Harapan...

Sabtu, Oktober 29, 2011

JK KRT PASIR GAJAH BERTUGAS DI TELUK MAKNIK

Norazlina dan Shakila....bertugas di sukaneka
Berehat seketika.....
En.Afza.....Pengerusi KRT Pasir Gajah
Di bawah khemah urusetia
Sukaneka sedang dilangsungkan

Pada 28 Okt 2011,Jumaat,Pejabat Perpaduan Negara Daerah Kemaman telah mengadakan Karnival Perpaduan bertempat di Pantai Monica Geliga Kemaman,JK KRT Pasir Gajah telah ditugaskan untuk menjayakan Sukaneka semasa karnival ini.

Antara yang hadir menjalankan tugas sebagai urusetia Sukaneka ialah Pengerusi KRT iaitu En Afzalizam b Awang Hamat,Timb Pengerusi,En.Mohd Radzi bin AzharmSetiausahamPn Norzihan Abdullah,Bendahari En.Mohd Salim bin Abd hamid,AJK lain ialah Pn Norazlina Abdullah,Pn Norzaidah bt Jusoh,En.Rosmaini,En.Mohamad bin Said,En.Wahab Wan Tawang dan beberapa nama termasuk En.Zaini bin Muda,Shakila Tarzili dan Abdullah Awang

Sukaneka yang berlangsung penuh meriah ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 430 petang.Keletihan AJK KRT berbaloi kerana berjaya menguruskan sukaneka di karnival tersebut.

PENYOKONG DARI PETI UNDI UMNO PASIR SEMUT KE BUKIT JALIL

Menunggu bas di kedai Kak Ton.....
Bendahari JKKK bawa bendera Terengganu juga
Seorang artis kampung yang turut memberi sokongan
Penyokong kecil....pergi juga
Sebelum menaiki bas......
Di atas bas...menuju ke Stadium......

Pada 28 Okt 211,Jumaat malam jam 10 malam,Kehangatan Piala Malaysia antara pasukan Terengganu vs Pasukan N Sembilan turut dirasai apabila seramai 40 rang penyokong pasukan Terengganu dari Peti Undi UMNO Pasir Semut Pasir Gajah telah berlepas ke Bukit Jalil dengan sebuah bas yang di chaater khas.

Penyokong dari peti undi ini diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO cawangan Pasir Gajah,Saudara Badrulhisyam Jusoh bersama ketua Pemuda UMNo cawangan Pasir Gajah iaitu Saudara Samsul Hamid.Turut serta dalam rombongan penyokong ini ialah bendahari JKKK Pasir Gajah iaitu En.Ibrahim @ Harun b A Rahman dan AJK JKKK Pasir Gajah iaitu En.Jalil bin Daud.

Kesemua berkumpul di kedai Zaiton Pak Man sementara menanti kehadiran bas dengan gelagak yang begitu meyakinkan.Penyokong dari Peti Undi Pasir Semut tiriut membawa sejum lah bendera Terengganu yang bakal dikibarkan di stadium Bukit Jalil nanti.Kami doakan agar penyokong ini selamat pergi dan selamat kembali.

Khamis, Oktober 27, 2011

KOOPERASI PASIR GAJAH SUDAH DIDAFTAR

47 - Maklumat Koperasi

www.mykoop.com.my/.../MaklumatKoperasi/.../+... - Translate this page
Nama Koperasi, : KOPERASI WARGA PASIR GAJAH KEMAMAN BERHAD. No. Pendaftaran, : T-4-0438. Fungsi, : Perladangan. Peringkat, : ASAS. Negeri - ...

HOMESTAY IN MALAYSIA - PASIR GAJAH

Homestay is a form of tourism and/or study abroad program that allows the visitor to rent a room from a local family to better learn the local lifestyle as well as improve their language ability

Homestay is a form of tourism and/or study abroad program that allows the visitor to rent a room from a local family to better learn the local lifestyle as well as improve their language ability

KAMPUNG PASIR GAJAH, KEMAMAN TERENGGANU

Holiday Memories You Must Leave the Beautiful
In 2011, Pasir Gajah will bring a new image when there is a global identityas Kg. Pasir Gajah KampungHomestay. As a village prepares to be known as a village homestay,,,, twochalets were built to provideaccommodation to visitors .... Wauuu,rent is so expensive, about RM60 pernight.

In this chalet, with TV and air conditioning.... extra large beds and a smallbathroom .... no .... dining chairs and seats to rest ..... enjoy local food, infront of the chalet, there is ... eating hot food shop there, cooking breakfastthere ... so, no problem for the food.

