Harapan...

Rabu, Jun 30, 2010

PADANG BOLASEPAK DITANAM RUMPUT

Padang bolasepak sudah ada rumput
Rumput mula menampakkan kehijauannyaJalan masuk ke padang bolasepak



Pada 20 Jun 2010 yang lalu,Padang bolasepak Pasir Gajah telah selesai ditanam rumput.Diharapkan padang bolasepak ini akan dapat digunakan sepenuhnya pada pemnghujung tahun 2010 atau seawalnya bulan Januari 2011.

Ini merupakan usaha berterusan JKKK yang sentiasa meminta kerjasama dari YB ADUN untuk memastikan padang bolasepak ini dapat disiapkan tanam rumputnya sewbelum berakhirnya pengal PRU 12.
Alhamdulillah,hal ini telah berjaya dilaksanakan yang mana penanaan rumput di padang bolasepak ini diharap akan dapar memberi kegembiraan kepada golongan muda.







PENGERUSI GDW HADIR MESYUARAT KETENGAH

Pengerus GDW Pasir Gajah
Semua pengerusi membaca jadual yang diberikan

Pn Roslina memberikan penerangan
Antara yang hadir
Taklimat yang diberikan jelas diambil cakna




Pada 30 Jun 2010,Rabu jam 2.30 petang,Pengerusi GDW Pasir Gajah Tn.Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama SU Cikgu Zaik dan AJK En. Abdullah Omar telah hadir bersama pengerusi kampung sekitar zon Seri Bandi dan Zon Cheneh bermesyuarat dengan Pwgawai KETENGAH iaitu Pn Roslina dan Pn Farah berkaitan dengan Pertandingan Kampung GDW Terbaik KETENGAH 2010.
Mesyuarat bermula am 230 petang membincangkan tatacara pertandingan yang mana hadiah yang ditawarkan ialah sebanyak RM5000 sebagai johan.

Ahad, Jun 27, 2010

MASALAH AIR RUMAH MURAH DISELESAIKAN

Rumah Pam di kawasan rumah murah

Tapak pembinaan
Rumah pam

Pada 18 Jun 2010,JKKK Pasir Gajah telah dapat menyelesaikan rungutan penduduk rumah murah Pasir Gajah berkaitan degan bekalan air apabila SATU bersetuju untuk membina sebuah rumah pam untuk menyedut air terus naik ke kawasan bukit bagi kegunaan penghuni rumah murah di atas bukit.Pembinaan yang sedang dijalankan ini diharap akan memberi keselesaan kepada penghuni tersebut.Terima kasih SATU.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Dua buah chelet yang sudah siap
Tempat memasak di Masjid Pasir Gajah

Mengecat Dewan
Rumah pam Rumah Murah
Dewan yang siap di cat




Pada 26 Jun 2010,AJK JKKK telah membuat pemerhatian terhadap beberapa proje baru yang rancak ilaksaakan di Pasir Gajah bagi kemudahan penduduk kampung.Pembangunan yang berterusan ini bertumpu di kawasan "zon kemudahan prasarana penduduk".Antaranya ialah pembinaan sebuah tempat memasak untuk masjid Pasir Gajah,mengecat semula Dewan Orang Ramai,Dua buah chelet dan rumah pam untuk menyedut air di Rumah Murah.

ATAP BIRU 2010 BARU SAMPAI

Atap disimpan di kawasan dewan
Lnggokan atap biru
Atap ang belum diagihkan

Pada 25 JUN 2010,Jumaat,bantuan atap biru untuk penduduk Pasir Gajah telah tiba an dsimpan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah untuk diagih-agihkan.Urusan pembahagian atap biru ini ditugaskan kepada En.Badrulhisham dan En.Mohd Salim iaitu AJK JKKK di bawah Biro Kebajikan .Pada tahun in,urusan pemasangan akan dijalankan oleh kontrak yang dilantik.Ini bagi memastikan atap yang iberi dipasang oleh penerima.

