Harapan...

Sabtu, April 27, 2013

AHLI PPK UNIT PASIR GAJAH HADIR KE MESYUARAT PPK KAWASAN KEMAMAN KALI KE 35/2013

 Tn Hj Mohd Nor,Cikgu Zaik dan Zakir dari Ibok
 Ahli yang hadir
 Pok Long Zahar...dari jauh
 Cikgu Shimah dari Bt 4
 Yang hadir duduk bawah khemah
Jalil Kg Laut Pasir Gajah turut hadir

Pada 27 April 2013,Sabtu bermula jam 830 pagi hingga jam 100 tengahari telah berlangsung Mesyuarat Agong PPK Kawasan Kemaman bertempat di Pejabat PPK Kawasan Kemaman yang baru.Beberapa orang ahli PPK dari Unit Pasir Gajah yang diketuai oleh Hj Othman bin Md Yusof telah hadir dalam majlis perasmian mesyuarat agong yang disempurnakan oleh Calon BN bagi Parlimen Kemaman Dato Sri Hj Ahmad Shabery bin Cheek.

Antara ahli PPK Kawasan Kemaman yang hadir ialah Tn Hj Mohd Nor,En Osman Hitam,En Cw Muda bin CW Su,En Razali bin Omar,En Abdullah Omar,En Zulkifli bin Muda,En Mat Zaik bin Mohd Yusof,Pn Noorhayati Md Soud,En Jalil bin Daud,En Kamarudzaman bin Abdullah,Hj Mohd Rani bin Yunus,Pn None bt Abdullah,En Azhar bin Abd Rahman dan beberapa orang lagi.



Jumaat, April 26, 2013

PELAJAR SM SRI KDU KOTA DAMANSARA MELAWAT TEMPAT TERNAK TUNTUNG DI PASIR GAJAH


Lencana SMK Damansara Utama

Pengerusi JKKK bersama Cik Cheng dan Madam
Pelajar KDU yang hadir
Menikmati juadah yang dihidangkan
Pelajar KDU bergambar kenangan bersama JKKK
 Berbual.....
 Di hadapan tempat penetasan
 Gembira bergambar di hadapan banner TCS
 Ingin berangkat pulang.....
 Bersalaman dengan isteri En Wazel....
Banyak informasi yang dikongsi

Anak tuntung..

Pada 26 April 2013,jam 400 petang Jumaat,En Wazel yang menjalankan projek penetasan anak tuntung di bawah bimbingan TSC telah mendapat pelawat yang terdiri dari pelajar KDU Kota Damansara seraamai hampir 30 orang.Kehadiran pelajar ini adalah di bawah seliaan Cik Chen yang sememangnya merupakan penggerak kepada program ternakan tuntung di Pasir Gajah.

Turut hadir menyambut kehadiran pelajar ini ialah Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,SU JKKK Cikgu Mat Zaik bin Mohd Yusof,Bendahari JKKK En Ibrahim bin A RAhman selain dari En Wazel serta ahli keluarganya.

Pelajar yang hadir ini berpeluang melihat sendiri anak tuntung yang baru menetas 5 hari lalu.Jelas terlihat kegembiraan pelajar ini untuk menyentuh anak tuntung yang kecil.Selain tu ahli rombongan turut dijamukan dengan makanan ringan seperti mee goreng,kerepok,bubur kacang,kueh-muh dan air sirap.Kenakalan anak Wazel juga turut mencuit hati pelajar ini.Lawatan ini berakhir jam 500 petang.

Rabu, April 24, 2013

POS BN KG HULU ADAKAN CERAMAH ISU SEMASA PRU13

 Ustaz Solehuddin ...penceramah jemputan
AJK yang hadir....
 Penceramah menyampaikan ceramah
 JK Keselamatan sentiasa ada....
 Hamir 40 orang hadir.....okaylah tuuu untuk ceramah Satelit
Menyampaikan ceramah

Pada 22 April 2013,Isnin malam Selasa,Pos BN Kg Huklu Pasir Gajah telah mengadakan ceramah isu semasa bagi penduduk kampung tersebut.Ceramah yang bermula jam 930 malam ini disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hj Solehuddin Hj Ramlee yang turut dihadiri oleh Timbalan JK Penerangan PDM Pasir Semut,En Mohamad Saidi bin Abd Ghani.

Majlis yang dipengerusikan oleh SU UMNO PDM Pasir Semut ini dihadiri oleh kira-kira hampir 30 hingga 40 orang pendengar.Majlis berakhir jam 1100 malam.

PEGAWAI DARI KKLW TINJAU JKKK DAN KOPERASI PASIR GAJAH UNTUK DESA LESTARI 2013


 Pegawai dari KKLW mendengar taklimat yang disampaikan
 AJK yang hadir
Pengerusi JKKK menyampaikan ucapan aluan
 En Saidi memberi taklimat projek
 SU JKKK bersama ajk
 AJK KOWPAG yang hadir
 En Sarwadi mencatat sesuatu
 AJK mendengar penerangan yang disampaikan
Pegawai KKLW membuat rumusan dari perjumpaan ini

Pada 24 April 2013,jam 230 petang,Rabu bertempat di Bilik Gerakan JKKK Pasir Gajah,4 orang pegawai mewakili KKLW telah hadir untuk bersama jawatankuasa JKKK dan JK Koperasi Warga Pasir Gajah {KOWPAG} bagi meninjau peluang Pasir Gajah dalam penerimaan peruntukan bagi Program Desa Lestari 2013.

