah telah menerima kad kuasa dari Ketua Kampung.

Dalam ucapan Ketua Kampung,beliau berbangga kerana kampung ini mempunyai ahli RELA yang sudah pasti akan membantu menjaga keselamatan dan ketenteraman kampung.Berharap anggota RELA akan sentiasa bekerjasama dengan POLIS dan JKKK dalam segala hal berkaitan dengan keselamatan kampung.

Selasa, Mac 15, 2011

PERARAKAN MAULIDUL RASUL 2011

Antara yang hadir
Pendaftaran nama
Pengerusi bersama peserta perarakan

Pada 10 Mac 2011,Khamis jam 700 pagi JKKK Pasir Gajah telah menghantar 40 peserta untuk perarakan maulidul rasul tahun 2011 ini.Namun atas sebab-sebab yang tidak mampu dielakkan,cuma 23 orang peserta yang betul-betul komitmen telah dapat hadir kerana yang lain terpaksa bekerja dan tidak dapat cuti.

Perarakan yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Pengerusi JKKK Pasir Gajah telah berkumpul di Wakaf Pasir Gajah jam 700 pagi dan bertolak jam 715 pagi untuk ke Padang Astaka Kemaman.

Tahun ini,JKKK Pasir Gajah walaupun memasuki kategori pertandingan,namun ianya tidak dapat dilakukan dengan sempurna disebabkan persiapan yang tidak berapa kemas.Walaubagaimanapun,sebanyak RM1000 telah dibelanjakan untuk tujuan ini yang merupakan gabungan sumbangan dari beberapa NGO yang menghantar ahlinya berarak iaitu sebanyak RM200 dari setiap NGO .Antara NGO yang terlibat ialah dari JKKK,GDW,KRT,KB dan Jawatankuasa Masjid.Selain itu sumbangan dari YB ADUN pun turut diterima.

PERASMIAN PERSIDANGAN UMNO BERKELOMPOK

Latar belakang persidangan
Ketua UMNO,Tn Hj Mohd Nor hadir sama
AJK UMNo Cawangan...Harun dan Cikgu Zaik
Salim dan Harun
Menjamu selera di kedai selepas perasmian

Pada 9 Mac 2011,Rabu malam Khamis,Perasmian Mesyuarat Agung UMNO berkelompok telah diadakan di MPK Kemaman.YAB Menteri Besar telah merasmikan majlis tersebut,yang mana UMNO Pasir Gajah telah menghantar 20 orang wakil yang terdiri dari kepimpinan UMNO Cawangan,Pemuda,Puteri dan wanita.Hadir sama ialah semua AJK UMNO Bahagian Kemaman.

Majlis yang bermula jam 9.00 malam telah berakhir jam 11.00 malam.Pada malam tersebut,Setiausaha UMNO Bahagian,saudara Rosli Ahmad memaklumkan tentang sumbangan sebanyak RM1500 untuk Cawangan,masing-masing RM500 untuk sayap akan diberikan.

Turut hadir pada malam itu ialah Ketua UMNO Pasir Gajah,Ketua Wanita dan Ketua PUTERI serta Timbalan Ketua UMNo Cawangan Pasir Gajah.Selesai majlis,Timbalan Ketua UMNo Saudara Badrulhisham Jusoh telah belanja makan semua yang hadir di Restoren Qasih Qistina Kg Jaya,Kemaman.Makan roti canai dan nasi goreng.Ok lah tuuu.

PEMBINAAN TIANG BENDERA TERTINGGI 45 KAKI

Tinggi tiang bendera ini ialah 45 kaki
Akan kibarkan bendera ....tunggu
En.Tajuddin sedang memasang tapaknya

Pada 10 Mac 2011,JKKK Pasir Gajah mengambil inisiatif mendirikan sebatang tiang bendera tertinggi di kampung ini iaitu setinggi 45 kaki di Dataran Astaka untuk kegunaan mengibarkan bendera disebarang majlis yang akan diadakan di Astaka.

Dengan kos RM1590.00 JKKK Pasir Gajah mengeluarkan wang tabung bagi memastikan prasarana ini yang menjadi impian seorang AJK iaitu En.Abdullah Omar sejak 3 tahun lalu menjadi realiti.Melalui kontrak orang kampung sendiri iaitu En Tajuddin Abdullah,tiang bendera ini siap sepenuhnya pada 15 Mac 2011 dan akan mengibarkan bendera Malaysia.

Terletak dihujung Dataran Astaka,ianya begitu stategik kerana boleh dilihat apabila berada di hadapan Kedai Bazar JKKK serta apabila berada di Chalet Homestay.

