Harapan...

Sabtu, November 30, 2013

JK UMNO DAN JKKK PASIR GAJAH DALAM MAJLIS BERSAMA YB ADUN AIR PUTEH DI RESIDENT INN CHERATING

 Suasana backdrop dalam dewan
 AJK Wanita dan Puteri Pasir Gajah yang hadir
 Salim,Afza,Zaik dan Harun..AJK UMNO Pasir Gajah
 Mendengar ucapan YB ADUN
 Bersama  menikmai juadah
 Pak Long Zahar,Saidi dan Salim.....
 Zaik,Pok Pa,Pok Mat dan Hj Nor
AJK yang hadir

Pada 22 Nov 2013,Jumaat malam Sabtu,seramai 15 orang AJK dari JKKK dan UMNO Cawangan telah hadir dalam majlis bersama YB Adun Air Puteh Tn Hj Wan Abd Hakim bin Wan Mokhtar meraikan petugas Pilihanaya ke 13 di Resident Inn Cherating.

Dalam majlis tersebut,yang turut hadir ialah Tn Hj Mohd Nor,En Mustafa Muda,En Mat Zaik,En Ibrahim@Harun,En Mohd Saidi,En M Afzalizan,En Mohd Salim,En Mohamad bin Said,En Azhar A Rahman,Pn Nora Jusoh,Pn Habshah Ali,Pn Nor Zihan Abdullah,Pn Nor Zaidah Jusoh bersama tetamu khas En Ali bin Ismail.

Dalam majlis ini,En Ali bin Ismail telah merima cenderahati sebagai menghargai Jasa Bekas Ketua UMNO.Semua yang hadir kemudiannya menikmati hidangan jamuan makan malam.majlis selesai jam 1000 malam.

Selasa, November 26, 2013

PENGHAKIMAN KG GDW TERBAIK KETENGAH AKHIR DI PASIR GAJAH 2013.


Lagu Kampungku Pasir Gajah nyanyian Peserta Koir Anak Kampung
Panel hakim disambut oleh paluan kompang dan perarakan
Dif mengambil tempat
AJK dan jemputan bersama dalam majlis
Pengerusi GDW berucap

 Panel hakim di bilik gerakan

 Selesai majlis taklimat
 Jamuan tengahari di Restoren Mazila
 Tn Imam dan AJk GDW Pok Mat
Pn Nora,Pn Mida dan Tn Hj Mohd Nor

Pada 25 Nov 2013,Isnin bermula jam 1130 pagi,JK GDW bersama JKKK telah menyambut kehadiran 10 orang panel Hakim Penilai bagi pertandingan GDW KETENGAH terbaik 2013 .Panel hakim telah disambut dengan paluan kompang,arakan bunga manggar dan nyanyian Lagu Kampung semasa di Dewan Orang Ramai.Dalam majlis perasmian ini,GDW telah mengadakan majlis penyampaian hadiah UPSR terbaik 2012 dan 2013 serta hadiah Kebersihan dan Keceriaan kampung.

Selesai majlis perasmian,Panel Hakim telah di bawa ke bilik gerakan untuk mendengar taklimat tentang profil kampung ini yang disampaikan oleh Setiausaha GDW secara ringkas.Selesai taklimat,sesi soaljawan bermula dan berakhir dengan penyampaian cenderahati.Pihak Panel telah diketuai oleh En Wan Salwadi dan Pn Faraheeda dari KETENGAH manakala GDW oleh Tn Hj Mohd Nor Jusoh bersama Timbalan Pengerusi GDW En Mustafa bin Muda.

Selesai majlis taklimat,panel hakim dibawa menjamu selesara di Kedai Makan Mazila dengan persiapan lauk kampung yang cukup istimewa iaitu gulai telur,ikan kerisi bakar,sayur air kulat,sambal,ulaman dan buah tembikai serta ayam goreng kering.Majlis selesai jam 300 petang. 

