Harapan...

Rabu, Ogos 31, 2011

SUMBANGAN UNTUK JEMAAH TADARUS MASJID

jEMAAH lelaki yang hadir
Hjh Mak Ngah Sanah menerima sumbangan dari Ketua Kampung
Ketua Jemaah Tadarus Wanita Pn Hjh Nor Rahyati
Din Rumah Murah
Pok Abas turut bertadarus tahun ini
Jemaah wanita yang hadir

Pada 25 Ramadhan 1432 bersamaam 25 Ogos 2011,Khamis,JK Masjid telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan 25 orang Jemaah Tadarus yang telah mengtadaruskan Al quran sempena bulan Ramadhan Al Mubarak di Masjid Pasir Gajah.

Seramai 25 orang telah menggunakan kesempatan di bulan ramadhan ini untuk bertadarus iaitu 15 orang dari Jemaah Wanita dan 10 orang dari kalangan jemaah lelaki.Jemaah wanita diketuai oleh Hjh Nor Rahyati dan jemaah lelaki pula diketua oleh AJk masjid iaitu Din Rumah Mutrah.Antara jemaah lelaki yang bertadarus ialah Saudara Din bank,Pok Pa,Zaik Cikgu,Halim Pok Soh,Hj Othman mardi,Din Rumah murah,ahmad Bilal dan Azmi Pok Musa,Yono, Pok abas dan dua tiga orang lagi.

Antara Jemaah wanita yang bertadarus ialah Mak Long sanah,Mak ngah Pok abas, Zainun,Maimon,Mak wok, Mak su Semah,Mek Cik seman,Siti easah,Salamiah,Kak mah,Wan Nik,Mok Su Pok Su Seman,Hjh Nor Rahyati,Cik Long Azhar,Normah.

Sumbangan untuk jemaah tadarus disamaikan oleh Ketua Kampung iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.Semua jemaah yang bertadarus hadir dalam majlis tersebut.JK Masjid mengucapkan berbanyak terim,a kasih kepada Ketua Kampung kerana sudi menghulurkan sumbagan.

Khamis, Ogos 25, 2011

BANNER RAYA JKKK DAN UMNO PASIR GAJAH

banner JKKK dan UMNO untuk raya tahun ini
Gambar pemimpin peringkat kampung
Ketupatpun ada.....
Semua ini diucapkan khas untuk Penduduk Pasir Gajah

Pada 25 Ogos 2011,Khamis iaitu 4 hari lagi sebelum menjelangnya hari mulia,JKKK dan UMNO Cawangan Pasir Gajah di bawah pimpinan Tn Hj Mohd Nr bin Jusoh telah memasang kain rentang khas untuk mengucapkan Selamat hari raya kepada seluruh penduduk Pasir Gajah.

Pada kain rentang itu tertera gambar pemimpin masayarakat peringkat kampung dan juga gambar YB ADUN Ayer Puteh selain dari logo UMNO dan JKKK.Amalan menyediakan kain rentang ini merupakan satu cara untuk JKKK dan UMNO menghargai penduduk kampung sambil mengucapkan selamat berhari raya.

Kain rentang yang dipasang di wakaf hadapan klinik ini akan memberi ruang kepada semua penduduk kampung untuk membacanya sambil menghayati harapan JKKK yang tertera di atas kain rentang.

Kepada seluruh penduduk kampung JKKK dan UMNO sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA.Bersama kita menjadikan Hari Raya sebagai hari mengeratkan perhubungan sesama kita.

Jumaat, Ogos 19, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID PASIR GAJAH

Mengisi daging gulai dalam mangkuk....
Jemaah wanita sibuk menghidang lauk
Yono ,Pok Mat dan Cikgu Zaik bertugas hidang nasi
Asmida mengatur lauk yang dihidangkan
Marini tukang angkat nasi
AJK Sedang sibuk bubuh nasi ....
Imam sedang memulakan tahlil
Antara yang hadir awal untuk sama-sama bertahlil
Berbuka.......seronok berbuka ramai-ramai

Pada 19 Ogos 2011,Petang Jumaat,Majlis berbuka puasa di Masjid Pasir Gajah berjalan seperti yang dirancangkan.Persediaan yang bermula dari pagi tadi disambung semula pada pukul 5.30 petang apabila AJK Masjid sibuk menghidangkan masakan seperti goreng sayur,gulai daging,kurma,belacan,ikan tenggiri goreng kicap,air bandung,air teh o dan air mineral.

Sebanyak 68 hidangan disediakan untuk penduduk kampung.Tepat jam 630 petang,penduduk kampung mula datang untuk sama-sama bertahlil dan menunggu masa untuk berbuka.Tahlil dibaca oleh imam pertama iaitu Tn Hj Yusof bin Kamaruddin.

