Harapan...

Khamis, Januari 01, 2009

MASJID BARU

Masjid baru Pasir Gajah tersergam indah

Pemandangan dari pintu masuk hadapan masjid

MASJID BARU MULA DIGUNAKAN
Masjid Baru Pasir Gajah yang mula dibina pada awal tahun 2007 telah memberi sinar baru untuk penduduk kampung ini dalam menunaikan solat bagi menuntuk keredhaan Allah apabila ianya dapat disiapkan pada bulan awal Julai 2008.
Dengan keramaian penduduk Kampung Pasir Gajah lebih kurang 1752 orang pada bancian 2008 telah mula menggunakan masjid jamek yang baru pada 22 OGOS 2008 yang lalu.Dibina dikawasan seluas 2 ekar,masjid ini bakal menggantikan penggunaan Masjid Jambi sebagai masjid untuk mendirikan solat Jumaat.

Menurut Setiausaha JKKK,En.Mat Zaik bin Mohd Yusof,berkat usaha bekas YB ADUN Air Puteh,Saudara Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid,masjid ini didirikan yang mana masjid ini dapat menampung keramaian jemaah hampir 1000 orang terutama jika ianya digunakan untuk solat hari raya.

Masjid ini sekali lagi bakal menjadi mercu tanda kepada JKKK dalam membawa pembangunan kepada masyarakat Pasir Gajah.Walaubagaimanapun,masjid Jambi yang mempunyai nilai sejarah tetap menjadi kebanggaan penduduk kerana ianya adalah masjid terawal di kampung ini.Sesekali melalui kampung ini,datanglah dan singgahlah bersolat di masjid baru kampung kami.




Tiada ulasan: