Harapan...

Selasa, Februari 26, 2013

KETUA KAMPUNG AGIH BORANG BR1M REMAJA PASIR GAJAH

 Menunggu majlis bermula
 Puteri yang hadir
 Terima baucer dari Ketua UMNO
 Memanggil penerima.....
 Lagi penerima baucer
 SU bersama Pengerusi
 Bakar ayam
Menyampaikan ucapan

Pada 25 Feb 2013,Isnin malam Selasa,Pemuda UMNO Pasir Gajah telah mengadakan majlis penyerahan baucer BR1M kepada hampir 120 penerima di kalangan anak-anak muda Pasir Gajah.Turut tersenarai ialah penerima BR1M dari kalangan pemuda yang menyokong Parti Pembangkang.

Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh Pengerusi JKKK merangkap Ketua UMNO Cawangan Pasir Gajah di PDM Pasir Semut.Selain diadakan majlis enyerahan,turut disediakan jamuan ringkas dimana Pemuda Membakar Ayam dan makan mee goreng halus bersama air teh o panas.
Hadir sama ialah SU JKKK Pasir Gajah En Zaik,Timb Pengerusi UMNO Cawangan Saudara Badrulhiyam,Ketua PUTERI UMNO Cawangan Pn Asmida,AJK JKKK,AJK Pemuda,AJK PDM dan para penerima BR1M.

Majlis yang bermula jam 900 malam berakhir jam 1030 malam.

Isnin, Februari 25, 2013

JKKK PASIR GAJAH HADIR MAJLIS SEPETANG BERSAMA YAB MB DI MPK KEMAMAN


Pamplet program

Bersama YB dan YAB MB

Di hadapan Pentas....


Sijil dan Sumbangan wang RM 1000

Tn Hj Mohd Nor dan Cikgu Zaik



Osman dan Salim

Harun dan Osman
AJK JKKK Wanta Pn Mida dan Cik Pn Zaidah

Pada 25 Feb 2013,Isnin jam 2 Petang telah berlangsung majlis Sepetang YAB Menteri Besar Terengganu bersama JKKK Daerah Kemaman.Majlis yang berlangsung di MPK Kemaman ini telah dihadiri oleh JKKK seluruh Daerah Kemaman termasuk JKKK Pasir Gajah.

JKKK Pasir Gajah telah menerima Anugerah JKKK TErbaik Daerah Kemaman bagi Zon DUN Ayer Puteh bagi tahun 2012. Melalui anugerah ini,JKKK Pasir Gajah bakal menerima Sijil Penghargaan,sumbangan kewangan RM1000 dan 100 buah kerusi.Antara AJK JKKK Pasir Gajah yang hadir ialah Pengerusi Tn Hj Mohd Nor,SU Cikgu Zaik,Bendahari Harun,AJK Badrulhisyam Jusoh,Salim,Osman,Mida dan Zaidah.

Majlis berakhir pada jam 500 petang.


Rabu, Februari 20, 2013

KEHADIRAN PANEL PENILAI [PERTANDINGAN KEBERSIHAN TETAP DIALUKAN.....2013


Panel hakim ditemani AJk JKKK meninjau kebersihan kawasan pusara

Panel bergambar di hadapan rumah Jambi

Pada 20 Feb 2013,Rabu jam 915 pagi,seramai hampir 10 orang Panel Hakim Penilai Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Negeri Terengganu telah melakukan lawatan dan tinjauan untuk memberi markah kepada kesediaan kampung ini dalam pertandingan Kebersihan kampung 2013.

Walaupun dalam keadaan yang agak tidak ada persediaan akibat dari salahfaham maklumat dan kelewatan pemberitahuan ,persediaan yang dilakukan oleh JKKK pasir Gajah kali ini sememangnya agak tidak memberansangkan.Namun,penulis yang tidak dapat hadir bersama dalam majlis ini TABIK kepada 6 orang AJK JKKK yang begitu BERANI berhadapan dengan panel penilai.

Antara AJK yang hadir ialah En Osman Hitam,En Mohd Salim bin Abd hamid,Tn Hj Abbas bin Taib,Pn Nora Jusoh,Pn Zaidah Jusoh dan On Asmida bt Abd Rahman.Majlis berakhir jam 1100 pagi yang mana panel dibawa menikmati jamuan ringkas di Kedai pakpa.

KREW TV3 HADIR DI PASIR GAJAH UNTUK PROGRAM APA KHABAR ORANG KAMPUNG.


Banner Selamat Datang Krew TV3......

Perbincangan ...Pengurus Besar Ketengah bersama penduduk


Penggambaran bermula.....

Gede Bakar...pemilik Rumah Jambi ditemuramah

Penduduk yang hadir bersama kakitangan KETENGAH di rumah Jambi


Penggambaran di  tempat penetasan tuntung Pasir Gajah

Azwaliza ..pengacara TV3 melihat telur tuntung
Di hadapan Dewan....van krew TV3

Pada 16 hingga 18 Feb 2013,Kampung Pasir Gajah telah dikunjungi oleh KREW TV3 untuk program Apa Khabar Orang Kampung {AKOK} di bawah bimbingan KETENGAH.Krew TV3 mulakan penggambarannya di Rumah Jambi pada 16 Feb 2013 dengan kehadiran Tuan Pengurus Besar KETENGAH Tn Hj Wan Mat Amin Wan Daud.Pengacara terkenal TV3,Azwaliza atau Wawa hadir sama dalam program ini.

