Harapan...
Jumaat, Ogos 31, 2012
ROMBONGAN MERDEKA JKKK PASIR GAJAH KE BUKIT JALIL
Pada 31 Ogos 2012,Jumaat jam 10.00 pagi,seramai 27 orang wakil Pasir Gajah bersama 4 orang wakil penduduk Kg Tok Dor serta 4 orang Pegawai KETENGAH telah diberi peluang oleh pengurusan KETENGAH untuk turut serta dalam Program Sambutan Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil yang bermula malam ini jam 8.00 malam.
Pasir Gajah yang telah dipilih sebagai 5 buah kampung TERBAIK di seluruh Malaysia dalam pertandingan Anugerah Desa Sejahtera adalah merupakan kampung yang bakal diberi penghargaan semasa program malam nanti oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Pasir Gajah telah menghantar wakil seramai 27 orang yang diketuai oleh Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh.Selain itu wakil yang hadir ini juga telah diberikan tiket cabuatan bertuah untuk dimenangi pada malam ini yang mana ianya adalah sumbangan dari pelbagai syarikat yang AMAT menyayangi KEMERDEKAAN Negara Malaysia.Hadiah utama merupakan kereta ROTON PREVE adalah menjadi idaman semua ahli rombongan ini.
Kita sama-sama doakan agar NEGARA KITA AMAN di bawah pemerintahan BN/UMNO yang memerdekakan negara ini.Selain itu ita juga sama-sama berdoa agar semua ahli rombongan kita sentiasa dilindungi oleh ALLAH s.w.t selamat pergi dan selamat balik.
SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 55 DI PASIR GAJAH: CERIA DAN BERSAHAJA....
Pada 30 Ogos 2012 malam Jumaat bermula jam 10.00 malam,Pemuda dan Puteri bersama JKKK pasir Gajah telah mengadakan Majlis Santai Ambang Merdeka dengan pengisian yang cukup bersahaja.Malam ini,majlis dimulakan dengan kalangan Pemuda damn Puteri UMNO telah menyediakan ayam untuk dibakar iaitu sebanyak 50 ekor bersama mee goreng dan kerepok serta air sirap.
Selain itu hadirin yang hadir pula boleh bersantai untuk mempersembahkan lagu raya ataupun lagu kemerdekaan di bawah selian saudara Rosli bin Yusoff.Kehadiran Pengerusi JKKK pasir Gajah bersama Setiausaha JKKK serta AJK JKKK telah memberi perangsang kepada kemeriahan majlis ini.
Pemuda dan Puteri dilihat bersama menikmati juadah yang disediakan sambil berbual mesra sementara menanti DETIK 12.00 malam.Tepat jam 12.00 malam,PEMUDA UMno Pasir Gajah di bawah seliaan Saudara Shahrizal Omar telah menyediakan bunga api untuk menyatakan saat caountdown kemerdekaan bermula.Sebanyak 55 das tembakan bunga api telah dilepaskan diudara dengan perasaan KEMERDEKAAN yang dinikmai sehingga 55 tahun.
Majlis berakhir am 1230 malam apabila selesai menikmati semua juadah.
Isnin, Ogos 27, 2012
MERDEKA MERIAH DENGAN PERARAKAN BASIKAL: CERIA BETUL....
Di bawah pengurusan Pengerusi KRT,En. M Afzalizan bin Awang Hamat bersama JKKK ,mengumpulkan anak-anak muda Pasir Gajah ini untuk menghiaskan basikal dan berarak keliling kampung bermula jam 540 petang.
Perarakan bermula di hadapan klinik Pasir Gajah dan di bawa meronda ke Rumah Murah serta masuk ke kampung Tanah Lot Pasir Gajah dan menamatkan rondaan jam 630 petang di Kedai Zaiton.Anak-anak muda yang bersemangat menghidupkan Kemerdekaan di Pasir Gajah ini di sambut oleh Pengerusi JKKK pasir Gajah di Kedai Zaiton dan anak-anak ini dijamukan dengan minuman MILO Sejuk dan roti.Perarakan ini berakhir jam 655 petang.
Sabtu, Ogos 25, 2012
PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA SEJAHTERA PERINGKAT KEBANGSAAN: PASIR GAJAH LAKUKAN SEBAIK MUNGKIN
Pada 25 Ogos 2012,Sabtu jam 900 pagi,Pasir Gajah telah dikunjungi oleh Panel Hakim Penilai Pertandimgan Anugerah Desa Sejahtera sempena Kemerdekaan ke 55.Pasir Gajah telah disenarai pendek sebagai kampung yang berada dalam TOP 5 untuk dinilai oleh panel hakim.
