Harapan...

Isnin, September 30, 2013

4 WAKIL JKKK PASIR GAJAH HADIR MAJLIS RAMAH MESRA DENGAN YB MENTERI KKLW

 pamplet jemputan
 Pengerusi JKKK berasam Pok Pa
 Bendahari,SU dan Pengerusi JKKK
 Baca pamplet program dulu....
 Suasana dalam Dewan Wisma Darul Iman KT
 Menanti waktu untuk jamu selera
 YB Menteri KKLW dah tiba
 Nak makan dah niiiiii
YB Menteri berucap
Pada 29 Sept 2013,Ahad malam isnin jam 800 malam bertempat di Dewan utama bangunan Wisma Darul Imam telah berlangsung majlis Ramah Mesra YB Menteri KKLW bersama JKKK seluruh negeri Terengganu.Pasir Gajah diwakili oleh 4 orang iaitu Tn Hj Mohd Nor,En Mustafa,En Ibrahim dan En Mat Zaik hadir dalam majlis tersebut bersama wakil JKKK lain.

Majlis dimulakan dengan kehadrian YB Menteri bersama YAB MB serta dif ternama dan diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku dan  1Malaysia,selesai doa,majlis makan malam dimulakan dengan diiringi oleh nyanyian oleh penyanyi jemputan.

Selesai makan,diikuti oleh ucapan YAB MB serta ucapan YB Menteri KKLW YB Tn Hj Mohd Shafie bin Hj Afdal.Dalam ucapannya menyentuh tentang perlunya kesepaduan JKKK serta  UMNO mempertahankan pemerintahan negara serta hasrat YB Menteri untuk mempertahankan kedudukan beliau dalam UMNO.Majlis selesai jam 1100 malam dan bertolak pulang serta sampai di Pasir Gajah pada jam 145 malam.


Jumaat, September 27, 2013

YB HAKIM RASMIKAN PROGRAM TIBI ANJURAN JABATAN KESIHATAN BERSAMA JKKK PASIR GAJAH

 Dif di pentas utama
 Berdiri menyanyikan lagu NEGARAKU
 Pasukan KOIR Jabatan Kesihatan
 Penduduk yang hadir
 Menerima VEST
 YB menyampaikan vest
 VEST Rakan TIBI
 Penyampaian sijil perhargaan
YB melawat Booth

Pada 27 Sept 2013,Jumaat jam 1100 pagi,YB Tn Hj Wan Abd Hakim ADUN Air Puteh telah hadir merasmikan Kampung Angkat TIBI Pasir Gajah yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Kemaman bersama JKKK Pasir Gajah.

Dalam majlis ini,seramai 30 orang RAKAN TIBI yang telah menjalani kursus mengesan penduduk berpenyakit TIBI telah diberikan Vest dan sijil penyertaan.Selain itu,YB turut meluangkan masa melawat both pameran milik Jabanatn Kesihatan sebelum menikmati makanan tenhari bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Terengganu,ADO Kemaman En Saiful dan Ketua Kampung Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor.

Majlis selesai jam 145 tengahari dengan pengunjung membawa pulang berbagai hadiah cabutan bertuah dan hadiah kuiz di setiap booth.JKKK Pasir Gajah merakamkan berbanyak terima kasih atas sambutan yang berikan oleh orang ramai.

SENAMROBIK PENDUDUK BERSAMA JABATAN KESIHATAN DAPAT SAMBUTAN

 Peserta mengambil tempat
 Memulakan langkah
 Veretan pun ikut serta
 Kanak-kanak sekolah pun ada
 Bersama bersenamrobik
 PUTERI dan wanita ikut serta
 Instrukter sedang menggayakan senaman
 Pok Pa dan Hj Nor antara yang hadir
 Aksi wanita
 Bersama menggerakkan badan....
 Bersama moskot KUMAN TIBI
 Peserta wanita bersama Moskot TIBI
Peserta Dari SKPG

Pada 27 Sept 2013,Jumaat jam 800 pagi,bertempat di Astakan pasir Gajah telah diadakan Senamrobik sempena Program Kampung Angkat TIBI Pasir Gajah.Program yang melibatkan semua golongan ini dimulakan oleh Instruktor Senamrobik dari Jabatan Kesihatan yang turut disertai oleh hampir 100 orang peserta.

