Harapan...
Sabtu, Januari 29, 2011
KURSUS PENGIMARAHAN MASJID
Khamis, Januari 27, 2011
BERITA YANG MENGGEMPARKAN PASIR GAJAH 2010
DITULIS OLEH MALI B. WADJAR | 24 JUNE 2010
KUALA TERENGGANU – Pada 14/6/2010 telah berlaku satu kejadian bunuh yang melibatkan mangsa seorang lelaki Melayu. Tiga individu yang menjadi suspek utama masih menghilangkan diri. Kata, K Manoharan Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu.
Hasil daripada siasatan, pada 14/6/2010 jam Lebih kurang 2.00 pagi, mangsa mendapat panggilan telefon daripada seorang perempuan (Intan Nazridah Binti Abdul Rahman) yang baru di kenalinya meminta mangsa supaya datang untuk mengambilnya di sebuah pondok di kebun buah-buahan Batu 10, Jalan Air putih, Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu dipercayai perempuan tersebut telah bergaduh dengan teman lelakinya (Nik Mustapfa Bin nik Hasan).
Mangsa tidak mengetahui lokasi sebenar pondok tersebut. Kemudian adik kepada perempuan tersebut (Mohd Redzuan Hafiz Bin Abdul Rahman) telah membawa mangsa untuk menunjukkan lokasi pondok tersebut. Apabila mangsa telah pergi ke pondok tersebut didapati mangsa tidak lagi pulang ke rumahnya sehinggalah usaha mencari mangsa dijalankan dan mana mangsa dijumpai mati di bunuh di Pondok tersebut. Dalam masa yang sama, perempuan, teman lelakinya dan adik perempuan itu telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut sehingga ke hari ini.
Memandangkan mereka bertiga adalah orang terakhir yang bertemu dengan mangsa, pihak polis mengharapkan kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan ketiga-tiga individu tersebut bagi membantu siasatan pihak polis
POLIS DAN PENUBUHAN R.A.J
Sabtu, Januari 22, 2011
BAGI BORANG DANA PAKAIAN SEKOLAH
PERBINCANGAN MENJAGA TUNTUNG
RELA 0247 PASIR GAJAH PILIH KETUA
Ahad, Januari 09, 2011
FORUM PERDANA KETENGAH
Pada 10 Nov 2010,Pasir Gajah telah dipilih oleh KETENGAH untuk mengadakan Forum Perdana 2010.Terima kasih kepada pihak KETENGAH kerana telah memilih masjid Pasir Gajah menjadi tempat untuk program yang murni dan berfaedah ini.
BANJIR PADA 7 DAN 8 JANUARI 2011
MAJLIS RAMAHMESRA BERSAMA AJK UMNO KEMAMAN
Sabtu, Januari 01, 2011
IMEJ BARU PASIR GAJAH 2011
Tahun 2011,Pasir Gajah bakal membawa imej baru apabila terpacaknya identititi global Kg Pasir Gajah sebagai Kampung Homestay.Sebagai sebuah kampung yang bersiap untuk dikenali sebagai sebuah kampung HOMESTAY,,,,dua buah chalet telah dibina bagi memberi penginapan kepada pengunjung....ah,sewanya tak mahallah...sekitar RM60 untuk satu malam......
Dalam chalet ni,disediakan TV dan aircornd....katil besar dan satu katil kecil....bilik air ada....kerusi makan dan kerusi rehat.....nak makan-makan....kat depan chalet tu ada kedai makan...masakan panas ada,masakan sarapan pagi ada...pendekata tak laparlah....