Pasukan Kompang menyambut kehadiran panel hakim
Pada 20 Feb 2012,Isnin jam 130 ptg,JKKK Pasir Gajah telah bersedia untuk menyambut kehadiran 14 orang Panel hakim Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan kampung Peringkat Negeri Terengganu.Ini adalah pertandingan yang pertama tahun 2012 yang dilalui oleh JKKK Pasir Gajah.
Penmgerusi berbincang tentang tentatif program
Kehadiran Panel hakim disambut oleh Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama AJK JKKK serta AJK GDW.Panel kemudiannya dibawa ke Masjid Pasir Gajah untuk bersolat dan meninjau tahap kebersihan Masjid.
Panel kemudiannya dijamu dengan hidangan tengahari di Restoren Mazila.Selesai menikmati hidangan tengahari,panel hakim dibawa meninjau ke kawasan kampung iaitu di kawasan Rumah Jambi dan Masjid Jambi serta dipersekitaran Pusat Tanaman Fetigasi di Bt 10.
Menikmati jamuan makan tengahari
Pengerusi memperkenalkan AJK yang hadir
Selesai sesi lawatan yang diketuai oleh jurupandu,En Badrulhisham Jusoh,panel hakim dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi taklimat dan sesi suaikenal.Majlis kemudianya diikuti pula dengan sesi percambahan maklumat dimana Panel menanyakan soalan untuk menambahkan lagi maklumat mengenai kebersihan kampung ini.
Barisan panel hakim
Antara panel hakim yang penulis ingat ialah Pengerusi panel Pn Noraziah,Ustaz Rashid dari JHEAT,En Rafi dari PPP,En Shafini dari KEMAS,En Zul Azrai ,En Hussin dari Pejabat Kesihatan dan Pn Rodiah.Sementara dari kalangan JKKK yang hadir ialah Pengerusi,Timb Pengerusi En Mustafa Muda,SU Cikgu Zaik,En Abbas Taib,En Badrulhisyam,En Osman,En Abdullah Omar,Pn Nora,Pn Habshah,Pn Noor Zaidah,Pn Asmida manakala dari GDW pula ialah En Mohd Ropie dan En Mohamad bin Said.
Sesi percambahan maklumat
Majlis kemudiannya disusili pula dengan penyampaian cenderahati kepada panel hakim sumbangan Pejabat Parlimen Kemaman dan sumbangan produk JKKK Pasir Gajah.Majlis berakhir jam 430 petang kemudiannya diikuti dengan sesi minum petang sambil borak-borak di Kedai Zaiton Cafe.Panel pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 505 petang.
Penyampaian cenderahati
En Zul Azrai bersama pengerusi
En Shafini dari KEMAS