Kedatangan hakim yang diketuai oleh En Ahmad,disambut dengan paluan kompan dan arakan bendera Jalur Gemilang oleh 20 orang PUTERI Pasir Gajah.Kemudia,panel diarak ke Dewan Orang Ramai,dimana di majlis tersebut,dijalankan beberapa acara seperti nyanyain lagu negaraku,lagu rasmi kampung dan bacaan sajak kemerdekaan.
Selesai majlis tersebut,jamuan ringan disediakan sebelum panel di bawa ke bilik gerakan JKKK untuk satu taklimat ringkas.Selesai taklimat ringkas,panel dibawa meninjau Rumah Contoh Hiasan Kemerdekaan dan ke satu inovasi baru iaitu penjagaan anak tuntung.
Panel kemudiannya,dibawa untuk menikmati jamuan makan tengahari di Dewan Orang Ramai.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengurus Kesejahteraan Rakyat KETENGAH,Tn Hj Sidek bin Embong,En Rosli bin Ahmad,Penyelia kanan KEMAS Kemaman,Pn Siti Faezah Salleh,Ketua Operasi Kemas Terengganu,En Mohd Rozman Mohamad,Penghulu Mukim Binjai serta beberapa orang kakitangan KETENGAH dan KEMAS Kemaman.
Majlis berakhir jam 1.00 tengahari.
Khamis, Ogos 23, 2012
AJK JKKK BERAYA DI RUMAH KETUA KAMPUNG
Pada 19 Ogos 2012,Ahad,1 Syawal jam 1000 pagi,beberapa orang AJK JKKK serta GDW elah mengambil kesempatan beraya di rumah Pengerusi JKKK Pasir Gajah.Tradisi yang diamalkan sejak 4 tahun lalu oleh AJK ini terus diterapkan pada tahun ini.Selesai sahaja bersolat sunat hari raya,AJK JKKK lelaki akan bertandang ke rumah Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jush sambil berbual dan bermaaf-maafan serta menikmati juadah yang dihidangkan.
Tahun ini,turut hadir dalam program bertandang ke rumah pengerusi JKKK iaialah Timbalan Pengerusi JKKK En Mustafa,SU JKKK Cikgu Zaik,Bendahari JKKK En Harun@Ibrahim,AJK JKKK En Salim,En Mat Roni @Abdullah Omar,En Samsul dan anaknya,En Abdullah AJK KRT,serta En Yono suami AJK JKKK Pn Nora.
Tahun ini,kami dihidangkan satay dan tapay serta kueh raya dan nasi himpit.Selesai jamuan dan bermafan,lebih kirang jam 1030 pagi,kami beredar ke rumah masing-masing.
Rabu, Ogos 22, 2012
SOLAT AIDIL FITRI 2012 : MASJID PASIR GAJAH JADI TUMPUAN PENDUDUK
Ketua Kampung bersolat sunat
Saudara Mustafa Hamzah...anak ayah De Hamzah bertakbir
Imam memberi panduan untuk solat aidil fitri
Jemaah yang hadir...ramai..hampir 400 orang
Memulakan solat
meluruskan saf
Imam Hj Zawawi membaca khutbah
Jemaah di saf hadapan
Bersalaman.....ketua kampung dan Pengerusi Masjid
Pada 19 Ogos 2012 Ahad bersamaa 1 Syawal,Masjid Pasir Gajah telah menjadi tumpuan penduduk menunaikan solat sunat Hari raya Aidil Fitri.Dianggarkan seramai hampir 400 orang jemaah telah hadir menunaikan solat sunat tersebut.
Solat sunat dimulai demgan takbir raya yang telah ditakbirkan oleh bilal Ahmad bin Jaafar,bilal Hj Mohamad bin Ibrahim dan Saudara Mustafa bin Hamzah.Selepas takbir,imam 3 iaitu Hj Zawawi bin Tahir yang menjadi imam solat hari raya telah menyampaikan panduan cara mengerjakan solat sunat hari raya.
Kemudian,selesai solat sunat hari raya,bilal Ahmad bin Jaafar telah menjadi bilal hari ini dan imam Hj Zawawi bin Tahir membaca dua khutbah hari raya.Selesai khutbah,jemaah bertahlil dan kemudian bersalam-salaman serta bermaaf-maafan.Solat sunat hari raya yang bermula jam 830 pagi berakhir jam 945 pagi.
Antara yang turut hadir ialah Ketua Kampung Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,En Mustafa bin Muda,Pengerusi JK Masjid Pasir Gajah.Selain dari Masjid Pasir Gajah,Masjid Jambi turut juga diadakan solat Jemaah Hari raya tahun ini.
Langgan:
Catatan (Atom)