Harapan...

Sabtu, September 11, 2010

SEMBELIHAN UNTUK HARI RAYA

Daging lembu yang belum lagi dipapah
En.Ismail A Ghani Menimbang daging ikut pesanan

Tulung rusuk.....sold out.

Bagi memastikan penduduk Pasir Gajah dapat juga menyediakan juadah daging sembelihan,Saudara Ismail A Ghani dan Pak Long Azhar telah mengambiul inisiaif menyembelih seekor lembu untuk dijual kepada penduduk Pasir Gajah.Daging sembelihan dijual dengan harga RM18 sekilo telah menerima tempahan awal dan ini memudahkan pihak penjual menagihkan daging tersebut.



Sembelihan begini sentiasa dibuat setiap kali menjelang hariraya bagi memastikan penduduk tidak perlu lagi mencari daging sembelihan di tempat lain.




AGIHAN DUIT ZAKAT DAN BANTUAN MAKANAN

S/U JKKK mengagihkan bantuan kepada penerima
Saudara SAmsul menyampaikan sumbangan kepada warga emas

Pada 30 Ramadhan 1431 bersamaan 9 September 2010,seramai 25 orang penduduk Pasir Gajah pelbagai kategoi telah pilih untuk menerima sumbangan makanan berupa sekampit beras kg,sekilogram gula dan satu tin biskut bersama dengan wang tunai sebanyak RM50 telah diagihkan oleh JKKK Pasir Gajah yang diketuai oleh Setiausaha JKKK Pasi Gajah iaitu Saudara Mat Zaik bin Mohd Yusof bersama Saudara Samsul Hamid dan Saudara Ibrahim @Harun bin A Rahman.



Manakala Pengerusi JKKK pula telah mengagihkan bantuan wang Dana hariraya kepada 9 orang OKU yang tercicir bantuan tersebut.

SOLAT AIDIL FITRI 1431

Jemaah memulakan solat sunat aidil fitri
Imam sedang membaca khutbah
Jemaah khusuk mendengar khutbah
Masa paling syahdu...bermaafan
Kaum ibu yang bersolat

Aidil Fitri pada 10 September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431 telah disambut dengan mengadakan solat sunat aidil fitri yang diimamkan oleh Imam Abbas bin Hj Mohd Taib.


Dengan kepulangan perantau dari perbagai pelusuk,masjid Pasir Gajah dipenuhi oleh jemaah yang terdiri dari kalangan jemaah lelaki dan jemaah wanita.Solat sunat dimulakan pada jam 830 pagi didahulukan dengan bacaan titih DYMM Pemangku Raja Terengganu yang dibacakan oleh Bilal Ahmad bin Jaafar.



Solat sunat dua rakaat turut disertakan oleh JK Masjid,Tuan Penghulu Mukim,Ketua Kampung serta penduduk kampung.Selesaai solat,jemaah bermaaf-maafan.Solat selesai jam 910 minit pagi.

Ahad, September 05, 2010

MAJLIS BERBUKA JKKK 2010

En.Abdullah Omar menceduk tomyam
OCS bersama Ketua Kampung
Salim,Harun,Chah,Nora,Kak Mah dan Zie
Bercerita menunggu waktu berbuka
Menunggu waktu berbuka...bukan suatu seksaan




Pada 3 Sept 2010,JKKK Pasir Gajah telah mengadakan majlis berbuka puasa Jk JKKK di Restoren Jenang Air Puteh.Seramai 20 orang termasuk 1 AJK telah hadir dalam majis ringkas tersebut.

Program berbuka puasa ini dibuat setiap tahun untuk AJK sebagai tanda penghargaan dalam memastikan segala urusan kampung berjalan sebaik mungkin.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Balai Polis Pasir Gajah.

