Harapan...
Ahad, September 25, 2011
LAWATAN KERJA KE SABAH
Ahli rombongan di LCCT Kuala Lumpur
Mengaminkan doa sebelum memulakan perjalanan
Mengaminkan doa sebelum memulakan perjalanan
Pengerusi JKKK Pasir Gajah menyampaikan cenderahati
Makan malam di Tanjung Aru
Bergambar di Pusat Ternakan Ikan Tagal di Ranau
Di Papan Tanda Gunung Kinabalu
Bersama dengan Ketua rombongan
Posing berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu
Membeli belah di Suria Sabah
Pada 22 hingga 24 September,Khamis hingga Sabtu,JKKK pasir gajah bersama JKKK Ibok,JKKK Ayer Puteh,JKKK Jerangau telah dipilih oleh KPLB di bawah pengurusan KETENGAH untuk menjayakan Lawatan Kerja ke Negeri Sabah di bawah bayu.
Seramai 29 orang pesaerta telah bersama ke Sabah iaitu 15 orang dari JKKK pasir gajah,3 masing-masing dari jkkk lain dan 5 orang kakitangan KETENGAH yang diketui oleh Pengarah Unit Pembasmian Kemiskinan / Kesejahteraan Rakyat iaitu Tn Hj Dungun bin Mamat.
Bertolak pada jam 750 pagi menaiki Penerbangan Air Asia dari LCCT,rombongan tiba di Kota Kinabalu pada pukul 1030 pagi dan terus di bawa melawat ke Papar Sabah melihat perusahan membuat kuih lidah.
Pada keesokkan harinya,Jumaat 23 September,ahli rombongan dibawa melawat penternakan ikan air tawar secara Tagal di Ranau dan kemudiannya meninjau projek memajukan air panas di Poring Ranau Sabah.
Ahli rombongan juga turut di bawa melawat kawasan pendakian Gunung Kinabalu dan bergambar bersama sebagai kenangan.Selepas pulang,ahli rombongan diberi peluang untuk membeli belah di Pasar Filiphina yang terletak di kawasan pantai Kota Kinabalu.
Ahli rombongan bertolak balik pada hari Sabtu jam 5.00 petang dan tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 730 malam sebelum bertolak balik ke Pasir Gajah dan tiba jam 3.00 pagi.
Sabtu, September 17, 2011
JK UMNO MELAWAT HJ NGAH YANG SAKIT
Ketua UMNO,Hj Ngah dan setiausaha UMNO Pasir Gajah
Berbual sambil minum
Harun,Badrul dan Azman...anak Hj Ngah
Anak-anak saudara Hj Ngah
Ketua UMNO menghulurkan sumbangan diperhatikan oleh Bendahari UMNO
Pada 16 Sept 2011,Sempena Hari Malaysia,rasa teruja terhadap jasa bakti Tn Hj Ngah memberi khidmat memajukan kampung sepanjang beliau menjadi JK UMNo dan JKKK Pasir Gajah beberapa tahun dahulu,JK UMNO dan JKKK Pasir Gajah telah meluangkan masa pergi menziarahi Hj Ngah yang sakit dan berada di rumah anaknya,Azman di Kg Kuala Abang Dungun.
Rombongan yang terdiri dari Ketua Umno Cawangan Tn Hj Mohd Nor,Timbalan En Badrulhisyam,Ketua Penerangan En Mustafa Muda,Bendahari Imam Abas Taib,Setiausaha En Mat Zaik,AJK En.Ibrahim@Harun A Rahman dan En Mohd Salim serta Ketua Puteri Pasir Gajah Pn Asmida serta anak-anak saudara Tn Hj Ngah telah tiba di rumah anaknya pada pukul 530 petang.
Dalam pertemuan itu,Tn Hj Ngah nampak riang,ceria,gembira dan bersemangat serta dapat mengenali semua yang hadir.Menurut anaknya,Hj Ngah mengalami masalah adanya air di dalam kepala dan ianya mengakibatkan masalah untuk berjalan dimana hanya ada 20 peratus tenaga sahaja.Untuk bergerak,Hj Ngah diletakkan di atas kerusi roda.Anaknya,Azman bercerita lagi yang ayahnya dibawa berubat secara tradisional maupun secara pakar oleh doktor.UMNO dan JKKK Pasir Gajah bagi pihak penduduk Pasir Gajah mendoakan agar Hj Ngah cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.Dalam pertemuan ini,UMNO cawangan dan JKKK Pasir Gajah telah menghulurkan sumbangan sebagai penampung keperluan perbelanjaan Hj Ngah.Insya Allah,UMNO Pasir Gajah akan mengadakan solat hajt memohon Hj Ngah sembuh.Tepat jam 6.00 petang,rombongan bertolak pulang ke Pasir Gajah dan tiba di Pasir Gajah jam 847 malam.
Langgan:
Catatan (Atom)