Pada 7 dan 8 Julai 2010 {rabu dan Khamis} seramai 60 orang yang terdiri dari AJK JKKK dan penduduk kamung terpilih telah mengadakan lawatan berinformasi bagi membuka pemikiran ajk untuk melihat dan meninjau kemajuan yang ada di destinasi yang dilawati. Peserta pergi dengan Bas Ulul Albab Pejabat Daerah dan 6 buah kereta.
Di Kuala Lumpur pada 7 Julai,destinasi pertama ialah melawat Menara Kuala Lumpur dan di Putra Jaya pula,peserta lawatan melawat Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra.
Pada hari khamis,8 Julai 2010 pula,peserta telah dibawa melawat dan membeli belah di Bandar Hilir Melaka.Antara tempat yang dilawati ialah Kota A Famosa,Muzium dan menaiki Menara Taming Sari.Peserta juga dijamu makan tengahari oleh Kemas Negeri Melaka di Pjabat Kemas Parlimen Tangga Batu.Pada sebelah petang pula peserta melawat Zoo Melaka.Peserta bertolak pulang jam 530 petang dan tba di Pasir Gajah pada jam 1145 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan