Harapan...
Selasa, April 27, 2010
LAGI GAMBAR SEMASA ANJUNG BESTARI
Bergambar beramai
Banner program
Selama tiga hari dua malam berkampung untuk Program ANJUNG BESTARI,orang kuat Pejabat Penerangan Daerah Kemaman,iaitu Pn Aneta Ahmad dengan tiga orang pembantu begitu komited bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya.
Pengerusi KB Pasir Gajah,En.Abdul Ghafar Mohamad turut bersama memastikan kejayaan program yang diatur bersama ajk KB Pasir Gajah.
Sebagai tanda terima kasih,Majlis penyampaian cendwerahati yang dipengerusikan oleh Setiausaha KB iaitu En.Mat Zaik bin Mohd Yusof berlangsung dengan penuh santai di halaman rumah Pengerusi JKKK Pasir Gajah.Program berakhir pada jam 3.00 petang 25 April 2010 hari Ahad.
PROGRAM ANJUNG BESTARI BERSAMA RTM
Pada 23,24 dan 25 April 2010,Kampung Pasir Gajah telah dikunjungi oleh RTM di bawah Program ANJUNG BESTARI.Seramai 10 ornag krew RTM bersama Pejabat Penerangan Kemaman dan wakil Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia turut hadir bersama.
Dalam Program tersebut,beberapa penggambaran Anjung Bestari telah berjaya dijalankan antaranya ialah Program Kenduri Kampung,Kebudayaan melibat Kompang .Rumah Jambi dan Dikir Barat,Program IKS iaitu Andaman Pengantin,Anyaman Surat Khabar,Kuih Sejuk Beku dan Cili Boh.
Rakan-rakan dari RTM akhirnya dijamu oleh Ketua Kampung pada hari terakhir sebagai tanda terima kasih atas kunjungan RTM.
Sabtu, April 10, 2010
GOTONG ROYONG PASANG ATAP BIRU
Pada 9 April 2010,Jumaat jam 830 pagi,seramai 30 orang yang terdiri dari AJK JKKK,RELA dan Penduuk kampung telah mengadakan gotong royong memasang atap biru di rumah Allahyarham Engku Fauzi,bekas bendaharai JKKK.Program ini ialah ilham Biro Kebajikan dan tugas-tugas khas di bawah kelolaan En.Badrulhisham Jusoh dan En.Mohd Salim bin Abd Hamid.
Dalam majlis tersebut,turut hadir ialahTuan Penghulu Mukim iaitu E.Abdul Ghafar bin Mohamad ,S/U JKKK En.Mat aik bin Mohd Yusof serta Ketua Kampung Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.Kerja menukar atap dimulakan am 830 pagi dan siap pada jam 1130 pagi.
Semua ahli yang bergotong royong dijamukan dengan hidangan mee goreng,kerepok,karipap dan air limau ping serta air sirap ping.
Rabu, April 07, 2010
MESYUARAT DENGAN JABATAN PENERANGAN
Pada 5 APRIL 2010,Isnin jam 300 ptg bertempat di Pejabat JKKK pasir gajah,satu mesyuarat membincangkan kehadiran RTM pada 23,24 dan 25 April ke kampung ini telah diadakan diantara jabatan Penerangan dengan AJK Komuniti Bestari Pasir Gajah.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penghulu Mukim,En.Abdul Ghafar Mohamad antara lain membincangkan tentatif kehadiran serta aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut.Pejabat penerangan Daaerah telah diowakili oleh 3 orang pegawainya.Mesyuarat berakhir jam 4.00 petang.
MESYUARAT POLIS DAN KOMUNITI
Pada 6 April 2010,Selasa jam 9.00 malam,Polis Pasir Gajah telah mengadakan mesyuarat komuniti pertamanya melibatkan JKKK Pasir Gajah,JKKK Paman,Penghulu Mukim Pasir Semut,Ketua Rela Pasir Gajah,Ketua RAJ {Rakan Anti Jenayah} Paman dan Pasir Gajah.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh SM Mohd Shakri bin Abu Bakar,Ketua Polis Balai Pasir Gajah berjalan dengan suasana yang penuh harmoni dan perbincangan berkisar tentang keselamatan kampung,jenayah dan kegiatan.
Mesyuarat berakhir pada jam 1145 malam dihadiri
Isnin, April 05, 2010
MAHUKAN PERUBAHAN - PERLU BENGKEL BARU
Pada 4 April 2010,dalam satu pemantauan,S/U JKKK Pasir Gajah mendapati bahawa perubahan haruskan dilakukan bagi memastikan Kampung Pasir Gajah lebih menarik dan mendatangkan pendapatan.Ini adalah rentetang dari keputusan yang dicapai dalam mersyuarat bulan Mac 2010 JKKK Pasir Gajah yang mengharapkan bengkel baru dapat dibina.Usaha untuk menggantikan bengkel yang usang dengan satu blok bangunan baru bagi menempatkan semula semua bengkel perlu dibuat oleh pihak berwajib.
Langgan:
Catatan (Atom)