Selain dari program berkisar tentang Rumah Jambi dan Masjid Jambi,TV3 juga telah mengadakan penggambaran di tempat penetasan anak tuntung di rumah Saudara Wazil.Turut serta memberi kerjasama dalam program ini ialah Pengurus KETENGAH.

Pada sebelah malamnya,KREW TV3 telah mengadakan penggambaran di sunagi untuk melihat bagaimana tuntung bertelur.Pada 17 Feb 2013,disebelah paginya,pengggambaran bagaimana membuat Laksa Terengganu dan Kraftangan dari bahan terbuang surat khabar di rumah Zizun dan rumah Kak Ani.

Pada petangnya,Pertandingan memancing diadakan,namun ianya tidak dirakamkan  dan pada sebelah petangnya latihan motocros diadakan pula di atas bukit belakang Rumah Murah.Pada sebelah malamnya,KREW TV3 telah menunggu tuntung naik bertelur dari pukul 800 malam hingga jam 500 pagi...mujurlah seekor tuntung telah naik bertelur jam 2 pagi.

Pada 18 Feb 2013,krew AKOK TV3 telah mengadakan penggambaran terakhir di Pusat RTC Pasir Gajah dan di atas pejabat JKKK Pasir Gajah.Krew TV3 berangkat pulang jam 600 petang.Dimaklumkan rancangan ini akan disiarkan pada Jumaat 1 Mac 2013 jam 605 minit di TV3.

Ahad, Februari 17, 2013

PN ANETA DARI PEJ PENRANGAN KEMAMAN SAMPAIKAN HADIAH NGAIL DI PASIR GAJAH


Cari portlahhhh...nak ngail

Banner pertandingan pancing

En Mustafa...timb Pengerusi K1M Pasir Gajah hadir sama

Pn Neta dua dari kanan bersama AJK K1M 
Peseta mula ngail doh


Dapat hamper......Lan dari Rumah Murah

Mida sampaikan hamper

Samsul ...menyampaikan hamper

Johan ...dapat RM1000

N/Johan.....orang balai niiiiii

Ke tiga......

Pada 17 Fen 2013,Komuniti 1 Malaysia {K1M} Pasir Gajah bersama Seli pemilik kolam Jalan Mardi telah mengadakan pertandingan Ngail Ikan sempena kehadiran KREW TV3 untuk program AKOK di Pasir Gajah.Semaia 130 orang peserta dan orang ramai telah hadir untuk menyertai pertandingan ini yang bermula jam 3.00 petang hingga 500 petang.

Dalam pertandingan ini,hadiah utama yang ditawarkan ialah sebanyak RM1000.00.Turut hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pn Aneta  bt Ahmad dari Pejabat Penerangan Daear Kemaman.

Selain itu,hadir sama ialah Timbalan Pengerusi K1M pasir Gajah En Mustafa bin Muda bersama AJK yang terdiri dari En Samsul Hamid,En Badrulhisyam Jusoh,Pn Asmida,Pn Nora dan Pn Marinirma Maliki.Majlis berakhir jam 500 petang.

Sabtu, Februari 16, 2013

KURSUS KOMPUTER PERTAMA DI PUSAT RTC PASIR GAJAH BAGI TAHUN 2013

 En Wan dari KETENGAH penyampaikan ucapan
 Peserta kursus
 Suasana dalam Pusat Tranformasi Luarbandar Pasir Gajah

Peserta yang mendapatkan kursus 
 Komputer yang disediakan....
Dalam bilik RTC Pasir Gajah

Pada 16 Feb 2013,Sabtu,seraamai 10 orang peserta lepasan SPM dari anak kampung Pasir Gajah telah memulakan sesi kursus komputer yang pertama bagi tahun 2013.Kursus ini adalah merupakan kursus yang pertama selepas pusat e-komuniti Pasir Gajah dikenali sebagai Pusat Tranformasi Luarbandar {RTC} Wilayang KETENGAH bagi Zon pasir Gajah,Ibok dan Seberang Tayor.

Dalam majlis perasmian ringkas kursus ini,En Wan Suhardi dari Bahagian Kesejahteraan Rakyat telah memaklumkan tentang penubuhan RTC bagi pusat komputer di Pasir Gajah.Kursus yang berlangsung hari ini akan berakhir ada Isnin 18 Feb 2013.

Rabu, Februari 13, 2013

AJK PDM PASIR GAJAH DI MAJLIS TAKLIMAT BERSAMA YB DATO SERI HJ SHABERY DI UMNO BAHAGIAN KEMAMAN






PENDUDUK PASIR GAJAH JUGA TERIMA BRIM 2.0


Orang Ramai mula berkumpul












Orang Ramai memenuhi halaman dewan

Imam Hj Abbas bin Taib dari Pasir Gajah menunggu giliran

Petugas APMT dari DUN Air Puteh melayan Saudara Razali Omar menerima BRIM 2.0


YB ADUN bersama YB Parliem hadir dalam majlis bersama rakyat

Pada 11 Feb 2013,seramai lebih dari 100 orang penduduk Pasir Gajah telah bersama hadir ke Dewan Sivik Ayer Puteh untuk menerima pemberian wang BRIM 2.0 yang disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Kemaman,Dato Seri Hj Ahmad Shabery bin Cheek.Turut sama hadir ialah ADUN Ayer Puteh,YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bersama Senator Hjh Rohani binti Abdullah dan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman Saudara Rosli bin Ahmad.

Turut bersama penduduk Pasir Gajah ialah Pengerusi JKKK Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh bersama beberapa AJk JKKK Pasir Gajah.