Harapan...

Khamis, Jun 30, 2011

WAZIR DAN RAKAN-RAKAN...TAHNIAH

Wazir and the team from Kg. Pasir Gajah

Wazir and the team from Kg. Pasir Gajah

WAZIR AND THE TEAM FROM KG. PASIR GAJAH

SENARAI NAMA KAMPUNG YANG BERDEKATAN PASIR GAJAH

Kampung dekat Kampung Pasir Gajah

:
Pasir Gajah (1 km / 1 mi.)
Kampung Laut (1 km / 1 mi.)
Kampung Lubuk Megat (1 km / 1 mi.)
Kampung Sadang (2 km / 1 mi.)
Kampung Jawa (2 km / 2 mi.)
Kampung Macang Setahun (2 km / 2 mi.)
Kampung Seberang Tayur (3 km / 2 mi.)
Kampung Lubuk Leban (3 km / 2 mi.)
Kampung Kuala Tayur (3 km / 2 mi.)
Kampung Pasir Merah (3 km / 2 mi.)
Kampung Rantau Panjang (4 km / 2 mi.)
Kampung Pasir Pemanggang (4 km / 2 mi.)
Penempatan Seberang Tayur (4 km / 3 mi.)
Kampung Paman (5 km / 3 mi.)
Kampung Rantau Panjang Hilir (5 km / 3 mi.)
Kampung Rantau Panjang Hulu (5 km / 3 mi.)
Kampung Bukit Tambak (5 km / 3 mi.)
Kubang Batu (5 km / 3 mi.)
Kampung Sungai Pinang (5 km / 3 mi.)
Kampung Lubuk Batu (6 km / 4 mi.)
Kampung Pasir Halus (6 km / 4 mi.)
Kampung Alur Jok (6 km / 4 mi.)
Kampung Pasir Semut (6 km / 4 mi.)
Kampung Alur Panjang (6 km / 4 mi.)
Penempatan Jabatan Bekalan Air Kemaman (6 km / 4 mi.)
Kampung Tanjung Rambutan (6 km / 4 mi.)
Kampung Tebak (6 km / 4 mi.)
Padang Bukit Nangka (6 km / 4 mi.)
Kampung Jembalang (7 km / 4 mi.)
Kampung Dadung (7 km / 4 mi.)
Kampung Tebing Tambak (8 km / 5 mi.)
Penempatan Ladang (8 km / 5 mi.)
Kampong Paman (8 km / 5 mi.)
Kampung Pasir Gagak (8 km / 5 mi.)
Kampong Paman (8 km / 5 mi.)
Kampung Gong Kapur (8 km / 5 mi.)
Kampung Bukit Lahur (8 km / 5 mi.)
Kampung Air Putih (9 km / 5 mi.)
Kampung Tanggal (9 km / 5 mi.)
Kampung Pasir Mak Jepui (9 km / 5 mi.)
Kampung Olong (9 km / 5 mi.)
Kampung Lubuk Batu Kecil (9 km / 5 mi.)
Kampung Tanjung (9 km / 6 mi.)
Kampung Lubuk Batu (9 km / 6 mi.)
Kampung Teladas (9 km / 6 mi.)
Kampung Kedai Binjai (9 km / 6 mi.)
Kampung Arus Mati (10 km / 6 mi.)
Kampung Binjai (10 km / 6 mi.)
Kampung Buluh Gading (10 km / 6 mi.)
Kampung Wak Long (10 km / 6 mi.)
Kampung Cik Ibrahim Daud (10 km / 6 mi.)
Kampung Janda (10 km / 6 mi.)
Kampung Darat Air Putih (10 km / 6 mi.)
Kampung Batu Sawa (10 km / 6 mi.)
Rumah Murah Batu Empat (10 km / 6 mi.)
Kampung Baggul (10 km / 6 mi.)
Kampung Kuala Jabur (10 km / 6 mi.)
Kampung Pelantuh (10 km / 6 mi.)
Kampung Baharu Batu Empat (10 km / 6 mi.)
Kampong Kabang Ulu (11 km / 7 mi.)
Kampong Land (11 km / 7 mi.)
Kampung Padang Ah Hong (11 km / 7 mi.)
Kampung Cina (11 km / 7 mi.)
Kampung Kolam (11 km / 7 mi.)
Kampung Cenih (11 km / 7 mi.)
Kampung Pasir Minal (11 km / 7 mi.)
Kampung Kabang Hulu (12 km / 7 mi.)
Kampung Pasir Tok Ku (12 km / 7 mi.)
Kampung Bukit Haji Hassan (12 km / 7 mi.)
Kampung Pulau Tempurung (12 km / 8 mi.)
Kampung Teluk Nyiur (12 km / 8 mi.)
Kampung Yak Yah (12 km / 8 mi.)
Rumah Murah Ibuk (13 km / 8 mi.)
Bandar Baru Cenih (13 km / 8 mi.)
Kampung Ibuk (13 km / 8 mi.)
Kampung Tabuan (13 km / 8 mi.)
Kampong Mak Chili (13 km / 8 mi.)
Kampong Jaya (13 km / 8 mi.)
Kampong Tempurong (13 km / 8 mi.)
Kampung Baharu Dadung (13 km / 8 mi.)
Kampung Sungai Timah (13 km / 8 mi.)
Kampong Bukit Mentok (13 km / 8 mi.)
Kampong Nyior (13 km / 8 mi.)
Kampong Bukit Takar (14 km / 9 mi.)
Cenderung Kongsi (14 km / 9 mi.)
Kampong Mak Lagam (14 km / 9 mi.)
Kampong Tanjong Mak Ta (14 km / 9 mi.)
Kampong Kuala Cheneh (14 km / 9 mi.)
Pengkalan Sungai Ayam (14 km / 9 mi.)
Kampong Mak Dang (14 km / 9 mi.)
Kampong Tanjong Terboh (14 km / 9 mi.)
Cukai (15 km / 9 mi., Pop. 82,425)
Kampong Ayer (15 km / 9 mi.)
Kampong Bakau Tinggi (15 km / 9 mi.)
Kampong Gong Limau (15 km / 9 mi.)
Kampong Jabor Kubor (15 km / 9 mi.)
Kampong Gong Pauh (15 km / 9 mi.)
Kampong Tok Pelam (15 km / 9 mi.)

