Pendaftaran ahli
Ahli UMNo memenuhi dewan
Ucapan Tn Hj Mohd Nor
Ucapan Dato Hj Harun bin Hassan
Jamuan
Jamuan di meja VIP
Selesai tugas key in kedatangan
PEMUDA...juru gambar
Ahli Wanita UMNo
Juru gambar PEMUDA
Pada 15 dan 16 Ogos 2013,Khamis dan Jumaat,UMNO Cawangan Pasir Gajah telha mengadakan persidangan Agong kali ke 25 yang bermula dengan persidangan sayap-sayap parti iaitu wanita,puteri dan pemuda UMNO.
Pada 16 Ogos,kemuncak persidangan ialah Persidangan UMNO Cawangan Pasir Gajah kali ke 25 yang telah dihadiri oleh wakil JK UMNO Bahagian Kemaman iaitu Dato Hj Harun bin Hassan. Dalam majlis ini yang bermula jam 345 petang,seramai 124 orang ahli telah hadir yang melayakkan mesyuarat ini dijalankan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Setiausaha UMNO Cawangan Saudara Mat Zaik bagi mengambil alih tugas pengerusi tetap yang tidak dapat hadir.Dalam pemilihan jawatankuasa yang baru ini,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh sekali lagi dipilih untuk menerajui UMNo Cawangan Pasir Gajah berganding bahu dengan En Mustafa bin Muda sebagai Timbalan ketua.
Bagi jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tetap,En Azhar bin Abd Rahman dan Saudara Mohd Nazri bin Othman dipilih untuk jawatan ini.Bagi pemeriksa kira-kira pula Tn Hj Jantan bin Mohamad dan En Mohd Nor bin Ismail dipilih memegang jawatan ini.
Bagi pemilihan jawatankuasa pula,seramai 15 orang telah dipilih dalam mesyuarat ini antaranya ialah Saudara Badrul,Saudara Jalil Daud,Saudara Ibrahim A Rahman,Tg Jabar Tg Hj Mahmud,Saudara Razino,Saudara Mat Zaik,Saudara Norsafuldin,Pn Nora Jusoh,Saudara Azmi Sidek,Pn Norzaidah Jusoh,Pn Norhayati Mohd Soud,Cik Nor Fatin dan beberapa nama lagi .Majlis berakhir jam 445 petang dengan jamuan nasi dagang.