Harapan...

Sabtu, Oktober 19, 2013

9 PERWAKILAN UMNO CAWANGAN PASIR GAJAH HADIR DI MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KEMAMAN.

 Sesi pendaftaran...ambil beg dan tag nama
 Meneliti beg plastik yang baru diperolehi......
 Masih lengang....dalam dewan MPK
 YAB Ketua UMNO fan YB Timb UMNO baru tiba
 Peserta memenuhi dewan
 Samsul,Mida dan Nazri.....UMNO Pasir Gajah
 Nazri,Zaik,Abang Nong dan Pok Pa.....Wakil Pasir Gajah
 Pengumuman untuk undian.....
 Mengisi kertas undi...Ketua UMNO Pasir Gajah bersama SU UMNO
Hj Jantan...Perwakilan UMNO Cawangan Pasir Gajah

Pada 19 Oktober 2013,jam 800 Pagi Sabtu,perwakilan dari UMNO Cawangan pasir Gajah seramai 9 orang telah hadir ke Dewan MPK untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Perwakilan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman 2013.

Pasir Gajah telah memilih wakil yang terdiri dari Tn Hj Mohd Nor {Ketua}.En Mustafa {Timb Ketua}Pn Habshah }Ketua Wanita},Saudara Samsul {Ketua PEMUDA},Pn Asmida {Ketua PUTERI},En Mat Zaik {SU UMNO},En Bahrulhisyam {Bendahari},En Nazri {Timb Pengerusi Tetap} dan Hj Jantan {Pemeriksa kira-kira 1}

Dalam mesyurat kali ini,perwakilan  telah diminta mengundi untuk pemilihan eringkat bahagian kemamamn dan pengundian untuk jawatan UMNO Malaysia.UMNO Pasir Gajah mula mengundi jam 1230 tengahari dan selesai jam 200 petang.


Khamis, Oktober 17, 2013

MAJLIS TAHLIL TAHUNAN SAMBUTAN RAYA HAJI 2013 KERABAT JAMBI DI PASIR GAJAH MERIAH

Majlis tahlil
Imam Hj Yusof mengetuai tahlil
Menjamu selera
Kalangan kaum wanita
Jemputan lelaki
Jemputan wanita
Ketua kampung berbual bersama tuan rumah
Mengambil juadah
Menanti giliran


Majlis makan di khemah yang disediakan.

Pada 16 Okt 2013 Rabu malam Khamis,Kerabat Jambi  dan kaum keluarga kerabat jambi di pasir Gajah dan sekitarnya telah mengadakan Majlis Tahlil dan Jamuan Hari raya Hadi sebagai Majlis tahunan untuk memperkukuhkan silatulrahim persaudraan kerabat jambi serta penduduk pasir Gajah.

Majlis tahun ini di ketuai oleh Imam Masjid Jambi iaitu Tn Hj Yusof bin Kamaruddin dengan majlis tahlil dan doa selamat.Turut hadir bersama ialah Ketua kampung pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh serta YM Engku Jabbar bin Eng Hj Mahmud,anak kepada pengasas pembukaan kampung Pasir Gajah.Majlis ini lebih bermakna lagi apabila ianya diadakan di Rumah Jambi Rumah Bersejarah di Pasir Gajah yang sudah tentu dapat menceriakan lagi nostalgia rumah tersebut.

Dianggarkan seramai hampir 200 jemputan hadir memeriahkan majlis yang akan dijadikan majlis tahunan bagi Kerabat Jambi di Pasir Gajah.Majlis selesai jam 1000 malam.

Selasa, Oktober 15, 2013

HAMPIR 600 JEMAAH HADIR BERSOLAT SUNAT AIDIL ADHA DI MASJID PASIR GAJAH

 Imam Hj Zawawi mengimami solat
 Antara ratusan jemaah yang hadir
 Selesai solat....bersalam-salaman
 Antara jemaah yang beransur keluar selesai solat
Di hadapan masjid......jemaah mula start motor nak balik

Pada jam 830 pagi Selasa,seramai hampir 600 orang jemaah telah hadir untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Pasir Gajah.Hari kebesaran umat islam ini telah dimulai dengan laungan takbir raya oleh imam dan bilal masjid sehingga pukul 830 pagi.

Solat hari ini telah diimamkan oleh Imam 3 Tn Hj Zawawi bin Tahir manakala bilal bertugas ialah Hj Mohamad Ibrahim.Selesai solat dua rakaat,khutbah raya pula di baca dan diikuti dengan bacaan doa dan selawat nabi sambil jemaah bersalam-salaman.

Penulis memohon berbanyak kemaafan  dari semua pembaca seandainya apa-apa yang penulis coretkan menyentuh naluri.....semoga di hari raya Aidiladha ini,kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH selalu hendaknya.Solat selesai jam 930 pagi.

Sabtu, Oktober 05, 2013

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PASIR GAJAH DAPAT SAMBUTAN HANGAT

 Banner program
 Persiapan bermula pagi lagiiii
 Pengunjung mula mengambil bahagian
 Permainan yang disedaikan
 Acara kegemaran kanak-kanak
 FUTSAL Digi...9 pasukan berentap
 Di hadapan PI1M
 Kaunter jualan

 Salah seorang pemenang acara dipertandingkan
 Pemenang sukaneka kaum ibu
 Pengunjung yang hadir
 En Zahari menyampaikan hadiah
 Pemenang gubahan
 Juara FUTSAL

 Hadiah......


 En Fairose menyampaikan hadiah

 Pemenanag cabutan bertuah hamper aling besar...PN MARINI
 Pemenang telefon...Faiz Anuar
 Jamuan ringkas Pegawai DIGI bersama wakil JKKK
Kemas......suasana dalam Bangunan DIGI

Pada 5 Oktober 2013,Sabtu bermula jam 900 pagi hingga 600 petang,pihak DIGI melalaui Pusat Internet 1Malaysia telah mengadakan Hari Terbuka  untuk penduduk Pasir Gajah dan sekitarnya sempena pembukaan bangunan DIGI berkonsepkan baru di Pasir Gajah.

Pelbagai acara disediakan seperti pertandingan mewarna,pertandingan gubahan,pertandingan FUTSAL,pertandingan berkonsepkan permainan ICT dan komputer serta cabutan bertuah.Selain itu turut disediakan ialah kaunter pendaftaran ahli dan kaunter jualan barangan DIGI.

Pada sebelah petangnya,majlis penyampaian hadiah yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi JKKK En Mustafa bin Muda dan SU JKKK En Mat Zaik.Turut sama ialah ialah Pegawai DIGI iaitu En Fairose dan En Zahari.Majlis selesai jam 600 petang.

JKKK merakamkan ucapan terima kasih kepada DIGI dan penduduk kampung yang hadir memeriahkan Hari Terbuka DIGI hari ini.