Harapan...

Jumaat, Februari 25, 2011

GOTONG ROYONG PASANG KANOPI DI MASJID

En.Salim menyusun buffet
Imam Abbas,En.Mustafa dan En Mat Zaik
Berehat selepas menyusun kerusi
Berbincang ......

Pada Jumaat jam 830 pagi,25 Feb 2011,AJK masjid telah mengadakan gotong royong ringkas memasang kanopi untuk majlis jamuan sambutan maulidul rasul anjuran bersama JK Masjid,JKKK dan KB Pasir Gajah.

Sebanyak sebuah kanopi dengan lima buah meja dan 150 buah kerusi disediakan untuk memastikan majlis jamuan nanti bersesuaian dan berjalan dengan lancar.Kerja pemasangan kanopi diketuai oleh Saudara Jaafar bin Jusoh,manakala pemasangan meja dan kerusi oleh En.Ibrahim A Rahman.Peralatan buffet pula diuruskan oleh Imam Abbas Taib.


JAMUAN SEMPENA MAULIDUL RASUL 1432

Pengerusi Masjid,En.Mustafa Muda melayan tetamu
Jemaah menikmati hidangan bersama-sama
Tertib beratur menanti giliran
Hidangan yang disediakan
Jemaah yang hadir makan bersama
Pada 25 Feb 2011,Jumaat jam 2.00 ptg ,JK Masjid bersama JKKK dan Komuniti Bestari Pasir Gajah telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung dengan program Selawat beramai-ramai selepas solat Jumaat dan diikuti dengan Jamuan Makan Tengahari yang disertai oleh lebih kurang 250 orang jemaah.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Pengerusi JK Masjid,En.Mustafa bin Muda,Setiausaha Komuniti Bestari En.Mat Zaik Mohd Yusof,Ketua Polis Balai Sjn Mohd Shakri dan AJK Masjid serta penduduk kampung dari kalangan lelaki.Manakala kalangan AJK wanita pula membantu memastikan hidangan mencukupi.

Bacaan selawat diketuai oleh Imam 2,Imam Abbas bin Taib dan diikuti oleh semua jemaah yang hadir.Walaupun hujan turun dengan renyai-renyai,namun majlis jamuan ini yang diadakan di dataran kanan tempat parking motosikal dapat dijalankan dengan baik.Majlis berakhir jam 300 petang.

PADANG BOLA....PERLU DIBAIKI.....

Rumput yang tidak ditanam dengan sistem yang betul
Kegersangan dengan rumput yang tidak menjadi tumbuhnya

Pada 25 Feb 2011,lawatan ringkas AJK JKKK meninjau keadaan padang bolasepak yang ditanam rumput pada JUN 2010 lalu amatlah menyedihkan.Inilah satu-satunya padang bola sepak yang ada,namun kerja penanaman rumput yang tidak terurus menyebabkan kualiti padang ini bagai "Lepas batuk ditangga" sahaja.

Siapa harus bertanggungjawab dalam memastikan kualiti padang ini menjadi bertambah baik ? .....JKKK Pasir Gajah berharap hal ini dapat diselesaikan secara baik bagi memastikan niat kita memberi kemudahan terbaik kepada golongan belia dapat direalisasikan.

Pada 26 Feb 2011,padang ini akan digunakan oleh golongan belia untuk latihan bolasepak.Namun dalam duka itu.....padang ini tidak mencerminkan ianya boleh digunakan .Ianya sepatutnya dibuat lebih baik lagi...........!!!!!.Semoga Allah memberi hidayah kepada JKKK Pasir Gajah dalam menangani soal Padang Bola Sepak ini.