JAMBATAN DI KG LAUT MUSNAH DIBAWA ARUS

Tn Hj Mohd Nor,En Mustafa dan En Osman meninjau jambatan
Timbunan kayu merosakkan jambatan

Pada 14 Mac 2011,Pengerusi JKKK Tn HJ Mohd Nor bersama Timbalan Pengerusi iaitu En Mustafa Muda dan S/Usaha JKKK iaitu En Mat Zaik Mohd Yusof serta AJK JKKK {En.Osman bin Hitam} telah membuat tinjauan berhubung dengan keadaan jambatan yang menghubungkan Pasir Gajah dengan seberang yang telah rosak teruk ditolak arus sungai yang melimpah akibat hujan lebat beberapa hari lalu.

Jambatan yang dibaiki sebanyak 2 kali itu telah musnah teruk dilanda oleh kayu balak yang lekat di situ serta telah menyebabkan ianya berubah tempat serta tidak sesuai lagi untuk digunakan.JKKK Pasir Gajah telah menghubungi YB ADUN iaitu Tn Hj Wan Abdul Hakim berkenaan hal ini serta telah memaklumkan kepada Pegawai Daerah yang mana tindakan yang perlu akan diteliti.Permohonan juga telah dibuat kepada YB Dato Sri Hj Ahmad Shabery Cheek ,Ahli Parlimen Kemaman untuk mendapatkan sumber bagi membina baru jambatan ini.

Jambatan besi yang dibina tergesa-gesa era pemerintahan pembangkang pada tahun 1999 ini serta jambatan konkrit ketika era pemerintahan BN selepas itu tidak sesuai untuk digunakan disebabkan ianya tidak melepasi paras air sungai dan menyebabkan sampah sarap {buluh,kayu dan sebagainya} tersangkut.InsyaAllah,kita berharapkan agar YAB MB dari UMNO Barisan Nasional dapat menggembirakan hati penduduk Pasir Gajah dengan pembinaan jambatan baru sebagaimana sepatutnya.

Isnin, Mac 07, 2011

UCAPAN KETUA POLIS DAERAH DI MASJID

Orang ramai yang hadir
OCPD menyampaikan maklumat
sebahagian yang menunggu
Berucap di hadapan jemaah

Pada 4 Mac 2011,Jumaat jam 200 petang,Ketua Polis Daerah Kemaman OCPD Tuan Abdullah Sani telah berkesempatan solat Jumaat bersama puluhan anggota dari IPD Kemaman di Masjid Pasir Gajah sempena lawatan beliau ke Balai Polis Pasir Gajah dalam program bertemu ketua masyarakat.

Semasa di Masjid Pasir Gajah,beliau telah berpeluang menyampaikan mesej kerajaan tentang perlunya orang ramai memahami undang-undang serta memaklumi tentang tugas polis yang sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat.

Selain itu beliau juga turut menyatakan kesediaan polis menerima apa sahaja maklumat dari orang ramai bagi memastikan kes-kes jenayah dapat dikawal.Selain itu beliau turut memaklumkan kejayaan Balai Polis Pasir Gajah mensifarkan jenayah bagi kampung ini.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Masjid En Mustafa Muda dan Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor Jusoh.


JAMBATAN DI KG LAUT TERBAKAR

En.Mohd Rawi bercerita tentang mulanya kebakaran
Ketua Polis Balai bersama Koperal Idres meninjau kebakaran
Ahli bomba menyemburkan air di tempat kebakaran
Ketua Bomba memeriksa kawasan kebakaran
Kebarakan merebak dari sini

Pada Ahad 27 Feb 2011,jam 500 petang,jambatan di Kg Laut Pasir Gajah telah dilaporkan terbakar akibat kecuaian pembakaran batang kayu dan buluh yang tersekat di sungai tersebut.
Bomba Daerah Kemaman telah dipanggil bagi membantu untuk memadamkan kebakaran tersebut yang mula merebak pada pukul 515 petang.

Kebakaran yang disedari oleh Saudara Mohd Rawi telah dimaklumkan kepada AJK JKKK En Othman Hitam dan kemudiam mengambil tindakan menghubungi Bomba dan Polis Pasir Gajah.
Kerja-kerja memadam kebakaran telah dapat dilakukan dengan cemerlangnya oleh ahli Bomba yang disaksikan oleh penduduk kampung.

Turut berada di tempat kejadian mengawasi keadaan ialah Ketua Polis Balai Pasir Gajah Sarjan Mohd Shakri bersama Koperal Idres Atan dan Setiausaha JKKK En Mat Zaik Mohd Yusof bersama Ketua Biro Keindahan Kampung En Ibrahin@Harun A Rahman.

Kerja memadam kebakaran ini dapat ditamatkan pada pukul 645 petang dan ahli bomba telah dibawa ke Kedai Zaiton untuk minum bersama Ketua Kampung Tuan Hj Mohd Nor Jusoh.JKKK mengucapkan terima kasih atas kerjasama bomba mengawal kebakaran tersebut.