Harapan...

Ahad, Oktober 28, 2012

SEMBELIHAN KORBAN: 11 EKOR DI PASIR GAJAH TAHUN INI

 Tali dipegang ramai-ramai
 Harun,Dollah dan Salim...pegang tali lembu
 Dah siap disembelih
 Melapah......
 Melihat orang melapah.....
 Bergotong royong lapah lembu
 Kulitnya dah nak habis.....
 Dah siap.....bahagian luarnya kata Harun
Dolah melapah bahagian dalam....

Pada 26 - 28 Okt 2012,Hari Raya pertama hingga hari Raya ke tiga,di Pasir Gajah sahaja sebanyak 11 ekor lembu telah dikorbankan.Amalan korban ini dilakaukan oleh penduduk kampung Pasir Gajah sempena kehadiran Hari Raya Haji @ Korban.

Korban sembelihan di Pasir Gajah baiasnya disembel.ih oleh Tn Hj Yusof bin Latiff {Pok Long Jusoh} dan sembelihan ini akan dilapah secara bergotong royong.Antara sembelihan yang dulakukan ialah milik Romizan bin Othman Ru,mah Murah,Milik Gede Bakar dan ahli keluarga Jambi di Kampung Laut,milik Mohd Ayub bin Jusoh ,Kedai Runcit Azza Tanah Lot dan beberapa orang lagi.Daging sembelihan ini kemudiannya diagihkan epada sanak saudara,dan penduduk selain dibuat dimasak untuk majlis tahlil.



AIDIL ADHA: SUASANA SOLAT SUNAT DI MASJID PASIR GAJAH

 Bertakbir sebelum menunaikan solat
 Jemaah memenyhi ruang masjid sekitar jam 815 pagi Jumaat 
 Imam Hj Yusof menerangkan cara melakukan solat
 Memulakan solat
 Imam membetulkan saf
 Bacaan khutbah
 Bersalam-salaman
 JK masjid bergambar
 JK Masjid bersama imam Hj Yusof
 Menikmati jamuan nasi minyak...Harun dan Iwan
 Di rumah Salim.....
Menziarahi Yusof......patah peta

Pada 26 Otk 2012,Jumaat jam 830 pagi ,Solat Sunat Aidil aDHA DI MASJID pASir Gajah pada hari ini telah dimamkan leh Tn Iman 1 Hj Yusof bin Kamaruddin {Pok Usop|}Dianggarkan seramai 400 jemaah memenuhi ruang masjid pada pagi ini.

Bermula jam 810 pagi,alunan takbir telah berkumandang dan kehadiran jemaah mula ramai memenuhi ruang masjid. ayang mana jemaah yang terdiri dari jemaah lelaki dan jemaah wanita .Selesai takbir,imam Hj usof telah memberi penerangan cara melakukan solat sunat dan bacaan yang perlu dibaca dalam solat sunat Aidil Adha.

Selesai solat,bacaan dua kuthbah pula dijalankan dan selepas itu jemaah bertakbir.Ianya diikuti pula denan bersalam-salaman.Solat Sunat berakhir sekitar jam 945 pagi.Antara yang hadir menunaikan solat hari ini ialah Ketua Kampung Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,Pengerusi JK Masjid,En Mustafa bin Muda,kalangan AJK Masjid dan spewnduduk kampung yang terdiri dari jemaah yang baru pulang dari luar dan jemaah yang menetap di Pasir Gajah.

Khamis, Oktober 25, 2012

CERAMAH : UMNO PASIR GAJAH ADAKAN UNTUK KELOMPOK KECIL GOLONGAN MUDA SECARA SANTAI

 Pok Pa,Abang Nong dan Abang Wi {Penceramah}
 yang hadir.....
 Mendengar penerangan isu dari Abang Wi
 Badrul...tuan rumah {depan sekali}
 Yang hadir....
 Banyak isu diterangkan....
 Abang Wi.......{Tuan Kecik}
 Jamuan santai......
 Menjamu selera lepas ceramah
Abang Nong {ayah long} dan SU Umno

Pada 24 Okt 2012,jam 900 malam Rabu malam Khamis,UMNO Cawangan Pasir Gajah telah mendapat kerjasama JASA mengadakan satu ceramah kecil untuk kelompok 40 orang pemuda dan sikit veteran di rumah Timbalan Ketua UMNo Pasir Gajah,En Badrulhisyam Jusoh di Rumah Murah Pasir Gajah.

Antara yang hadir bersama menjayakan ceramah yang penuh santai itu alah Ketua UMNO Cawangan Tn Hj Mohd Nor,Ketua Pengerangan UMNO cawangan En Mustafa Muda,SU En Mat Zaik,AJK UMNO serta golongan muda yang menyokong perjuangan UMNO/BN.

Dalam ceramah hampir satu jam setengah itu memperkatakan kepentingan menjaga negara dari diperkotak-katikkan oleh golongan yang tidak mempunyai hala tuju perjuangan yang penuh dengan kecelaruan.....

Majlis berakhir jam 1030 malam dengan jamuan ringan mee goreng halus,kerepok dan air teh o suam .....kepada yang hadir,penulis ucapkan berbanyak terima kasih......yang tidak terhingga kerana tuan-tuan yang menjayakan program murni ini.

Selasa, Oktober 23, 2012

PENGHAKIMAN KG GDW KETENGAH DI PASIR GAJAH 2012

 Ketibaan panel diarak bunga mangga
 Bersedia untuk majlis perasmian
 Koir mengalunkan lagu Kampungku Pasir Gajah
 Wazir menerima sijil penghargaan
 Bersedia untuk taklimat
 Panel menatap profil kampung
 Barisan Panel Penilai
 AJK JKKK dan GDW Pasir Gajah
 Pn Sabariah menerima cenderahati
 En Adnan dari Kesihatan
 En Bakar dari RISDA
 En Redzuan dari PPD Kemaman
 Tn Hj Mat Ghani dari Pej Daerah Dungun
 Menjamu selera ala kampung
 Panel .......menjamu selera
SU Zaik bersama En Arifin dari KETENGAH

Pada 23 Oktober 2012,Selasa tepat jam 1245 tengahari,Kampung Pasir Gajah telah dikunjungi oleh Panek Hakim bagi Pertandingan Kampung GDW Terbaik KETENGAH peringkat akhir 2012.Kehadiran panel telah disambut dengan paluan kompang dan arakan bunga manggar oleh 20 orang anak TADIKA KEMAS Pasir Gajah.Kemudian,panel dialunkan dengan pembukaan  lagu kampung Pasir Gajah yang disampaikan oleh Kumpulan Koir Anak Kampung.

Dalam majlis ini juga turut disampaikan sijil penghargaan kepada Geng Tuntung oleh Persatuan Pemuliharaan Tuntung malaysia kepada wakilnya iaitu En Wazer Mahad.Sijil disampaikan oleh Pn Sabariah Mohamad,Penolong Pengurus,bahagian Kesejahteraan Rakyat KETENGAH.

Panel hakim kali ini terdiri dari En Bakar dari Risda,En CW Ridzuan dari PPD Kemaman,En Kamaruddin Muda dari Felcra,En Adnan dari Kesihatan,Tn Hj Mat Ghani dari Pej Daerah Dungun,En Zulkifli Hashim dan En Zaharuddin dari MARA.

Pembentangan selesai jam 2.00 petang dan panel dijemput untuk menjamu selera di Dewan Orang Ramai sebelum menunaikan solat.Majlis berakhir jam 3.00 petang.