Tepat jam 720 malam,jemaah yang hadir berbuka puasa bila bilal Ahmad bin Jaafar mengazankan azan masuknya waktu maghrib.Lebih kurang 180 orang hadir menjayakan majlis berbuka puasa kali ini.JK Masjid Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penduduk yang dapat hadir dalam majlis berbuka puasa Masjid tahun ini.

PERSIAPAN AWAL....SIANG DAGING UNTUK JAMUAN BERBUKA PUASA

Mohamad Said dan Samsul dok siang daging
Pengerusi JKKK pun turut serta siang daging
Yono,Jalil,Pok Jantan dan Pok Chik
Ketua tukang masak,Rozi
Antara kaum wanita yang bersama gotong royong

Pada 19 Ogos 2011,Pagi Jumaat,AJK Masjid telah melakukan persiapan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa.Pada pagi itu,seekor lembu telah disembelih hasil sumbangan Pak De Hamad dan Tn Hj Yusoff bin Latiff,Bilal Masjid .

Kerja-kerja mensiang daging telah dilakukan oleh jemaah masjid bersama AJK Masjid.Selain itu,kaum wanita pula memasak air dan mengseh iang bawang serta menyediakan rempah untuk memasak.Kerja-kerja memasak ini diketuai oleh tukang masak iaitu Rozi Pok Soh.Kerja-kerja mensiang daging yang bermula jam 10.00 pagi berakhir jam 12.00 tengahari.

Turut hadir bergotong royong mengsiang daging ialah Pengerusi Masjid dan Pengerusi JKKK Pasir Gajah.Selain itu ialah Imam Abbas selaku bendahari masjid dan beberapa orang AJK Masjid seperti Ibrahim@Harun A Rahman,Mohd Zamri,Ahmad Tajuddin,Cikgu Zaik,Mohamad Said,Bilal Hj Mohamad @ Ibrahim,Pak Jantan,Hj Othman Yusof,Jaafar Jusoh,Abdullah Omar,AJK JKKK seperti Jalil Daud,Samsul Hamid,orang kampung selaku jemaah masjid seperti Wan Remali,Zulkifli Pak De,Yusof Ahmad,Mat Jen, Yono dan beberapa nama lagi.

Kaum wanita pula terdiri dari Nora,Hjh Nor,Hjh Chik,Kak Meha,Kak Jah isteri Pok Pa,Isteri Jaafar,Zainun dan nama-nama lain yang tak dapat disebut di sini.

Khamis, Ogos 18, 2011

PENDUDUK PASIR GAJAH TERIMA DANA HARI RAYA 2011

Dewan Pasir Gajah....masih lengang
Menanti penerima...pintu pagar dewan sudah dibuka
Di sinilah...persiapan telah dibuat untuk bagi duit hari raya
Majlis di Kijal......di Pasir Gajah pun ramai macam ni juga.....
Duit sumbangan Dana Hari raya ......agaknya macam nilah....

Pada 18 Ogos 2011,Khamis,JKKK Pasir Gajah diberi tanggungjawab menjadi tempat bagi program penyerahan Dana Hari raya 2011 untuk empat buah kampung iaitu Seberang tayor Hulu dan Hilir,Batu 14,Paman,Pasir Gajah dan Felda Seberang Tayor.

Seramai hampir 1500 orang dari kampung yang dinyatakan menerima Sumbangan Dana Hari raya iaitu termasuk Keluarga Miskin,OKU,Warga Emas dan Ibu atau bapa tunggal.Ada yang dapat RM200,RM300 dan RM400.Sebagai rakyat,sudah sepatutnya kita menyokong kerajaan yang berhemah,yang mementingkan rakyat seperti Kerajaan BN pimpinan UMNO di Terengganu ini.Pastinya,Pasir Gajah sahaja mempunyai penerima seramai hampir 327 orang .

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini diikuti dengan majlis penerangan yang disampaikan oleh YB Tuan Hj wan Abdul hakim,ADUN Air Puteh.Majlis penyerahan wang ini bermula dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Rabu, Ogos 17, 2011

BERITA GEMBIRA BUAT PENGERUSI JKKK...TERIMA KASIH YAB MB TERENGGANU

Kerajaan Negeri Akan Bayar Elaun JKKK Yang Tertonggak

Menteri Besar menyampaikan watikah perlantikan kepada seorang Pengerusi JKKK Daerah Besut petang semalam

Penantian selama lapan bulan untuk mendapat berita baik dari Kerajaan Negeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai elaun baru mereka akhirnya terjawab semalam apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan tunggakan elaun terbabit akan dibayar segera.

