Harapan...

Jumaat, Mac 30, 2012

BEBERAPA ORANG AJK JKKK GOTONG ROYONG TANAM BUNGA

Pada 30 Mac 2012,Jumaat jam 530 petang,sebagaimana keputusan mesyuarat JKKK untuk buat gotong royong tanam bunga dalam pasu,beberapa orang AJK JKKK Pasir Gajah telah turun padang melakukan kerja mengindahkan kawasan kampung dengan tanam bunga dalam pasu calvert yang telah dibeli.
 Kerja gotong royong di jalan ke Dewan Orang Ramai
 En Mustafa dan En Abbas menanam pokok pinang
 Tn Hj Mohd Nor dan En Abdullah Omar mengisi tanah dalam calvert
 Pak Su menolong En Abbas tanam pokok
En Mohd Zin ,Abdullah Omar dan En Badrulhisham di hadapan PEK.

Kerja gotong royong ini dilakukan di hadapan Pusat E Komuniti,di kawasan Chalet dan di jalan masuk ke Dewan orang Ramai.Antara AJK yang dapat turun padang ialah Pengerusi JKKK pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Timbalan En Mustafa Muda,Setiausaha En Mat Zaik Mohd Yusof,AJK JKKK En Abdullah Omar,En Badrulhisham Jusoh,En Abbas Taib dan dua orang kampung iaitu En Mohd Zin bin Taib serta Pak Su.

Antara pokok yang ditanam ialah pokok bunga kertas yang disumbangkan oleh En Abbas bin Taib,pokok pinang yang disumbangkan oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh.

Kerja yang bermula 530 petang itu berakhir jam 645 petang.Selesai kerja,AJK pergi minum air di Kedai Zaiton.

Sabtu, Mac 24, 2012

PUTERI BN/UMNO ANJUR BOLAJARING PERINGKAT DUN DI PASIR GAJAH

 Pasukan Bolajaring Puteri UMNO Neram dan Seb tayor
 Pasukan bolajaring Puteri UMNO Pasir Gajah
 Perlawanan akhir
 YB DUN Ayer Puteh menyampaikan hadiah kepada Puteri Neram
 Johan Puteri UMNO Seb Tayor
Bergambar beramai-ramai ..pemain bersama YB

Pada 23 dan 24 Mac 2012,bertempat di Dataran Astaka Pasir Gajah telah diadakan pertandingan Bolajaring Puteri UMNO DUN Ayer Puteh yang dianjurkan oleh PUTERI UMNO Bahagian.Pertandingan yang diuruskan oleh PUTERI UMNO DUN Ayer Puteh telah mengumpulkan sebanyak 20  buah pasukan.

Antara pasukan yang turut serta ialah dari PUTERI UMNO Binjai,KMC,KDM,Seberang Tayor,Ayer Puteh,Rantau Panjang,Cerul,FELDA Seb Tayor,Pasir Gajah yang mana ada yang terdiri dari pasukan A dan B.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari ini berakhir dengan penyampaian hadiah pada 24 Mac 2012 jam 600 petang oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Tan Sri Wan Mokhtar.Turut serta ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh.Pasukan yang berjaya ialah Johan dari PUTERI UMNO Seb Tayor dengan hadiah RM2000,Naib Johan Puteri UMNO Neram A dengan hadiah RM1500,Ketiga ialah PUTERI UMNO Binjai dengan RM1000 dan keempat ialah Puteri UMNO Neram B dengan hadiah sebanyak RM500.


Khamis, Mac 22, 2012

RUNGUTAN PENGGUNA: JALAN ROSAK

 Jalan ini rosak.
 Tidak selesa...ada lubang
 Tak dalam...tapi kena brek juga.....
 Tiga empat tompok lubang...
Jalan yang tak selesa...

Pada 21 Mac 2012,Penulis berkesempatan melihat aduan RAKYAT mengenai kerosakan jalan di jalan masuk ke rumah murah iaitu di hadapan PNTU GERBANG PASIR GAJAH.Penulis dapati jalan tersebut berlubang dan ini menyebabkan pengguna harus berhati dan memperlahankan kenderaan apabila sampai di kawasan ini.