Others recounted later tu ...... then .... if interested to discover the realfeeling of want, contact the hotline at 019-9844890 (Tuan Haji Mohd NoorJusoh)

PENILAIAN KOMUNITI 1MALAYSIA TERBAIK PASIR GAJAH

Ketua Kampung menyampaikan cenderahati kepada panel hakim
AJK Wanita turut terlibat menjayakan program ini
Panel melihat hasil produk kampung yang dipamerkan
PPD Kemaman,Tn Hj Awang Ismail turut hadir
En.Mustafa Muda menyampaikan taklimat

Pada 18 Okt 2011,Selasa bermula jam 1130 pagi,Komuniti 1Malaysia atau dahulunya Komuniti Bestari Mukim Pasir Semut telah mengadakan program sambtan untuk menyambut kehadiran Hakim Penilai Bagi Penilaian Terbaik Komuniti 1Malaysia Pasir Semut Pasir Gajah yang mewakili Daerah Kemaman untuk mencari Komuniti Terbaik Negeri Terengganu.

Dalam program tersebut,seramai 7 orang hakim telah hadir untuk membuat penilaian tentang pencapaian Komuniti 1Malaysia Pasir Gajah.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PPD Kemaman iaitu Tn Hj Awang Ismail bin Awang Lombor dan beberapa orang pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.

Timbalan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pasir Gajah,En.Mustafa bin Muda telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan taklimat kemajuan Komuniti 1Mlaysia Pasir Gajah memandangkan Setiausaha Komuniti 1Malaysia Pasir Gajah keuzuran.

Majlis yang berlangsung secara santai ini turut dihadiri oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Penasihat dan selaku Ketua Kampung Pasir Gajah.Majlis berakhir jam 100 tgh dan peserta dihidangkan jamuan makan tengahari.

Rabu, Oktober 26, 2011

YB TN HJ WAN ABDUL HAKIM MENZIARAHI PENDUDUK KAMPUNG DAN S/U JKKK PASIR GAJAH

YB menyampaikan cek kepada isteri Pak man Isa
Cek yang diperuntukkan untuk pembedahan
S/U JKKK cedera di lutut
S/U JKKK menyatakan sesuatu kepada YB

Pada Ahad,23 Oktober 2011 jam 300 petang,YB Tn Hj Wan Abd Hakim bersama Ketua Kg Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh serta dua orang kakitangan Pejabat DUN dan S/U UMNo Paman telah meluangkan masa mengadakan kunjungan muhibbah menziarahi penduduk kampung Pasir Gajah.

Pada hari tersebut,YB telah mengadakan kunjungan ke rumah isteri Pak Man Isa bagi menyerahkan cek bagi membantu isterinya menjalani pembedahan.Selain itu YB juga turut meluangkan masa menziarahi Cikgu Zaik yang berehat di rumah setelah menjalani pembedahan lutut.

Semoga kerja buat YB yang mengutamakan rakyat akan sentiasa membuatkan YB berada di hati semua penduduk Pasir Gajah.

