Harapan...

Isnin, November 26, 2012

MESYUARAT JKKK PASIR GAJAH BULAN NOVEMBER 2012

 AJK lelaki yang hadir
 AJK Wanita yang hadir
SU bersama Pengerusi

JKKK Pasir Gajah telah mengadakan mesyuatat setiap bulan bagi membincangkan perbagai agenda untuk pembangunan kampung dan juga aktiviti melibatkan JKKK maupun masyarakat kampung.
Dalam hal ini,JKKK Pasir Gajah yang dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh memastikan mesyuarat dapat diadakan setiap bulan sebagaimana arahan dari Pejabat Daerah Kemaman.

Pada bulan November ini,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan mesyuaratnya yang membincangkan pelbagai agenda seperti persediaan untuk menyertai pertandingan memasak As Syura,pertandingan FUTSAL JKKK anjuran Pejabat Daerah,pembangunan kampung melibatkan projek yang belum dilaksanakan,isu keselamatan dan keceriaan kampung.


SIMULASI IT: JENTERA PUTERI DAN PEMUDA UMNO PASIR GAJAH OPTIMIS JAYAKANNYA

 Sibuk melakukan tugasan
 Cik Lina..penyelaras program
 Izam....penggerak PEMUDA UMNO Pasir Gajah

 Pn Marini......bersama rakan puteri lain
 Rakan PUTERI yang menjayakan Simulasi IT
Izam,Afza dan Zaini....Penggerak PEMUDA bersama PUTERI menyelaras IT
YB bersama petugas IT PDM Pasir Semut

Pada 24 Nov 2012,Sabtu PDM Pasir Semut bersama PUTERI dan PEMUDA UMNO Cawangan Pasir Gajah telah  mengadakan Simulasi IT yang melibat penggunaan IT bagi penyelarasan pengundian.PDM Pasir Semut mula menjalankan pengisian maklumat untuk Simulasi IT pada pukul 900 pagi yang mana Simulasi ini ketuai oleh Penyelaras IT iaitu Cik Norazlina Abdullah dengan dibantu oleh Cik Shakila,Cik Fatin,Cik Lina,Cik Rohani,Cik Ain dan Pn Marini serta tiga Pemuda iaitu Afza,Izam dan Zaini.

Turut memberi sokongan dalam program ini ialah SU PDM iaitu En Zaik dan Pengerusi JKKK Paman Pn Siti Mawartini,Ketua PDM Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Timbalan Ketua UMNO Pasir Gajah En Badrulhisyam Jusoh.Selain itu turut membuat tinjauan ialah YB DUN Air Puteh,Tn Hj Wan Abdul Hakim  bin Wan Mokhtar bersama APMT iaitu En Mohd Asri bin Abdullah.Program simulasi IT berakhir jam 1100 pagi dan kesemua penyelaras berhimpun di Pejabat UMNo Bahagian untuk sesi taklimat terakhir.PDM Pasir Semut mengucapkan BERBANYAK terima kasih kepada BARISAN PUTERI dan PEMUDA yang terlibat menjayakan program ini demi untuk membantu menjadikan negara ini sejahtera dan makmur dibawah pemerintahan yang mengambil CAKNA terhadap RAKYAT.

Isnin, November 19, 2012

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PDM PASIR SEMUT HADAPI PRU 13

 Ketua UMNO bersama Tn Hj Che Abd Rani
 SU memberi penerangan tentang persiapan PDM Pasir Semut
 Kalangan AJK Wanita yang hadir
 AJK mendapatkan maklumat dari Pemerhati Perhubungan UMNo Negeri
 APMT DUN Air Puteh turut hadir
Bergambar kenangan.....AJK PDM bersama Tn Hj Che Abd Rani

Pada 19 Nov 2012,Isnin jam 830 pagi,Pemeehati dari Perhubungan UMNO Terengganu ,Tn Hj Che Abd Rani telah mengadakan lawatan ke PDM Pasir Semut.Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua UMNo Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama AJK PDM.

Dalam lawatan pemantauan ini,beberapa perkara telah dibincangkan berkaitan persediaan PDM Pasir Semut menghadapi PRU13.Majlis selesai jam 10.00 pagi.

