Pada Jumaat 10 Disember 2010,YAB Menteri Besar Terengganu Dato Seri Hj Ahmad bin Said telah hadir di Kampung Pasir Gajah bagi merasmikan Program Rapat 1Malaysia.Program yang bermula jam 8.00 pagi dimulakan dengan jamuan pagi lempeng nyior Veteran UMNO DUN Ayer Puteh bersama YAB MB.
Majlis yang diringin dengan paluan kompang dan arakan 14 bunga manggar dan 14 nasi semangat dihadiri lebih dari 1000 orang penduduk.Kemesraan YAB beramah mesra dengan penduduk tempatan terserlah apabila YAB mengambil sedikit masa bersalaman dengan hadirin.
Dalam majlis ini juga YAB merasmikan bangunan Astaka,Rumah chalet dan bangunan kedai.Majlis berakhir jam 12.30 tgh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan