Harapan...

Rabu, Julai 30, 2014

SOLAT AIDIL FITRI MENGGAMIT RASA PERSAUDARAAN DI SYAWAL 1435H DI MASJID PASIR GAJAH

Bacaan perutusan DYMM Al Sultan
Kusyuk mendengar perutusan
Jemaah memenuhi ruang solat
Bersedia mendirikan solat
Diimamkan oleh Iman Hj Yusof b Kamaruddin
Pengerusi JKKK hadir sama
Selesai solat
Bersalam-salaman

Pada 28 Julai bersamaan 1 Syawal penduduk Pasir Gajah telah beramai-ramai ke Masjid Pasir Gajah untuk menunaikan Solat Aidil Fitri 2014 bersamaan 1435h.Solat kali ini telah diimamkan oleh Tn Hj Yusof bin Kamaruddin,imam 1 masjid.

Dianggarkan seramai hampir 500 jemaah lelaki dan wanita telah memenuhi masjid Pasir Gajah.Sebelum solat dimulakan,laungan takbir berkumandang dan disusuli pula dengan bacaan perutusan dari DYMM Sultan Terengganu yang dibaca oleh Imam Hj Abbas bin Mohd Taib.

Selesai solat,imam membaca khutbah aidil fitri dan bertakbir sebelum jemaah bersalam-salaman.Solat yang bermula jam 830 pagi berakhir jam 1000 pagi.




JK MASJID RAIKAN PERPISAHAN DUA ORANG IMAM TAHFIZ SOLAT TARAWIKH

Pengerusi JK Masjid menyamaikan ucapan aluan
Jemaah yang hadir
Je
Pengerusi JKKK menyampaikan ucapan terima kasih

Cenderahati untuk imam
Sumbangan untuk imam
Gambar kenangan jemaah bersama dua orang imam

Pada 24 Julai 2014,JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis meraikan perpisahan dua orang imam tahfiz iaitu Imam Mohamad Anwar dan Imam Mohamad Fahmi yang bertugas sebagai imam tarawikh di sepanjang bulan Ramadhan 1435h di Masjid Utama Pasir Gajah.

Majlis dipengerusikan oleh Penasihat Masjid Tn Hj Mohd Nor dan disusuli ucapan aaluan Pengerusi Majid En Mstafa Muda dan Ucapan Terima kasih oleh Peng JKKK Sdr Cikgu Zaik.Dalam majlis ini juga disampaikan sumbangan untuk kedua imam dan sumbangan untuk jemaah wanita yang bertadarus di masjid.Majlis kemudiannya disusuli dengan jamuan ringan dan berakhir jam 1100 malam.



PENDUDUK PASIR GAJAH HADIR UNTUK TAKLIMAT DANA RAYA 2014 DI DORA

SU JKKK mengenalpasti maklumat yang perlu diisi
Penduduk hadir mendengar taklimat
JK yang terlibat memudahkan pengisian borang
Menanti giliran untuk proses pengambilan borang
Pengagihan borang
JK bertugas membuat semakan

Pada 27 Jun 2014,JK UMNO Cawangan bersama Pemuda,Puteri dan Wanita serta AJK JKKK Pasir Gajah telah diberi amanah oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Daerah dan Pej DUN Air Puteh untuk membuat pengagihan pengisian Dana Raya dan Dana Remaja 2014.

Seramai hampir 300 orang penduduk berpeluang untuk mendapatkan dana tersebut berpandukan kepada syarat kelayakan yang tetah ditetapkan.JK UMNO dan JKKK Pasir Gajah telah mengenalpasti penduduk yang berkelayakan untuk memohon dana tersebut melalui taklimat yang disampaikan sebelum penduduk mengisi borang yang disediakan.

Turut menyampaikan taklimat ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah Sdr Cikgu Zaik bersama SU JKKK En Badrulhisyam Jusoh.Majlis yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1200 malam di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.

PEMIMPIN DARI KG BANGGOL PAK ALI MARANG MELAWAT PASIR GAJAH













Pada 24 Mei 2014,Kampung pasir Gajah telah menerima kunjungan muhibbah para pemimpin dari Kg Banggol Pak Ali Marang di bawah Program Kampung Luar melawat Kg Dalam Wilayah KETENGAH.Program yang dianjurkan oleh KETENGAH ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kampung yang terlibat bertukar-tukar pandangan dan idea dalam menjana keceriaan kampung.

MAJLIS PENYERAHAN PONDOK KELULUT KEPADA KOWPAG OLEH KETENGAH

Contoh sarang madu kelulut
AJK JKKK diberi penerangan
Memerhati tabiat kelulut
Bersama deligasi KETENGAH
En Saidi memberi penerangan tentang madu kelulut

Pada 29 April 2014,KETENGAH bersama kontraktor pembinaan telah mengadakan majlis penyerahan pondok pemprosesan madu kelulut kepada KOWPAG di Ladang Ternakan Kelulut Cengal Rendang Pasir Gajah.

Turut serta dalam majlis ini ialah Pengerusi KOWPAG Sdr Mohd Saidi bin Abd Ghani serta Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama Timb Peng JKKK En Mustafa bin Mda bersama ALK Kowpag dan AJK JKKK Pasir Gajah bersama deligasi KETENGAH yang diketuai oleh En Wan Salwadi bin Wan Sulong dari Bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH.

TAKLIMAT PENGAMBILAN KAHAK TIBI KEPADA 30 ORANG SUKARELAWAN PASIR GAJAH






Pada 22 Mac 2014,Jabatan Kesihatan Kemaman telah mengadakan taklimat kepada hampir 30 orang pemudahcara pengambilan kahak TIBI dari seksyen Pasir Gajah.Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Kecil Air Puteh.

Dalam taklimat tersebut,sukarelawan Pengambil Kahak TIBI dari Pasir Gajah telah diminta untuk mengambil sampel kahak penduduk Pasir Gajah bagi mengenalpasti tahap ada atau tiada TIBI di kalangan penduduk.

Program pengambilan kahal TIBI ini dijalankan selama dua hari dimana sampel kahak ini dihantar ke Klinik Desa Pasir Gajah untuk tindakan seterusnya bagi penganalisaan dan pembuat keputusan.



GOTONG ROYONG BERSIH KAMPUNG KALI PERTAMA 2014







Pada 28Mac 2014,JKKK Pasir Gajah bersama penduduk kampung serta badan politik yang terdiri dari Pemuda ,Puteri dan Wanita UMNO Cawnagn Pasir Gajah telah mengadakan gotong royong kali pertama membersihkan kawasan belakang Pusat E-Komuniti berhampiran bangunan JKKK dan Kesai Zaiton.

Seramai lebih kurang 50 orang telah terlibat membersihkan kawasan tersebut yang mana kawasan ini agak tidak terurus selepas ditenggelami banjir pada penghujung disember 2013 yang lalu.Turut serta dalam gotong royong ini ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,SU JKKK En Mat Zaik bin Mohd Yusof,AJK JKKK dan pengerusi cabang politik UMNO Pasir Gajah.

Selasa, Julai 29, 2014

JKKK AGIHKAN BAUCER PETRONAS DAN TOTO KEPADA PENDUDUK YANG TERLIBAT BANJIR DI PASIR GAJAH

Pada 21 Mac,SU JKKK sempat bersama pengerusi dan ajk jkkk psr gjh agihkan bantuan banjir berupa toto dan baucer petronas di dewan psr gjh pd 21 mac 2014 jumaat. (14 photos)
153LikeLike ·  · Promote ·