Harapan...

Selasa, Ogos 05, 2014

JAMUAN RAYA: 7 NGO BERGABUNG BERSAMA JKKK UNTUK JAYAKAN PROGRAM MEGA KAMPUNG

Pengerusi JKKK mempengerusikan mesyuarat
AJK NGO yang hadir
Berbincang mengenai tarikh dan menu
Mendengar pembentangan kewangan oleh bendahari
AJK NGO wanita
Timb Peng JKKK dan Ketua UMNO Cawangan
Mencatat keputusan mesyuarat

Pada 4 Ogos 2014,JKKK Pasir Gajah telah mengambil pendekatan bekerjabersama untuk perpaduan dan persaudaraan dalam usaha untuk mengadakan Program jamuan Hariraya Mega 2014.Dalam hal ini,JKKK Pasir Gajah telha mengadakan mesyuarat permulaan bagi menentukan tarikh dan persediaan menjayakan majlis tahunan tersebut.

Selain itu,pada tahun ini JKKK telah mengambil persetujuan untuk menggabungkan beberapa NGO untuk bersama mengadakan majlis jamuan raya untuk masyarakat kampung Pasir Gajah.Untuk itu,dalam mesyuarat ini gabungan  beberapa NGO telah hadir bersama iaitu UMNO di wakili oleh Ketua UMNo Cawangan Pasir Gajah Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,KRT oleh bendahari dan Setiausaha iaitu Pn Rahimah dan Pn Noorhayati,KOWPAG oleh Pengerusinya En Mohd Saidi dan bendaharo En Azhar A Rahman,JK Masjid Pasir Gajah  dan K1M oleh Pengerusinya En Mustafa bin Muda,Persatuan Ibu Tunggal oleh Pn Zaidah Jusoh,JK Masjid Jambi oleh Pn Noorhayati dan AJK JKKK serta GDW .Turut bersama ilaha SU JKKK En Badrulhisyam Jusoh dan Bendahari JKKK En Ibrahim@Harun b A Rahman.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cikgu Zaik selaku Pengerusi JKKK dan GDW Pasir Gajah.Dalam mesyuarat ini,kata putus telah dibuat dan menu bagi majlis ini juga telah dipersetuju dengan NGO yang terlibat memberikan sumbangan dalam kewangan bagi perbelanjaan program ini.
Program ini diputuskan akan diadakan pada 16 Ogos 2014 Sabtu di Dewan orang Ramai Pasir Gajah bermula jam 2 petang hingga 5 petang.Orang ramai/ penduduk Pasir Gajah semuanya  dijemput hadir.Mesyuarat yang bermula jam 920 malam berakhir jam 1100 malam.