Air mula melimpah di Jalan Teratai Tanah Lot jam 900 pagi
Jam 1000 pagi 25 Disember...Jalan Bengkel Hashim
Kanak-kanak pun ada....
Dalam TADIKA Pasir Gajah jam 1000 pagi 25 Disember
Balai raya
TADIKA
Dekat Sawmill Bt 12 jam 1030 pagi 25 Dis
Dekat rumah Mat Shah simpang MARDI
Rumah Bendahari JKKK 25 Dis jam 1045 pg
Jalan Penghulu dekat Kedai Makan Nor Dahamid
Rumah Bakri menantu Awang Leh
Dalam rumah Ibrahim@A Rahman Ahmad
Seli dan Yono...membantu menyelamat mangsa banjir dengan bot fiber
Belakang rumah Bilal Hj Mohamad
Rumah SU JKKK mula dinaiki air jam 1050 pagi 25 Dis
Air mula melimpah
Jam 550 petang 25 Disember
Air mula melimpah jalan di hadapan Rumah PPRT Mohd Rawi
Di hadapan rumah Nor Zihan
Kedai Zaiton......ada air
Jalan pintasan.....air derasnya
27 Disember...Khamis...air mula surut di hadapan rumah Pak Su Lome
AJK JKKK Salim mendaftar nama pemindah
Pemindah pertama.......di dewan
Pengerusi JKKK {Baju Putih} bersama petugas
Pemindah mula ramai pada hari kedua.....
Dewan orang ramai.....
Tukang masak kena makan juga......
Orang ramai berkumpul untuk memberi sokongan kepada usaha cari mangsa lemas
Ramai yang hadir petang itu
Sehingga jam 650 petang pada 26 Dis ...masih ada yang menanti
27 Dis 2012,jam 610 petang di Kg Hilir...air mula surut
Jalan sekolah jam 615 ptg 27 Dis
Sampah lepas banjir
JKM hantar barang bantuan
Salim menyusun barang bantuan
Jalan Pintasan Kg Laut ke Tanah Lot rosak lagi.....
Air di luar rumah penduduk
Antara kereta yang tak sempat dialihkan.....
Air mula masuk ke rumah pada waktu maghrib 26 Dis 2012
Pada 24 Dis 2012,Isnin hujan lebat yang mula melanda Pasir Gajah telah menyebabkan beberpa kawasan rendah mula ditenggelami air.Pada peringkat awalnya,jalan di hadapan Kedai Bengkel Kereta Hashim mula dinaiki air pada jam 500 petang diikuti dengan jalan ke Kg Laut.
Pada jam 10.00 malam,air bertahan dan mula naik pada jam 200 malam 25 Disember 2012.pada paginya bermula jam 900 pagi 25 Disember,limpahan air mula mengenggelamkan beberapa kawasan dan perpindahan mula berlaku.Penduduk yang berada di kawasan rendah telah diarah dan dibawa berpindah ke Dewan Orang Ramai,Rumah Jambi dan Pusat Pertanian Bt10.
Air mula naik dan terus naik hingga menenggelamkan kawasan kampung yang selama ini tidak pernah ada air,bermula jam 1200 tengahari.Jalan utama mula terputus,jalan ke BT 10 mula terputus,jalan ke Bt 12 tidak boleh dilalui lagi degan arus air yang cukup deras.
Jalan ke sekolah,jalan ke Kg Laut,jalan ke Dewan ,jalan ke Tanah Lot,Jalan Penghulu,Jalan Anggerik,Jalan Teratai,Jalan Alamanda di tTanah Lot mula dinaiki air sehingga ke paras pinggang ke dada.Jalan Pintasan Kg Laut mula dialir air yang cukup laju.Dalam erti kata lain....air naik degan pantas...hinggakan ada yang tidak sempat mengalihkan kereta dan mengangkat harta benda.
Air terus naik pada malamnya,dan mula beertahan pada pukul 1100 malam apabila air tidak lagi menunjukkan peningkatan.SEhingga pagi jam 900 pagi 26 Disember 2012,Rabu,air mula surut tetapi dalam jumlah yang agak lambat.Pemindahan mangsa banjir mula bertahan.Semalam sahaja jumlah mangsa yang direkodkan ialah 132 keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan,ke rumah jiran atau ke rumah yang berdekatan yang tidak tenggelam.
Pada jam 430 petang,dalam suasana air mula surut pada 26 disember itu,pasir Gajah dikejutkan degan tragidi 2 anak penduduk yang mengharungi air hilang dan dikuatiri lemas di Kg Hilir Pasir Gajah.Operasi mencari di jalankan oleh Polis,Bomba dan Penduduk Pasir Gajah dan pada pukup 100 malam,mayat kedua anak penduduk dijumpai di kawasan yang dikatakan lemas itu.
Pada 27 Disember,air mula surut walaupun tidak sepenuhnya,namun ianya sudah membolehkan sebahagian besar mangsa yang berpindah pulang membersihkan rumah.Manakala pengebumian dua jenazah dilakukan pada hari ini pada jam 1100 pagi seletelah selesai solat jenazah dan di bawa ke Tanah Perkuburan Masjid Jambi untuk dikebumikan di sana.Turut bersama ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim ADUN Air Puteh hadir mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa di sana.
Pada 28 Dis 2012,cuma tinggal 1 keluarga yang menyewa di Rumah Arwah Pak Mat Johor Bt 9 sahaja yang tidak dapat pulang memandangkan air masih ada di persimpangan Lebuhraya,Bt 10 dan kawasan Rumah Arwah Pak Mat Paya.
Penulis ingin mengambil kesematan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu JKKK Pasir Gajah dalam menghadapi banjir tahun ini terutama kepada Bomba,Polis,Klinik Pasir Gajah,JKM Kemaman,Pejabat Daerah Kemaman,Pejabat DUN Air Puteh,Pejabat parlimen BN Kemaman,penduduk kampung dan semua yang terlibat.Anda semua adalah yang TERHEBAT bagi kami JKKK Pasir Gajah.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa dan bakti ANDA dalam membantu menmbereskan semua urusan BANJIR tahun ini.