Harapan...

Sabtu, Jun 30, 2012

AJK GDW PASIR GAJAH BERSAMA KETENGAH MELAWAT LABUAN

 Pn Nora,Afza dan Lina...wakil GDW Pasir Gajah













Pada 22 JUN 2012,selama tiga hari bermula Malam Jumaat,3 orang AJk GDW Pasir Gajah iaitu Pn Nora bt Jusoh,Cik Norazlina bt Abdullah dan En Afzalizan bin Awang Hamat telah mewakili Pasir Gajah bagi lawatan di bawah kelolaan KETENGAH ke Pulau Labuan Sabah.

Dalam Lawatan tersebut yang diketuai oleh Pn Sabariah dari bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH bersama 20 orang peserta telah mengadakan lawatan selama 3 hari iatu bermula Jumaat dan berahir Ahad.

MAJLIS MUNAJAT OLIMPIK 2012 DI MASJID PASIR GAJAH

Banner program dari JKKK dan JK Masjid Pasir Gajah
 Khemah untuk jamuan
 En Othman Hitam,Khairul Anuar dan ayahnya En Mohd din Said

 Ybhg Dato Seri Zolkples Embong bersama membaca yassin
 Antara ang hadir dari MSN
 Jemaah wanita turut serta
 Pengerusi JKKK bersama Pengerusi Masjid
  Dato Seri Ketua Pengarah MSN
 En Mustafa Muda menerima cenderahati
 Khairul Anuar bewrsalam dengan jemaah
 Ybhg En Abd Rashid Yaakub makan bersama tetamu
 Jemaah 0rang kampung
 Bersama athelik dan Ketua Pengarah MSN
Gambar kenangan bersama Ketua Pengarah MSN

Pada 28 JUN 2012,Khamis malam Jumaat,Majlis Sukan Negara bersama JKKK dan JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan Program Munajat Olimpik 2012.Program yang bertujuan memohon kepada ALLAH kejayaan memenangi pingat emas di Olimpik LONDON 2012 di pilih diadakan di Pasir Gajah  memandangkan disinilah tempat kelahiran Pemanah Negara iaitu KHAIRUL ANUAR BIN MOHAMAD yang mewakili Malaysia dalam OLIMPIK 2012 di LONDON pada Julai nanti.Selain itu ianya juga bagi meraikan athelik Lumba Basikal Negara yang berasal dari Kemaman iaitu Mohd Adiq Husaini bin Othman dan Athelik paralimpik lawan pedang dari Kemaman iaitu  Abd Rahman Razali.

Turut hadir pada malam ini ialah Dato Seri Zolkples bin Embong,Ketua Pengaeah MSN bersama Ybhg En Ab Rashid Yaakub,Pengaeah Khidmat Pengurusan MSN serta Dato Abd Hamid,SU Kehormat Lumba Basikal bersama Pen Pegawai Daerah Kemaman En Mohd Saiful Mohd Nor dan pegawai dari MSN.

Dalam majlis ini,diadakan solat maghrib berjemaah,bacaan yassin,tahlil solat isyak dan solat hajat yang dipimpim oleh Imam Abas bin Taib dan Imam Tn Hj Yusof bin Kamaruddin.Turut berada dalam majlis ini ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama Pengerusi JK Masjid iaitu En Mustafa bin Muda.Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Zaik selaku Timbalan Pengerusi JK Masjid Pasir Gajah kemudiannya mempersilakan Ybhg Dato Seri Zolkples bin Embong menyampaikan cenderahati kepada Pen Pegawai Daerah dan Pengerusi Masjid.

Selesai solat,majlis jamuan pula disediakan untuk hampir 300 orang tetamu yang hadir yang terdiri dari JKKK kampung berhampiran,rombongan dari MSN,dif jemputan bersama orang kampung.JK Masjid mengucapkan berbanyak terima kasih kepada MSN aas pemilihan Pasir Gajah sebagai kampung ke 8 menjayakan program yang cukup murni ini.

Khamis, Jun 28, 2012

TAPAK LOGO GDW YANG BARU UNTUK PASIR GAJAH

 Masih dalam pembinaan.....
Menceriakan lagi kampung kita
Dah siap....
cuma...perlu cat sikit lagi...

Logo GDW bagi kampung ini bakal di telakkan semula di jalan masuk  di jalan belakang Masjid dan jalan yang menghala ke padang bolasepak Pasir Gajah.Loga ini yang mula dibina pada 12 JUN 2012 dan sudahpun siap pada 25 JUN 2012.

