Bendahari UMNO meneliti senarai nama Pengundi golongan muda
Ketua Wanita UMNo Cawangan bersama AJK UMNO Pn Nora dan Pn Norzihan
Pada 8 Januari 2012,UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mengambil pendekatan aktif dengan mengadakan Mesyuarat UMNO Cawangan Kali Pertama 2012.Dalam mesyuarat tersebut,Ketua UMNO Cawagan Pasir Gajah ,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh telah menyatakan bahawa mesyuarat ini bertujuan merapatkan lagi hubungan AJK dalam melaksanakan kerja-kerja parti .
Selain itu,mesyuarat ini juga membincangkan TENTANG bacaan sikap lebih dari 180 orang pengundi dari golongan PEMUDA yang mendaftarkan diri untuk mengundi di Peti Undi Pasir Semut.Perbincangan dibuat bagi menilai bacaan sikap golongan muda samaada yang tinggal dalam Parlimen Kemaman ataupun luar Parlimen Kemaman,
Ketua UMNO Cawangan menerangkan cara menanda borang bacaan sikap
Setiausaha UMNo Cawangan
Turut hadir memberi taklimat tentang proses mengecam bsikap golongan muda ialah Penyelaras Pemuda DUN Ayer Puteh,En Mohd Nazri bin Othman.Selain itu ,mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah En.Badrulhisyam bin Jusoh,Setioausaha UMNo Cawangan En Mat Zaik Mohd Yusof,Bendahari UMNo cawangan En Abbas bin Mohd Taib.
Suasana mesyuarat
AJK lain yang hadir ialah En Mohd Salim,En Azhar A Rahman,En Ibrahim A Rahman,En Mohamad bin Said,En Jalil bin Daud,En Abdullah Omar,Pn Nora Jusoh,Pn Norzihan Abdullah,Pn Asmida A Rahman dan En Osman bin Hitam.
Ketua UMNO cawangan meneliti borang yang telah siap
En Abdullah Omar bersama En Abbas bin Mohd Taib
Setiausaha menunjukkan borang yang telah siap dikumpul
Selain dari membuat penilaian tentang bacaan sikap,mesyuarat juga memutuskan untuk memohon sebidang tanah bagi pembinaan sebuah bangunan UMNO cawangan pasir Gajah yang baru.Mesyuarat yang bermula jam 915 malam berakhir jam 1130 malam.