Natijahnya.....penulis faham yang pengguna rasa tidak selesa apabila jalan yang dulu elok kini pecah dan berlubang.Jalan ini telah acap kali dimohon baiki oleh JKKK...namun ianya dikatakan rosak semula.Desas desus yang penulis dengar dari rungutan pengguna mengesyorkan kepada JKKK pelbagai penyelesaian.Cuma harapan penulis......sebagai pengguna,kita sama-sama bertimbangrasa....jalan rosak,kita pengguna juga yang susah....kita buatlah satu tindakan yang tidak menyusahkan orang lain..penulispun simpati juga kepada pengguna yang lain .....yang tidak menyebabkan jalan ini rosak....kepada semua...sama-samalah kita jaga JALAN kita.



KIBARAN BENDERA BN: PENGIKTIRAFAN PEMERINTAHAN UNTUK RAKYAT

 Berkibar di Dataran Astaka...BENDERA GERGASI BN di Pasir Gajah
 Dari kejauhan..bendera BN
Melambai lembut menggamit penyokong UMNO/BN
Kibaran yang perlu dimartabatkan berterusan oleh Penduduk Pasir Gajah

UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengambil inisiatif memartabatkan kedudukan Bendera BN dengan mengibarkan bendera Keramat yang menerajui pemerintahan BN/UMNO Terengganu.Pada 21 Mac 2012,bertempat di Dataran Astaka Pasir Gajah,bendera BN yang berukuran 20 kaki x 15 kaki berkibar penuh SOPAN melambai impian hati para penduduk Pasir Gajah yang telah memberi pengiktirafan kemenangan BN dalam memerintah Terengganu.

UMNO Pasir Gajah bersama JKKK Pasir Gajah sentiasa memastikan apa yang dihasratkan oleh sebilangan besar penduduk Pasir Gajah untuk melihat Kibaran bendera BN yang BESAR berkibar MEGAH di kampung yang penduduk pilih sebagai kampung penghuninya menyokong UMNO/BN.

Semoga penyokongan ini akan berterusan apabila menjelangnya PRU13 kerana UMNO dan JKKK amat yakin,penduduk amat tahu hanya BN/UMNO saja yang mampu ambil cakna penduduk Pasir Gajah di sepanjang masa.Doakanlah kita penduduk Pasir Gajah agar BN terus menerajui pemerintahan Terengganu.

Sabtu, Mac 17, 2012

4 ORANG AJK KOMUNITYI 1MALAYSIA KE SEMINAR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 16 dan 17 Mac 2012,Jumaat dan Sabtu seramai 4 orang AJk Komuniti 1Malaysia Mukim Pasir semut pasir gajah telah menghadiri Seminar Pemantapan pengurusan K1M yang diadakan oleh Jabatan Peneranagan Negeri Terengganu bertempat di Hotel Tanjung Vista,Kuala Terengganu.

Majlis yang bermula jam 430 petang didahului dengan majlis suai mesra peserta bersama Pengarah Penereangan Negeri Terengganu dan pada jam 830 malam pula di adakan majlis Perasmian Seminar yang dirasmikan oleh YAB Dato Sri Hj Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu.

K1M Pasir Gajah diwakili oleh En Mustafa bin Muda,En Mat Zaik bin Hj Mohd Yusof,En Ibrahim bin A Rahman dan En M Afzalizam bin Awang Hamat.Dalam majlis perasmian,turut disampaikan ialah Netbook dan geran pentadbiran sebanyak RM3650 yang diterima oleh Timbalan Pengerusi K1M pasir Gajah.
Berehat sebelum mendaftar di lobi hotel