Sabtu, September 04, 2010

CILI BOH...KELUARAN PASIR GAJAH



CILI BOH adalah salah satu keperluan dalam masakan dan boleh meningkatkan taraf hidup seseorang. Bagi usahawan wanita, Hajah Hasanah Haji Masnun, kemahiran beliau membuat cili boh digunakan untuk membekalkan produk halal kepada pengguna Islam, khusus di sekitar kampungnya. Seminggu sekali beliau dan empat rakannya yang lain iaitu Hjh Timah Pandak,menantu beliau iaitu Norhayati bt Abdullah  dan Pn Mek Som akan bersama-sama membuat cili boh di sebuah bengkel kecil di hadapan rumahnya.

Menurut Hajah Hasanah, cili boh yang diusahakan olehnya kini sedikit merosot disebabkan kenaikan harga cili kering di pasaran. Namun usaha tetap diteruskan dimana cili boh keluaran mereka masih dijual di kedai-kedai di Pasir Gajah.Selain itu, beliau juga berharap generasi muda akan berminat untuk menyambung usahanya kerana ia mendapat permintaan yang amat baik. Jika diusahakan secara terancang dengan menggunakan mesin pengisar yang lebih moden, jumlah pengeluaran dapat ditingkatkan dan boleh dipasarkan secara lebih meluas.


                                                            Cili boh keluaran Pasir Gajah
                                                          Hjh Hasanah mencuci cili kering
                                                                Bengkel Cili Boh Pasir Gajah


Usaha-usaha Hajah Hasanah ini boleh diteruskan oleh golongan muda kerana Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) bersedia memberikan suntikan modal di samping khidmat nasihat dan juga bantuan pemasaran. Mungkin, Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dapat menyahut cabaran ini untuk meneruskan usaha Hajah Hasanah sebagai salah satu produk keluaran bumiputera yang bermutu di Pasir Gajah.Kepada yang berminat untuk mendapatkan cili boh keluaran Pasir Gajah...datanglah ke sini.


MAJLIS PERPISAHAN IMAM TAHFIS SOLAT TARAWIKH

Tn Hj Mohd Nor,Ketua Kampung menyampaikan ucapan
Mohd Sadiq menerima sumbangan
Bergambar bersama Imam Abbas
Mohd Fakhri menerima sumbangan
Bergambar bersama AJK Masjid



Pada 3 Sept 2010,iaitu 25 Ramadhan 1431 adalah malam terakhir bagi dua orang saudara Imam Tahfis dari Selangor menjadi imam bagi solat tarawikh.Kedua-dua imam ini akan pulang ke Selangor pada hari Sabtu 4 Sept untuk menyambut hari raya bersama keluarga.


Imam Tahfis yang pertama iaitu Saudara Muhamad Sadiq Aqiah bin Salim berusia 20tahun dan Imam yang kedua iaitu Saudara Muhamad Fakhri Mubarah bin Suharnam pula berasal dari Medan berusia 16 Tahun.



Kedua-dua imam in diraikan dalam majlis ringkas penyampaian siil ,cenderahati dan sedikit sumbangan kewangan berjumlah RM1103.00 sumbangan dari Pejabat Daerah Kemaman,Jemaah masjid dan JKKK Pasir Gajah.Hadiah disampaikan oleh Ketua Kampung dengan diiringi oleh Pengerusi JK Masjid Pasir Gajah.

Jumaat, September 03, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA MASJID PASIR GAJAH

Memasak nasi
Tahlil
Kaum wanita yang hadir
Kanak-kanak dan kaum bapa
Sedang bertahlil

Pada 3 Sept 2010,Jumaat,JK Masjid Pasir Gajah telah mengadakan majlis berbuka puasa sempena Khatam Quran Bulan Ramadhan.Dianggarkan seramai 250 jemaah telah hadir dalam majlis tersebut.



Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil yang dibaca oleh Tn Hj YUsof bin Latif Bilal Masjid.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penghulu Mukim,En.Abdul Ghafar bin Mohamad dan Tuan Iman 1 Masjid,Tn Imam Hj Yusof bin Kamaruddin bersama wakil Pejabat Agama Daerah Tn Hj Ibrahim bin Mamat.Lembu untuk lauk disedekahkan oleh Hj Yusof bin Latif.