LAGI MENGENAI TUNTUNG

Saat bersejarah di Sungai Kemaman

Note: Read the English version of this post here: A historical moment in the Kemaman River

Hari Sabtu, 21hb Mei 2011 merupakan hari yang bersejarah bagi penduduk tempatan di Kg. Pasir Gajah, Kemaman kerana pada hari ini, lebih dari 100 ekor anak tuntung sungai dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman buat pertama kalinya. Projek pemuliharaan tuntung sungai ini dimulakan pada bulan Februari 2011, dan dijalankan oleh penduduk tempatan. Hasil daripada projek tersebut, sebanyak 420 butir telur tuntung sungai telah dieramkan, dan sebanyak 198 ekor anak tuntung telah menetas.

Lebih kurang 25 orang penduduk setempat, baik muda atau tua, menghadiri upacara ringkas tersebut. Menurut En. Mohd. Nor, aktiviti sebegitu tidak pernah diadakan di Sungai Kemaman. Gambar-gambar berikut menunjukkan aktiviti pada hari pelepasan tuntung tersebut. Semua gambar diambil oleh Pelf.

TERIMA KASIH diucapkan sekali lagi kepada En. Mohd. Nor bin Jusoh, Pengerusi JKKK Pasir Gajah, Wazir dan ahli-ahli kumpulannya Azmi, Rosli, Nasir, Abdullah, Mat Ludin and Zulkifli!

DATUK MAT AZIZ TAK PERNAH LUPA PASIR GAJAH

Dari catatan Zabidi

DATUK MAT AZIZ TAK PERNAH LUPA PASIR GAJAH


Pagi semalam saya breakfast dengan seorang rakan dari Kuala terengganu di Pan Pacific. Sedang kami berbual, ahli parlimen Seri gading, Datuk Muhammad Aziz melintasi meja kami. kebetulan kawan saya seorang pegawai kastam, Nasir menegurnya, "Datuk dah lama tak pergi Pasir Gajah, kemaman?

Beliau yang mahu beredar dari situ singgah sekejap di meja kami sambil menjawab, "Dah lama saya tak pergi. Awak dari kemaman ke?"

"Ya. Saya orang Pasir gajah," jawab saya. Kampung pasir Gajah merupakan kampung masyarakat Jambi dan orang Kelantan. Orang Jambi yang datang dari Johor membuka kampung itu di awal tahun 1900an.

Datuk Muhammad Aziz yang merupakan cucu Sultan Jambi menceritakan sejarah kenapa Sultan Jambi lari dari Jambi, Sumatra di zaman Belanda memerintah Indonesia. Mereka lari ke Batu Pahat. Dari situ ada yang lari ke Kuala Terengganu menemui Sultan Terengganu.

Oleh kerana Sultan Terengganu tahu mereka ini keturunan Sultan Jambi, maka mereka disuruh menggunakan nama Tengku. Nama Muhammad Aziz tidak ada tengku kerana mereka tidak guna Tengku ketika berada di Jambi. Ramai sanak saudara Jambi di Pasir Gajah menggunakan nama Tengku kerana itulah arahan Sultan terengganu ketika itu.

Sultan terengganu suruh mereka pilih tempat dan mereka pilih Pasir Gajah, kemaman untuk menetap. Orang Jambi suka duduk di tepi sungai. Maka sungai itu dipanggil Kampung Laut. Masjid Jambi masih kekal hari ini di Pasir Gajah menggunakan seni bina Jambi.

Begitulah sejarah masyarakat jambi di Pasir Gajah yang ada kaitan saudara dengan Datuk Muhammad Aziz. Sebelum beredar, saya minta nombor handphonenya kerana ingin menjemput beliau ke Kemaman pada bulan Jun ini sempena majlis pernikahan anak kedua saya, Siti Zuraifah.

"sambil menyelam minum air. menghadiri majlis perkahwinan ini dapatlah saya bertemu saudara mara saya di Pasir gajah," kata Datuk Muhammad Aziz lagi.