 Majlis makam malam bersama YAB MB semasa perasmian
 Dihadapan sajian buffet
 En Mustafa dan En Ibrahim menerima Netbook dan geran pentadbiran dari MB
 Bersama Pn Aneta dan En Shukri dari PPD Kemaman
 Berehat semasa seminar
 Dalam dewan seminar
 YB Hj Mohd Ramli bin Hj Nuh sedang berucap...jauh di sana
 En Ibrahim dengan mok cek
En Afza dengan Netbook

Pada keesokan harinya,Sabtu diadakan seminar mengenai pentadbiran K1M dan majlis penutupan pula dirasmikan oleh YB Tn Hj Mohamad Ramli bin Hj Nuh,ADUN Tepuh yang juga Timbalan EXCO Agama dan Penerangan Negeri Terengganu.Majlis berakhir jam 2.00 petang.

Khamis, Mac 15, 2012

RUMAH PPRT KE DUA DI TAPAK PPRT TANAH LOT

 Rumah PPRT yang kedua secara pasang siap
Rumah PPRT Pertama...dan yang ke dua.

Pada 11 Mac 2012,JKKK Pasir Gajah telah mendapat sebuah lagi rumah PPRT untuk dibangunkan di tapak PPRT Tanah Lot,yang mana hasrat JKKK pasir Gajah dibawah kepimpinan Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama AJK JKKK untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan rumah PPRT kini kian tercapai semata-mata untuk RAKYAT yang menyokong BN dalam memastikan pemerintahan di Terengganu Darul Iman ini.

Pembinaan rumah PRT yang berharga RM30,000 ini dibina oleh MARA melalui KETENGAH yang sudah semestinya untuk memberi kemudahan kepada RAKYAT sebagaimana slogan Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.....ini adalah KEBAJIKAN yang elah lama diamalkan oleh BN/UMNO Tetengganu yang mana rata-rata penduduk Pasir Gajah amat MENGETAHUInya.....

Sebagai JKKK Pasir Gajah yang diberi mandat mentadbir Pasir Gajah,pembinaan rumah PPRT adalah LAMBANG keupayaan JKKK mentadbir Pasir Gajah dengan sokongan yang kuat dari  RAKYAT PENDUDUK dari kalangan pengundi BN/UMNO yang telah memilih BN/UMNo sebagai pemetrintah yang boleh DIPERCAYAI keupayaannya.

Rabu, Mac 14, 2012

MESYUARAT UNIT PELADANG PASIR GAJAH 2012

Pada 6 Mac 2012,Selasa jam 230 petang Pertubuhan Peladang Unit Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat cawangannya yang mana ianya dirasmikan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Daerah Kemaman iaitu En Abdul Hamid di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

Dalam majlis tersebut,beiau telah menyampaikan beberapa info tentang perjalanan unit peladang Daerah Kemaman yang berkaitan dengan pengeluaran,sahaman,pinjaman dan keahlian.Selain itu dalam majlis tersebut juga telah diadakan pemilihan jawatankuasa yang baru iaitu Ketua Unit Pasir Gajah ialah Tn Hj Othman bin Md Yusof,Timbalan Ketua ialah En Osman bin Hitam,AJK ialaha Hj Abd Rani bin Mat Yunus,Pn Norhayati Mohd Soud dan Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof.

Selain itu perlantikan ketua unit peladang muda ialah anak kepada Mohd Zaki Hj Masnun dan Unit Peladang Wanita pula ialah Pn None Abdullah.

Keramaian ahli Unit Peladang pasir Gajah sekarang ini ialah seramai 87 orang yang aktif.Dalam pemilihan wakil unit Pasir Gajah ke Mesyuarat Agung Peladang Daerah pula,Ketua dan Timbalan Ketua dipilih sementara 2 lagi ialah CW Muda bin CW Su dan En Abd Rahman bin Ahmad.Seramai 31 orang telah hadir dalam mesyuarat kali ini.Manakala pemilihan ke Mesyuarat Peladang Negeri ialah En Osman bin Hitam dan Pn Noorhayati Mohd Soud.