Sabtu, November 17, 2012

LAWATAN AJK JKKK PASIR GAJAH KE MEDAN INDONESIA

Pada 13 hingga 15 Nov 2012,seramai 14 orang AJK JKKK Pasir Gajah telah berpeluang untuk mengikuti rombongan ke Medan,Indonesia.Persiapan program lawatan ini telah diatur sejak 3 bulan yang lalu bagi membolehkan segala perjalanan program lawatan ini teratur dan tanpa apa-apa masalah.
Kami bertolak dari Pasir Gajah pada pukul 1100 malam dengan menaiki 3 buah kereta iaitu kereta Tn Hj Mohd Nor {Myvi},Kereta SU Zaik {Naza Citra} dan Kereta Bad { Proton Gen2}.Kami tiba di LTCC pada pukul 600 pagi,setelah memunggahkan beg dan mencari tempat letak kereta,kami menunaikan solat dan mandi di LTCC.SEtelah selesai membuat semakan di LTCC,kami menaiki kapalterbang untuk ke Medan jam 855 pagi dan tiba di Medan 45 minit kemudian.


HARI 01: LCCT – MEDAN – PARAPAT ( MT, MM )
Kami dikehendaki berkumpul sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berangkat. Setibanya di lapangan terbang Polonia Medan, kami disambut oleh Pak Ripin dan Pemandu pelancong kami iaitu Aris.Kami akan dibawa oleh perwakilan kami berangkat menuju Parapat. Sebelum itu, melawat sekitar Bandar Medan. Lawatan dimulakan ke Destinasi lawatan pertama iaitu Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun merupakan sebuah masjid yang terletak di Medan , Indonesia . Masjid ini dibina pada tahun1906 dan siap pada tahun 1909 . Pada awal penubuhannya, masjid ini menyatu dengan kompleks istana. Gaya seni binanya khas Timur Tengah ,India dan Sepanyol . Masjid ini berbentuk segi lapan dan memiliki sayap di bahagian selatan, timur, utara dan barat.
Destinasi kedua pula ialah Istana Maimun adalah salah satu daripada ikon kota Medan , Sumatera Utara , terletak di kelurahan Sukaraja, kecamatan Medan Maimun .Direka oleh arkitek Itali dan dibina oleh Sultan Deli , Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah pada 1888 , Istana Maimun mempunyai luas sebesar 2.772 m2 dan 30 bilik.Istana Maimun menjadi destinasi pelancongan bukan hanya kerana usianya yang tua, tetapi juga reka bentuk dalamannya yang unik, menggabungkan unsur-unsur warisan kebudayaan Melayu , dengan gaya Islam , Sepanyol , India dan Itali , namun sayang keadaanya kurang terurus sekarang. 
Singgah membeli belah di kerajinan Batik untuk membeli kain batiksarung dan sebagainnya. Perjalanan ke Parapat diteruskan selepas makan tengahari di Restoren Simpang Tiga. Dalam perjalanan singgah di  yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti Teng-Teng, Ting-Ting dll. Tiba di Parapat, dihantar ke hotel untuk istirahat.Jam 900 malam kami di bawa ke RM Istana di Parapat untuk menikmati makan malam.Selesai makan malam kami pulang semula ke Hotel untuk berehat bagi persediaan untuk program hari kedua..
HARI 02: PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – PARAPAT – BRASTAGI ( S, MT, MM )
Setelah sarapan pagi, daftar keluar hotel. Kami dibawa menaiki feri selama 45 minit untuk meneruskan lawatan ke Perkampungan orang-orang Batak yang di perkampungan Tomok. Di sini terdapat kuburan Raja Sidabutar. Lawatan diteruskan juga untuk melihat Muzium Orang Batak dengan bayaran 2000 rupiah.Kami juga sempat membeli belah disepanjang gerai di perkampungan ini.
Kembali semula ke Parapat untuk makan tenghari. Perjalanan diteruskan ke Brastagi. Dalam perjalanan singgah untuk bersolat memandangkan agak sukar mencari masjid memandangkan semua kampung di perjalanan ini hanya ada gereja sahaja.Kami bersolat di sebuah musolla kecil di Stesyen Minyak Pertamina .Kami berhenti di Brastagi untuk melihat dan membeli belah sambil menikmati buahan .
HARI 03:  MEDAN ( S, MT, MM )
Setelah sampai di MEDAN jam 900 malam,kami mendaftar masuk ke Hotel Garuda, Perjalanan ke Medan mengambil masa selama hampir 7 jam amatlah memenatkan.Sebelah malamnya kamii diberi peluang untuk menikmati makan malam secara sendirian .Pada paginya di Medan,kami, singgah di kedai penjualan pelbagai cenderamata dan pelbagai kedai Batik. Selepas makan tengahari, membeli belah di  Plaza Medan fair dan Sun Plaza. Kami mendaftar keluar dari hotel dan menuju ke Lapangan Terbang Polonia Medan jam 330 petang waktu MEDAN untuk berlepas pulang.Jam 555 petang  {jam 655 petang waktu Malaysia}kami menaiki kapalterbang untuk pulang dan tiba jam 755 malaml.
HARI 04:  – KUALA LUMPUR / LCCT ( S )
Setelah melalui pemeriksaan di LTCC,kami berangkat pulang melalui Kuala Lumpur untuk ke Kg Baru menikmati makan malam Nasi Lauk Ikan Singgang.Jam 1145 malam berangkat pulang dan tiba di Pasir Gajah jam 500 pagi hari Jumaat..