SOLAT GERHANA BULAN

Gerhana ini yang berlaku semalam jam 830 mlm
Beginilah gerhana bulan itu

Jemaah yang hadir mendengar khutbah solat gerhana bulan
Suasana petang hari tersebut


Bulan dari jauh


Bulan gerhana


Suasana petang sebelum gerhana







Pada 26 JUN 2010,Jumaat malam Sabtu,Gerhana Bulan separa telah berlaku dan khariah masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis solat Gerhana Bulan.Dianggarkan seramai 40 orang hadir dalam majlis solat tersebut yang diadakan selepas solat Maghrib.Solat Gerhana kemudian diikuti pula dengan bacaan khutbah solat gerhana bulan.Gerhana berlaku bermula jam 440 ptg hingga 1030 malam.

Sabtu, Jun 19, 2010

JALAN RAYA UTAMA DIBAIKI DI PASIR GAJAH

Kerja membaiki jalanraya utama
Jalanaraya utama sudah disiapkan


Jentera membuat jalan


Jalan baru yang diturap




Pada 18 JUN 2010,JKKK Pasir Gajah telah menerima berita baik dalam bentuk pembangunan untuk penduduk Pasir Gajah iaitu Jalan Raya Utama yang baru diturap sepanjang 1.3 km.Ini adalah dibawah peruntukan kerajaan Negeri Terengganu.

Ini amat bersesuaian engan slogam YAB MB iatu merakyatkan pentadbiran dan pembangunan.Berkat kesungguhan tugas yang dilaksanakan olh JKKK Pasir Gajah,maka projek ini dibuat di Pasir Gajah bagi dinikmati oleh penduduknya.

SENAM ROBIK BELIAWANIS PASIR GAJAH

Beliawanis kecil turut berminat
Sedang menggayakan pergerakan

Pn Asmida {Tiga dari kiri}

Tenaga Pelatih dari Pejabat Belia Daerah Kemaman

Sedang berkumpul



Mendengar penerangan dari pelatih

Bergambar kenangan bersama Ketua Puteri Cawangan


Jumaat,18 Jun 2010 bertempat di Dataran Astaka Pasir Gajah,Beliawanis telah mengadakan program Senamrobik yang melibatkan Pejabat Belia Daerah Kemaman,Pejabat DUN Air Puteh dan Pertubuhan Belia 4b Pasir Gajah.

Senamrobik yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 900 pagi itu dihadir i oleh lebih kurang 50 orang peserta beliawanis dan Puteri UMNO Pasir Gajah.Turut serta dalam Program Itu ialah Ketua Puteri Pn Asmida A Rahman,Setiausaha Puteri Cik Pn Zehan Abdullah dan Pegawai APMT Dun Air Puteh Pn Zainabon Musa.

Rabu, Jun 09, 2010

JAMUAN RINGAN SELEPAS MESYUARAT BULANAN

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berbual bersama AJK
En.Abdullah Omar dan En Osman Hitam
En.Jalil Daud bersama Bendahari,En.Ibrahim A Rahman
En.Abas Taib,En.Mat Zaik dan Tn Hj Mohd Nor {kanan}
En Jalil Daud dan En Salim

Pada 8 Jun 2010,Selasa,JKKK Pasir Gajah seperti biasa telah mengadakan Mesyuarat Bulanan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan soal kemajuan kampung.Dalam mesyuarat yang diadakan bermula jam 900 malam,biasanya akan berakhir pada jam 1130 malam.AJK JKKK akan minum pula di kedai pilihan yang ada di Pasir Gajah kerana minuman tidak disediakan di tempat mesyuarat.
Pada malam ini,Kedai Mek Na Roslan di kawasan Rumah Murah menjadi tempat para AJK menjamu selera.

Selasa, Jun 08, 2010

PUSAT E KOMUNITI DI PASANG LANTAI MARMA

Pekerja sedang mengukur bahagian hadapan pusat
Pemasangan lantai marma
Bahagian hadapan Pusat e komuniti
Bahagian yang telah disiapkan
Pusat E-Komuniti Pasir Gajah

Pada 8 Jun 2010,Selasa ,kerja-kerja memasang lantai marma baru di Pusat Ekomuniti Pasir Gajah telah giat dijalankan sejak 5 Jun yang mana ianya bagi menggantikan karpet dan tikar getah yang selama ini digunakan sebagai alas dalam pusat tersebut.
Diharapkan pusat ini akan dapat beroperasi dengan lebih cemerlang lagi apabila infrastruktur ini siap dan menampakkan keceriaan yang adapat memuaskan hati pengguna.