Harapan...

Selasa, Julai 31, 2012

JAMUAN BERBUKA PUASA AJK JKKK BERSAMA GDW DI RESTOREN JENANG









DUA SURAT JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID:UNTUK PENDUDUK PASIR GAJAH BELAKA



Dua surat jemputan ini membawa maksud tersendiri dan berbeza dari segi tarikhnya.
Penduduk Pasir Gajah dijemput hadir beramai-ramai.

AGIHAN BAUCER DANA RAYA 2012: PENDUDUK RAMAI YANG HADIR DI BANGUNAN UMNO PASIR GAJAH

 Baucer....
 Bendahari JKKK...Harun
 Ketua UMNO memantau anak buah buat kerja
 Penerima yang adir
 SU {bersongkok} tolong cari juga
 Penduduk adu masalah kepada ketua UMNO
 AJK yang bertugas
 Tunggu giliran
 Beratur....ikut BARISAN
 Jumpa doh....terima kasih En Jalil...
 En Juraimi bersama KP dan baucer.....
 Tunggu baucer
 MIDA...tengoh cari baucer

Pada 30 Julai 2012,Isnin,JKKK dan UMNO Cawangan telah mengadakan majlis pengagihan baucer dana raya bagi pemohon dari Pasir Gajah yang berjumlah hampir 400 orang.Majlis ini dibuat bagi memudahkan pemerima membuat tuntutan bayaran yang akan dibuat pada 1 OGOS 2012 Rabu di Dewan Pasir Gajah.

Pengagihan baucer ini telah dibuat di Bangunan UMNO Cawangan Pasir Gajah yang antara lain bertujuan menghidupkan suasana urusguna bangunan tersebut untuk mendekatkan penduduk kepada UMNO sebagai parti yang memerintah Terengganu.

Turut hadir ialah Ketua UMNo Cawangan Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama barisan AJK UMNO dan JKKK Pasir Gajah.Baucer dibahagikan kepada baucer OKU,baucer waerga emas,baucer ibutunggal dan baucer warga miskin.

Antara yang mengagihkan baucer ialah Pn Nora,Pn Asmida,En Jalil,Pn Norzihan,En Harun dan En Afzalizan.
Turut memberi penerangan tentang penetrimaan baucer ialah Ketua penerangan UMNo Pasir Gajah,En Mustafa Muda dan SU UMNO Cawangan En Zaik Mohd Yusof.Turut memberi sokongan dalam program ini ialah Ketua Wanita UMNO Pasir Gajah,Pn Habshah bt Ali dan Bendahari JKKK En harun@Ibrahim A Rahman.Majlis bermula jam 945 malam dan berakhir jam 1045 malam.

Isnin, Julai 30, 2012

SATU LAGI KEJAYAAN ANAK PASIR GAJAH: MOHAMAD SAIDI BIN ABD GHANI SEBAGAI TOKOH USAHAWAN PEKEBUN KECIL


  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan anugerah Tokoh Usahawan Pekebun Kecil kepada Mohamad Saidi Abd Ghani sambil diperhatikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Hasan Malek (dua dari kiri) dan Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik pada Majlis Perasmian Program Kasihi Pekebun Peringkat Nasional Dan Penyampaian Dividen RTBB/TSK RISDA di Pekan, hari ini. - Foto Azmaidi AbidinJul 28, 2012 6:15 pm

    Penulis dan seluruh penduduk kampung Pasir Gajah mengucapkan TAHNIAH kepada En Mohaamad Saidi bin Abd Ghani atas kejayaan yang cukup MENGHARUMKAN nama PASIR GAJAH.

Ahad, Julai 29, 2012

JKKK DAN UMNO PASIR GAJAH AGIH KURMA SUMBANGAN YAB MB KEPADA PENDUDUK PASIR GAJAH








Pada 28 Julai 2012,Sabtu jam 500 petang,JK UMNO bersama Pemuda UMNO dan JKKK Pasir Gajah telah mengagihkan kesemua hampir 430 bungkusan kurma dan air zamzam kepada penduduk kampung Pasir Gajah yang beragama Islam.

Program yang diketuai oleh Ketua Kampung,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh ini memulakan tugas dengan pembahagian lokasi pengagihan yang terdiri daripada Rumah Murah oleh En Halim Jusoh bersama Zaini Muda dan En Zaik bersama En Salim,manakala Tanah Lot pula diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor bersama En Ibrahim@Harun dan En Afzalizam bersama group ABU {Aku Budak UMNO } yang diketuai oleh En Badrulhisyam Jusoh,BT 10 bupa diketuai oleh En Yono bersama En Mohd Rafi,Kg Laut oleh En Mustafa Muda dan En Jalil Daud manakala Kg Tengah oleh En Mohamad bin Said.

