Harapan...

Ahad, April 29, 2012

K1M BERJAYA ANJURKAN PROGRAM SEMBANG PENGGUNA DAN KESIHATAN UNTUK PENDUDUK PASIR GAJAH








Pada 28 April 2012,Sabtu,Komuniti 1 Malaysia Pasir Semut Pasir Gajah telah mengadakan Program Sembang Pengguna dan Ceramah Kesihatan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Program yang mendapat kerjasama dari Pejabat Penerangan Daerah Kemaman ini diadakan bermla jam 2.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang.

Dalam program ini,K1M telah mendapat kerjasama dari Pegawai Pejabat Kepenggunaan Daerah Kemaman dan Pegawai Kawalan Vektor Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.Pejabat Pengguna telah menyampaikan maklumat tentang kepentingan pengguna dan kesedaran pengguna serta hak pengguna dalam isu kepenggunaan.Manakala Pejabat Kesihatan pula memberi ceramah berkaitan dengan bahaya Aedes melalui tayangan Slide LCD. 

Hampir 100 orang penduduk telah hadir dalam majlis ini.Turut serta hadir ialah Pn Aneta Ahmad,Wakil Pegawai Penerangan Daerah Kemaman,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Ketua Kampung Pasir Gajah,En Mustafa Muda Timbalan Pengerusi K1M,En Mat Zaik Mohd Yusof Setiausaha K1M Pasir Gajah serta semua AJk K1M.

Penduduk yang hadir pula berpeluang membawa pulang hamper sumbangan Pejabat parlimen BN/UMNO Kemaman serta hamper yang disediakan oleh K1M.Pengunjung pula dijamu dengan jamuan petang iaitu Nasi Dagang dan bubur kacang serta air teh O dan sirap sejuk.

Isnin, April 23, 2012

ISU PALASTINE: PROGRAM CERAMAH DI MASJID PASIR GAJAH OLEH TN HJ ZAMELAN JUSOH

 Poster dari rumah ke rumah
 Tn Hj Zamelan memulakan ceramah
Kalangan AJK Masjid yang hadir
 Tn Hj Zamelan bin Jusoh
Jemaah yang hadir

Pada 23 April 2012,Isnin malam Selasa,Masjid Pasir Gajah telah dipilih oleh satu badan NGO iaitu AQSA untuk satu program ceramah mengenai isu Pa;lastine yang begitu membangkitkan semangat orang Islam setiap masa.

Program yang bermula selepas solat Maghrib ini antara lain ialah untuk memberitahu kalangan orang Islam tentang kekejaman yang telah dilakukan oleh Yahudi Zionist terhadap Plastine yang mana ceramah pada malam ini disampaikan oleh Ybhg Tn Hj Zamelan bin Jusoh.

Antara yang turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi Masjid En Mustafa bin Muda dan Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama hampir 100 orang jemaah dari kalangan penduduk Pasir Gajah.Turut diedarkan ialah Tabung Palastine bagi memudahkan hadirin menderma.

MESYUARAT KHAS BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGARA UNTUK PROGRAM MUNAJAT OLIMPIK 2012

 Peg Agama MSN Ustaz Hasnor mempengerudsikan mesyuarat
 Peg dari MS Negeri Terengganu.......yang wanita tuuu
 Kalangan AJK Masjid /JKKK 
 Su JKKK bersama Pengerusi JKKK dan Ustaz Hasnor
 Doa dimohon agar majlis berjaya dijalankan
 Gambar kenangan bersama AJK dan Pegawai MSN
 Lagi gambar beramai-ramai
 Jamuan selepas mesyuarat
Jamuan di kedai Pok Pa

Pada 23 April 2012,Isnin jam 300 petang telah berlangsung mesyuarat khas antara AJk JKKK/Masjid bersama Pegawai Agama Majlios Sukan Negara {MSN} dan Pegawai dari Majlis Sukan Negeri Terengganu.MSN di ketuai oleh Ustaz Mohd Hasnor dan 4 pegawai yang lain manakala AJk JKKK di ketuai oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh dan AJk Masjid oleh En Mustafa bin Muda.Turut serta ialah SU JKKK En Mat Zaik serta ajak lain iaitu En Ibrahim@Harun A Rahman,En Osman Hitam,En Abbad Taib,En Abdullah Omar,En Mohamad bin Said dan Pn Nora bt Jusoh.

Dalam mesyuarat ini dicadangkan diadakan Program Munajat Olimpik 2012,yang bertujuan memohon keberkatan Allah untuk kejayaan Malaysia membawa pulang 1 pingat emas di Olimpik 2012 di LONDON.Program ini dicadangkan diadakan pada 21 JUN 2012,Khamis malam Jumaat dengan didahului Solat maghrib,bacaan yassin,tahlil,solat isyak,solat hajat dan ucapan.Turut hadir nanti ialah Dato Zulkeples bin Embong,Pengarah Majlis Sukan Negara dan VIP yang telah ditetapkan.

Pemilihan Pasir Gajah sebagai destinasi ke 9 bagi memberi pengiktirafan kepada Pemanah Negara anak kelahiran pasir Gajah iaitu Khairul Anuar bin Mohamad yang mewakili negara ke Olimpik 2012 di Kotaaraya London pada Julai 2012 nanti.Turut serta dalam mesyuarat ini ialah ayah kepada pemanah negara iaitu En Mohamad bin Said.

