Harapan...

Sabtu, April 30, 2011

PEMBUKAAN PONDOK RELA 1974

Keterangan gambar:'
Dari kiri ke kanan: Duduk : Pok De Man,Pak Ali.Ayah Su Dagang,TAK kENAL,Tok Mulu Din,TAK KENAL,Engku Kahar,Hj Ngah Sokme,Pok Long Zahar.
Berdiri dari kanan : Juslan,Pok Po,Cw Muda,Pok Loh Kayah,Semail Hj Minti,Mamat dan Hasin.

Pada Tahun 1974,Pondok Ikatan Relawan Rakyat {RELA} Pasir Gajah telah dibuka dengan rasminya.Ini merupakan pondok pertama bagi pertubuhan RELA di Pasir Gajah.Pondok RELA yang dibina di atas sebidang tanah di hadapan jalan masuk Rumah Penghulu ini telah digunakan oleh ahli RELA untuk menjalnkan aktiviti asas RALA pada masa itu.Dengan berdindingkan kayu separuh dan beratap nipah,pondok RELA ini telah menjadi tempat ahli RELA menjalan kegiatan.

Sabtu, April 23, 2011

YB PARLIMEN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

Majlis baru bermula
YB Dato Sri Ahmad Shabery menyampaikan ucapan
Pengerusi JKKK Pasir Gajah
Setiausaha JKKK Pasir Gajah seronok mendengar ucapan YB Dato Sri
Pengerusi JKKK menerima sumbangan dari YB Dato Sri

Pada 23 April 2011,Petang Sabtu jam 4.00 petang telah berlangsung Majlis Sepetang YB Dato Sri Hj Ahmad Shabery bin Cheek bersama Ketua-ketua UMNO dan Pengerusi JKKK dari Parlimen Kemaman.

Majlis yang turut dihadiri oleh Dato Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian,Tuan Pegawai Daerah Kemaman dan Tuan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman ini berlangsung dalam suasana santai dengan jamuan minum petang yang amat sesuai dengan majlis tersebut.Dalam majlis tersebut,YB Dato Sri Ahmad Shabery telah menceritakan senario keadaan semasa pilihanraya di Sarawak yang menampakkan keghairahan pembangkang mempergunakan isu tertentu dalam usaha menawan Sarawak.

Selain itu,dalam majlis tersebut juga YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek turut menyampaikan cek kepada semua Pengerusi JKKK /UMNO Cawangan yang hadir sebagai sumbangan.Pasir Gajah diwakili oleh Pengerusi JKKK iaitu Tn Hj Mohd Nor dan SU JKKK iaitu En.Mat Zaik. Majlis berakhir jam 530 petang.

YB PARLIMEN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

Majlis baru bermula
YB Dato Sri Ahmad Shabery menyampaikan ucapan
Pengerusi JKKK Pasir Gajah
Setiausaha JKKK Pasir Gajah seronok mendengar ucapan YB Dato Sri
Pengerusi JKKK menerima sumbangan dari YB Dato Sri

Pada 23 April 2011,Petang Sabtu jam 4.00 petang telah berlangsung Majlis Sepetang YB Dato Sri Hj Ahmad Shabery bin Cheek bersama Ketua-ketua UMNO dan Pengerusi JKKK dari Parlimen Kemaman.

Majlis yang turut dihadiri oleh Dato Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian,Tuan Pegawai Daerah Kemaman dan Tuan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman ini berlangsung dalam suasana santai dengan jamuan minum petang yang amat sesuai dengan majlis tersebut.Dalam majlis tersebut,YB Dato Sri Ahmad Shabery telah menceritakan senario keadaan semasa pilihanraya di Sarawak yang menampakkan keghairahan pembangkang mempergunakan isu tertentu dalam usaha menawan Sarawak.

Selain itu,dalam majlis tersebut juga YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek turut menyampaikan cek kepada semua Pengerusi JKKK /UMNO Cawangan yang hadir sebagai sumbangan.Pasir Gajah diwakili oleh Pengerusi JKKK iaitu Tn Hj Mohd Nor dan SU JKKK iaitu En.Mat Zaik. Majlis berakhir jam 530 petang.

