Harapan...

Sabtu, Januari 10, 2009

LAWATAN KE CHINA

Melepak di Lapangan Terbang Beijing...menunggu nak naik kapal terbang
Bergambar di hadapan Tembok Besar China

Bergambar di Medan Teinmen...cuaca ya amat sejuk.....

JKKK PASIR GAJAH KE BEIJING, CHINA
Tanggal 21 hingga 25 Januari 2008 menjadi satu sejarah buat JKKK Pasir Gajah apabila seramai 15 orang AJK JKKK bersama 10 orang Pegawai Dari Pejabat Daerah Kemaman telah berpeluang melawat ke Negara China dalam ertikata lawatan sambil belajar.

Lawatan ini merupakan pembiayaan kerajaan Neger Terengganu apabila Kampung Pasir Gajah telah memenangi Johan Peringkat Negeri Pertandingan Anugerah Desa Cemerlamg 2007.Lawatan yang diketuai oleh Tn Hj Harun,ADO Kemaman berlepas ke China jam 8.30 pagi dan tiba di Beijing 330 petang waktu Beijing.


Kedaan cuaca yang sejuk mencecah -5 C tidak menghalang rombongan ini melawat tempat bersejarah seperti Tembok Besar Negeri China,Medan Teinmen,dan Istana Larangan disamping berpeluang melihat sendiri Stadium Olimpik China serta sempat juga membeli belah.

Rombongan ini berlepas pulang pada hari Khamis 25 Jan 2008 dan tiba di Kuala Lumpur Jam 9.00 malam.Kami berlepas pulang menaiki bas SUK Terengganu dan tiba di Kemaman jam 6.55 pagi Jumaat.Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh mewakili semua ahli rombongan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Terengganu.

Isnin, Januari 05, 2009

BERPINDAH BANJIR GELOMBANG KEDUA

AJK Memasak iaitu Pn.Asmida,Pn Marini,Pn Habsah dan Pn Nora menyediakan makanan kepada penduduk yang berpindah

Pengerusi JKKK berbual dengan penduduk yang berpindah

PENDUDUK BERPINDAH KERANA BANJIR

Banjir Gelombang kedua pada Ahad,4 Januari 2009 menyebabkan 10 keluarga telah berpindah ke pusat perpindahan di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah.Keluarga tersebut mula berpindah pada pukul 5.00 petang apabila air semakin naik.

Antara keluarga yang berpindah di Dewan Orang Ramai ialah keluarga Ibrahim bin Ahmad seramai 5 orang,Keluarga Mohd Rawi bin Abdullah seramai 5 oang,Keluarga Sidek bin Mat Aris seramai 6 orang,Pak Him ,Shamsuddin dan Keluarga Pak Bilal Masjid iaitu Keluarga Hj Ibrahim @ Mohamad.Manakala yang berpindah ke rumah saudara ialah keluarga Tg Jabbar,Keluarga Tn Hj Yusof Kamaruddin dan Keluarga Saaamah .


Mangsa diberi bantuan berupa selimut,tikar dan kain serta makan nasi yang dimasak oleh AJK Banjir yang bertugas.Turut hadir meninjau penduduk berpindah ialah OCS Balai Polis Pasir Gajah,Sjn Omar bin Othman dan Setiausaha JKKK En.Mat Zaik bin Mohd Yusof serta beberapa AJK JKKK seperti En.Mohd Salim bin Hamid,En.Ibrahim bin A Rahman dan En.Abbas bin Taib.

Ahad, Januari 04, 2009

BANJIR GELOMBANG KEDUA

Jalan Pintasan Tanah Lot turut ditenggelami air

Pengerusi JKKK meninjau keadaan air di Jalan Kg Tengah



BANJIR BULAN JANUARI 2009 GELOMBANG KEDUA



Pasir Gajah sekali lagi dilanda banjir gelombang kedua pada 4 Januari 2008 Ahad,apabila hujan yang tidak berhenti-henti sejak empat hari lalu telah melimpahkan air.Kali ini banjir agak cepat melimpahkan air di mana jalan yang terlibat ialah jalan Kg Tengah,Jalan Kg Laut,Jalan Sekolah,Jalan Batu 12 dan Jalan Kg Hilir.Jalan utama Sungai Pinang dan batu 12 ditutup dan jalan alternatif melalui MARDI adalah jalan yang boleh dilalui untuk ke Chukai.Walaubagaimanapun,Jalan Paman dan Tasik Buku,Ibok turut ditenggelami air sedalam 1 kaki.