Jumaat, April 20, 2012

AJK GDW PASIR GAJAH KURSUS PKEK DI HOTEL SRI MALAYSIA

 bas KETENGAH bawa peseta
 Mustafa,Harun da Mat Roni..ke Kuala Terengganu
 SU Zaik hadir beri sokongan 
 En Ariffin,Pegawai KETENGAH bersama AJK GDW Pasir Gajah
Mat Roni dan Afza akan ke Kuala Terengganu

Pada 20 April 2012,Jumaat Pagi,seramai 5 orang AJK GDW Pasir Gajah bersama KETENGAH akan ke Kuala Terengganu untuk menghadiri kursus PKEK di Hotel Seri Malaysia.Kursus yang akan bermula jam 300 petang ini dihadiri oleh En Mustafa Muda,En Ibrahim A Rahman {Harun},En Abdullah Omar {Mat Roni}En Afzalizam Awang Hamat dan En Mohamad bin Said.

Peserta dari GDW akan bersama peserta dari Ibok,Dadong,Ayer Puteh dan Burung Merah Dungun.Peserta bertolak jam 1000 pagi dari Pasir Gajah.Turut hadir memberi sokonganh kepada peserta ialah Pengerusi GDW Tn Hj Mohd Nor Jiusoh dan SU Mat Zaik.

UMNO PASIR GAJAH BERSIDANG 2012

 bANNER PERSIDANGAN
 Jamuan bersama YB dan En Mohamed AJK Umno Bahagian Kemaman
 YB Berucap dalam persidangan
 Group pendaftaran dari kalangan PUTERI
 Ahli yang hadir lelaki
 Kaum ibu yang hadir
 En Mohamad menyampaikan ucapan
 En Mat,Tn Hj Mohd Nor dan Su En Zaik
 Ketua UMNO menikmati jamuan
Semasa ucapan tangguhan

Pada 19 April 2012,Khamis malam Jumaat,Persidangan UMNO Cawangan selamat dijalankan dengan kehadiran sekitar 160 orang yang diadakan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Turut hadir ialah En Mohamad bin Shahul Hamid dan YB Tn Hj Wan Abdul Hakim.

Majlis yang bermula jam 1000 malam turut membincangkan beberapa usul.Dalam pemilihan AJk Cawangan ke Persidangan Bahagian,terpilih ialah Tn Hj Othman Mohd Yusof,En Mustafa bin Muda,En Osman Hitam,En Badrulhisyam Jusoh dan En Abbas bin Taib.

Majlis berakhir jam 1100 malam dengan ucapan penangguhan oleh Ketua UMNO yang mengharapkan ahli UMNO Pasir Gajah biar menjadi ahli UMNO yang tulen,bukan mengikut musim
 Kerja menulis surat jemputan persidangan
 Mengagihkan nama mengikut kawasan
 Mendaftar nama masuk ke komputer
SU meninjau kerjabuat ajk UMNO Cawangan

Jumaat, April 13, 2012

JAMUAN MUHIBBAH ERATKAN PERPADUAN JKKK DAN GDW PASIR GAJAH

 Pengerusi JKKK menyampaikan ucapan
 Keluarga Salim dan Keluarga Osman..1 table
 Badrulhisyam dan rakan-rakan single...1 table
Antara Isteri AJK JKKK bersama anak yang hadir
 SU mempengerusikan program
 Mek memilih juadah...untuk anak dalam kandungan tuuuuuu
 Lagi Salim dan Osman.....makan ringan pula
 Habshah,Ghazali dan SU.....semeja
 Anak dan isteri ahli JKKK...Salim
Lagi Mek dan Harun berebut cendol....
 Masih boleh diisi........Lina,Zie,Mida dan Mek
 1 meja.......Yati,Nora,Yono dan Pengerusi
1 Malaysia.....1 JKKK 1 GDW dan macam-macam boleh ditafsirkan lagi

Pada 12 April 2012,Khamis malam Jumaat bertempat di Impiana Resort Cerating,JKKK dan GDW Pasir Gajah telah mengadakan Program Jamuan Muhibbah bagi mengeratkan ikatan kerjasama antara anli sesama ahli dan ahli keluarga.Program yang julung kali diadakan adalah merupakan program yang dirancang bagi menyatakan TERIMA KASIH atas kerjabuat dan kejayaan ajk JKKK dan GDW bagi mempastikan Kampung Pasir Gajah menjadi KAMPUNG TERBAIK bagi daerah KEMAMAN dan dalam WILAYAH KETENGAH bagi tahun 2011.

Antara yang hadir pada malam ini ialah Pengerusi JKKK iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,En Mustafa Muda {Timb Peng} bersama Isteri,SU En Zaik bersama isteri dan anak,Bendahari En Ibrahim A Rahman dan anak,En Badrulhisyam dan Pn Asmida bersama anak,En Osman Hitam bersama isteri dan anak,En Mohd Salim Abd Hamid bersama isteri dan anak,Pn Nora Jusoh bersama suami,Pn habshah Ali bersama suami,En Samsul bin Hamid bersama isteri,En Abdullah Omar  ,Pn Noor Zaidah ,En Jalil Daud bersama isteri,En Marwan Mustafa,En Mohd Rafie,En M Afzalizam,En Mohamad bin Said ,Pn Marinirma Maliki serta Pn Nor Zihan dan Cik Norazlina .

Majlis yang bermula jam 900 malam didahului dengan ucapan aluan SU serta bacaan doa oleh En Osman serta ucapan oleh Pengerusi JKKK dan kemudiannnya diikuti dengan jamuan.Majlis berakhir jam 1030 malam dengan semua hadirin bergambar beramai-ramai sebagai kenangan .

Diharapkan semoga ALLAH akan memberkati majlis ini serta menyatukan hati para AJK untuk terus bekerja KUAT demi MEMAKMURKAN,MEMAJUKAN serta MENJAYAKAN kampung PASIR GAJAH yang rata-ratanya sentiasa menyokong kepimpinan BN untuk terus memerintah TERENGGANU.