Jumaat, April 22, 2011

KEDAI KAK TON MAKIN POPULAR

Suasana ringkas Kedai Kak Ton
Kak Ton dengan anak saudaranya yang cun...Lina
Kak Ton ...peramah orangnya

Kedai Kak Ton Pasir Gajah semakin popular di kalangan pengunjung belia dan remaja.Saban waktu,kedai Kak Ton yang terletak berhampiran Pusat E-Komuniti Pasir Gajah sentiasa sahaja dipenuhi oleh para pengunjung yang datang untuk menikmati pelbagai hidangan masakan panas.

Kedai Kak Ton dibuka awal pagi jam 6.00 pagi...banyak kueh mueh untuk sarapan pagi....tengahari pula ada masakan nasi untuk makan tengahari...dan petang...masakan panaslahhhh.Pukul 12.00 malam baru kak Ton Tutup.Kedai Kak Ton ada tukang masa special iaitu Mak Saamah....pandai masak..... dan tukang buat air...Zah klate yang peramah....

Anda boleh order sahaja apa yang anda ingin nikmati,ada nasi goreng ...ah ...beranekalah...ada mee goreng yang macam-macam...dari mamak kepada mee goreng basah.Ada mee rebus..ada nasi paprik dan lain-lain lagi.Nak minum pun ada macam-macam...dari teh o kepada air jagung,bandung dan macam-macamlah...

Kedai Kak Ton menjadi tempat golongan muda melepak hingga saban malam kalau ada perlawanan bolasepak Liga Inggeris....di sini ada ASTRO...boleh tengok sampai pagi....tapi kenalah order......bak kata pepatah...Tak Kenal Maka Tak Cinta....datanglah ke Kedai Kak Ton.

KEJOHANAN BOLATAMPAR TERTUTUP POLIS PASIR GAJAH

Pasukan PGajah A bertemu Polis
Jamuan turut disediakan....hebat juga.
Pertandingan separuh akhir sedang dijalankan
Pemain bersama Ketua Polis Balai Pasir Gajah
Pasukan P Gajah A memenangi tempat pertama

Pada Jumaat 15 April 2011,Polis Pasir Gajah telah mengadakan Kejohanan Bolatampar Tertutup bagi memupuk perpaduan dikalangan masyarakat dan polis.Kejohanan yang berlangsung sepagi itu telah disertai oleh 5 pasukan iaitu Pasukan PGajah A,PGajah B,RELA,Polis dan Cikgu Sekolah PGajah.

Dalam Kejohanan yang berlangsung dengan penuh muhibbah itu,pasukan PGajah A telah menjadi juara dan Pasukan RELA pula menjadi Naib Juara.Hadiah disampaikan oleh Tuan Ketua Polis Balai Pasir Gajah iaitu Sjn Mohd Shakri.

KEJOHANAN MOTORCUB CROS PASIR GAJAH

Peserta mendaftar untuk perlumbaan
SU JKKK menyampaikan hadiah
Pelumba memulakan perlumbaan
Pengerusi JKKK menyampaakan hadiah kepada pelumba
Ketua RELA menyampaikan hadiah kepada En Alwi

Pada 22 April 201,Jumaat telah berlangsung Kejohanan Motorcub Cros Cabaran Pasir Gajah 2011 anjuran Kelab Copong motorcros Pasir Gajah yang diketuai oleh Saudara Alwi Pomen Motor.Kejohanan yang menarik minat ini turut disertai oleh pelumba-pelumba dari kawasan Kemaman yang dianggarkan lebih dari 30 orang.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Cabaran Motocub Cros Terbuka,Cabaran Motorcub Cros handalan dan cabaran kategori biasa.Pertandingan yang julung kali diadakan pada tahun ini telah dijalankan di gelanggang motorcub cros kampung Laut Pasir Gajah.Turut menjadi penaja ialah JKKK Pasir Gajah,Badrulhisyam JUsoh {BHJ Interprise} manakala Mosag Interprise menaja alatan siaraya dan Kelab Copong Motorcross Pasir Gajah.

