Harapan...

Sabtu, September 29, 2012

MESYUARAT JKKK BULAN SEPT: SEMUA HADIR

 Dari belakang : Samsul,Jalil,Badrul,Kpl Azmi,Osman,Pak Abbas
 Dari Kiri : Mida,Habshah,Nora dan Zaidah
 Pengerusi,Timbalan Pengerusi dan Mida
 Imam Abbas terima sumbangan JKKK untuk menunaikan haji
 SU dan Pengerusi
 Pengerusi membaca catatan untuk dibincangkan
AJK mencacatkan apa yang dibincangkan.

Pada 27 Sept 2012,Khamis malam Jumaat jam 915 malam telah diadakan mesyuarat JKKK kali ke 9 bagi bulan September,bertempat di Bilik Gerakan JKKK pasir Gajah di Bangunan Pusat E-Komuniti Pasir Gajah.Dalam mesyuarat ini,turut hadir ialah wakil Polis Pasir Gajah iaitu Koperal Azmi.

Dalam mesyuarat ini,beberapa program telah dirancang iaitu Program Lepas Tuntung di Sungai Kg Laut pada 13 Oktober Jumaat jam 300 petang serta persediaan menghadapi Pertandingan GDW terbaik KETENGAH 2012.

Selain itu beberapa projek kampung turut dibentangkan iaitu Projek Pembinaan Padang FUTSAL di Pasir Gajah,Pembinaan longkang dan pagar hadangan di belakang gol padang bolasepak.

Mesyuata kali ini dihadiri oleh semua AJK.Dalam mesyuarat kali ini,majlis turut mendoakan agar imam Abbas bin Hj Mohd taib,AJK JKKK yang akan ke Tanah Suci Mekah pada 7 Oktober selamat pergi dan selamat kembali.JKKK turut menyampaikan sumbangan kepada Imam Abbas.Mesyuarat berakhir jam 1130 malam dan kemudian diikuti jamuan teh di Kedai Lina Pok Daud.

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN KEPUTERAAN DYMM SULTAN TERENGGANU: MASJID PASIR GAJAH TURUT JAYAKANNYA

 Memulakan bacaan Yassin......
 Jemaah yang hadir membaca yassin
 AJK Masjid..En Osman bin Hitam
 Bersedia baca yassin
 Solat hajat......
 Memulakan solat
 Bertahlil dan berdoa....
 Jamuan ringan....
 Menikmati nasi lemak....bersama jemaah
 Timbalan Pengerusi Masjid bersama Pak Ali
Jemaah wanita

Pada 27 SEpt 2012,Khamis malam Jumaat,JK Masjid Pasir Gajah bersama lebihkurang 60 orang jemaah telah bersama menjayakan Program Sempena Sambutan Keputeraan DYMM Sultan Terengganu yang ke 50.Program dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti dengan solat hajat,bacaan yassin dan tahlil serta mendoakan kesejahteraan DYMM Tuanku dan rakyat serta solat isyak.

Majlis kali ini turut dihadiri olej AJK Masjid iaitu Saudara Osman bin Hitam,saudara Ibrahim bin A Rahman,Hj Othman bin Md Yusof @Man Kuasan,Timbalan Pengerusi Masjid,En Mat Zaik,,Pengerusi JKKK,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,AJK JKKK Saudara Samsl bin Hamid,Saudara Jalil bin Daud,Saudara Abdullah Omar dan jemaah yang terdiri dai penduduk kampung dikalangan wanta dan lelaki.Majlis yang beakhir jam 830 malan disusuli pula dengan jamuan ringan makan nasi lemak Noni.Majlis bersurai jam 900 malam.

Jumaat, September 21, 2012

PERTANDINGAN CUB CROSS DI PASIR GAJAH DIHADIRI OLEH YB ADUN

 Banner
 Peserta Cub Cross
 Peserta berkumpul selepas perlumbaan
 Antara motorcross yang menyertai perlumbaan
 Hadiah....
 Penonton yang hadir
 YB menyampaikan hadiah
 Peserta yang memenangi pertandingan
 YB menyampaikan medal
 Ketua Kelab Copong Motocross...Luwi
 MADI....Juara Cub Cross Pasir Gajah 2012
YB bersama penganjur dan pemenang

Pada 21 Sept 2012 Jumaat bermula jam 900 - 600 petang telah dilangsungkan Perlumbaan Cub Cross  Pasir Gajah Tertutup Daerah Kemaman.Perlumbaan yang diadakan di gelanggang Kg Laut Pasir Gajah ini telah disertai oleh hampir 30 orang peserta dari seluruh daerah Kemaman.

Seain dari itu,turut diadakan ialah tertutup Pasir Gajah Perlumbaan Bike Cross yang terdiri dari kanak-kanak berbasikal dari Pasir Gajah.Perlumbaan akhir yang diadakan pada pukul 500 petang telah dilepaskan oleh YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar ADUN Ayer Puteh.

