Harapan...

Isnin, Januari 28, 2013

MESYUARAT JKKK KALI PERTAMA JANUARI 2013

 AJK lelaki yang hadir
 AJK Wanita
 Pengerusi dan timbalan
SU JKKK

Pada 27 Januari 2013,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan Mesyuarat JKuasanya yang pertama bertempat di Bilik Gerakan JKKK Pasir Gajah,Bangunan Pusat Ekomuniti.Mesyuarat dimulakan jam 915 malam dengan kehadiran antaranya Pengerusi,Timbalan Pengerusi,Setiausaha,bendahari dan ajk biro-biro.

Mesyuarat kali pertama ini membincangkan beberapa agenda yang akan dilaksanakan pada bulan Februari ini,antaranya perarakan maulir rasul peringkat daerah,pelancaran mini RTC,lawatan TV3 ke Pasir Gajah dan gotong royong perdana.

Mesyuarat berakhir jam 1145 malam.

PDM PASIR SEMUT DIBAIKPULIH UNTUK PERSEDIAAN PRU13

 Lantai simen luar
 Dinaiktarafkan.....
 Keselesaan...itu diharapkan
 Pasir yang digunakan
Bahagian luar yang telah siap
Bahagian depan dibaiki simen lantainya
Hampir siap
PDM Pasir Semut

Pada 27 Januari 2013,PDM Pasir Semut yang terletak di Bangunan UMNO Cawangan Pasir Gajah telah dibaikpulih iaitu bahagian luarnya disimen semula bagi mengelak takungan air.Hal ini dilakukan memandangkan setiap kali hujan,limpahan air akan mengotorkan kakilima PDM tersebut.Melalui kepekaan kepimpinan UMNO Cawangan yang diketuai oleh Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah aitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,usaha menaiktaraf PDM dilakukan.

Selain itu,bahagian luar di hadapan PDM yang dijadikan kedai makan juga turut dinaiktaraf bagi mengelakkan ianya dikotori apabila hujan.Usaha yang dilakukan ini ialah bagi tujuan persediaan PDM Pasir Semut menghadapi PRU13 yang mana ianya diharap akan memberi keselesaan kepada pengguna PDM ini nanti.

Penulis ucapkan berbanyak terima kasih kepada YB ADUN,YB Parlimen atas peruntukan yang disalurkan bagi membaiki PDM Pasir Semut ini.

JK MASJID MENZIARAHI SAUDARA TAJUDDIN AJK MASJID YANG SAKIT DI RUMAHNYA

 En Mustafa,Tn Hj Mohd Nor dan Hj Abbas bersebelahan Saudara Tajuddin
 En Ibrahim dan En Salim....hadir sama
 Antara yang hadir..sempat berbincang
Antara yang menziarahi Saudara Tajuddin

Pada 28 Jan 2013,Isnin malam Selasa jam 915 malam,AJK Masid Pasir Gajah bersama Kettua Kampung telah mengadakan ziarah terhadap seorang AJK Masjid yang terlantar sakit iaitu Saudara Tajuddin Abdullah di rumahnya iaitu Rumah Murah Pasir Gajah.

Kunjungan ziarah ini bagi mengikuti perkembangan saudara Tajuddin yang sakit sejak 3 minggu lalu yang dikatakan akibat serangan darah tinggi.Antara yang hadir menziarhi saudara Tajuddin ialah Pengerusi Masjid En Mustafa Muda,Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Bendahari Masjid Tn Hj Abbas bin Taib,SU JKKK Cikgu Zaik,Bendahari JKKK En Ibrahim@ Harun,AJK Masjid En Mohd Salim dan En Abd Rahman,En Mohammad bin Said serta Saudara Yono.

Semasa ziarahi ini,AJK telah mendapat maklumbalas dari isteri Saudara Tajuddin berkaitan dengan status kesihatan.Selain itu,sedikit sumbangan telah dihulurkan bagi kegunaan menampung perbelanjaan keluarga Saudara Tajuddin.