Perlumbaan yang bermula jam 830 pagi telah dilepaskan oleh Koperal Idres Atan,mewakili Ketua Polis Balai Pasir Gajah,manakala hadiah yang disampiakan jam 6.00 petang telah disempurnakan penyampaiannya oleh Setiausaha JKKK Pasir Gajah,En Mat Zaik bin Mohd Yusof,Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Wakil Balai Polis Pasir Gajah dan Ketua RELA Pasir Gajah saudara Mohd Jati Mat Zin.


Isnin, April 11, 2011

KURSUS BACAAN SIKAP UNTUK UMNO CAWANGAN

fail kursus
PUTERI yang hadir menyiapkan tugasan bacaan sikap
Menunggu loading maklumat dari komputer
En.Mustafa dan En Mat Zaik wakil Peti Undi UMNO BN Pasir Semut
Menyaipkan senarai maklumat pengundi dalam komputer

Pada 8 April 2011,Jumaat dan Sabtu bertempat di Primula Beach Resort Kuala Terengganu,telah berlangsung Kursus Pemantapan SIKAP untuk semua Pengurus Peti Undi dari DUN Ayer Puteh dan Kemasek.

Kursus dua hari ini telah bermula jam 230 petang Jumaat dan berakhir jam 12.00 tgh Sabtu.UMNO Cawangan Pasir Gajah di wakili oleh En Mat Zaik bin Mohd Yusof,setiausaha Peti Undi Mukim Pasir Semut bersama Ketua Penerangan Peti Undi Pasir Semut iaitu En.Mustafa bin Muda.

Dalam program tersebut,ahli yang hadir beli taklimat bacaan sikap para pengundi di Peti Undi Pasir Semut Kemaman.Selain itu ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ahli diantara peti-peti undi yang terdapat di kawasan masing-masing menjelang pilihanraya ke 13 nanti.

Khamis, April 07, 2011

WAJAH PERWAKILAN UMNO CAWANGAN


Pada 6 April 2011,UMNO cawnagn telah menghantar gambar perwakilan UMNO cawangan ke bahagian untuk diselia dan dibuat tanda nama persidangan.Perwakilan kali ini terdiri daripada 9 orang iaitu :


Ketua: Tn Hj Mohd Nor Jusoh

Naib Ketua: Saudara Badrulhisyam Jusoh

Ketua Wanita : Pn Habshah bt Ali

Ketua Puteri : Pn Asmida A Rahman

Ketua Pemuda : Saudara Samsul Hamid

Setiausaha : Saudara Mat Zaik bin Mohd Yusof

Ketua Penerangan : En.Mustaffa bin Muda

Bendahari : En Abbas bin Taib

Setiausaha Kerja : Saudara Ibrahin @ Harun bin A Rahman

Ahad, April 03, 2011

JAMBATAN SUNGAI PINANG PUN KALAU BOLEH NAK MACAM NI

TERIMA KASIH KERAJAAN TERENGGANU DAN PUSAT

Projek Jambatan Baru Bukit Kuang sedang dijalankan

Rakyat Terengganu terutama masyarakat di sekitar Kemaman berasa bersyukur di atas pembinaan jambatan baru Bukit Kuang bermula akhir tahun lalu.

Jambatan yang dianggarkan berharga hampir 180 juta ini bakal menjadi mercu tanda baru disamping mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna jalanraya terutama waktu-waktu puncak.

Seluruh rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat diatas kelulusan projek tersebut. Hubungan yang baik antara dua kerajaan ini telah memberi kesan atau impak yang amat baik kepada kesejahteraan rakyat.

Dengan terlaksananya projek sebegini menunjukkan bahwa kerajaan negeri dibawah kepimpinan YAB Dato Seri Haji Ahmad Bin Said komited dengan motto Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan dan Rakyat Didahulukan Percapaian Diutamakan