Harapan...

Sabtu, September 04, 2010

CILI BOH...KELUARAN PASIR GAJAH



CILI BOH adalah salah satu keperluan dalam masakan dan boleh meningkatkan taraf hidup seseorang. Bagi usahawan wanita, Hajah Hasanah Haji Masnun, kemahiran beliau membuat cili boh digunakan untuk membekalkan produk halal kepada pengguna Islam, khusus di sekitar kampungnya. Seminggu sekali beliau dan empat rakannya yang lain iaitu Hjh Timah Pandak,menantu beliau iaitu Norhayati bt Abdullah  dan Pn Mek Som akan bersama-sama membuat cili boh di sebuah bengkel kecil di hadapan rumahnya.

Menurut Hajah Hasanah, cili boh yang diusahakan olehnya kini sedikit merosot disebabkan kenaikan harga cili kering di pasaran. Namun usaha tetap diteruskan dimana cili boh keluaran mereka masih dijual di kedai-kedai di Pasir Gajah.Selain itu, beliau juga berharap generasi muda akan berminat untuk menyambung usahanya kerana ia mendapat permintaan yang amat baik. Jika diusahakan secara terancang dengan menggunakan mesin pengisar yang lebih moden, jumlah pengeluaran dapat ditingkatkan dan boleh dipasarkan secara lebih meluas.


                                                            Cili boh keluaran Pasir Gajah
                                                          Hjh Hasanah mencuci cili kering
                                                                Bengkel Cili Boh Pasir Gajah


Usaha-usaha Hajah Hasanah ini boleh diteruskan oleh golongan muda kerana Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (RISDA) bersedia memberikan suntikan modal di samping khidmat nasihat dan juga bantuan pemasaran. Mungkin, Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) dapat menyahut cabaran ini untuk meneruskan usaha Hajah Hasanah sebagai salah satu produk keluaran bumiputera yang bermutu di Pasir Gajah.Kepada yang berminat untuk mendapatkan cili boh keluaran Pasir Gajah...datanglah ke sini.


Tiada ulasan: