Harapan...

Isnin, Jun 24, 2013

RAMAI JEMAAH MENGHAYATI MALAM NISFU SYAABAN DI MASJID PASIR GAJAH

 Memulakan solat maghrib
 Bilal Ahmad dan Imam Hj Abbas mengetuai bacaan Yasiin
 Ramai lagi yang hadir tuuuuu....
 Yassin di tangan masing-masing
 Ketua Kampung hadir sama
 Jemaah wanita
 Menjamu selera....
 Jamu apa sahaja yang ada...ramai-ramai
Masjid pada waktu Maghrib

Pada 23 Jun 2013,Ahad malam Isnin.Malam Nisfu syaaban di Masjid Pasir Gajah telah dipenuhi oleh lebih kurang 150 orang jemaan yang hadir untuk memuliakan malam Nisfu syaban.

Ahad, Jun 23, 2013

CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ OLEH USTAZ MAHMUD BIN MAT DI MASJID PASIR GAJAH DAPAT SAMBUTAN

 Ustaz Mahmud bersama Pengerusi Masjid Pasir Gajah
 Jemaah yang hadir
 Imam Hj Yusof mempengerusikan majlis
 Memersilakan penceramah.....
 Ceramah dimulakan
 Banner program
 Kehadiran jemaah
 Ustaz Mahmud bin Mat
 Yang hadir
 Jemaah yang mendengar ceramah
 Solat Isyak berjemaah
 Menikmati jamuan nasi dagang
 Jemaah lelaki
 Jamuan jemaah wanita
 AJK Masjid bersama Ybhg Ustaz
Tuan imam {kiri} bersama Ustaz

Pada 21 Jun 2013 Jumaat malam Sabtu telah diadakan majlis Ceramah Israk dan Mikraj untuk Jemaah Masjid Pasir Gajah.Penceramah yang diundang ialah Ybhg Ustaz Mahmud bin Mat dari Bina Ummah Training Kuantan.

Majlis bermula jam 730 malam dengan solat maghrib berjemaah diikuti oleh Ceramah Israk dan Mikraj selama hampir dua jam yang disampaikan oleh Ybhg Ustaz.Dianggarkan seramai 150 rang telah hadir untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mahmud bin Mat.

Selesai ceramah diikuti dengan solat Isyak dan jamuan ringan.Turut hadir alah semua imam dan bilal,Pengerusi Masjid En Mustafa bin Muda,Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Timbalan Pengerusi Masjid En Mat Zaik bin Mohd Yusof serta jemaah.Majlis berakhir jam 1030 malam.

AJK UMNO CAWANGAN PASIR GAJAH HADIRI TAKLIMAT TATACARA PERSIDANGAN UMNO 2013 DI GONG BADAK KUALA TERENGGANU

 Banner taklimat
 Peserta mengambil tempat
 AJK dari UMNO Pasir Gajah
 Pok Pa dan Harun....
 Mendengar taklimat
 Ucapan Setiausaha UMNo Terengganu
 Tan Sri Ghazali memberi ucapan
AJK UMNO Pasir Gajah bergambar di hadapan pintu masuk

Pada 22 Jun 2013 Sabtu,AJK UMNO Cawangan Pasir Gajah telah hadir ke taklimat Tatacara Persidangan UMNO 2013 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak.Bertolak jam 745 pagi,ajk yang terdiri dari Ketua UMNO Cawangan pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Setiausaha En Mat Zaik,Ketua Penerangan En Mustafa bin Muda dan AJk En Ibrahim bin A Rahman tiba di destinasi jam 1000 pagi.

Selepas membuat pendaftaran,taklimat diadakan dengan acara nyanyian Negara Ku dan Lagu UMNO kemudian diikuti dengan bacaan doa memohon dari ALLh SWT AGAR NEGARA INI BERADA DALAM KEADAAN AMAN.Majlis dimulakan dengan ucapan YAB Menteri Besar Terengganu kemudian taklimat ringkas oleh YB Tan Sri Ghazali serta taklimat persidangan oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Dato Rauf.