Peserta yang menyertai ialah dari Pasir Gajah,dari SK Pasir Gajah,dari Pejabat Kesihatan,veteran,Rakan TIBI,dari JKKK serta penduduk yang berdekatan.Program senamrobik ini ditambah menarik pula dengan kehadiran moskot kuman TIBI yang menarik perhatian kanak-kanak.Senamrobik berakhir jam 900 pagi.

GOTONG ROYONG BERSIH KAWASAN LUAR DEWAN UNTUK PROGRAM TIBI

 Membaiki pagar
 Membakar sampah
 Buang pagar lama
 Ganti pagar baru
 Api marak nyala
 Selesai membersihkan sampah
SU JKKK bersama RELA yang hadir

Pada 22 Sept 2013,Jumaat jam 900 pagi,beberapa orang AJK JKKK bersama anggota RELA Pasir Gajah telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan luar dewan orang ramai untuk persediaakn Program Kampung Angkat TIBI Pasir Gajah pada 27 Sept nanti.

Antara kerja yang dilakukan ialah pembersihan sampah di kawasan hadapan dewan,membaiki pagar yang roboh,membakar sisa sampah yang ada,memotong rumput dan membersihkan longkang.
Turut hadir ialah Ketua Kampung dan SU JKKK serta Ketua RELA Pasir Gajah.


FUTSAL PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2013 MERIAH DENGAN KEHADIRAN YB HJ WAN ABD HAKIM

Ketua PEMUDA Sdr Samsul {kiri} bersama YB
Pemain yang ada...
Bendaharai  dan Pengerusi JKKK hadir sama
Antara perlawanan yang ditonton oleh YB
Pasukan  FUTSAL
Pasukan FUTSAL Pej  DUN
Pasukan FUTSAL

Pada 22 Sept 2013 Jumaat bermula jam 800 pagi,PEMUDA UMNO Cawangan Pasir Gajah bersama PUTERI telah mengadakan pertandingan FUTSAL yang melinatkan pasukan dari pemuda dan Puteri kampung Pasir Gajah.Pertandingan yang pertama kali diadakan ini adalah untuk merapatkan perhubungan PEMUDA dan PUTERI bersama JK UMNO PEMUDA dan PUTERI serta hubungan dengan pertadbiran kampung.

Turut hadir memberikan sokongan dalam program ini ialah YB Tn Hj Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar,yang turut melihat beberapa perlawanan yang diadakan.Selain itu,pertandingan ini juga bertujuan mendaftar keahlian UMNo dari kalangan PEMUDA dan PUTERI bagi memastikan PEMUDA dan PUTERI UMNo sentiasa bersama BN dalam pilihanraya ke 14 nanti.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenangnya pula disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,KETUA UMNO Cawangan Pasir Gajah.

Sabtu, September 21, 2013

PROGRAM PELEPASAN TUNTUNG 2013 DI SUNGAI KG LAUT PASIR GAJAH MERIAH

 274 ekor anak tuntung 
 Banner program
 Pengunjung yang hadir
 Melihat anak tuntung
 Mengambil tempat memulakan program
 Dif jemputan yang hadir
 YM Tg Jabbar...wakil JKKK menyampaikan ucapan
 Cik Chen......dari Persatuan Tuntung Malaysia
 Perasmian oleh En Azhan Razak..Peg Perhilitan Kemaman
 Penyampaian sijil penghargaan
 Geng Tuntung...Dolah terima sijil
 Orang kampung yang hadir
 Melepaskan tuntung..Pn Zainabon dari JASA Kemaman bersama dif 
 AJK JKKK dan GDW bersama Cik Chen
 Bergambar beramai-ramai
 Suasana di tepi sungai

Gen Tuntung bersama SU JKKK dan Cik Chen
Jamuan Ringan

Pada 22 Sept 2013,Sabtu jam 400 petang,JKKK bersama Geng Tuntung dan Persatuan Pemuliharaan Tuntung Terengganu telah mengadakan majlis Pelepasan 274 ekor anak tuntung di Sungai Kampung Laut Pasir Gajah.

Seramai hampir 100 orang pengunjung telah turut serta dalam program ini yang mana ianya telah dirasmikan oleh Pegawai Perhilitan Kemaman En Azhan bin Abd Razak.Dalam majlis ini,JKKK dan Geng Tuntung telah diberi sijil penghargaan atas usaha memajukan pemeliharaan tuntung yang bermula pada tahun 2011 lagi.