INI CERITA PENGALAMAN S/U JKKK BEDAH LUTUT

S/U JKKK Pasir Gajah berehat di rumah

Bagi anda yang pernah atau bakal mengalami kecedaraan lutut dan pembedahan lutut, mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan. Ya…siapa tahu, malang tak berbau, seperti saya. Kecedaraan lutut saya alami sewaktu latihan bolasepak vateran untuk mewakili guru veteran dalam sukan MSKPP Pejabat Pendidikan Kemaman iaitu pada hari Isnin 17 Okt 2011 jam 615 petang di Padang SMK Teknik Kemaman. Sewaktu membuat lompatan tinggi bola di hadapan gol, entah bagaimana tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi ‘pop’ di lutut saya. Saya terhenti dan berdiri serta merta. Kaki tak boleh bergerak seolah-olah terlekat pada tanah. Kawan-kawan mengusung saya keluar padang. Selepas itu saya memandu sendiri pulang dengan kereta proton saga lama yang ber"clutch" {rakan dah sudi hantar..tapi saya kata saya boleh memandu lagi} .Pukul 700 malam sampai di rumah dan hampir 3 jam tak dapat berjalan. Pukul sepuluh malam,rakan saya Mohd Salim membawa saya mengurut di Seberang Tayor,sakit usah dikira tapi saya kena mengurut juga kerana tak tahan rasa sengal.Kaki tak boleh berpijak di tanah,jika berpijak terasa sengal yang amat sangat.Mohd Salim menggendong saya di atas belakangnya untuk naik ke kereta.Selepas pulang dari mengurut,satu malam saya tak dapat tidur,berdenyut.Kemudian,jam 1100 pagi esoknya{selasa} isteri saya membawa saya ke Hospital Kemaman.Saya tidak boleh berjalan malah terasa sangat sakit .Pukul 100 tgh baru nama saya dipanggil,Doktor meminta saya pergi xray dan jumpa semula jam 230 ptg.Itu semua saya buat bertemankan isteri saya,Cikgu Haniza dan anak lelaki saya Mohd Harir yang berkebetulan bercuti selama semester sebulan dari belajar di UITM Lundu Melaka.Semasa berjumpa semula ,doktor memaklumkan tulang lutut saya di bahagian betis serkah atau sepih berbentuk V. Setelah rasa sakit pada bahagian lutut reda seketika doktor membawa kes saya kepada doktor pakar iaitu Dr Colling di wad kecemasan.Setelah menunggu hampir setengah jam,Dr Colling yang berwatakan peramah,ceria dan mudah diajak berbincang menyarankan agar saya menjalani pembedahan dengan memasukkan dua biji skru untuk melekatkan tulang berbentuk v itu..Selepas menunggu keterangan dari Doktor Pakar Bedah iaitu Dr Che Wan iaitu ketua Dr Colling , dan setelah mendapat pandangan dari sahabat-sahabat saya dan kenalan seperti Pengurisi JKKK,Pengerusi Masjid,Tuan Guru Besar dan beberapa nama lagi,saya mengambil keputusan untuk membedah lutut saya.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya bersama isteri mengambil keputusan untuk membuat pembedahan lutut serta merta kerana jika lambat membuat keputusan,saya akan dibedah seminggu kemudian.Saya dimasukkan ke wad pada jam 600 petang dengan kaki saya di simen separuh.Mungkin disebabkan faktor usia, kesakitan pada bahagian lutut yang tercedera itu terasa dan sering berulang denyutannya.

Saya bermalam seorang diri pada hari Selasa malam Rabu 18 Oktober 2011 di Hospital Besar Daerah Kemaman, saya meminta anak dan isteri saya datang pada hari pembedahan iaitu hari Rabu sahaja.Pada malamnya,saya tidak makan terlalu banyak dan tidak minum terlalu banyak,pukul 1200 malam saya diberi suntikan ubat tahan sakit dan terlena tidur hingga terjaga pada pukul 600 pagi.Keesokkannya,saya diminta berpuasa untuk menjalani pembedahan mengikut giliran iaitu yang ke lima.

Jam 1000 pagi ,isteri dan anak saya hadir memberi semangat kepada saya.Pesakit ketiga dan keempat telah dibawa ke dewan bedah dan saya tahu saya akan dipanggil bila-bila masa sahaja.Tepat jam 245 petang,nurse meminta saya menukarkan pakaian kepada pakaian bedah,iaitu berbaju putih,bertutup rambut warna biru dan tanpa memakai apa-apa seluar lagi.Hanya selimut putih membaluti tubuh bawah saya.Setelah selesai,saya di bawa ke dewan bedah pada pukul 300 petang dan saya hanya berdoa kepada Allah dan bertasbih serta mengucap semoga kekuatan ada pada diri saya.

Semasa di dewan bedah,semua yang berada di situ berpakaian biru,saya dilayan dengan baik.Setelah 10 minit,Pakar bius seorang Dr yang peramah memperkenalkan diri dan menerangkan apa yang akan dilakukan ke atas saya dan saya mendengar dengan teliti sewrta menjawab setiap pertanyaan Dr tanpa ragu-ragu lagi.Kalau tak silap saya 330 petang saya di bawa masuk ke bilik bedah.Dr yang menjalani pembedahan saya ialah Dr Colling sendiri dengan beberapa kakitangan pembantu.

Secara ringkas:Tarikh masuk wad: 18 Okt 2011Tarikh pembedahan: 19 Okt 2011 Kos pembedahan: percuma
Kos skru :RM80.00

Tempat pembedahan: HDK Dewan Bedah

Pengalaman dan prosedur:

Banyak perkara yang ditanya dan diperiksa oleh doktor kepada saya. Antaranya pengalaman pembedahan, sejarah penyakit keluarga, pemeriksaan jantung, pemeriksaan sampel darah dan sebagainya. Saya juga perlu menandatangani borang-borang tertentu. Kalau tak silap tiga kali.

