Pada 2 Dis 2013,Isnin,Pasir Gajah dilanda banjir untuk tahun 2013 ini.Bermula hujan ebat pada 30 Nov dan 1 Dis yang berterusan,air mula membanjiri beberapa kawasan rendah di Pasir Gajah.
Harapan...
Isnin, Disember 02, 2013
40 ORANG WARGA PASIR GAJAH TURUT SERTA DALAM PROGRAM KETENGAH LAWAT KENYIR DAN KG BUKIT WAN
Pada 30 Nov 2013,Sabtu am 700 pagi,seramai 30 orang arga Pasir Gajah yang kebanyakannya terlibat dengan IKS bersama hampir 10 orang AJK JKKK/GDW telah di bawa melaeat leh pihak KETENGAH ke Kenyir dan juga ke Kampung Bukit Wan.
Sabtu, November 30, 2013
JK UMNO DAN JKKK PASIR GAJAH DALAM MAJLIS BERSAMA YB ADUN AIR PUTEH DI RESIDENT INN CHERATING
Suasana backdrop dalam dewan
AJK Wanita dan Puteri Pasir Gajah yang hadir
Salim,Afza,Zaik dan Harun..AJK UMNO Pasir Gajah
Mendengar ucapan YB ADUN
Bersama menikmai juadah
Pak Long Zahar,Saidi dan Salim.....
Zaik,Pok Pa,Pok Mat dan Hj Nor
AJK yang hadir
Pada 22 Nov 2013,Jumaat malam Sabtu,seramai 15 orang AJK dari JKKK dan UMNO Cawangan telah hadir dalam majlis bersama YB Adun Air Puteh Tn Hj Wan Abd Hakim bin Wan Mokhtar meraikan petugas Pilihanaya ke 13 di Resident Inn Cherating.
Dalam majlis tersebut,yang turut hadir ialah Tn Hj Mohd Nor,En Mustafa Muda,En Mat Zaik,En Ibrahim@Harun,En Mohd Saidi,En M Afzalizan,En Mohd Salim,En Mohamad bin Said,En Azhar A Rahman,Pn Nora Jusoh,Pn Habshah Ali,Pn Nor Zihan Abdullah,Pn Nor Zaidah Jusoh bersama tetamu khas En Ali bin Ismail.
Dalam majlis ini,En Ali bin Ismail telah merima cenderahati sebagai menghargai Jasa Bekas Ketua UMNO.Semua yang hadir kemudiannya menikmati hidangan jamuan makan malam.majlis selesai jam 1000 malam.
Selasa, November 26, 2013
PENGHAKIMAN KG GDW TERBAIK KETENGAH AKHIR DI PASIR GAJAH 2013.
Lagu Kampungku Pasir Gajah nyanyian Peserta Koir Anak Kampung
Panel hakim disambut oleh paluan kompang dan perarakan
Dif mengambil tempat
AJK dan jemputan bersama dalam majlis
Pengerusi GDW berucap
Panel hakim di bilik gerakan
Selesai majlis taklimat
Jamuan tengahari di Restoren Mazila
Tn Imam dan AJk GDW Pok Mat
Pn Nora,Pn Mida dan Tn Hj Mohd Nor
Pada 25 Nov 2013,Isnin bermula jam 1130 pagi,JK GDW bersama JKKK telah menyambut kehadiran 10 orang panel Hakim Penilai bagi pertandingan GDW KETENGAH terbaik 2013 .Panel hakim telah disambut dengan paluan kompang,arakan bunga manggar dan nyanyian Lagu Kampung semasa di Dewan Orang Ramai.Dalam majlis perasmian ini,GDW telah mengadakan majlis penyampaian hadiah UPSR terbaik 2012 dan 2013 serta hadiah Kebersihan dan Keceriaan kampung.
Selesai majlis perasmian,Panel Hakim telah di bawa ke bilik gerakan untuk mendengar taklimat tentang profil kampung ini yang disampaikan oleh Setiausaha GDW secara ringkas.Selesai taklimat,sesi soaljawan bermula dan berakhir dengan penyampaian cenderahati.Pihak Panel telah diketuai oleh En Wan Salwadi dan Pn Faraheeda dari KETENGAH manakala GDW oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama Timbalan Pengerusi GDW En Mustafa bin Muda.
Selesai majlis taklimat,panel hakim dibawa menjamu selesara di Kedai Makan Mazila dengan persiapan lauk kampung yang cukup istimewa iaitu gulai telur,ikan kerisi bakar,sayur air kulat,sambal,ulaman dan buah tembikai serta ayam goreng kering.Majlis selesai jam 300 petang.
Selasa, November 19, 2013
ANTARA AKTIVITI SEMASA KEM KECEMERLANGAN ANAK PELAJAR DESA LESTARI PASIR GAJAH DI INFRA BANGI SELANGOR 16-18 NOV 2013
Pada 16-18 Nov 2013,seramai 38 orang anak pelajar dari Desa Lestari Pasir Gajah
telah mengikuti Aktiviti Kecemerlangan Pelajar yang diurus khas oleh INFRA Bangi Selangor.Kepelbagaian aktiviti yang diadakan bakal membentuk motivasi ,sahsial dan disiplin pelajar ini bagi menyesuiaikan diri dengan Era Abad ke 21.
Setelah tiga hari berkampung di INFRA Bangi,maka pada jam 1145 malam 18 Nov,anak pelajar ini selamat kembali ke Desa Lestari pasir Gajah dengan disambut oleh ahli keluarga masing-masing.Terima kasih kepada 38 pelajar dan 2 pengiring kerana member kerjasama kepada JKKK Pasir Gajah menrealisasikan agenda Desa Lestari anjjuran KKLW.
Isnin, November 18, 2013
PERSEDIAAN RINGKAS ALK KOPERASI WARGA PASIR GAJAH UNTUK TAKLIMAT MADU KELULUT KEPADA KKLW
Slide Projek
ALK yang hadir
Setiausaha catatkan keputusan mesyuarat
Pengerusi KOWPAG mempengerusikan mesyuarat
Langgan:
Catatan (Atom)