Majlis selesai dan balik semula ke Pasir Gajah dan tiba di pasir Gajah jam 430 petang.


Jumaat, Jun 21, 2013

JKKK PASIR GAJAH MERAIKAN PETUGAS SEMASA BANJIR DI RESTORAN BANGKOK KITCHEN GELIGA

Jemputan mengambil tempat duduk
Tempat duduk di hujung mula penuh.....
Dari kanan..Rizal,Mail,Zaik,Pak Mat,Salim dan Osman
Menunggu jemutan hadir penuh
Makanan dan tersedia .......
Ada lagi tempat duduk niiiii....
Pengerusi menyampaikan ucapan ringkas
Menyampaikan sumbangan
Saudara Mat Ludin menerima sumbangan
Mula makan.....Afzalizam
Dah nak habis niiiiii
Sebahagian yang sempat bergambar

Pada 19 Jun 2013,Rabu malam Khamis,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan Majlis Jamuan Meraikan Para Petugas Semasa Banjir 2012 yang lalu di Restoran Bangkok Kitchen Geliga Kemaman.Majlis yang dihadiri oleh 40 orang petugas yang membantu JKKK semasa memindahkan mangsa banjir lalu bersama AJK JKKK dan GDW Pasir Gajah.

Dalam majlis ini,hadir sama ialah Pengerusi JKKK pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Timbalan Ketua UMNo Cawangan Pasir Gajah,Saudara Badrulhisyam bin Jusoh,SU JKKK En Mat Zaik Mohd Yusof,Ketua Pemuda Saudara Samsul bin Hamid dan AJK JKKK serta GDW.

Dalam Ucapan ringkas,Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua petugas yang membantu JKKK semasa musim banjir yang lalu.Kerjasama ini mencerminkan bahawa JKKK dan masyarakat sentiasa berpadu untuk kesejahteraan penduduk Pasir Gajah.

Majlis yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1030 malam.

Jumaat, Jun 14, 2013

PENGERUSI JKKK SERAH KUNCI RUMAH PPRT KE 11 KEPADA KELUARGA MAT RONI BIN OMAR DI TANAH LOT

 Rumah PPRT di Tanah Lot
 Pak Roni dan anaknya Anuar menunggu Pengerusi JKKK
 Pengerusi JKKK bersama SU JKKK menyerahkan kunci rumah PPRT
Pintu terbuka....milik Pak Roni sekeluarga sekarang

Pada 14 Jun 2013 Petang Jumaat,Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama SU JKKK En Mat Zaik telah hadir bersama ke rumah PPRT yang ke 11 untuk melakukan penyerahan kunci rumah kepada pemilik yang dinamakan untuk rumah tersebut.

Atas kecaknaan JKKK terhadap kesukaran hidup menyewa rumah yang dilalui oleh keluarga Pak Roni,JKKK Pasir Gajah telah menyetujui permohonan untuk pembinaan sebuah rumah PPRT kepada keluarga Pak Roni.Melihat kepada keaktifan anaknya Anuar Mat Roni dalam pergaulan dengan masyarakat kampung serta mudah untuk diminta berkerjasama dalam apa sahaja program JKKK ataupun kampung,JKKK Pasir Gajah melihat ini sebagai satu bantuan yang ikhlas untuk keluarga ini dari JKKK Pasir Gajah.

Bertempat di hadapan rumah tersebut pada jam 545 petang Jumaat 14 Jun 2013,Tuan Hj Mohd Nor Jusoh telah diberi mandat oleh KETENGAH untuk menyerahkan kunci rumah tersebut untuk diduduki.Pengerusi JKKK dalam pesanannya meminta agar keluarga ini menjaga keceriaan rumah dan kebersihan kawasan rumah.