Kurma sumbangan YAB Dato Seri Hj Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu ini diagihkan bersama  bubur lambok yang diuruskan oleh PUTERI UMNO Pasir Gajah.
JKKK bersama UMNO dan penduduk Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Terengganu terutama kepada YAB MB atas sumbangan yang begitu bererti terutama di bulan mulia Ramadhan ini.Sama-sama kita doakan agar ALLAH terus mengekalkan pemerintahan yang ternyata BERJIWA RAKYAT ini di bawah kepimpinan UMNO/BN Terengganu.

Pengagihan kurma berakhir jam 615 petang.

PUTERI UMNO GOTONG ROYONG MASAK BUBUR LAMBOK UNTUK SUMBANGKAN KEPADA PENDUDUK PASIR GAJAH


PUTERI dan Wanita UMNo duk siang sayur......
Saudara ROZI..ketua tukang masak......
Kerja mengacau bubur sedang dijalankan......
Menunggu giliran gamoknye nok kacau bubur tuuuuu
Sempena Semarak Kemerdekaan......ada bendera Jalur Gemilang tuuuuu
Kibaran bendera disebelah banner....
Tiga periuk semua sekali......banyok dohhhh
Ketua PUTERI tengoh bagi nok isi dalam bekas
Bubur lambok diagihkan semasa Bazar Ramadhan Pasir Gajah
ABU {Aku Budak UMNO} tukang bagi ke orang kampung....
Ketua PUTERI jadi encas program ni.....

Pada 28 Julai 2012,Sabtu ,Puteri UMNO bersama Wanita dan UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengadakan program gotong royong memasak bubur lambok di Masjid Pasir Gajah sempena PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN DAN IHYA RAMADHAN.Gotong royong yang bermula jam 900 pagi diketuai oleh Pn Asmida bt Abd Rahman ,Ketua PUTERI dan Pn Habshah Ali Ketua Wanita.

Kerja-kerja memasak bubur lambok ini diketuai oleh En Mohd Razi bin Hj Yusoff yang mana bubur lambok ini diagihkan kepada penduduk Pasir Gajah.Sebanyak 3 kawah bubur lambok telah dapat dibuat pada hari ini.Sumbangan untuk membuat bubur lambok ini ialah melalui YB Tn Hj Wan Abdul Hakim,ADUN Ayer Puteh dan UMNO Cawangan Pasir Gajah.

Bubur lambok ini telah diagihkan  kepada penduduk kampung bermula jam 450 petang di Wakaf Salim,yang mana bubur lambok ini dipekkan di dalam bungkusan tapperware plastik.Kerja pengagihan kepada penduduk pula dilakukan oleh PEMUDA UMNO bersama JK UMNO Cawangan Pasir Gajah,manakala PUTERI mengagihkan bubur lambok kepada penduduk yang hadir ke Pasar Ramadhan Pasir Gajah.


Jumaat, Julai 27, 2012

KRT PASIR GAJAH RAIKAN 8 ANAK YATIM DENGAN MEMBAWA MEREKA MEMBELI PAKAIAN RAYA

 Berkumpul di Wakaf Salim
 Bergambar dulu......
 8 orang anak yatim terpilih....
 Kereta mula nak bergerak ke Cukai
 Dalam perjalanan......
 Memilih pakaian.....Pengerusi dan Lina ada layan mereka...
 Membayar......Salim bendahari KRT ada tuuuuu
 Pilih tudung...Zehan ada.....
 Nak balik dah.......
Semua selesai dibeli......

Pada 27 Julai 2012,Jumaat,KRT Pasir Gajah telah mengadakan Program meraikan 8 anak yatim Pasir Gajah dengan membawa mereka ini memilih,mencuba dan membeli pakaian untuk menyambut raya tahun ini sempena Program SEMARAK KEMERDEKAAN dan MENGHAYATI RAMADHAN.Dalam program ini,Pengerusi KRT Pasir Gajah Saudara Afzalizan bin Awang Hamat bersama 8 AJK KRT lain telah membawa anak-anak yatim ini ke Bandar Cukai untuk memilih pakaian mereka.

Pemilihan anak yatim ini ialah yang berumur antara 9 hingga 15 tahun yang mana seramai 5 orang anak watin perempuan dan 3 anak yatim lelaki telah dipilih menjayakan program yang pertama kali diadakan oleh KRT.Tahun 2011 yang lalu KRT telah mengadakan program berbuka puasa untuk meraikan 40 orang warga emas.

Anak yatim ini dibawa dengan 4 buah kereta bersama 9 orang AJK KRT yang bertolak dari Pasir Gajah jam 330 petang.Selain membeli  pakaian,anak yatim ini diberi peluang membeli juadah berbuka puasa untuk dibawa pulang dan menikmati bersama keluarga.

Antara AJk RKT yang meluangkan masa bersama anak yatim ini ialah Pengerusi,Saudara Afzalizan,Setiausaha Pn Norzihan,Bendahari En Salim.AJK Harun,Zaik,Yono,Zulkifli,Lina dan Mohamad Said.Majlis selesai jam 530 petang dan semua anak yatim dihantar pulang ke hadapan rumah masing-masing.