Penulis dan ahli lawatan mendoakan agar ALLAH menyembuhkan penyakit yang dialami oleh saudara Tajuddin dan memberi kesempatan untuk beliau hidup secara normal.AMIN.

Jumaat, Januari 25, 2013

SYARAHAN AGAMA BERSEMPENA MAULIDUL RASUL 1434 DI MASJID PASIR GAJAH

Imam Hj Yusof bersama Tn Hj Mohd Sabri
AJK Masjid,En Osman Hitam
Kalangan jemaah yang hadir
En Mustafa bersama jemaah lain
Kalangan jemaah wanita
Berselawat
Jamuan bersama Tn Hj Mohd Sabri

Pada 24 Jan 2013,Khamis malam Jumaat,Jawatankuasa Masjid Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Syarahan Agama bersempena Sambutan Hari Maulidul Rasul 1434.Majlis yang dirancang lebih kurang sebulan lalu telah mendapat kerjasama dari Pejabat Agama Daerah Kemaman,Program ini dimulai dengan solat maghrib berjemaah,sayarahan agama berkaitan Sunnah Nabi,solat Isyak dan berselawat .

Syarahan agama telah disampaikan oleh Ustaz Tn Hj Mohd Sabri bin Mat Zin ,Pegawai Agama JASA yang telah dipersetujui oleh Pejabat Agama Daerah Kemaman.Selain itu JK Masjid juga telah mendapat kerjasama JASA Kemaman yang mana peruntukan jamuan untuk program ini telah dihulurkan oleh JASA Kemaman.

Seramai hampir 100 hingga 120 orang jemaah lelaki dan wanita telah hadir dalam program syarahan agama Maulidul Rasul ini.Turut berada dalam program ini ialah Pengerusi JK Masjid,En Mustafa bin Muda,Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Tuan Imam iaitu Imam Hj Yusof Kamaruddin,Imam  Hj Abbas Taib dan Imam Hj Zawawi Tahir,manakala bilal yang hadir ialah bilal Hj Mohamad dan Bilal Hj Yusoff selain dari AJk JK Masjid sendiri.

Jemaah yang hadir turut serta menikmati jamuan ringan nasi putih yang disediakan oleh JK Masjid Pasir Gajah.Penulis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jemaah yang hadir menjayakan program syarahan ini.Majlis berakhir jam 945 malam.

Jumaat, Januari 18, 2013

GOTONG ROYONG JEMAAH BERSAMA JK MASJID PASIR GAJAH MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID 2013

 mEMBERSIHKAN LONGKANG
 Memotong rumput
 Membersihkan kipas
 Menmvacumkan karpert
 Buang sarang laba
 Bersihkan kawasan solat wanita
 Mengelapkan kipas yang baru dibersihkan
 Rehat.....jamuan ringan
 Hujan baru turun niiii.....
 Menikmati minuman
Pengerusi Masjid hadir makan juadah yang disediakan
Harun dan Pak Mat memasang besi hadangan

Pada 18 Jan 2013,Jumaat bermula jam 800 pagi,JK Masjid bersama lebih 20 orang jemaah masjid Pasir Gajah telah bersama mengadakangotong royong membersihkan kawasan sekitar dan dalam masjid.Gotong royong kali pertama ini ialah untuk persediaan menyambut Maulidul Rasul 1434 pada hari Khamis nanti.

Turut hadir dalam program gotong royong ini ialah Pengerusi JK Masjid pasir Gajah,En Mustafa Muda,Ketua kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Tuan imam 1 Tn Hj Yusof bin Kamaruddin,Imam Hj Abbas bin Taib,Bilal Hj Mohamad @ Ibrahim,SU JKKK En Mat Zaik,JK Masjid dan jemaah masjid.