TERIMA KASIH KERAJAAN BN: JKKK USAHAKAN JALAN BARU KE RUMAH MURAH PASIR GAJAH

 Jentera sedang meledelkan jalan tar yang baru
 Nampak lebih selesa.....jalan tar baru...
 Jalan masuk ke rumah murah
 Sama kita jaga jalan ini
Kerja pembinaan sedang berjalan
Yono,Tn Hj Mohd Nor dan Othman Hitam meninjau jalan yang siap dibina

Pada 28 JUN 2012,Khamis ,penulis sempat meninjau pembinaan jalan tar yang baru bagi jalan masuk ke rumah murah yang selama ini telah rosak .Jalan ini rosak disebabkan ianya dilalui oleh kenderaan berat yang melebihi had keupayaan tahan jalan ini.JKKK dibawah kepimpinan Tn Hj Mohd Nor Jusoh dalam mesyuaratnya telah membuat permohonan pembinaan semula jalan ini untuk memberi kemudahan kepada penghuni rumah murah dan juga jalan utama ke Dewan Orang Ramai dan Masjid Pasir Gajah.

Dengan pembinaan jalan ini,ianya merupakan NIKMAT kita selama bertahun-tahun menyokong kerajaan BN...yang hanya memikirkan untuk berbakti kepada RAKYAT melalui mata dan telingan kerajaan iaitu JKKK.

Penulis sentiasa berharap agar jalan ini dapat memberi khidmat yang lebih lama,yang mana pemandu yang membawa muatan melebihi had pula memahami dan tidak lagi menggunakan jalan ini untuk membawa kenderaan ke kawasan rumah murah kerana ianya pasti aakan merosakkan semula jalan ini dan membangkitkan rasa kurang senang penghuni Rumah Murah nanti.

Sama-samalah kita memghormati hak kita,kita jaga kemudahan ita,jangan kita fikirkan diri kita sahaja,namun kita fikirkan dan jagalah ianya sebagai hak kita bersama.Kita sama-sama jadikan slogan...JALAN UNTUK SEMUA....KITA PAKAT JAGA BELAKA......JANGAN BAGI ROSAK PULA....SUSAH KITA.


Isnin, Jun 25, 2012

ANUGERAH JKKK TERBAIK 2012: JKKK PASIR GAJAH BOLOT 2 HADIAH

 Banner Program MB bersama JKKK 2012
 Tempat duduk untuk JKKK Pasir Gajah
 AJK menerima hadiah dari YAB MB untuk Kampung Bersih 2012
 Plat dan hadiah set pinggangmangkok...untuk JKKK guna
 Pengerusi bersama AJK turun pentas.....

 Bersedia untuk terima Hadiah JKKK Terbaik DUN Air Puteh 2012
 Bersalaman dengan VIP di pentas
 Bergambar bersama YAB MB.....
 SU...hadir sama dalam majlis ini....
En Salim melihat hadiah iaitu LAPTOP dan Set Pinggangmangkok
Dari Kanan: Mida,Zaidah dan Pok Pa

Pada 24 JUN 2012,Ahad jam 200 petang telah berlangsung majlis MB bersama JKKK daerah Kemaman dan majlis Anugerah JKKK Terbaik Daerah Kemaman.Dalam majlis ini JKKK Pasir Gajah telah menerima dua hadiah iaitu hadiah Kampung Bersih 2012 berupa Sijil Penghargaan dan Set Pinggangmangkok serta hadiah JKKK Terbaik DUN Ayer Puteh berupa Set Komputer Laptop bersama printer.

Hadiah disampaikan oleh YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said ,Menteri Besar Terengganu yang RAKYAT sayangi .Dalam majlis tersebut,YAB MB memberi penekanan dalam ucapannya agar JKKK sentiasa turun padang menemui rakyat dan sentiasa pastikan BN/UMNO memenangi PRU 13.
 Pengerusi JKKK bersama Salim
Abdullah Omar,Pok Pa dan Zaidah....

Majlis berakhir jam 440 petang dan AJK JKKK berhenti menjamu selera di Kedai Nasi Kukus Gong Pauh sebelum berangkat pulang ke rumah.Penulis ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah atas Program yang begitu bermakna untuk semua JKKK daerah Kemaman.