“Insyaalah jika tidak ada aral melintang tunggakan elaun kepada semua pengerusi JKKK negeri ini akan dibayar menjelang akhir bulan Ramadan ini,” katanya.

Katanya, jika ada masalah tunggakan berkenaan akan dibayar selewat-lewatnya pada bulan September depan. Apa yang penting kerajaan tetap membayar elaun berkenaan sebagaimana diputuskan oleh kerajaan.

Menteri Besar berkata demikian ketika menyampaikan watikah perlantikan kepada pengerusi JKKK Daerah Besut sempena majlis berbuka puasa yang diadakan di perkarangan kediaman Pegawai Daerah Besut, Pantai Peranginan Air Tawar, petang semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad, ADUN Jabi, Ramlan Ali dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.

Ahmad ketika menjelaskan perkara itu berkata, bayaran tunggakan itu akan dibayar penyandang jawatan pengerusi yang dikekalkan berkuatkuasa Januari lalu manakala mereka yang baru dilantik ia akan bermula pada Jun lalu.

Ketika ini semua pengerusi JKKK masih menerima elaun mengikut kadar lama RM450 manakala kadar baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan mulai Januari tahun ini.

Kenaikan kadar baru elaun pengerusi JKKK diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada pembentangan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Ahmad Said berkata kerajaan negeri juga terpaksa membelanjakan RM12 juta untuk pembayaran bonus kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar bulan ini bagi membantu meringankan beban menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Isnin, Ogos 15, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA AJK JKKK PASIR GAJAH

Semua tetamu duduk di meja masing-masing
Dari kanan: Bad ,Asmida dan Harun@ Ibrahim Bendahari
AJK Wanita Pn Habshah,Pn Nora dan Pn Zaidah
Setiausaha bersama Pengerusi JKKK yang sedang berucap
Ketua Polis Balai bersama AJK
Pn Hjh Timah menerima cenderahati dari JKKK
Bersedia untuk berbuka
Berbuka dohhhhhhh......
Makan jangan tak makan.....
Suap banyak tuuuu...nanti lekat
Dah makan niiiii

Pada 14 Ogos 2011,Ahad jam 630 petang,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa AJK JKKK serta meraikan perkhidmatan bekas AJK JKKK Pasir Gajah iaitu Pn Hjh Timah bt Pandak di Bangkok Kitchen,Geliga.

Seramai 15 orang AJK JKKK telah hadir serta turut disertai oleh wakil APMT iaitu Pn Zainabon,Ketua Polis Balai Pasir Gajah,Sjn Mohd Shakri,Pengerusi KRT En Afza serta yang diraikan Pn Hjh Timah bt Pandak.

Dalam majlis ringkas sebelum berbuka,Pengerusi JKKK Pasir Gajah telah menyampaikan ucapan seera telah sudi menyampaikan cenderahati kepada Pn Hjh Timah serta menyampaikan elaun hadir majlis kepada AJK.Majlis berakhir jam 8.00 malam.

Jumaat, Ogos 12, 2011

YAB DATO SRI MENTERI BESAR TERENGGANU BERTARAWIKH DI MASJID PASIR GAJAH

Memulakan solat tarawikh
Imam dari Timur Tengah
Imam Timur Tengah membaca doa
Bersamalam setelah selesai solat
YAB Menteri Besar berjiwa rakyat
YAB Menteri Besar menimkati hidangan
Dif jemputan bersama Pengerusi masjid Pasir Gajah
Jemaah lelaki bersama menikmati hidangan bubur nasi
Jemaah wanita menikmati hidangan moreh
Pengerusi JKKK bersama AJK berehat setelah majlis selesai

Pada 11 Ogos 2011,Khamis malam Jumaat,Masjid Pasir Gajah telah dikunjungi oleh YAB Dato Sri Hj Ahmad bin Said ,Menteri Besar Terengganu yang dikasihi untuk bersama penduduk Pasir Gajah menunainak Solat Isayk dan seterusnya solat tarawikh.

Turut sama menyambUt kehadiran YAB Menteri Besar ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama Pengerusi Masjid iaitu En Mustafa bin Muda bersama AJK JKKK dan AJK Masjid.Turut bersama YAB Menteri Besar ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim dan Tn Hj Mohd Kamil,Pegawai Daerah Kemaman.

Lebih kurang 300 jemaah telah hadir untuk menunaikan solat tarawikh yang berkebetulan diimamkan oleh imam jemputan dari Timur Tengah.Selepas menunaikan solat,YAB bersama def jemputan telah meluangkan masa menikmati hidangan moreh bersama -sama penduduk Pasir Gajah.Jam 10.30 malam,YAB MB bersama def jemputan meninggalkan perkarangan masjid.