Hj Othman mendaftarkan kehadiran 
 En.Abdul Hamid bersama Hj Othman
 Peserta yang hadir
 En Abd Hamid menyampaikan ucapan
Mendengar taklimat

Majlis kemudian dimaklumkan bawaha setiap peserta yang hadir berhak mendapat RM10 sebagai imbuhan kehadiran dan semua bersetuju memasukkan ke dalam saham.Sebelum berakhir,semua yang hadir menikmati jamuan ringkas dan bersurai jam 400 petang.

Rabu, Mac 07, 2012

PENGHAKIMAN PUSAT DAERAH MENGUNDI UMNO PASIR SEMUT PASIR GAJAH

Pada 6 Mac 2012,Selasa malam Rabu,JK PDM Pasir Semut yang terdiri dari AJK UMNO Cawangan pasir Gajah dan AJK UMNo cawangan Paman telah mengadakan satu majlis dua dalam satu  iaitu Majlis Jamuan Mesra Penduduk dan Program Sambutan Hakim Pertandingan PDM Peringkat DUN Ayer Puteh.

 Para panel yang terdiri dari AJK Puteri,APMT,AJK Pemuda dari DUN Ayer Puteh telah disambut oleh Pengerusi PDM dengan iringan paluan kompang.AJK PDM pasir Semut yang berbaris berbaju jaket hitam telah menyambut kehadiran panel.
 Hakim berbual dengan AJK PDM Pasir Semut
 Panel hakim di dalam bilik gerakan PDM Pasir Semut
 Setiausaha PDM menyampaikan taklimat
 AJK Wanita PDM Pasir Semut
 Pada malam ini juga diadakan majlis Jamuan Mesra antara penduduk pasir Gajah bersama AJK UMNO cawangan pasir Gajah dan Paman.Dianggarkan seramai hampir 200 orang elah hadir memberi sokongan kepada AJK PDM bagi mengalukan kehadiran para hakim.
 Ketua Puteri Cawangan UMNo Pasir gajah melayan tetamu
 Pengerusi dan SU bergambar dengan SU UMNo Bahagian

Selepas majlis sambutan,panel hakim telah dibawa masuk ke Bilik Gerakan PDM dansetiausaha PDM memulakan program dengan iucapan aluan.Kemudian Pengerusi Panel telah menmperkenalkan para hakim serta Pengerusi PDM tn Hj Mohd Nor juga memperkenalkan JK PDM Pasir Semut.Kemudian SU menyampaikan taklimat.Setelah selesai taklimat.sesi soaljawabpun bermula.

Majlis kemudian diikuti dengan jamuan ringan AJK PDM bersama panel hakim .Majlis malam ini juga turut diserikan oleh kehadiran Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman,Saudara Rosli Ahmad.Majls berakhir jam 1030 malam.

Ahad, Mac 04, 2012

KAYUHAN 200 ORANG DARI RAKAN MUDA KE JERAM TANDUK

 Kereta peronda polis mendahului ketibaan peserta
 Ratusan peserta kayuhan tiba
 Ketibaan kelompok yang besar
 Arahan untuk memulakan kayuhan
 Peserta mula berkumpul semula
 Bersedia...peserta di atas jalanraya
 Kereta peronda memulakan perkayuhan
Peserta mula berlepas

Pada 4 Mac 2012,Ahad jam 10.00 pagi,penulis sempat bersama melihat seramai 200 orang peserta kayuhan basikal dari Rakan Muda Kemaman ke Jeram Tanduk.Peserta ini telah singgah sebentar untuk menikmati minuman air di Dataran pasar Minggu Pasir Gajah.

Perkumpulan ini telah menarik minat orang ramai yang turut menyaksikan mereka tiba dan berehat serta berlepas semula ke destinasi mereka.Perkumpulan ini yang dimulai oleh marshal bermotosikal dan kereta peronda polis begitu bersemangat memulakan kayuhan dari Pasir Gajah ke Jeram Tanduk.

JKKK Pasir Gajah mengalu-alukan program begini yang mana ianya memberi satu pandangan yang cukup menarik bagi kampung ini sebagai satu tempat singgahan program sebegini.