Bius separuh badan

Bab ini yang agak menyakitkan. Semasa di dewan bedah, saya diminta duduk membongkok lalu bius pertama dimasukkan. Saya kira bius pertama jarumnya agak halus dan bertujuan untuk membuatkan kebas setempat supaya bius berjarum besar dapat dimasukkan tanpa kesan sakit yang kuat. Ketika bius kedua dimasukkan, terasa jarum agak besar menembusi antara sendi tulang belakang. Terkeluar juga air mata dibuatnya. Kemudian dua jarum lagi dibius di kawasan yang hampir degna tempat mula-mula tadi.Sebentar kemudian, paras pinggang sehingga ke bawah tidak terasa apa-apa lagi. Ketika itu saya nampak skrin televisyen di tayang dan saya boleh nampak secara sedar bagaimana DRB melakukan pembedahan. Saya nampak apabila DRB melakukan kerja memasukkan skru di tulang saya itu.

Alhamdulillah, pembedahan lutut saya berjaya.Jam 615 petang saya dimasukkan semula ke wad. Rakan-rakan dari JKKK Pasir Gajah dan isteri serta anak saya sudah menunggu di pintu bilik bedah.Doktor memaklumkan, saya tidak boleh bangun selama enam jam selepas pembedahan. Saaya juga diminta tidak minum dan makan .Selepas 1 jam doktor mula membenarkan saya minum air mineral dan makan roti.Mujurlah saya tidak terasa hendak buang air kecil.Saya juga tidak terasa pening dan muntah. Saaya hanya berbaring selama 6 jam. Selepas 4 jam kesan bius mulai hilang,jam 1000 malam,masa itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana siksa menahan sakit kesan pembedahan. Nurse menyuntik ubat tahan sakit tetapi bertahan hingga jam 1200 malam,kemudian sakit terasa semula,saya tidak dapat tidur,anak saya Harir yang membantu saya ,memicit lengang dan mengibas surat khabar agar ada udara ke kepala saya serta membasahkan tuala agar saya tahan sakit.Jam 5o00 pagi, saya diberi satu dos lagi suntikan tahan sakit.Pada pagi rabu,saya terasa sakit lagi dan diberi ubat pil untuk menahan sakit.Pada hari Khamis,Pakar Bedah terus membuat pemerhatian dan meminta saya menjalani fisiotrafi cara menggunakan tongkat,Pada Jumaat jam 1230 tegahari,selepas segala dokumen selesai,saya dibenarkan pulang.

Bagi saya, pengalaman dibedah tidaklah menyakitkan. Kesan bius itulah yang lebih membuatkan saya sangat tidak selesa. Mungkin kesan itu berbeza-beza bagi orang lain. Kesan bius yang lain ialah pangkal leher hingga ke bahu kiri dan kanan terasa sangat berat seolah-olah dipaku sehinggakan saya menoleh dengan memusingkan seluruh badan.

Peralatan tambahan

Selepas pembedahan, pesakit akan dinasihati supaya menggunakan peralatan sokongan seperti tongkat, compress dan pendekap kaki. Tetapi kesemuanya tidak dibekalkan oleh hospital. Peralatan tersebut perlu dibeli sendiri:
1. Tongkat: RM90.00 (bergantung kepada kualiti/jenis
)2. Compress (pembalut ais atau jelly): RM180.00
3. Pembalut kaki: simem - percuma ,fiber : RM50.00

Cuti sakit

Oleh kerana saya seorang kakitangan kerajaan, doktor pakar telah memberikan saya rehat yang secukupnya untuk pulih iaitu cuti sakit selama 42 hari dan pemeriksaan serta xray semula pada minggu keenam . Selama tempoh masa tersebut, saya hendaklah sentiasa mengikuti rawatan fisioterapi dan senaman ringan sebagaimana yang diajarkan oleh pegawai dari unit terapi.

Selasa, Oktober 25, 2011

SU JKKK PASIR GAJAH BEDAH LUTUT KIRI

Lutut kiri ..pembedahan untuk memasukkan 2 skru
Berehat di rumah......

Pada 18 Oktober 2011,Rabu,Setiausaha JKKK Pasir Gajah iaitu Cikgu Zaik telah menjalani pembedahan kecederaan lutut di Hospital daerah Kemaman,Kecederaan ini dialami semasa Cikgu Zaik menjalani latihan untuk Pasukan MSKPP Guru Veteran Daerah Kemaman bagi pertandingan Permainan JPNT Di Kuala Berang.