BILIK GERAKAN JKKK PASIR GAJAH

Bilik Gerakan di tingkat atas
Papantanda Pejabat JKKK Pasir Gajah,Kemaman

Pada 16 Feb 2011,Kerja pemasangan papan tanda Bilik Gerakan JKKK Pasir Gajah di bangunan Pusat E-Komuniti telah dilakukan bagi memudahkan penduduk kampung membuat urusan berkaitan dengan JKKK.Bilik ini juga dijadikan bilik mesyuarat bagi beberapa NGO lain kerana di sini terdapat kemudahan mesyuarat yang mencukupi.


POSTER INGATKAN RAKYAT PILIH BN

Amat berkesan.....Rakyat akan faham
Poster Propaganda UMNO untuk Kesejahteraan Rakyat....

Pada 20 FEB 2011,Ahad,UMNO Cawangan Pasir Gajah tidak ketinggalan telah mengambil inisiatif memasang poster propaganda mengingatkan penduduk Pasir Gajah khasnya dan pengundi DUN Ayer Puteh amnya agar memilih Barisan Nasional terus menerajui pemerintahan Terengganu.

Poter "1999 ...Masihkah kau ingat".....menceritakan kisah duka sebilangan rakyat Terengganu apabila berada di bawah pemerintahan PAS akibat dari kempen Cuba acu ubah oleh pihak pembangkang.Kealpaan rakyat Terengganu memilih pembangkang memerintah Terengganu mengakibatkan beberapa insiden yang tidak terduga berlaku...semuanya ada pada poster tersebut.......

Jadi....PRU 13 nanti......rakyat Terengganu harus mengekalkan BN UMNO sebagai parti yang memerintah Terengganu.......

Rabu, Februari 23, 2011

BERSELAWAT SAMBUT MAULIDUL RASUL 1432

Imam Abbas membaca selawat
Antara jemaah yang hadir
Pengerusi Masjid,2 dari kiri
Jamuan selepas majlis
Setiausaha JKKK { 2 dari kiri} turut berselawat

Pada malam Selasa,15 Feb 2011,JK Masjid bersama JKKK Pasir Gajah telah mengadakan sambutan ringkas Maulidul Rasul dengan mengadakan majlis ceramah yang disampaikan oleh Ustaz jemputan.Selain itu,majlis juga turut mengalungkan alunan selawat memuji kebesaran Nabi Muhamad s.a.w. yang diketuai oleh Imam Abbas Taib.

Seramai hampir 100 yang terdiri dari berbagai golongan lelaki dan perempuan hadir dalam program tersebut.Jamuan turut disediakan kepada yang hadir menyambut kebesaran kelahiran nabi kita.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Pengerusi Masjid,En.Mustafa Muda,SU JKKK En.Mat Zaik dan ajk masjid,jkkk dan penduduk sekitar.Majlis berakhir jam 930 malam.

PERTANDINGAN KEBERSIHAN NEGERI 2011

AJK JKKK yang hadir
Menguruskan jamuan....
Panel menikmati jamuan
Panel mendengar penerangan
Pengerusi JKKK menyampaikan ucapan

Pada Rabu,16 Feb 2011,jam 2.00 petang,JKKK Pasir Gajah telah didatangi oleh Panel Hakim Pertandingan Kebersihan peringkat negeri Terengganu seramai 15 orang bagi mengadili kampung ini dalam pelbagai aspek.

Dalam majlis tersebut,En.Mat Zaik bin Mohd Yusof serta Pengerusi JKKK telah membentangkan profil kebersihan untuk memudahkan pihak panel yang terdiri dari pelbagai agensi mendapatkan maklumat.Majlis yang bermula jam 215 ptg dan berakhir jam 300 petang.

Ahli panel dihidangkan jamuan Roti Jala,Kerepok dan menikmati minuman di Kedai Lina sebelum panel melawat beberapa destinasi.Antara destinasi yang dilawati ialah Rumah Jambi dan Masjid Jambi.Persediaan yang amat ringkas sebenarnya merisaukan kampung ini untuk memastikan Pasir Gajah berada dalam 10 kampung terbaik peringkat negeri.