Antara tugas yang dilakukan pada hari ini ialah membersihkan kawasan sekitar dengan memotong rumput yang diketuai oleh En Osman bin Hitam,membersihkan kipas yang diketuai oleh En Halim bin Jusoh,membersihkan sarang labah-labah yang diketuai oleh En Mohd Salim bin Abd Hamid,membersihkan longkang yang diketuai oleh En Ibrahim@ Harun bin A Rahman,membersihkan karpert yang diketuai oleh Hj Abbas bin Taib dan membersihkan kawasan solat wanita yang diketuai oleh Pn Hajjah Rahyati binti Mohd Noor serta mengemaskinikan waktu solat oleh En Mat zaik bin Mohd Yusof.Gotong royong hari ini tetap dijalankan walaupun hujan mulai turun ada jam 930 pagi.

Selasa, Januari 15, 2013

YB TN HJ WAN HAKIM BERSAMA RAKYAT DALAM MAJLIS PENYERAHAN WANG TUNAI PAKAIAN SEKOLAH DI DEWAN PASIR GAJAH

Pengerusi JKKK berasam YB ADUN Air Puteh
Rakyat berkumpul
Dari kalangan ibu yang hadir
YB menyampaikan ucapan
Masuk ke dewan untuk menerima dana
Menghulurkan baucer....
Terima dana.....

15 Jan 2013,Selasa bermula jam 900 pagi,Dewan Pasir Gajah menjadi tumpuan kepada para ibubapa yang mempunyai anak bersekolah dari Paman,Batu 14,Seberang tayor Hulu dan Hilir dan Pasir Gajah apabila hari ini dilangsungkan Majlis Penyerahan Wang Tunai Bantuan pakaian Sekolah sumbangan kerajaan BN/UMNO Terengganu.

Dalam majlis ini,YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar turun padang bersama RAKYAT memberi  ucapan.Rata-rata RAKYAT dari kampung yang dinyataakan ceria dengan pemberian yang menunjukkan kerajaan BN/UMNO inilah kerajaan BERKEBAJIKAN yang SEBENARNYA.

Turut bersama YB ADUN Air Puteh ini ialah pengerusi JKKK dari kampung yang dinyatakan.Penghulu mukim Binjai /Pasir Semut En Mohd Razman bin Mamat turut bersama YB untuk bertemu RAKYAT yang menerima dana pakaian sekolah ini.

KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN KEMAMAN MENYERAHKAN BAUCER PAKAIAN SEKOLAH KEPADA 142 PENERIMA DI PASIR GAJAH












Pada 14 jan 2013,Isnin malam Selasa jam 900 malam bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah telah diadakan Program Penyerahan Baucer Pakaian Sekolah dari Kerajaan BN/UMNO Terengganu untuk RAKYAT penduduk Pasir Gajah seramai 142 orang.Majlis yang bermula jam 900 malam ini turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman Saudara Hisham Zuber bersama JK Pemuda UMNO Bahagian.

Dalam majlis ringkas tersebut,turut diadakan ialah ucapan oleh Ketua Biro Agama Pemuda UMNo Kemaman Ustaz Zulkifli Sulong yang menerangkan tentang isu semasa berkaitan UMNO dan pembangkang yang dilihat begitu perlu dijelaskan kepada rakyat.

Pembahagian baucer pula telah dilakukan oleh Saudara Hisyam Zuber dengan diiringi oleh Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Ketua Wanita UMNo Cawangan Pn Habshah Ali,Ketua Penerangan UMNo Cawangan En Mustafa Muda dan Setiausaha UMNo Cawangan En Mat Zaik bin Mohd Yusof.Dalam majlis ini seramai 142 ibubapa telah menerima baucer yang mana ada yang menerima satu baucer dan ada yang menerima dua baucer bagi yang ada ramai anak bersekolah.Majlis selesai jam 1030 malam .

Penulis bagi pihak penduduk Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Kemaman atas kesudian menyerahkan baucer kepada penduduk.Penulis melihat keceriaan di wajah semua penerima yang mana ini adalah NIKMAT atas sokongan yang diberikan kepada BN/UMNO semasa pilihanraya yang lalu......marilah kita berdoa...Ya ALLAH,kekalkanlah pemerintahan BN/UMNO di Malaysia dan di Terengganu ini agar kami semua terus makmur,aman dan bersatu padu......AMIN.