Kecederaan ini agak serius dimana lutang betis Cikgu Zaik didapati merekah berbentuk V dan perlukan kepada pembedahan.Pembedahan dijalankan selama 3 jam iaitu bermula jam 300 petang - 600 petang hari Rabu .

Cikgu Zaik dibenarkan pulang pada hari Jumaat untuk berehat di rumah selama 42 hari.Antara rakan-rakan JKKK Pasir Gajah yang turut menziarahi Cikgu Zaik semasa mendapat rawatan pembedahan ialah Pengerusi Tn Hj Mohd Nor,Timb Pengerusi,En Mustafa,Bendahari En Harun@Ibrahim,AJK iaitu Pn Asmida,Pn Marini,En Salim,En Osman Hitam,En.Abdullah Omar,Hj Othman Kuasan,En.Mat Jeen,Ahli Rela En Nassir,En Mat Ludin,Guru Besar SK Pasir Gajah,En Ahmad Tajuddin Othman.Manakala keesokkan harinya iatu Khamis,rakan-rakan guru iaitu Tuan Guru Besar SKRKTST En Kamarudzaman Hashim telah hadir bersama Ustaz Zamli,Ustaz Zulkifli,Ustaz Fakro,Ahmad Lopfi,hadi dan Ismail kantin dan isteri.Terima kasih kepada semua yang sudi memberi semangat kepada Cikgu Zaik.


PESERTA HOMESTAY PASIR GAJAH MELAWAT JOHOR LAMA

Dalam perjalanan meninjau produk kampung
Bergambar di hadapan pintu masuk Muzium Kota Johor lama
Mendengar taklimat
Pok Long Zahar dan Man Kuasan bersama keluarga angkat
Jamuan semasa sambutan kehadiran peserta

Pada 20-22 Okt 2011,seramai 15 orang ahli Homestay dari Pasir Gajah telah berpeluang melawat ke Kampung Homestay Johor Lama,Kota Tinggi .Lawatan yang diuruskan oleh KETENGAH ,yang diketuai oleh Tn Hj Dungun ini turut membawa 15 orang lagi dari Kampung Jerangau serta beberapa orang pegawai KETENGAH.

Peserta homestay dari Pasir Gajah ini diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,En.Azhar Othman,Tn Hj Othman Yusof,Abdullah Omar,Ibrahim bin Ahmad,Mohd Rozi bin Yusof,Pn None,Pn Hj Timah,Cik Pn Norazlina,Pn Zainun Daud,Pn Masitah Ismail ,Pn Nor Zaidah Jusoh , Pn Zainab Omar dan beberapa nama lagi yang turut serta.

Lawatan selama tiga hari dua malam ini bertolak pada hari Khamis jam 800 pagi dengan bas KETENGAH dan tiba di sana jam 400 petang.Ahli rombongan disambut dengan meriah sekali dan dibahagikan kepada keluarga angkat.

Peserta ini pada keesokan harinya dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di Johor Lama dan ke tempat industri kampung.Peserta ini bertolak pulang ke Kemaman pada pukul 12.00 tgh hari Sabtu dan tiba di Kemaman jam 800 malam.

JKKK MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA BAKAL HAJI 2011

Tn Hj Mohd Nor dan Pn Habshah Ali hadir menyerahkan sumbangan haji kepada Pn Meriam
Pn Mek Wook menerima sumbangan dari En.Rosli.S/U UMNO Bahagian Kemaman
mewakili JKKK Pasir Gajah.

Pada 3 Okt 2011,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan kunjungan muhibbah ke atas seorang bakal haji dari Pasir Gajah iaitu Pn.Meriam Arwah Pok Rawi yang akan bertolak ke tanah suci pada 6 Oktober 2011.Dalam lawatan itu,JKKK Pasir Gajah yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM100 .

Selain Pn Merian,seorang lagi bakal haji tahun ini ialah Pn Mek Wook isteri arwah ketua kampung dahulu iaitu Allahyarham Mohammad bin Yahya atau dikenali sebagai Pok Mat Kassim.JKKK juga turut menghukurkan sumbangan semasa program Sambutan Hari raya.

JKKK Pasir Gajah mendoakan kedua bakal haji ini memperolehi haji yang mabrul tahun ini.

KHAIRUL ANUAR ,,,, ANAK KAMPUNG INI JUARA MEMANAH DUNIA

KHAIRUL ANUAR MOHAMAD...