Kampung Pasir Gajah yang telah dicadangkan pihak KETENGAH merupakan salah sebuah kampung yang disenaraikan dalam program Desa Lestari.Dalam majlis perjumpaan muhibbah ini,turt hadir bersama ialah Pengerusi JKKK pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,SU JKKK En Mat Zaik bin Mohd Yusof,Pengerusi KOWPAG En Mohamad Saidi bin Abd Ghani serta AJk JKKK dan AJK KOWPAG.

Pihak KETENGAH pula diwakili oleh En Sawardi manakala pegawai dari KKLW pula ialah En Sofian,En Mokhtar,En Haris dan seorang pegawai dari SIRIM.Dalam ucapan aluan,Pengersi JKKK telah memberi penerangan mengenai infrastruktur sosial,ekonomi dan pembangunan kampung,manakala En Mohd Saidi pula menyampaikan taklimak mengenai perancangan KOWPAG bagi mewujudkan pelan jangka pendek,sederhana dan panjang untuk peruntukan yang disediakan dalam Program Desa Lestari ini.

Dirumuskan,beberapa persetujuan telah dicapai dan satu kertas kerja yang akan dimurnikan akan dihantar kepada pihak KETENGAH dan KKLW.Majlis berakhir jam 430 petang. 

Sabtu, April 20, 2013

UMNO PASIR GAJAH TURUT SERTA DALAM PERARAKAN CALON MENYOKONG BN DI MPK UNTUK PRU13

 Ketua UMNO Pasir Gajah bersama anak buah...
 Menanti untuk ikut berarak dekat Pejabat Penerangan
 Dah sampai dah...ramainya.....
 Calon BN ada kat dalam tuuuuu

 Sampai ke penghujung...dekat MPK
 Anak muda BN Pasir Gajah
 Bawa sepandok ...bawa bendera
 JK Keselamatan Pasir Gajah
 Saudara Mohd Nor Kg Hulu ikut serta
 AJK UMNO Pasir Gajah...bincang lagi tuuuu
 Menanti keputusan diumumkan
 Menunggu .....depan MPK
Berehat di bawah pokok......Hidup BN....

Pada 20 April 2013,Sabtu jam 800 pagi,UMNO Pasir Gajah turut serta menghantar wakil penduduk dari kalangan Veteran,Wanita,Puteri dan Pemuda untuk turut serta menyertai perarakan penamaan calon di MPK Kemaman.

Sebanyak 7 buah kereta diperuntukkan untuk UMNo Pasir Gajah yang akan bersama berarak mengiringi calon ke pusat penamaan calon.Bertolak jam 730 pagi dan ada sebahagiannya terus ke Bangunan UMNO Bahagian Kemaman dan sebahagian lagi menanti di persimpangan jalan.

Penulis melihat keramaian orang yang berpakaian biru mengiringi perarakan ini dengan laungan semangat dan nyanyian semangat untuk memberi sokongan kepada semua calon BN yang bertanding.

Antara wakil penduduk Pasir Gajah yang hadir ialah Tn Hj Mohd Nor Jusoh Ketua UMNO,En Mat Zaik SU UMNO,En Badrulhisyam Timbalan Ketua,En Samsul Ketua Pemuda,En Jalil,En Mat Jen,En Mohd Zin Pok Teh,En Padil Pemuda,En Zulkifli,En Din,En Mat Ludin,En Rofie,En Osman Hitam,En Ismail Ghani,En Mohd Said Bt10,Kamal Bt10,En Aduka dan En Wazil Kg Hulu,En Azhar Poklong,En Mohd Nor Kg Hulu,4 orang geng belia dan beberapa orang lagi yang penulis tak tulis di sini.

Setelah diumumkan nama calon yang bertanding jam 1020 pagi,penulis bersama rombongan lain mula berangkat pulang ke Pasir Gajah dengan semangat untuk MEMULAKAN GERAKERJA DEMI MEMASTIKAN KEJAYAAN BN MENERAJUI PEMERINTAHAN NEGARA YANG TERCINTA INI.......

Jumaat, April 19, 2013

BELIA PASIR GAJAH ANJUR MOTOCROSS TERTUTUP KEMAMAN SEBAGAI ACARA TAHUNAN

Iklan pertandingan
Ramainya penonton
Pertandingan nak dimulakan
Laluan ke tempat pertandingan
Piala Pusingan
Peserta motocross 250 cc bersedia
Penonton menanti peserta menghidupkan enjin
Bermula......
Sudah sampai ke penamatnya.....
 Juara Basikal cross
 Juara junior cub cross
 Juara Cubcross
 Hadiah untuk motocross 250 cc
Banner pertandingan

Pada 19 April 2013,bertempat di Gelanggang Motocross Pasir Gajah di Kg Laut telah berlangsung pertandingan motocross anjuran Belia Pasir Gajah bersama Club Copong Motocross Kemaman.Pertandingan yang dijadikan acara tahunan di Pasir Gajah ini membarisi kategori pertandingan Junior Cub Cross,moto cubcross,motocross dan basikal cross.

Seramai 27 peserta untuk cubcross dan 30 peserta untuk motocross telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung dari jam 900 pagi hingga jam 630 petang.Cuaca yang lembap dengan hujan renyai disebelah petang telah memeriahkan lagi pertandingan ini apabila track menjadi becak dan derungan enjin moto menjadikan suasana pertandingan begitu menjadi sekali.

Pertandingan akhir motocross ber cc besar 250 mengakhiri pertandingan pada jam 630 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang yang disampaikan oleh Saudara Barulhisyam Jusoh,Ketua Belia Pasir Gajah,En Samsul hamid Ketua Pemuda UMNO Pasir Gajah dan En Mat Zaik bin Mohd Yusof  SU JKKK Pasir Gajah.