Selasa, November 19, 2013

ANTARA AKTIVITI SEMASA KEM KECEMERLANGAN ANAK PELAJAR DESA LESTARI PASIR GAJAH DI INFRA BANGI SELANGOR 16-18 NOV 2013

 

 
 
 
 
 

 

 



Pada 16-18 Nov 2013,seramai 38 orang anak pelajar dari Desa Lestari Pasir Gajah
 telah mengikuti Aktiviti Kecemerlangan Pelajar yang diurus khas oleh INFRA Bangi Selangor.Kepelbagaian aktiviti yang diadakan bakal membentuk motivasi ,sahsial dan disiplin pelajar ini bagi menyesuiaikan diri dengan Era Abad ke 21.

Setelah tiga hari berkampung di INFRA Bangi,maka pada jam 1145 malam 18 Nov,anak pelajar ini selamat kembali ke Desa Lestari pasir Gajah dengan disambut oleh ahli keluarga masing-masing.Terima kasih kepada 38 pelajar dan 2 pengiring kerana member kerjasama kepada JKKK Pasir Gajah menrealisasikan agenda Desa Lestari anjjuran KKLW.


Isnin, November 18, 2013

PERSEDIAAN RINGKAS ALK KOPERASI WARGA PASIR GAJAH UNTUK TAKLIMAT MADU KELULUT KEPADA KKLW













Slide Projek
ALK yang hadir
Setiausaha catatkan keputusan mesyuarat
Pengerusi KOWPAG mempengerusikan mesyuarat

Pada 17 Nov 2013,KOWPAG {Koperasi Pasir Gajah} telah mengadakan persediaan ringkas serta mesyuarat persediaan untuk membentangkan kesediaan Pasir Gajah menerima Projek Madu Kelulut yang bakal diumumkan kelulusannya oleh wakil Pegawai dari KKLW pada 18 Nov 2013.

PEGAWAI DARI KKLW DAN KETENGAH MENGUNJUNGI ALK KOPERASI PASIR GAJAH UNTUK PROJEK MADU KELULUT DI BAWAH PROGRAM DESA LESTARI ABAD KE 21

 SU Koperasi,En Muzairi  Abd Rahim membentangkan slide profil
 En Zul {Kiri} bersama Peg.SKM dan Pengurus Kesejahteraan Rakyat KETENGAH
 Pn Nabila {kiri} bersama En Wan Salwadi
 Peserta kursus Kelulut {berbaju oren}
Lagi peserta kursus
 Pn Nabilah...dari KKLW
 Pengerusi KOWPAG {Kiri} bersama SU JKKK
 Pegawai pemantau dari agensi dan jabatan
Tn Hj Sidek dari Pengurus KR,KETENGAH
 Pengerusi KOWPAG memberi taklimat tentang lokasi
 En Wan Salwadi turut memperjelaskan sesuatu tentang lokasi
 Pn Nabilah bersama memantau lokasi
 Sebahagian yang hadir di lokasi
 Jamuan tengahari
Jamuan selesai

Pada 18 Nov 2013,Isnin jam 1000 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat JKKK Pasir Gajah telah berlangsung pertemuan diantara Pegawai KKLW dan KETENGAH  bersama ALK Koperasi Pasir Gajah dan JKKK Pasir Gajah bagi memaklumkan dan membincangkan Projek Madu Kelulut di bawah Program Desa Lestari Abad ke 21.

Dalam pertemuan ini,KKLW telah diwakili oleh Pn Nabilah bersama En Zulkifli manakala KETENGAH pula diwakili oleh Pengurus Bahagian Kesejahteraan Rakyat Tn Hj Sidek bersama En Wan Salwadi.Manakala Koperasi pula diketuai oleh En Mohd Saidi bersama ALK serta Pengerusi JKKK Tn Hj Mohd Nor bersama SU JKKK En Mat Zaik  serta Pegawai dari SKM Kemaman bersama hampir 20 orang peserta kursus Madu Kelulut.

Dalam pertemuan ini,turut diumumkan ialah kelulusan sebanyak 100 sarang kelulut untuk dibiak serta persediaan lain seperti pembinaan pagar,bangunan dan peralatan untuk pemprosesan madu kelulut.

Selain itu,pihak koperasi juga turut membawa pegawai KKLW memantau tempat yang dicadangkan penternakan madu kululut dijalankan iaitu di kawasan Tanah Belia Cengal Rendang seluas 20 ekar.
Selesai lawatan,jamuan ringkas diadakan di Kedai Mazila Pasir Gajah.