Trio memanah gegar

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TRIO memanah negara terus menggegar di pentas antarabangsa apabila meraih emas acara recurve berpasukan di Kejohanan Memanah Asia yang berlangsung di Teheran, Iran semalam.

Namun kejayaan itu bukan saja diraih trio Olimpik negara terbabit kerana gandingan tiga pemanah wanita dalam acara compound berpasukan turut meraih pingat perak. Ia adalah kejayaan pertama atlet memanah negara meraih pingat dalam kejohanan terbabit.


Gandingan Khairul Anuar, Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin nyata hebat dalam acara recurve berpasukan apabila mudah menundukkan lawan tanpa kehadiran gergasi dunia dan Asia, Korea Selatan.

Trio negara terbabit yang mencatatkan rentetan kejayaan sejak kebelakangan ini, mudah mengatasi cabaran China dalam aksi final walaupun sekadar meraih 187 mata berbanding lawan yang mengumpul 184 mata, satu catatan yang rendah jika dibandingkan dengan keupayaan sebenar mereka.


Namun ia sudah mencukupi untuk mereka mengukir nama di kejohanan terbabit sekali gus menghadirkan rasa gerun kepada lawan menjelang beberapa kejohanan selepas ini sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London.


Trio wanita negara dalam recurve berpasukan pula tersingkir di suku akhir namun gandingan compound berpasukan wanita yang membariskan Saritha Cham Nong, Nor Rizah Ishak dan Fatin Norfatehah Mat Salleh menebus kehampaan dengan meraih perak selepas tewas kepada Korea Selatan dengan perbezaan tujuh mata apabila mengumpul 163 mata.

Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Abdul Hamid Hassan berkata, kejayaan itu sangat menggembirakan terutamanya kedua-dua acara terbabit (recurve berpasukan lelaki dan compound berpasukan wanita) memang menjadi sasaran pihaknya meraih emas di Sukan Sea di Indonesia pada bulan depan.


“Saya berharap ia akan membakar semangat mereka untuk terus mempamerkan aksi terbaik. Malah saya berkeyakinan sasaran ketua jurulatih negara, Lee Jae-hyung untuk melayakkan salah seorang pemanah wanita negara layak ke Sukan Olimpik 2012 pada kejohanan ini tercapai,” katanya semalam.

Isnin, Oktober 24, 2011

PROGRAM YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA BERSAMA JKKK PASIR GAJAH

Pasangan suami isteri yang hadir
Bersama nyanyikan lagu Negaraku
Pegawai yayasan Pembangunan Keluarga menyampaikan ucapan
Peserta menerima sumbangan
Pengerusi JKKK menerima sumbangan dari Penyelaras DUN UMNO Ayer Puteh

Pejabat Yayasan Keluarga Kemaman telah mengadakan majlis pembangunan untuk keluarga bersama JKKK Pasir Gajah pada Khamis 28 Sept 2011.Majlis yang diadakan di dewan orang ramai Pasir Gajah telah disertai oleh hampir 80 pasangan yang berupa suami isteri.

Majlis yang dirasmikan oleh En.Wan Nordin Wan Omar,Penyelaras UMNO DUN Air Puteh ini turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Pejabat Pembangunan yayasan Keluarga Kemaman,Ketua kampung pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor Jusoh,AJK JKKK dan pemimpin masyarakat yang lain.

Program yang bermula jam 830 pagi berakhir jam 1200 tengahari ini antara lain memberi penerangan tentang fungsi yayasan pembngunan keluarga,memberi panduan perhubungan kebahgian rumah tangga dan pembentukan keluarga yang bahagia.

Khamis, Oktober 13, 2011

SINAR HARIAN - MELEPASKAN TUNTUNG




84 anak tuntung dilepaskan


PASIR GAJAH – Sebanyak 84 ekor anak tuntung berusia tiga bulan dilepaskan ke Sungai Kemaman pada Jumaat lalu. Program ini di bawah projek pemuliharaan tuntung sungai hasil kerjasama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Penyu (TCS), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasir Gajah.



Pengurus Projek Pemuliharaan Tuntung, Chen Pelf Yok berkata, kesemua anak tuntung yang dilepaskan sudah ditimbang dan diukur, selain lebih penting ia turut dimasukkan mikrocip yang berfungsi sebagai tanda pengenalan. Menurutnya, program pemuliharaan tuntung sungai Kampung Pasir Gajah itu dimulakan pada Februari lalu yang turut mendapat kerjasama masyarakat setempat. Katanya, sebanyak 420 biji telur tuntung sungai daripada 24 sarang dikutip dari Pasir Pok Yok untuk dieramkan. “Pada musim tuntung bersarang dari Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 420 biji telur dieramkan di Kampung Pasir Gajah dan sebanyak 198 ekor anak tuntung berjaya menetas pada Jun. “Ini bermaksud kadar penetasan anak tuntung di Pasir Gajah mencapai 47 peratus,” katanya.