 Berkumpul di LTCC pada jam 700 pagi,setelah bertolak dari Pasir Gajah jam 1145 malam.Ahli rombongan menaiki tiga buah kereta.

 Menanti untuk membuat pemeriksaan kastan dipintu masuk balai berlepas Antarabangsa di LTCC.

 Berehat seketika setelah selesai pemeriksaan bording Pass oleh Polis dan pihak Air Asia.Menanti panggilan untuk menaiki kapalterbang di pintu masuk 4.

 AJK secara santai menikmati Facebook  sebelum menaiki kapalterbang jam 830 pagi.


 Tempat pertama yang dituju...Masjid Lama di Kota MEDAN.......penuh dengan ukiran di zaman Belanda

.
 Istana Maimun...Istana lama pemerintah zaman dahulu dari MEDAN



 Jamuan di Restoren Istana Tasik TOBA....... 
 Di tepi hotel di Tasik Toba......dingin dan sejuk


 Di Permakaman kaum Batak.....di Pulau Sumisir Tasik Toba.
 Perjalanan dengan bot ke Pulau Sumisir....30 minit sahaja dari Parapat,Tasik Toba
 Santai......menaiki bot semasa pulang
 Di kemuncak Gunung Toba......
 Di belakang ialah Tasik Toba dan Pulau Sumisir
 Minum pagi di Garuda Hotel MEDAN
 Semua ada.....di hadapan hotel penginapan
 Bersedia chek out......jam 100 tgh
 Mengangkat beg nak naik bas......ke lapangan terbang
 Aris {pemadu pelancong}  dan Bad.....
 Jamuan terakhir di MEDAN...RM Family
 Dalam kapalterbang......

Nak mendarat dah.....


Jumaat, November 02, 2012

JKKK PASIR GAJAH TERIMA HADIAH DI KKLW SEMPENA PERTANDINGAN DESA SEJAHTERA 2012

 Pengerusi JKKK teriam hadiah dari YB Menteri
 Sijil anugerah
 Mok cek RM10,000
 AJK yang hadir
 Nora,Chah,Edah dan Pok Pa.....
 Jalil dan Osman....Samsul dan Ibrahim{Harun}
 Di pentas......
 JKKK bersama Pengurus Besar KETENGAH...Tn Hj Wan Mat Amin
Pengerusi di meja VIP

Pada 1 Nov 2012 Khamis,AJK JKKK Pasir Gajah seramai 9  orang bersama 14 orang lagi dari pelbagai NGO Pasir Gajah telah ke Putrajaya dengan sebuah bas yang diperuntukkan khas oleh pihak KETENGAH.Rombongan Pasir Gajah yang bertolak jam 1200 malam telah tiba di Kuala Lumpur pada sebelah paginya dan selesai solat serta sarapan pagi telah ke bangunan KKLW di Putrajaya.

Pasir Gajah telah dinobatkan  sebagai kampung yang mewakili Terengganu dalam pertandingan menasang bendera sempena hari kemerdekaan ke 55 di bawah pertandingan Desa Sejahtera 2012.
Dalam pertandingan ini,Pasir Gajah merupakan antara kampung yang berada dalam TOP 5 untuk dinilai.

Pasir Gajah bersama beberapa kampung lain diseluruh negara telah dihargai oleh YB Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Dato Seri Mohd Shafie bin Afdal di Putra jaya yang mana pada hari ini diadakan majlis penyampaian hadiah.

Pasir Gajah telah dianugerahkan sebagai kampung yang berjaya dalam kategori augerah khas yang membawa pulang hadiah sebanyak RM10,000.Hadiah diterima oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh,Pengerusi JKKK Pasir Gajah.