Setakat berita ini ditulis iaitu pada pukul 9.30 pagi,masih tiada lagi perpindahan yang berlaku.Sebagaimana persediaannya,JKKK telah menyediakan tempat perpindahan iaitu di Dewan Orang Ramai Pasir Gajah dan Masjid Kg Laut.

Menurut Pengerusi JKKK Pasir Gajah,Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh,banjir gelombang kedua yang berlaku hari ini telah menyebabkan persekolahan yang sepatutnya memulakan sesi pembelajarannya hari ini terpaksa ditunda kerana guru tidak dapat hadir dan murid tidak dapat ke sekolah kerana banjir.






Sabtu, Januari 03, 2009

RELA BERGOTONG ROYONG

Berehat selepas gotong-royongmembaiki atap


RELA DAN JKKK BERSAMA JAYAKAN PROGRAM

Pasukan RELA Pasir Gajah dan RELA Paman telah menjalankan kerja amal dengan membaiki sebuah rumah warga emas sempena Program Kemerdekaan 2008 pada 28 Ogos 2008 baru-baru ini.Rumah warga emas yang terpilih ialah Pn.Sulong bt Omar di Tanah Lot.

Seramai 25 orang ahli RELA bersama JKKK Pasir Gajah telah bergotong royong membaiki dan menukar atap rumah tersebut yang bocor teruk.Selain itu,ahli RELA juga telah bersama membaiki lambo rumah tersebut dengan menggantikan papan dan tangga yang baru.

Menurut setiausaha JKKK Pasir Gajah,En.Mat Zaik bin Mohd Yusof, program membaiki rumah tersebut adalah bersempena Program Berakit Peringkat Negeri Terengganu Bulan Kemerdekaan 2008.

Khamis, Januari 01, 2009

PERTANDINGAN E-KOMUNITI

Pn.Marliana ,Tn Hj Mohd Nor dan En.Mat Zaik semasa taklimat sedang dijalankan

Ahl Panel bersama En.Mohd Ali Kasim (Kanan gambar)

PERTANDINGAN PUSAT E-KOMUNITI TEBAIK KETENGAH 2008
Pusat E-Komuniti Pasir Gajah diberi peluang untuk turut serta dalam pertandingan E-Komuniti Terbaik sempena Hari Kualiti KETENGAH 2008.Seramai 6 orang penilai dari KETENGAH telah meninjau dan membuat penelitian pembahagian markah pada sesi taklimat yang diadakan pada 23 DIS 2008.

Taklimat telah disampaikan oleh En.Mat Zaik bin Mohd Yusof yang turut dihadiri oleh JK Pusat E-Komuniti Pasir Gajah termasuk Pengerusinya iaitu Tn Hj Mohd Nor bin Jusoh dan Penyelia Pusat iaitu Pn.Marliana bt Manaf.


Turut serta dalam taklimat itu ialah Pegawai Unit ICT/E-Komuniti KETENGAH iaitu En.Mohd Ali bin Kasim.

MASJID BARU

Masjid baru Pasir Gajah tersergam indah

Pemandangan dari pintu masuk hadapan masjid

MASJID BARU MULA DIGUNAKAN
Masjid Baru Pasir Gajah yang mula dibina pada awal tahun 2007 telah memberi sinar baru untuk penduduk kampung ini dalam menunaikan solat bagi menuntuk keredhaan Allah apabila ianya dapat disiapkan pada bulan awal Julai 2008.
Dengan keramaian penduduk Kampung Pasir Gajah lebih kurang 1752 orang pada bancian 2008 telah mula menggunakan masjid jamek yang baru pada 22 OGOS 2008 yang lalu.Dibina dikawasan seluas 2 ekar,masjid ini bakal menggantikan penggunaan Masjid Jambi sebagai masjid untuk mendirikan solat Jumaat.

Menurut Setiausaha JKKK,En.Mat Zaik bin Mohd Yusof,berkat usaha bekas YB ADUN Air Puteh,Saudara Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid,masjid ini didirikan yang mana masjid ini dapat menampung keramaian jemaah hampir 1000 orang terutama jika ianya digunakan untuk solat hari raya.

Masjid ini sekali lagi bakal menjadi mercu tanda kepada JKKK dalam membawa pembangunan kepada masyarakat Pasir Gajah.Walaubagaimanapun,masjid Jambi yang mempunyai nilai sejarah tetap menjadi kebanggaan penduduk kerana ianya adalah masjid terawal di kampung ini.Sesekali melalui kampung ini,datanglah dan singgahlah bersolat di masjid baru kampung kami.