Pelf Yok berkata, seminggu selepas menetas pula, lebih dari 100 ekor anak tuntung dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman. “Pada waktu itu, purata berat seekor adalah 118 gram manakala purata panjang adalah 8.7 sentimeter dan lebar cangkerang pula 8.2 sentimeter,” katanya. Pelf Yok berkata demikian pada majlis pelepasan baki anak tuntung yang disempurnakan Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.



Sementara itu, pelepasan anak tuntung ke sungai itu turut dilakukan Pengerusi JKKK Kampung Pasir Gajah, Mohd Nor Jusoh, penduduk kampung dan penuntut University College Sedaya International (UCSI) Kampus Terengganu. Pelf York berkata, baki anak tuntung yang baru dilepaskan itu dipelihara penduduk, Wazir Mahad sekeluarga selama tiga bulan dan sehingga 27 September lalu purata berat seekor anak tuntung adalah 468 gram manakala purata panjang cangkerang 14.2 sentimeter dan lebar pula 12.2 sentimeter. “Anak tuntung yang paling kecil mempunyai berat sebanyak 146 gram manakala anak tuntung paling besar seberat 740 gram.



“Kita berbangga dan berterima kasih kepada pengerusi dan ahli JKKK Kampung Pasir Gajah kerana bersetuju menjalankan projek pemuliharaan tuntung sungai ini dan berharap projek ini diteruskan,” katanya. Sementara itu, Mohd Nor berharap projek berkenaan dapat digiatkan lagi pada masa depan dengan jumlah telur yang dieramkan mencapai 1,000 biji bagi memastikan spesies tuntung sungai berkenaan tidak pupus dan boleh terus dilihat generasi akan datang.

MELEPASKAN TUNTUNG DI PASIR GAJAH



Kanak-kanak asyik menyaksikan sebahagian daripada tuntung yang berusia kira-kira tiga bulan pada majlis pelepasan haiwan itu di Kampung Pasir Gajah, Kemaman, baru-baru ini


Melepas tuntung di Sg. Kemaman
Oleh SAPPE MAT JUNUSutusanterengganu@utusan.com.my


.KEMAMAN 12 Okt. - Sebanyak 84 ekor anak tuntung sungai berusia tiga bulan dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman baru-baru ini yang menyajikan satu pengalaman menarik bagi golongan muda apabila dapat menatap, memegang dan melepaskan haiwan eksotik yang kian diancam kepupusan itu ke dalam air.

Pelepasan tuntung ini adalah kali kedua dilakukan di Kampung Pasir Gajah, selepas 100 ekor dilepaskan Jun lalu dan lapan ekor lagi di Kampung Dadong sebulan kemudian di bawah program pemuliharaan yang pertama kali dilakukan di daerah ini dengan penglibatan penduduk setempat.
Kesemua anak tuntung yang dilepaskan itu telah ditimbang, diukur dan dimasukkan mikrocip yang berfungsi sebagai tanda pengenalan bagi tujuan penyelidikan di sungai tersebut yang selama ini terlepas daripada perhatian para penyelidik dan pencinta alam.

Program pemuliharaan itu dimulakan Februari lalu melalui usaha bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasir Gajah, penduduk setempat dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Chen Pelf Nyok, selaku pengurus projek pemuliharaan itu berbangga dan berterima kasih kepada penduduk Kampung Pasir Gajah kerana begitu cakna dan sepakat menjayakan usaha itu.
''Mereka sedar tentang tuntung yang semakin lama semakin jarang kelihatan. Mereka ingin memastikan haiwan itu terus dapat dilihat oleh generasi akan datang.

''Cuma mereka tidak tahu bagaimana memulakan projek pemuliharaan, lalu kami mencadangkan dan mereka bersetuju serta memberikan sepenuh kerjasama," ujarnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau menarik perhatian seramai tujuh penduduk kampung yang digelarkannya sebagai 'geng tuntung' secara sukarela menjalankan pemerhatian di pinggir sungai dan mengumpulkan telor untuk pengeraman.