Perlumbaan tamat jam 530 petang dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB ADUN Ayer Puteh.Turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Kampung Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama AJk JKKK Pasir Gajah.

Tahun ini,perlumbaan telah dimenangi oleh Madi KMX dari Bukit Mentok yang membaca pulang Medal,Piala Pusingan dan wang tunai RM300.00.Tempat kedua pula ialah Luwi Copong Clubmotocross Pasir Gajah,Ketiga Along Ayer Putih,keempat Pomen Air Puteh,kelima Naza Ayer Puteh,keenam Nazri Pasir Gajah,ketujuh Udin Pasir Gajah,kelapan Apih black Pasir Gajah,kesembilan Zukri Ayer Putih dan kesepuluh Mohd Sabri Ayer Puteh.Hadiah tahun ini adalah sumbangan dari YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar,ADUN Air Puteh,manakala pembinaan trek untuk perlumbaan diusahakan oleh JKKK Pasir Gajah,siaraya pula oleh Rosli Yusof dan urusetia pula oleh Copong Motosport.

PEMILIHAN TAPAK UNTUK BUAT SENTUARI TUNTUNG DI PASIR GAJAH

Tanah yang dicadangkan
Pengerusi JKKK bersama Cik Chen dan wakil persatuan 
Kawasan ini perlu ditambak tanah....
Berbincang.....
Kawasan sebelah padang bolasepak

Pada 21 Sept 2012,JKKK Pasir Gajah bersama Turtle Conservation Society telah mengadakan perbincangan untuk membina sebuah tempat pemeliharaan tuntung di Pasir Gajah.Peribincangan berkisar kepada tempat dan tanah yang ada yang sesuai dibuat tempat tersebut.

JKKK Pasir Gajah yang diketuai oleh Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama SU JKKK En Mat Zaik bersama Cik Chen dan 2 orang wakil dari persatuan tersebut telah memutuskan untuk membina tempat sentuari tuntung dikawasan bersebelahan padang bolasepak Pasir Gajah.

JKKK bersama persatuan tersebut akan memohon kebenaran dari pihak Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk mendapatkan kelulusan tanah tersebut.Sama-samalah kita doakan agar usaha murni ini mendapat kejayaan.


Rabu, September 12, 2012

ARTIKEL RUMAH JAMBI DALAM BERITA HARIAN 12 SEPT 2012








Pada 12 Sept 2012,Rabu,penulis sempat membelek artikel tentang rumah Jambi yang dikeluarkan dalam surat Khabar Berita Harian hari ini.Penulis rasa cukup bangga kerana di Pasir Gajah masih ada lagi monumen yang mencatatkan sejarah tentang pembukaan kampung ini.

Kepada penduduk Pasir Gajah,sama-samalah kita jaga warisam sejarah ini sebagaimana kata pemilik rumah ini dalam petikan berita tersebut.JKKK Pasir Gajah sentiasa bersedia untuk menjaga warisan tersohor ini.

PUSAT E-KOMUNITI TERIMA BAYARAN DARI KETENGAH UNTUK KURSUS KOMPUTER

 Cek yang diterima
 RM3300...untuk pembayaran kursus
Bayar kepada Pusat E-komuniti Pasir Gajahj

Pada 11 Sept 2012,Pusat E-Komuniti pasir Gajah telah menerima bayaran dari KETENGAH berkaitan dengan kursus komputer yang dijalankan oleh pusat ini.Bayaran sebanyak RM3300 adalah bayaran untuk makan dan minum peserta,peralatan dan tempat bagi kursus komputer yang dijalankan.

Pihak JK Pusat E-Komuniti Pasir Gajah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengurjusan KETENGAH atas pembayaran yang dibuat bagi membolehkan penambahan sumber kewangan pusat ini. 

Selasa, September 11, 2012

KETUA PENGARAH KEMAS LAWAT PASIR GAJAH:SEJARAH TERUKIR.....

 Banner program.....
 Malam tu.....pakat siapkan dewan
 Tempat duduk...malam ni kosong lagi dan akan penuh pagi nanti......
 Dif akan duduk di sofa ini....
 Berjalan iringan...KP dengan Pengerusi JKKK
 Silat gayong...KP tengok ....
Hadirin yang hadir

Pada 8 Sept 2012 Sabtu jam 900 pagi,Ybhg Tuan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia bersama 50 orang ahli rombongan dari Putrajaya telah meluangkan masa melawat Kampung Pasir Gajah.lawatan ini yang berfokuskan kepada pencapaian kampung telah disambut oleh hampir 300 orang yang terdiri dari orang kampung,AJK NGO kampung dan kakitangan KEMAS Kemaman.

Dalam majlis ini,turut hadir ialah Pengarah KEMAS Terengganu dan Pengawai KEMAS Daerah Kemaman.
Dalam majlis ini,pengerusi JKKK Pasir Gajah telah menyampaikan taklimat mengenai pencapaian kampung.Selain itu Ybhg KP juga turut menziarahi 5 buah rumah orang tua dan yang sakit untuk menyampaikan sumbangan.