Malah, katanya, mereka menolak upah yang ditawarkan kerana bagi mereka ia sebagai satu sumbangan untuk memastikan tuntung terus naik bersarang di kampung mereka.
''Musim tuntung bersarang di kampung itu adalah dari Januari ke Mac setiap tahun. Sebanyak 420 butir telur dieramkan dengan sebanyak 198 ekor anak tuntung telah berjaya ditetaskan. Kadar penetasan adalah sebanyak 47 peratus,'' katanya.

Menurutnya, daripada 198 anak tuntung itu, lebih daripada separuh telah dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman seminggu selepas penetasan dan ketika itu purata berat seekor adalah 118 gram, manakala purata panjang adalah 8.7 sentimeter dan lebar cengkerang 8.2 sentimeter.

''Selebihnya telah dipelihara oleh penduduk setempat sebelum turut dilepaskan baru-baru ini. Ketika itu purata beratnya 468 gram, panjang cengkerang 14.2 sentimeter dan lebar 12.2 sentimeter," ujarnya.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar bersama dengan Pengerusi JKKK Pasir Gajah, Mohd. Nor Jusoh, penduduk kampung dan penuntut Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI).
Beliau juga berharap projek tersebut akan dilanjutkan pada tahun-tahun akan datang dan diperluaskan ke sungai lain yang menjadi kawasan habitat spesies itu.
Katanya, di negeri ini, usaha pemuliharaan tuntung telah dimulakan di Sungai Setiu sejak 2004 dan perkembangannya agak memberangsangkan.

Sabtu, Oktober 08, 2011

INSAN DISEBALIK PROGRAM JAMUAN RAYA 2011

Inilah insan disebalik kejayaan program jamuan hariraya aidilfitri tahun 2011 ini.Tanpa tenaga dari insan ini,mungkin program murni untuk penduduk kampung tidak menjadi realiti.Walaubagaimanapun,ada lagi insan yang menjadi tenaga gerak kerja kejayaan program ini yang tidak dapat dirakamkan oleh lenser kamera pada saat terakhir kerana mereka ada komitmen lain selepas selesai majlis.

" Dari kiri berdiri : Lina Pok Rani,Zaidah J,Yatie Mohd Soud,Lina Pok Loh Saba,Choh Pok Ali, Ziehan Pok Loh Saba,Mida Badrol,Nora Yono,Abang Nong,Bad,Jalil Laut.......
Duduk dari kiri ZAik Cikgu,Salim Gunting Rambut,Pok Pa Kg Laut........"


LAGI CANDIQ JAMUAN RAYA 2011

Saudara Rosli S/U UMNO Bhg Kmn ...melawat kios
YB...bertanya khabar penjaga kios makanan
Candiq.......OCS dan isteri
Bada dan Hjh Mek Wook
Cek wa....antara tetamu kita
Tambah lagi kuah tu...boleh tak?

Koktel...antara hidangan yang jadi pilihan
Asmida.....dengan laksa pineng
Ketua UMNO Caw beri duit raya
Ramai juga tetamu yang hadir
Gerai nasi minyak
Jalil....bos gerai mee Singapere
Tiga dara ...jaga gerai mee singapore...
tetamu VIP yang hadir
Dah habis koktel.......
Banyak yang dibualkan
Posing.....menarik......keluarga OCS dgn Keluarga Pok loh Saba

Setelah tahun lepas 2010,JKKK adan UMNO tak buat jamuan raya,maka pada tahun ini,UMNO bersama JKKK dan bersama pula KOMUNITI 1MALAYSIA telah membuat keputusan mengadakan jamuan untuk meraikan hariraya bersama penduduk kampung.Tahun ini kita buat kelainan sedikit....kita sediakan kios-kios untuk semua aneka hidangan juadah yang kita sediakan...jadi senanglah tetamu nak pilih makanan apa yang dia orang nak rasa....dah nampak apa yang tertulis kat kios.....Sambutannya..alhamdulillah...cukup membanggakan walaupun hujan turun,penduduk masih datang untuk meraikan jamuan raya ini....kepada yang datang KITA ucapkan berbanyak terima kasih.....KITA amat berbangga dengan semua penduduk yang sentiasa memberikan kerjasama dengan KITA.Apa yang kita buat adalah untuk penduduk kampung kita....kepada yang tak sempat datang....tak mengapa....mungkin tiada rezeki untuk ke majlis kita.....kepada yang memang dah pasang niat tak mahu datang.....kita nak kata apa...kita hanya merancang......terpulanglah kepada selera dan rasa masing-masing...kita buat dengan niat ikhlas....kerana ALLAH.